Showing posts with label kepercayaan agama. Show all posts
Showing posts with label kepercayaan agama. Show all posts

Wednesday, September 14

Islam : Warisan Dunia?

Sekarang ini pelbagai isu timbul terutama yang melibatkan 'permusuhan' antara agama mahupun sesuatu kaum itu sendiri. Suatu perkara yang agak sensitif jika di bincangkan. Tetapi sedarkah kamu apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah orang lain yang salah? Adakah agama kita yang salah? Atau adakah kerana diri kita sendiri yang suka menyalahkan sesama sendiri?

Apakah pula definisi agama untuk kamu? Adakah suatu sistem kepercayaan? Atau simbol budaya yang berkaitan dengan kerohanian dan moral semata-mata?

So bagi aku di bawah ialah ringkasan antara sebab-sebabnya yang berlaku






































P/s : Peace no war!


Tuesday, May 24

Hari Rapture : Kegagalan Dan Kepercayaan

Hari ini 24 May 2011 cukup tiga hari selepas 21 May 2011. Manusia hidup meneruskan kehidupan harian dan semuanya masih seperti keadaan biasa. Sebelum ini heboh pasal Harold Camping, juruhebah radio dan pemimpin pergerakan Kristian terkenal yang mendakwa dunia akan berakhir pada 21 May 2011. Semuanya berdasarkan tafsiran dari Bible.

Kini terbukti bahawa Hari Rapture sebenarnya suatu kegagalan yang besar. Akibatnya Harold kini menjadi invisibleman di mana tidak mahu di temuramah media dan menghilangkan diri untuk memberi penjelasan kenapa Jesus tidak datang menjemputnya. Sungguh mengecewakan. Ternyata dia menerima nasib yang sama seperti filem sebelumnya Left Behind


Sebenarnya bilakah terjadinya Rapture atau tidak semuanya berkait dengan kepercayaan. Dari situ baru kita faham kenapa agama itu penting. Setiap kejadian pasti ada sebabnya. Dan walau semaju dan sepandai mana teknologi sekalipun tahap pemikiran manusia tetap terbatas. 

Agama merupakan suatu yang subjektif di bincangkan kerana ia membabitkan nilai kepercayaan yang kuat dan bukannya berdasarkan logikal akal semata-mata. Sebab itu dalam Islam mempercayai akan kewujudanNya tidak perlu di pertikaikan. Kerana segalanya bersumberkan Hadis-hadis dan Al-Quran yang mana tetap terpelihara kandungannya sehingga akhir zaman. 

Berbanding Bible yang mempunyai pelbagai versi yang kebanyakkan telah di olah semula dan terpesong isi kandungannya. Kesannya, kedangkalan ilmu manusia itu sendiri menyebabkan akhirnya wujud golongan Atheis di mana menidakkan kebenaran agama lain. Hidup bebas tanpa berpaksikan sebarang agama. Semuanya ingin mencabar akan kewujudan Tuhan yang satu.

Akidah terpesong Atheis

21 May 2011, Rapture Harold Camping terbukti gagal. Tapi Atheis tetap berkembang pesat. Pelbagai cara di gunakan untuk menyebarkan fahaman terpesong mereka. Kebanyakkan isu agama Islam dan Nabi Muhammad di permainkan. 































Cuba di teliti baik-baik apakah yang kamu dapat lihat? Adakah hanya sebuah lukisan semata-mata? Jawapannya ialah suatu penghinaan.

Dunia akhir zaman

Banyak tanda-tanda dunia akhir zaman di mana maksiat berleluasa, pemimpin yang korupsi di angkat martabat, hiburan di banggakan, kepincangan dalam moral seseorang wujud, perbezaan hidup ketara, kaya semakin kaya miskin tertindas, bencana alam, agama di permainkan oleh orang dan bukan agama Islam sendiri dan sebagainya. 

Adakah kita bersedia menghadapinya? Perlukah untuk menjadi seorang Atheis atau memilih mengamalkan ajaran Islam yang syumul? Rapture yang sebenar pasti akan tiba dan kita tidak sesekali akan tahu bila bakal berlaku. Jadi jangan pening dan serabutkan kepala mari percukupkan amal dulu. 


P/s : Kegembiraan datang apabila kamu mempercayainya tapi kesengsaraan datang apabila kamu menentanginya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...