Tuesday, August 30

Apek : Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Setelah kamu merempuh perjalanan dengan selamat. Perjalanan mungkin di highway dengan keadaan bersesak-sesak, yang segala kurang tak selesa, masa perjalanan yang panjang. tapi sekurang-kurangnya kamu sudah selamat berada kat kampung halaman. Kepada yang masih bergegas balik kampung pandu berhati-hati ye. 

Ho yeah! Ramadhan dah berakhir. Syawal tiba dengan kegembiraan. Kamu mesti sibuk buat persiapan terakhir kan? Pasti ada yang serba tak lengkap bila di belek-belek. Perasaan tak puas hati pasti muncul. Dalam apa-apa perkara bersyukur dengan apa yang ada. Yang penting raikan dengan kegembiraan bersama ahli keluarga.

Tahun ini genap dua tahun aku beraya di perantauan. Haha. Perantauan lah sangat. Tahun ni aku terpaksa beraya lagi kat office. Menjalankan tugas yang di amanahkan untuk pastikan keadaan highway selamat untuk pengguna. So thanks for me ok.

Takde apa nak di ucapkan cuma dengan merendah dirinya aku ingin mohon maaf secara langsung atau tidak kepada sesiapa yang pernah, mungkin atau telah aku 'sakiti' sepanjang dalam berblog ni. Tak lupa kepada yang tacing bila terbaca penulisan aku. 

Sempena Hari Raya ni taknak beremotional sangat. So sebelum pergi beraya apa kata enjoice gambar kat bawah ni dulu.

Ini gambar dua hari lepas dekat Jalan Tun Razak. Musim perayaan ni 'keselamatan' perlu di utamakan. Tapi janganla sampai macam apek ni ok. haha. Ops Sikap tahun ni penunggang motosikal top 1 kot maut. Berhati-hati ye.
























P/s : Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

Saturday, August 27

Kemalangan Maut : Jalan Genting Klang

Semalam lepak kat KL. On the way balik PJ, ikut Jalan Genting Klang dan lebih kurang jam 4 pagi terserempak dengan kemalangan yang agak ngeri berlaku di persimpangan traffic light.

Sayu hati tengok keadaan jenazah yang terbaring dan tersepit antara motosikal. Cerita dari brader yang spotted this event, kereta Vios kemungkinan bersalah sebab langgar traffic light dan rempuh motosikal Yamaha LC yang datang dari arah sisi.

Ini antara gambar yang sempat aku ambil. Orang ramai berkumpul dan saksikan kejadian sementara menunggu IO Polis sampai untuk lakukan siasatan.


Impact dari perlanggaran yang melibatkan sebuah kereta Toyota Vios. Owner tak di ketahui.
                
   
Keadaan mangsa yang tersepit di antara moto Yamaha LC. Sayu hati tengok keadaan dan dengan darah berlumuran dekat jalanraya. Mangsa mungkin keturunan Melayu.
                



P/s : Sempena musim perayaan ini memandulah dengan berhemah. Jangan kerana kita orang lain menjadi mangsa.  Berhati-hati di jalanraya dan tahziah kepada keluarga mangsa.

Friday, August 26

Kupu Band - Cahaya

Please enjoy for Cahaya by Rama Band. This is first promo for theirs video clip. Ini antara member-member aku yang sengal semasa di kolej. Harap-harap mereka berjaya dalam dunia musik.

Lagu ini sesuai untuk mereka-mereka yang frust menonggeng dengan aweks. Dan juga mereka yang di ambang mabuk percintaan. Layan! 





P/s : Please create some more song, lol!

Friday, August 19

Kempen Hias Laman Web/Blog : Beraya atau Merdeka?

Dulu kecik-kecik meriah kalau datang bulan Kemerdekaan, kereta semua pakat pasang bendera kibarkan. Kalau dekat kampung siap pergi cari buluh lawan siapa dapat pacak bendera paling tinggi. Suasana meriah macam bila nak pilihanraya.

Sekarang bulan Kemerdekaan sejajar zaman. Nak cari sebijik kereta yang kibar jalur gemilang agak susah. Tak terkecuali aku. Tapi tu tak bermaksud warga kota tak patriotik. Cuma kemungkinan pendekatan di gunakan sedikit berbeza. Tambah pula bulan puasa ni orang tengah sibuk shopping untuk kelengkapan raya. Antara merdeka atau beraya. haha. So mestilah ramai yang pilih nak beraya tak?

Apa-apapun bagi yang free apa kata join Kempen Hias Laman Web/Blog dari Utusan Melayu (M) Berhad. Konsep yang sama kibarkan jalur gemilang, cuma dalam pendekatan berbeza. Kibar di dunia maya. Bagaimana nak join?


1. Hias laman web/blog bertemakan jalur gemilang secukup rasa seperti contoh di bawah ini.


2. Screenshot laman web/blog dan isi form Kempen Hias Laman Web/Blog ini.
3. Submit & Profits.


Kepada bakal pemenang-pemenang yang bertuah, kamu akan menerima hadiah setiap satu masing-masing berupa wang tunai.

Pertama : RM 3,000
Kedua : RM 2,000
Ketiga : RM 1,000
Saguhati : 3 x RM 300



P/s : Join jela bukan kena bayar pon
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...