Friday, June 10

McDonald's : Permulaan Badut Sarkas

Semasa aku belasan tahun teringat era kegemilangan Skinhead. Di mana kasut DMs (Doc Martins) atau lebih di kenali sebagai kasut McDonald's menjadi kegilaan. Kemudian di gaya pula dengan skinny jeans. Perghh! Memang sesak habis. Itulah dunia aku dulu.

Sekarang jika pakai macam itu pasti terasa weird macam badut sarkas. Tapi apa-apapun tak dapat tandingi McDonald's sebenar.

Sebuah video yang telah di poskan pada tahun 2008 di YouTube mendedahkan Ronald McDonald pada permulaan pengenalannya pada tahun 1963. 'Ronald McDonald, the happy hamburger-eating clown'. Jelas sekali macam harem.

1. Cawan minuman sebagai hidung
2. Dulang sebagai topi beserta rambut palsu perang
3. Perkenalan badut seperti orangan dekat sawah




P/s : 'Badut' tetap menjadi santapan sehingga hari ini.

Sumber : DailyMail

Thursday, June 9

Resepi KFC : Bagaimana Rahsia Di Simpan

Sudah tahu bagaimana asal-usul X-Men? Sudah tahu bagaimana Nora Elena berkahwin dengan Seth Tan? Mungkin kamu di kecewakan bilamana telah menonton Kongsi and wasted your money watching Remember Me.

Bagi kaki wayang pasti sebelum tengok movie di tayangkan dengan pelbagai iklan. So good. Pernah dengar? Trademark untuk KFC. Tapi tahukah kamu bagaimana asal-usul KFC? Makanan fast food yang di gemari rakyat Malaysia hariannya. Makanan yang boleh menguatkan otot-otot lemak kembali aktif.

Fakta

Resepi rahsia KFC wujud pada tahun 1930-an ketika Harland Sanders menyajikan hidangan ayam kepada mereka yang berhenti berehat dekat stesen gas di Utara Corbin, Kentucky


Walaupun tidak pernah menyertai tentera pada tahun 1936, dia telah di beri kehormatan Kolonel Kentucky oleh gabenor sebagai mengiktiraf akan sumbangannya dalam masakan negara. 

Seterusnya Restoran Sanders di perluaskan. KFC melakukan pelbagai menu selama bertahun-tahun yang mana menyajikan sajian hasil gabungan 11 herba dan rempah ratus. 

Hakikatnya, hanya dua eksekutif yang mempunyai akses dan tahu formula kepada kewujudan resipi KFC yang mengabungkan 11 jenis herba dan rempah ratus. 

Bagaimana rahsia di simpan?

Semuanya berlaku di ruang pejabat KFC. Jika kamu ialah Tom Cruise dalam Mission Impossible, untuk mencuri resepi ini, itupun rasanya suatu yang mustahil di lakukan. Kenapa? 

Tidak semudah di sangka. Menurut Bo Dietl ahli keselamatan KFC, ruangan lantai, dinding dan siling semua di litupi konkrit 2 kaki tebal. Malah sensor dan CCTV yang beroperasi 24 jam serta pegawai keselamatan bersenjata yang di hubung terus ke bawah bilik kawalan. Kamu perlukan 2 orang dengan 2 kunci serta 2 nombor pin yang berbeza dan barulah kamu boleh melepasi sistem kawalannya. Cool.

"We fortified the ceiling and the floor around here with concrete bricks two feet thick," Dietl said. "We put in motion sensors also CCTV that's hooked up to security downstairs. They have 24/7 armed guys downstairs, so in the amount of 30 seconds you'll have somebody up here. Once in here, you have to have two people with two keys and two different PIN numbers, and that's what you have to have. This safe is bolted down and there is no way anybody can get in here unauthorized without us knowing about it."



Serius sial.

Tapi apakah cukup untuk masih mencuri resepi tersebut? Dalam kes ini tidak. Sesetengah dari bahan di adun di satu lokasi berasingan. Setengah jam kemudian barulah semuanya di kumpul serta di gaul semula bersama ayam. Begitulah sejarah awal pengenalan KFC. Sekarang, tak pasti masih di amalkan atau tak cara ini. Sesiapa boleh jelaskan.


P/s: Sampai sekarang hampir semua orang makan ayam KFC yang merupakan resepi terbaik di dunia. Kebanyakkan kerana usus terasa nyilu semasa di rumah dan sukar untuk mencari Popeye's sebagai altenatif lain. haha

Gambar : Google

Monday, June 6

Troll : Jenis-jenis Serta Kepelbagaiaan

Budaya trolls, griefers, jerks atau flamers semakin di minati sekarang. Pelbagai gelaran di beri. So, apa kata kita hayati misteri dan menyelami lebih mendalam dunia troll ini. Kenapa? Secara mudahnya semakin ramai yang 'kepanasan' kerna tempelak penulisan seperti ini.


















Kuasa Troll

Mari jadi jujur seketika. Pernah kamu baca artikel berkaitan troll? Tengok dekat ruangan komen, pendebatan serta kekalutan berlaku. Kamu tahu mengenai troll? Orang ramai menghabiskan masa cuba untuk berfikir mengenainya, risau tentangnya, bincangkannya, memerhati bagaimana untuk hentikan pengaruhnya.

Trolls kebanyakkan tidak disukai. Tetapi kelebihannya orang yang mencipta troll, mereka ada sesuatu...tenaga. Suatu kuasa. Ya! Yang mana membuatkan kamu seperti menyelami perasaan mereka. Akhirnya, tewas dengan kuasa trolls. Ha...ha... 

Terdapat banyak sebab kenapa trolls berlaku. Untuk bersifat lebih efektif, kamu perlu tahu kamu tergolong kepada golongan mana. So, apa kata buat kuiz di bawah ini dulu.


Keseriusannya

Trolls suatu yang mengerikan. Untuk melakukan sesuatu yang berguna dalam dunia internet tanpa mengganggu perjalanan hidup kamu, adalah di sarankan ubat-ubatan ataupun intensif psikoterapi yang lain.

Cara terbaik untuk menghalang trolls berbeza mengikut jenis. Untuk menghadapi golongan profesor dan pengkritik abaikan segala jeritan mereka jauh-jauh. Mereka selalu pada awalnya akan menjadi marah sekaligus punggung seperti tertusuk-tusuk. 

Tetapi akibat kekurangan komentar lain akan mendorong mereka untuk menjadi lebih gusar akhirnya di dalam komuniti. Melalak harus di sumbatkan entah ke mana. Penilik pula biarkan saja berlalu seperti sepoi angin. Robot amat perlu di elakkan.


P/s : 'Ibrahim pendek sedang membaling buah dadu'. Mari kita lihat siapa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...