Wednesday, September 28

Taufan Nesat : Filipina di Hentam Kerosakan (Gambar)

Pagi Selasa 27 haribulan semalam Filipina telah di kejutkan dengan ribut taufan yang kuat melanda di daerah Luzon. Taufan yang lebih di kenali dengan Taufan Nesat ini menyebabkan segala aktiviti harian hampir terhenti. 

Lebih 100, 000 orang telah di pindahkan. Sekolah di tutup, penerbangan di hentikan dan tentera di arah untuk bersiap sedia.

Angin taufan yang berkelajuan kira-kira 200km/j ini menyebabkan hujan lebat, banjir, tanah runtuh dan kehilangan nyawa. Setakat ini, 7 orang telah di laporkan terkorban. 

Untuk maklumat Taufan Nesat berkategori tahap ketiga. Di mana dari segi kemusnahan yang berlaku di sebabkan olehnya, seperti kerosakan teruk bangunan, gangguan di jalanraya, sistem pengangkutan tergendala mahupun bekalan elektrik yang terputus.

Di bawah antara gambar-gambar kemusnahan yang telah berlaku kesan dari Taufan Nesat. 







 

Sumber : guardian.co.uk


P/s : Dari ramalan, Malaysia terutama Sabah kemungkinan akan terkena tempias. Apa-apapun mintak-mintak jangan.

4 surat:

Jey said... [Reply]

dasyat jugak..
mudah-mudahan xde tempiasnya kt m'sia

papepun kena beringat jugak.

yusuflaili(Goku) said... [Reply]

Salam;
Sebenarnya ada mesej mudah nak Allah sampaikan pada umat seluruh dunia melalui bencana2 yang berlaku didunia sekarang...tapi manusia sengaja menafikannya...

Shahada Fauzi said... [Reply]

masa belajar kat UMS cwgn Labuan dulu, rasanye tahun 2008 kot yg ade ribut ape ntah kena tempias kat Labuan..scary gila!huhu..


harap2 ribut ni takde la Malaysia kena tempias..

fisa othman said... [Reply]

semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNYA..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...