Monday, May 30

Champions League : Jamming Cara Barca Toons

Semalam letih lepas balik dari Presint 3, Putrajaya. Memang ramai orang. Akibat keterpaksaan terpaksa juga temankan member. Tapi bukan untuk perhimpunan sejuta belia. Dan bukan juga untuk tengok persembahan artis K-Pop dan Cosplay show. Malah apatah lagi untuk tengok perlumbaan Cup Prix masa tengah hari rembang. Sorry. Mak aku tak kasi main panas nanti kulit jadi gelap. 

Akibat banyak jalan yang di tutup, aku terpaksa berjalan kaki mencari-cari dewan Seri Siantan Presint 3, Putrajaya. Dewan yang bertentangan dengan Istana Perhakiman dan bersebelahan dengan Classic Cars Roadshow. 

Jalan untuk ke sana banyak yang terpaksa di tutup untuk memberi laluan kepada aktiviti-aktiviti perhimpunan sejuta belia. Damn!

Akhirnya jumpa bangunan yang di maksudkan. Naik lif ke tingkat 2 dewan. Majlis kenduri akak member aku sedang berlangsung. Pengantin sedang bersanding di pelamin. Sejuk sikit duduk dalam dewan berhawa dingin. Lepas makan nasi kenduri sampai kenyang terus balik rumah. On laptop.

Rasanya dah beberapa hari sejak Champions League di mana kemenangan Barcelona 3-1 ke atas Manchester United. Tapi berita mengenai kejayaannya desas-desus terpapar sana-sini. Kegembiraan yang memang layak di raikan.

Cuma kelakarnya bila kebanyakkan hardcore melancholia fans tidak dapat menerima dengan hati terbuka. The loser one.

Untuk tidak menambahkan lagi kekecewaan dengan melihat piala di arak mengelilingi bandar semasa menaiki bas. Gambar-gambar yang terpampang di dada akhbar. Jadi mari berjamming cara Barca Toons. Chill!




P/s : Cool suda. Why so see...riouus...

Sunday, May 29

Barcelona vs Manchester United : Marble Arch Projection Champions League

Layar skrin besar akan terpampang di setiap cerok. Semestinya malam ni pekerja kedai makan terutama dekat maple tak menang tangan. Suasana happening yang berkemungkinan berlarutan akan sampai ke pagi. Sorakan meriah dan kegembiraan akan kedengaran. Pak Polisi sibuk dengan operasinya. Better sibuk dengan betting. Akhirnya, tak mustahil pergaduhan mungkin berlaku.

Peritnya Manchester United terpaksa menerima kekalahan ke atas Barcelona. Gol Lionel Messi dan Eto'o menyebabkan trofi Champions League terpaksa di lepaskan. Itu yang terjadi Manchester United kalah 0-2 ke atas Barcelona. Tapi itu 2 tahun lepas punya cerita. 

Pagi ini 29 May 2011, sekali lagi di Wembley pertemuan ulangan final Champions League 2009 bakal berlangsung. Misi balas dendam antara dua kelab terkenal. Bagi Manchester United, ini merupakan final ketiga dalam masa 4 tahun dan Barcelona pula jika menang merupakan kemenangan ketiga dalam 6 musim.

'Josep Guardiola - Main time final dua-dua team nak menang, dua-dua team akan bermain baik, dua-dua team saling buat serangan. Akhirnya, dunia akan imagin inilah final yang terbaik'
'Sir Alex Ferguson - Eh! eh! shut up you!'

Untuk die hard fans kedua-dua team pasti tertunggu-tunggu game ni. Apapun semua bergantung kepada keputusan akhir perlawanan.

Bagi spesis macam aku ni yang tak menyokong both team pasti terpinga-pinga nak menyebelah yang mana. So, sementara menunggu, apa kata layan dulu video Barcelona vs Manchester United Marble Arch Projection ni. Serius cool ! 




P/s : Harap-harap Barcelona win. Manchester United singkirkan Chelsea siapa suruh. haha


Updated : Barcelona 3-1 Manchester United. Jaringan gol Barcelona oleh Pedro Rodriguez '27, Messi '54, Villa '69 dan Manchester United pula hasil jaringan Rooney '34. Tahniah

Tuesday, May 24

Pelopor Islam Moden : Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Fetwa Sam Posmen versi ke 10:4 ayat pertama. 'Kamu bodoh, nescaya orang lain tetap terikut dengan pendirian kebodohannya' 

Sekarang tengah hangat isu mengenai seorang yang mengaku Islam. Berbangga dengan gelaran hajah serta nama yang Islamik. Di mana mengutuk, mencaci serta menghina Tuhan yang satu iaitu Allah SWT. Tidak puas Nabi terakhir Muhammad SAW yang merupakan pemimpin teragung turut menerima tempelaknya (kesannya). 

Gambar-gambar di edit supaya mencerminkan keburukan Islam serta kepimpinannya. Tujuannya hanya satu untuk menyampaikan dakyah terpesong.

Keagamaan

Dalam agama apa sekalipun tujuan utama semuanya sama iaitu mengajak ke arah kebaikan. Tiada agama yang mengajak umatnya untuk membuat kehancuran dan bermusuhan. Manusia sendiri yang memilih jalan kehidupan masing-masing. 

Di dalam Islam orang yang menyekutukan Allah SWT apalah lagi menghina hukumnya boleh di kategorikan sebagai munafik dan lagi teruk di gelar murtad. Maka taubat sebenar-benarnya adalah jalan terbaik ke pangkal jalan.

Perlembagaan

Dalam perlembagaan Malaysia memang membenarkan kebebasan beragama. Semuanya termaktub dalam perkara 11, di mana semua orang berhak mengamalkan dan menganuti agama masing-masing. Perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk menyekat dan mengawal apa-apa perkembangan doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. 

Kerajaan boleh menahan orang Islam yang menyimpang daripada ajaran asas Ahli Sunnah Waljamaah dan wajib menjalani pemulihan. Umumnya orang Islam tidak boleh keluar dari agama Islam untuk menganut agama lain secara sah tetapi penganut agama lain boleh menganut Islam. Itu yang terfaktab.

Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588)

Dalam sesuatu kod kandungan yang di sediakan oleh forum kandungan atau Suruhanjaya perlu di masukkan contoh bagi menangani kandungan jelik atau sumbang. Di mana antaranya sekatan terhadap pemberian yang kandungan yang tidak sesuai, gambaran budaya Malaysia dan identiti kebangsaan. 

Penghinaan Agama Islam

Dari sejarah moden sendiri isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Di mana saja perkara ini berlaku. Sebelum ini wujud isu penerbitan Bible berbahasa Melayu. Hakikatnya ia telah wujud sejak tahun 2005 lagi di mana Perdana Menteri mewujudkan satu dasar mengkehendaki kitab Bible berbahasa Melayu di cetak  dengan perkataan 'Bukan untuk Orang Islam' di kulit hadapannya dan hanya di edar di gereja dan kedai buku Kristian.

Pada bulan April 2009, wujud kandungan video menunjukkan seorang lelaki sujud menyembah sekeping ayat Al-Quran dan mempersendakan ayat Al-Quran. Akhirnya, JAIS sendiri membuat laporan ke atas video Youtube terbabit yang bersifat menghina Islam.

Isu Hindraf, Paderi Melayu, penukaran agama secara paksa 3 orang anak yang berlaku pada April 2009 di Ipoh, Perak, kes Lina Joy yang murtad, Dasar Kerajaan A.S membincangkan kebebasan beragama dengan Kerajaan Malaysia. Di mana sebagai sebahagian dasar menggalakkan hak asasi manusia secara menyeluruh semuanya bukan isu yang baru. Perkara lapuk.

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Penghinaan yang membuatkan aku terkaku sebentar. Apakah yang berlaku sebenarnya. Bagi aku semuanya hanya untuk menarik perhatian semata-mata. Jika dia benar-benar seorang Islam memang terbukti telah murtad dan khalimah shahadah dan taubat nasuha perlu di segerakan. Kalau bukan maka celakalah.

Di Malaysia Melayu ialah beragama Islam. Dan terbukti memang Melayu sangat sensitif bila mendengar isu seperti ini. Sesiapa saja pasti akan marah nak mengutuk tindakan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara malaun ini. Bukan untuk mempromosi dan mempopularkanhya tetapi fikirlah sendiri. 

Berbalik kepada fetwa Sam Posmen di atas 'Kamu bodoh, nescaya orang lain tetap terikut dengan pendirian kebodohannya'itulah hakikat yang patut di telan dan di terima orang ramai. 

Memang terang lagi bersuluh Si Makcik ini telah murtad. Ya murtad jika beragama Islam di mana bukan saja melalui hati tapi terang-terangan mengutuk dan mengkeji Tuhan yang Maha Esa iaitu Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. 

Persoalannya, jika kita mengaku seorang Islam sejati perlukah kita sekali mengikut rentaknya? Kalau perlu maka samalah kamu dengan fetwa Sam Posmen tu. Tiada bezanya kamu dengan Si Makcik malaun. Belajar dari seorang yang bodoh untuk membebalkan diri. Akhirnya, hanya pengasas kebodohan yang berjaya mencapai cita-citanya. Yang lain kecundang dengan mainan sendiri. 

Rasionalisme

Dunia semakin berkembang sejajar dengan teknologi seperti Makcik malaun menggunakan photoshop. Negara ada undang-undang. Sebagai rakyat kita di sediakan saluran yang betul dalam menilai dan menghukum seseorang. 

Apa guna melayan dan bercakap dengan orang yang terbukti tidak sesekali atau kemungkinan akan mendengar dan menerima apa yang di pertuturkan. Gunakan teknologi dalam membuat aduan ke pihak berwajib. Bukannya terus menerus counterback her bloody crap. 

Jika ada jalan yang lebih bagus teruskan. Tapi aku yakin kamu pon bukannya berani mana untuk berhadapan dengan situasi ini secara berhadapan. Sedangkan awek kena ragut pon masih boleh tercegat kecut perut hanya tengok saja dan bukannaya menolong inikan pula menghadapi musuh Islam dengan iman setipis mungkin.

Accept difference

Setentunya Makcik malaun ini membuat sesuatu yang terpesong. Terbukti dia dengan dunianya. Kita yang majoriti mengaku Islam adakah terdapat perbezaan dengannya? Cermin diri sendiri. Cukupkah dengan apa yang kita pakai seharian, cukupkah dengan segala yang iman yang kita miliki, cukupkah atau belum...mmm



P/s :  Jika Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara seorang Islam berdoalah kamu supaya Allah tunjukkan hidayah kepadanya.

*Tiada gambar di terbitkan kerana ianya berhubungkait dengan sensitiviti dan akidah seseorang  

Hari Rapture : Kegagalan Dan Kepercayaan

Hari ini 24 May 2011 cukup tiga hari selepas 21 May 2011. Manusia hidup meneruskan kehidupan harian dan semuanya masih seperti keadaan biasa. Sebelum ini heboh pasal Harold Camping, juruhebah radio dan pemimpin pergerakan Kristian terkenal yang mendakwa dunia akan berakhir pada 21 May 2011. Semuanya berdasarkan tafsiran dari Bible.

Kini terbukti bahawa Hari Rapture sebenarnya suatu kegagalan yang besar. Akibatnya Harold kini menjadi invisibleman di mana tidak mahu di temuramah media dan menghilangkan diri untuk memberi penjelasan kenapa Jesus tidak datang menjemputnya. Sungguh mengecewakan. Ternyata dia menerima nasib yang sama seperti filem sebelumnya Left Behind


Sebenarnya bilakah terjadinya Rapture atau tidak semuanya berkait dengan kepercayaan. Dari situ baru kita faham kenapa agama itu penting. Setiap kejadian pasti ada sebabnya. Dan walau semaju dan sepandai mana teknologi sekalipun tahap pemikiran manusia tetap terbatas. 

Agama merupakan suatu yang subjektif di bincangkan kerana ia membabitkan nilai kepercayaan yang kuat dan bukannya berdasarkan logikal akal semata-mata. Sebab itu dalam Islam mempercayai akan kewujudanNya tidak perlu di pertikaikan. Kerana segalanya bersumberkan Hadis-hadis dan Al-Quran yang mana tetap terpelihara kandungannya sehingga akhir zaman. 

Berbanding Bible yang mempunyai pelbagai versi yang kebanyakkan telah di olah semula dan terpesong isi kandungannya. Kesannya, kedangkalan ilmu manusia itu sendiri menyebabkan akhirnya wujud golongan Atheis di mana menidakkan kebenaran agama lain. Hidup bebas tanpa berpaksikan sebarang agama. Semuanya ingin mencabar akan kewujudan Tuhan yang satu.

Akidah terpesong Atheis

21 May 2011, Rapture Harold Camping terbukti gagal. Tapi Atheis tetap berkembang pesat. Pelbagai cara di gunakan untuk menyebarkan fahaman terpesong mereka. Kebanyakkan isu agama Islam dan Nabi Muhammad di permainkan. 































Cuba di teliti baik-baik apakah yang kamu dapat lihat? Adakah hanya sebuah lukisan semata-mata? Jawapannya ialah suatu penghinaan.

Dunia akhir zaman

Banyak tanda-tanda dunia akhir zaman di mana maksiat berleluasa, pemimpin yang korupsi di angkat martabat, hiburan di banggakan, kepincangan dalam moral seseorang wujud, perbezaan hidup ketara, kaya semakin kaya miskin tertindas, bencana alam, agama di permainkan oleh orang dan bukan agama Islam sendiri dan sebagainya. 

Adakah kita bersedia menghadapinya? Perlukah untuk menjadi seorang Atheis atau memilih mengamalkan ajaran Islam yang syumul? Rapture yang sebenar pasti akan tiba dan kita tidak sesekali akan tahu bila bakal berlaku. Jadi jangan pening dan serabutkan kepala mari percukupkan amal dulu. 


P/s : Kegembiraan datang apabila kamu mempercayainya tapi kesengsaraan datang apabila kamu menentanginya.

Saturday, May 21

Tragedi Tanah Runtuh Kajang : Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Sedia maklum gempar tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Al-Takwa di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, petang tadi. Di beritakan antara 24 orang penghuni rumah anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat dipercayai tertimbus.

Pada waktu ini, 7 orang yang hanya cedera telah berjaya di selamatkan dan 5 orang lagi di jumpai dan di sahkan meninggal dunia. Al-Fatihah. Semoga semuanya di tempat di kalangan golongan terpuji.

Di bawah antara rentetan gambar tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Kajang.

Sumber : Berita HarianBernama, MstarmyMetroGoogle

P/s : Al-Fatihah

Update 22 May 2011 : 25 orang mangsa kesemuanya. 16 orang terkorban, 9 orang selamat di keluarkan dari runtuhan.

Thursday, May 19

Suka-suka : Politik Malaysia

Kamu suka politik? Cakap je suka. Jangan malu-malu. Kalau tak suka pon paksakan diri suka-sukakan. Wajib suka dan ambil tahu walau sedikit. Kalau tak suka juga terasa seperti lelah dan semput baik jadi Forest Gump.

Sejak akhir-akhir ini banyak perkara berlaku dalam politik di Malaysia. Meriah macam pesta. Kebanyakkan isu sentimental di bangkitkan berbaur perbalahan dari aspek kebangsaan, keagamaan serta hak kewarganegaraan sesama masing-masing. 

Pemimpin cara kepimpinannya, penyokong cara salah-menyalah serta tuding-menudingnya dan media pula cara capik kepengkangannya.

Semakin lama semakin gampang rasanya politik di Malaysia. Akhirnya, aku terkedu seketika tak terkata.

























P/s : Murid-murid bila besar nanti nak jadi apa? 'Politician cikgu'. Bagus! LOL

Monday, May 16

Laskar Pelangi : Cikgu Yang Comel Dan Hot

Pernah dengar lagu Laskar Pelangi nyanyian band dari Indonesia, Nidji? Pernah dengar filem Laskar Pelangi? Tahu atau tak? Kalau belum tau meh sini nak cerita.

Sebuah filem adaptasi dari novel karya Andrea Hirata yang mana setting masa pada awal 70-an. Laskar Pelangi banyak mengajar dan menaikkan semangat kita dalam menghadapi pelbagai rintangan. Semua orang boleh mencapai kejayaan kalau berusaha. Kejayaan tak datang depan mata. Kalau nak sesuatu berusaha.

Semalam akibat bosan tengok game EPL, di mana keputusannya Liverpool kalah 0-2 ke atas Tottenham Spurs, aku terus ambil remote control tukar channel. 103...TV3. Aiseh, Mentor 'Tunjuk Ajar Ku Sifu'. Oh no! Next, 104...Astro Ria. Ahh! Wow. Aku terus letak remote di sebelah, sambil badan tersandar dekat kerusi. Macam menarik.

Seorang awek yang comel dan hot tengah naik basikal tua mengayuh penat tapi masih mampu tersenyum. Berlatar belakangkan kawasan perindustrian, sirent berbunyi. Kelihatan berduyun-duyun pekerja majoritinya golongan berusia berjalan kaki ke kilang. Semuanya dengan berbaju biru selekeh dan kurang terurus.

Akhirnya, awek comel tadi sampai di perkarangan sebuah 'pondok usang'. Pondok yang terpencil di sebuah pulau. Apakah sebabnya dia ke sana? 

Rupanya awek comel dan hot tersebut ialah Muslimah (Cut Mini) iaitu seorang guru. Pondok usang pula merupakan sekolah baru SD Muhammadyah tempat mengajarnya yang mana baru di buka khas untuk menolong pelajar miskin. Tapi, Kementerian Pelajaran Indonesia meletakkan syarat, memerlukan sekurangnya minima 10 orang murid untuk beroperasi. 


Untuk mendapat seorang murid bukan senang seperti yang di sangka. Akibat kesempitan hidup, budak-budak masa tu semuanya lebih suka menolong ibu bapa ke laut atau buat kerja harian. Dan selalunya siapa yang ke sekolah akan di pandang sinis masyarakat. Itulah hakikatnya. 

9 orang murid sudah datang mendaftar. Tapi sekolah tersebut perlukan 10 orang murid syarat untuk beroperasi? Bu Muslimah dengan Pengetua, Pak Harfan (Ikranaga) semakin rungsing dengan masa di beri hanya sehingga tengahari. Kalau tak sekolah perlu di tutup.

Akhirnya, Harun, seorang budak istimewa menyelamatkan mereka. Genap 10 orang murid. Semuanya di gelar Bu Muslimah sebagai Laskar Pelangi. Cerita bermula. Perbagai rintangan dan pergorbanan dalam mempertahankan sekolah tersebut dari di tutup di hadapi. Setiap hari menguji kesabaran mereka. 


Apa kena-mengena cerita ni? Apakah yang ingin di ceritakan? Apakah yang menarik tentang mereka? Apakah perlu untuk kesekolah? Siapakah yang bertanggungjawab dalam watak filem ini? Apakah yang ingin di tonjolkan?

Sebenarnya, filem ini banyak mengambarkan realiti majoriti masyarakat ketika itu (Indonesian). Dan sampai sekarang situasi itu dapat di lihat. Bagaimana imigran dari negara luar datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Untuk di beri nafkah anak dan isteri di kampung. Untuk meneruskan kehidupan. 

Di Indonesia hanya terdapat dua golongan. Yang kaya atau yang miskin. Tiada pertengahan (kalau salah sila perbetulkan). Yang kaya tentulah taraf pendidikan, sosiologi dan kehidupan lebih terurus dan sebaliknya berlaku kepada golongan miskin. 

Tidak seperti negara Malaysia, perbezaan antara rakyatnya kurang ketara dapat di lihat. Walaupun terdapat kepincangan dalam sistem pendidikan, tapi ia boleh di kategorikan di bawah kawalan lagi. Cuma akhir-akhir ini pelbagai konflik dalam pentadbiran banyak berlaku. 

Tidak pasti di mana silapnya. Budak-budak sekarang sesetengah seperti tidak menghargai langsung apakah penting pelajaran dan peranan untuk menghormati seorang yang bergelar guru sebenarnya. Guru di jadikan tempat melepaskan caci cela jika ada tersilap.

Pekerjaan cikgu merupakan suatu kerja yang mulia. Menjadi cikgu pada masa sekarang juga memerlukan pengorbanan dan menguji tahap kesabaran yang tinggi. Murid-murid kebanyakkan cepat matang dan ada ketika sukar di kawal. Tidak heranlah segelintir ada yang bertindak luar batas perikemanusiaan. 

Adakah budak-budak sekarang di manja sangat? Cikgu baru pukul sikit, ibubapa mula jadi butthurt. Rasanya dulu bila aku report dekat mak kena bantai dengan rotan setengah inci tebal dekat sekolah pun, mak aku boleh tersenyum dan cakap padan muka sebab nakal sangat. 

Itulah perbezaannya. Antara menjadi Laskar Pelangi dengan situasi masa sekarang. Laskar Pelangi mengajar kita erti kesusahan hidup sebenarnya tetapi sebaliknya hakikat semasa ramai yang memilih menumpang kesenangan orang lain tanpa usaha sendiri. 


P/s : Sempena 16 Mei, Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru sekalian. Tanpa kamu mungkin aku akan dah jadi malaun takpun peminta sedekah (MLMer's). Terima kasih cikgu. 

*(OST Laskar Pelangi berkumandang) Mimpi adalah kunci...untuk kita menaklukkan dunia...berlarilah tanpa lelah...sampai engkau meraihnya...laskar pelangi takkan terikat waktu...bebaskan mimpimu di angkasa...warna bintang di jiwa...lalala...

Saturday, May 14

Victoria : Perempuan 15 Tahun Sangap Seks

Bohsia, chia, minah ronggeng walau apa label sekalipun lebih tepat bagi aku ialah betina garik. Victoria baru injak 15 tahun (2007), seorang super-matured, sangap seks dan player habis. Buktinya, lebih 300 orang laki pernah rasa her beef curtains.

Siapa yang sudi layan dan buat seks dengannya tidak kira tempat, dengan hati yang rela dia akan memberi. Pemurah beb. Motifnya hanya satu untuk mendapatkan anak. Akibat air banyak naik kepala, mak sendiri pon dia dah tak hormat. 



P/s : Simpati aku dengan dia, nak dapat anak sikit punya susah. Rakyat Malaysia memang bertuah. Pasangan yang ubun tak keras lagipun, bila beromen senang-senang je dapat anak. Sampai lebihan produksi. Siap boleh buang-buang lagi. huh~

Wednesday, May 11

Soviet Rusia : Rakyat Bosan Radiasi Nuklear Berlaku

Ramalan cuaca di Malaysia dua tiga minggu ni memang menunjukkan cuaca persekitaran yang agak berbahang. Mungkin ini di sebabkan kesan daripada global warming. Kalau lepak dekat luar rumah sekejap mesti peluh mencurah-curah.

Tak semua tempat mengalami keadaan yang serupa. Berbeza di Rusia keadaan cuaca yang bersalji memberi banyak masalah. Kebanyakkan lautan Artik di utara Siberia akan membeku dengan ketebalan ais mencapai 1.2 hingga 2.0 meter. Bayangkan betapa tebal aisnya.

Untuk menangani masalah ini pihak Soviet Rusia menggunakan nuclear-powered icebreaker dengan kelajuan mencapai 35 km/j cukup untuk memecahkan litupan ais. Tujuannya untuk memberi laluan kepada kapal-kapal kargo bermudik.

Berita terbaru dari pihat Soviet Rusia pada 6 May 2011 lalu, Taimyr, salah satu kapal nuclear-powered ice breaker yang terdapat di lautan Artik ini telah mengalami sedikit kebocoran radiasi. Reaktornya yang telah menjana dan menghasilkan 171 Megawatt kuasa kemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik. Kalau ingin di bandingkan, nisbah radiasinya ialah 1/3 kuasa dari reaktor yang melanda Fukushima semasa Tsunami di Jepun bulan Mac lalu. Oh! Super-little leakage.

Masalah ini tidak memutuskan semangat rakyatnya yang terkenal dengan kepakaran pelbagai teknologi sama seperti bangsa Jepun. Mungkin juga di sebabkan kemajuan teknologi-nano yang jauh lebih maju dari negara lain, rakyatnya menjadi semakin bosan. So, let’s go back to primitive styles. Why? Chill out this video!


Tuesday, May 10

Konsep Telur : Permainan Di Facebook


Sudah pandai cara buat telur ciplak? Sudah expert ke belum? Kalau belum baik pelajari. Banyak tutorial dekat internet boleh di cari. Kot kot terdesak nanti paling kurang ada sumber alternatif nak buat puding, kek tak pon tat telur.

Sebelum ini di beritakan banyak 'ayam-ayam' memprotes tidak mahu bertelur. Ini di sebabkan kualiti makanan yang di beri tidak mencapai tahap premium yang di standardkan. Kemungkinan impak dari kenaikan harga minyak. Kesudahannya pengeluaran telur asli semakin berkurang dan orang ramai gelisah dengan kewujudan telur ciplak.

Bercerita pasal telur, terbaru tersebar mengenai telur yang di jadikan permainan di facebook. Al-kisah semasa kita memandu, telur akan di baling-baling depan cermin kereta oleh segelintir umat manusia yang tidak bertanggungjawab. Refleknya secara automatik sesiapa saja pasti akan membersihkan menggunakan wiper. 

Telur bergabung dengan air akan menyebabkan tindakbalas dan terhasilnya super-fluid yang berfungsi menghalang jarak penglihatan kita semasa memandu. Kesannya, kita terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan. Situasi ini akan memberi peluang kepada umat manusia tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah. Tamat.   


'Pesanan PDRM - Jika anda sedang memandu di waktu malam, anda dapati cermin kereta anda di lempar telur ayam. Jangan on wiper@pancut air. Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat, hingga tiba di tempat selamat.
Ini kerana jika telur ayam bercampur dengan air ia akan menjadi susu, akibatnya akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan mata kita, dimana ianya akan memaksa kita berhenti di tepi jalan. Disitulah kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru digunakan perompak...berhati-hati'

'P/s : Untuk kalian semua. Sila copy paste mesej dari PDRM ini
Sila war-warkan kepada sahabat kita semua...'



Apakah sebenarnya yang berlaku? Mudah sangatkah kita di pengaruhi oleh sesuatu? Sebelum ini aku ada menerangkan mengenai email berantai yang semakin menjadi-jadi menggantikan surat layang. Kesudahannya, masih ramai yang mempercayai semua ini.

Berbalik kepada topik, perkara ini sudah wujud beberapa tahun lepas lagi yang berlaku di luar negara. Tempiasnya, di Malaysia baru nak berjinak-jinak akan kewujudannya. Awesome! 

Dalam sedar atau tidak kita sebenarnya sedang mempraktikkan budaya menipu, memfitnah dan menyebarkan kepalsuan di bandingkan kebenaran. 
1. Salah gunakan nama PDRM.
2. Menyebarkan berita palsu dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.

P/s : So, berhati-hati dan berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan adalah lebih baik. 

Tuesday, May 3

Osama Bin Laden Mati Hidup Semula

Segala yang di tulis adalah hasil pendapat, rujukan, bacaan dan pengetahuan penulis semata-mata. Tidak ada sebarang hasutan atau untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Bacaan sehingga habis dan membuat analisa sendiri adalah di nasihatkan.  Sebarang komen dan pendapat amatlah di galakkan untuk di kongsi bersama. Terima Kasih.


"Tonight, I can report to the American people and to the world that the United States has conducted an operation that killed Osama bin Laden, the leader of al-Qaeda, and a terrorist who's responsible for the murder of thousands of innocent men, women, and children," he began.

"A small team of Americans carried out the operation with extraordinary courage and capability," Obama said. "No Americans were harmed. They took care to avoid civilian casualties. After a firefight, they killed Osama bin Laden and took custody of his body."

"Americans understand the costs of war," Obama said. "Yet as a country, we will never tolerate our security being threatened, nor stand idly by when our people have been killed. We will be relentless in defense of our citizens and our friends and allies. We will be true to the values that make us who we are. And on nights like this one, we can say to those families who have lost loved ones to al-Qaeda's terror: justice has been done." Sumber rawstory


Osama Bin Laden Mati

Presiden Amerika, Barack Obama memberi statement ringkas secara langsung selepas 11:30 petang dari East Room, White House. AS memimpin perisikan sejak Ogos lalu tentang kewujudan Osama Bin Laden. Pada hari Ahad dengan cukup maklumat melancarkan operasi yang di sasarkan Osama Bin Laden di Abbottabod, Pakistan. 

Pegawai White House menyatakakan bahawa operasi yang bekerjasama dengan pihak berkuasa Pakistan dengan bantuan oleh Navy SEAL berserta helikopter terlatih untuk mengelakkan korban orang awam.

Obama menegaskan bahawa selama satu dekad Perang Keganasan tersebut bukanlah menjadi perang terhadap Islam. Ucapan terima kasih juga di tujukan kepada pegawai perisikan ahli kontra pengganas yang professional dalam melaksanakan tugas mereka selama bertahun-tahun.

Akhirnya, Osama Bin Laden mati...


Osama Bin Laden Tidak Wujud

Osama Bin Laden dan Al Qaeda merupakan sekutu seperti sebuah kuasa yang besar yang begitu hebat. Tetapi adakah benar? Bagaimana pula al-Qaeda? Benarkah kumpulan ini wujud? Sehingga terdapat kesangsian daripada pengganas lain yang pakar sekalipun.

Dalam permulaan untuk mengtakrifkan apakah itu musuh, Amerika dan sekutunya telah mengedarkan pelbagai poster yang menampilkan wajah-wajah dan gambar Osama Bin Laden. Sesiapa yang dapat menangkapnya akan di berikan suatu ganjaran yang lumayan.

Dengan mencanang perang membanteras keganasan atas nama sebuah ‘jihad’, sedikit sebanyak dari situlah proses promosi keganasan berlaku. Kemenangan Bush dapat di lihat apabila berjaya menciptanya watak seorang ‘superman’ dengan  mengagung-agungkan nama Osama Bin Laden. Kuasa Bush bercambah seiring tokok tambah berita mengenai Osama Bin Laden melalui arus media dan penyampaian orang ramai.

Tiada Organisasi Al-Qaeda

Tidak ada bukti khusus menyatakan Osama Bin Laden menggunakan istilah ‘Al-Qaeda’ untuk merujuk mana-mana kumpulan selepas kejadian 11 September. Yang kita sedari tiba-tiba istilah ini di guna pakai oleh Amerika. Jamal al-Fadl muncul dan mendakwa telah melarikan diri meninggalkan Osama Bin Laden dan mencuri duit daripadanya. Mungkin juga  Osama Bin Laden seorang yang bakhil dan tidak menjaga kepentingan rakannya sendiri. So, terpaksa la mencuri.

Tetapi realiti sebenarnya, Amerika sendiri yang telah memberikan beratus ribu dollar untuk melindungi ‘saksi’. Ini di rujuk dengan penulisan Jason Burke, The Power of Nightmares yang menerangkan al-Qaeda ialah Mafia baru atau Komunis baru. Idea yang mana kritikal untuk FBI melaksanaannya. Dakwaannya, Osama Bin Laden menguruskan sebuah organisasi koperasi di seluruh dunia dengan rangkaian antarabangsa yang mutlak di Amerika, Afrika serta Eropah adalah tidak benar. Tidak wujud.

Untuk maklumat Jamal al-Fadl merupakan seorang militan Sudan yang bertanggungjawab 'membocorkan' segala maklumat kepada Amerika sehinggalah terdedah segala maklumat akan Osama Bin Laden.

Isu Kenya 2002

Tiga orang Israel telah terbunuh pada November 2002 semasa Kedutaan Amerika di Kenya di serang. Al-Qaeda di salahkan oleh Israel dan Bush di atas serangan tersebut. Walaupun tiada asas apa-apa sekalipun.

Osama Bin Laden Mati

Sekutu Amerika semasa latihan melawan Rusia adalah Pakistan. Presiden Pakistan sendiri telah mengatakan Osama Bin Laden kemungkinan besar mati kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit buah pinggangnya. Di petik daripada temubual Musharraf dengan koresponden perubatan CNN pada tahun 2002 dan di sokong oleh Presiden Afghanistan Karzai Laden.

Beberapa minggu kemudian CNN menulis bahawa menerima wasiat daripada Osama Bin Laden, tetapi keaslian dokumen tidak dapat di buktikan. Ada juga rencana memaparkan perkuburan Osama Bin Laden di dokumentarikan.

Teknologi

Betulkah Osama Bin Laden tidak hidup lagi? Bukankah kita sudah menerima segala mesej videonya sebelum ini? ‘Digital Morphing’ – suara, video dan gambar berserta dengan umur dapat di sesuaikan kepada operasi psikologi. Maksudnya, teknik ini sesuai di gunakan untuk memajukan suara kita dan mengawal setiap apa yang di perkatakan. Secara mudahnya suara, gambar serta video kita dapat di klon.

Banyak filem-filem Hollywood menggunakan teknik ini. Pernah tengok cerita Forrest Gump? Di mana karekter Tom Hanks muncul berjabat tangan dengan Presiden John F.Kennedy. Awesome kan? Ia juga selalu di gunakan tentera Amerika untuk mengekploitasikan kelemahan manusia seperti cara menentang musuh kerajaan, tentera lain dan masyarakat untuk tujuan kenegaraan atau semasa di medan perang.

Osama Bin Laden Mati Hidup Semula…2 May 2011

Osama Bin Laden yang sebelum ini di katakan mati rupanya telah hidup semula. ‘Rohnya’ yang tidak aman berlegar-legar di Utara Islamabad, Pakistan, telah dapat di tamatkan riwayatnya sekali lagi pada 2 May 2011.

Bonus tambahan, secara tiba-tiba terjumpa sekali ‘jasadnya’ yang di percayai di kebumikan secara tidak aman sebelum ini. Sempena untuk menghormati ke Islamannya, mayat Osama Bin Laden di semadikan semula secara aman di lautan. Oh! Suatu ending yang sangat mendukacitakan. Takziah. Sob! Sob!



P/s : Apakah sebenarnya yang berlaku? Apakah motif semua ini? Jika benar kenapa perlu berlaku di Pakistan? Kenapa sampai begitu sekali Osama Bin Laden bersembunyi? Adakah kerana di Pakistan doktor-doktor professional akan dapat merawat buah pinggangnya yang sakit?

Oh Tidak. Adakah kerana tidak sempat ke India? Bertemu Sai Baba yang telah mati baru-baru ini yang mempunyai ilmu chakra alam? Adakah Amerika ada perancangan terbaru yang lebih baik? Adakah perang bersenjata sudah tidak relevan lagi? Adakah…

Picture : Google

Sunday, May 1

Meranalah : Bila Gula Gula di Biar Terdedah 24:7 Seharian

'Hey, baby! Come with me and look my beautiful charming body. But please, don't touch ya'

'Ala sikit je nak touch. Tak kan tak boleh kot. Setakat tengok gambar tak puas la. Sikit je. Boleh kan? Tak best la u ni'

Itulah dialog realiti kehidupan yang berlaku sekarang. Kamu tidak mahu orang ramai mengata, orang lain mengutuk dan orang sembarangan menonton bentuk tubuh kamu yang mengiyurkan tapi, hakikatnya kamu sendiri yang bagi free show. Lepas itu pakat salah-menyalahkan orang lain. Keluarkan statement untuk menidakkan kebenaran. Salah siapa?

Pasti semua orang sudah ketahui pasal trend terkini, budaya k-pop yang menular di kalangan remaja di Malaysia. Setulus hati memang aku juga layan dengan group-group k-pop. Kim Heechuls, dari Super Junior memang feeling habis. Damn cute! 

Gula yang bertaburan dekat lantai kalau tak di gunakan sebaiknya seperti untuk memasak, buat air kopi, sediakan kek, pasti mengundang semut-semut untuk berkerumun. Lagi teruk jika di biarkan 24:7 setiap hari akan menyebabkan kolony semut terus membiak dengan megahnya.

Apa kes ini tertiba cerita pasal semut?

Umumnya semua sudah ketahui k-pop secara rakusnya telah masuk pasaran Malaysia. Sampai di Malaysia sendiri terdapat group-group dengan gaya, cara dan identiti yang di adaptasikan sejibik dari k-pop style. Terhangat 'Gula Gula', group perempuan dan '24:7' beridentitikan gayboy dan beberapa lagi group yang popular telah muncul.

Group-group inilah yang aku ibaratkan sebagai gula. Banyak kelebihan kalau seala kadar tetapi jika di amalkan berlebihan buruk padahnya. Itulah yang terjadi. Akibat fanatik terlampau dan tidak kena pada tempatnya, banyak kritikan pedas dan tentangan dari orang ramai.

Banyak kesalahan yang mereka telah lakukan. Cepat jatuhkan hukuman. Gantung sampai mati. Kalau tak nak pancung je kepala. haha. Tapi jalan penyelesaian seperti ini bukanlah cara yang terbaik. Masih ada ruang untuk di baiki.

OMG. Apakah salah mereka sebenarnya?

Akta Rahsia Rasmi Sam 2011/05, Kanun Penghasutan Pengaruh telah mensabitkan bahawa :-

1. Di budayakan. Gaya di tonjolkan agak melampau. Perempuan posing gedik. Serius tak comel. Lelaki pula macam al-kafirun gay. Gaya seperti ini akan memberikan impak pengaruh negatif kepada golongan geeks. 
2. Organisasi sosialiti. Tidak sesuai dengan budaya yang di amalkan oleh rakyat di Malaysia. Oh! Adakah mungkin ini suatu transformasi? Kalau ya, Tahniah.
3. Seismografik. Telah di graf gelombang rangkaian digitalnya bahawa group-group ini tidak di undang kemunculannya di negara ini walau apa sebab sekalipun. 
4. Agama. Dua orang anggota Gula Gula beragama Islam. Sekaligus memberi tempelak (kesan) buruk kepada masyarakat Islam secara umumnya.


Kesimpulannya, nilailah sendiri. Bosanlah. Asyik-asyik perkara sama yang di ulang cerita. Mengutuk, mengutuk dan terus mengutuk. Jom layan kartun lagi best.

Sumber : allkpop
Klik gambar untuk pertumbuhan gay yang comel

Kalau nak lagi cuba layan yang ini pula korean broadcasting standardsidols go to school


P/s : Cara terbaik ialah berfikir pertimbangkan sendiri. Memang betul kubur masing-masing. Lain cawangan lain daerah. Tapi jika di takdirkan, aku tak sanggup untuk berkubur bersebelahan 'kamu' sekalian jika seperti ini natijahnya.

Pesta Buku PWTC : Aku Jumpa Tun Dr. Mahathir Termenung

‘Encik! Encik! Tunggu sekejap. Nak tanya sikit boleh? Kat mana ye pesta buku yang banyak-banyak tu?  Apsal tak ramai orang kat sini. Erm…’

‘Saya pon tak tau. Ini Convention Centre, encik. Kalau nak masuk Aquaria KLCC saya tau la. Tapi kalau tak silap pesta buku tu kat PWTC (Putra World Trade Centre). Dekat Stesen Bas Putra tu. Bukan kat sini’

‘Terima kasih encik. Sambil beredar. *Blushing’

Siapa sudah pergi ke pesta buku PWTC? Banyak kan promosi-promosi buku yang di adakan. Siapa yang belum, silalah ke sana. Time weekend macam ini tengah free, bawa la anak-anak berjalan. Bagi yang tengah bercouple bawa cewek-cewek, pacar-pacar ke sana ye. Hari ini, 1 Mei merupakan hari terakhir pesta.

Dua hari lepas aku ada jejalan pergi ke Pesta Buku tu. Banyak juga buku-buku baru yang menarik. Orang hari tu pon tidak berapa ramai sangat. Memang best. Senang sikit nak berjalan. Mungkin juga sebab hari bekerja. Itupon secara kebetulan lalu dekat situ sebab jalan terlalu sesak singgah sekejap.


Pendekkan cerita, pusing dan pusing berjalan mengelilingi dewan, tertiba terjumpa Tun Dr. Mahathir tengah termenung senyum seorang diri. Tak ada orang temankan. Kesian rasanya. Tapi bukan secara realiti, cuma cover book je.

Inilah saat yang aku tunggu. Akhirnya jumpa juga buku yang di cari. Buku yang telah di launching awal bulan baru-baru ini. ‘A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr.Mahathir Mohamad’.


Apakah yang menarik sangat?

Sejak di lancarkan memang niat di hati nak beli satu buku ni buat bahan bacaan. Bukan apa sebab aku yakin dengan kualiti akan setiap penulisan Tun Mahathir dan segala yang di perbincangkan. Mungkin dari aspek politik ada yang kurang suka. Tapi cubalah jangan terlalu menyempitkan pemikiran kamu.

Untuk makluman juga, aku pon tidak berapa berminat untuk membincangkan isu politik dalam blog ini. Mungkin kalau nak update berita panas terkini seperti lelaki 'Y' berpacaran, thong pakai g-string atau sesumpah bersumpah adalah lebih baik pergi ke blog-blog yang lebih berinspirasi. 

Berbalik kepada tajuk, jika di pertimbangkan nilai abstrak akan buku ini memang berbaloi untuk di miliki.  Secara ringkasnya juga, ia banyak membincangkan pasal personaliti hidup dan bagaimanakah pengalaman Tun Mahathir sendiri semasa menempuh era sebagai seorang Perdana Menteri. Bagaimanakah beliau asalnya dari golongan sederhana boleh menjadi seorang yang berjaya. Kenapa kita tidak? 

Segalanya memerlukan usaha keras. Semuanya bukan datang terhidang di depan mata tanpa usaha. Seperti realiti sekarang ini kenapa masyarakat Meleis yang begitu gah di mata dunia semakin pincang. Agama di politikkan, politik di konspirasikan. Kesudahannya bangsa Melayu bercakaran sesama sendiri.

Apa-apapun aku pon baru saja baca pasal intro. Akibat masa yang tersangat bercumbu-cumbuan, mungkin next entri aku akan review dengan lebih details lagi pasal buku ni. 


P/s : Selamat Hari Pekerja/Buruh kepada semua pekerja-pekerja berdedikasi. Kepada peminat EPL, Chelsea menang lawan Tottetham Spurs 2-0 :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...