Showing posts with label memey suhaiza kahwin norman hakim. Show all posts
Showing posts with label memey suhaiza kahwin norman hakim. Show all posts

Tuesday, October 11

Why Judge?



We all judge. But why? Aku pasti kita semua pernah di judge atas sebab tertentu. So, bagaimana rasanya tak perlulah bagi tau kan. Betapa pedihnya perasaan ketika tu. Dan sudah pasti tak sesiapapun sukakannya. Apa yang aku faham kalau dah nama pon tak suka, so kenapa perlu kita judge orang lain?

Tak kisahlah apa yang kita celakan, sama ada sesuatu yang  betul-betul teruk, kita tak tau apa yang orang tu sedang buat, jadi sepatutnya tak perlulah menjadi hakim. Kita tak tau sama dia boleh menerima atau tak, kita tak tau apa yang sedang di lakukan, kita tak tau kemanakah dia pergi, jadi kita tak perlulah jadi hakim sekali lagi. 

Semestinya apa yang aku nak katakan ialah kita tak akan sesekali akan berada di tempat orang lain. Merasai apa yang sedang di laluinya, yang mana kita tak ada kelulusan sekalipun untuk menghakimi mereka.

Dunia sekarang ini ialah judgemental world, kita akan di hakimi sepanjang waktu. So, tak kisah apa yang orang lain fikirkan atau katakan tentang kita, jika kita tahu siapakah diri kita sebenarnya, maka benarlah ia.



P/s : Is't judge same with an opinion? Think about it!

Sunday, September 25

Fakta Atau Auta : Memey Suhaiza Kahwin Norman Hakim

Bila browse berita online, laptop kamu hanged tak? Kalau tak baguslah. Maksudnya sistem Adware kamu masih berfungsi dengan baik.

Sebelum ini kontroversi percintaan hubungan antara pelakon Norman Hakim, 35 dan Memey Suhaiza, 23. Akhirnya, semalam mereka berdua telah di nikahkan sebagai pasangan di rumah keluarga pihak perempuan. Dengan mas kahwin RM 22.50 beserta wang hantaran RM 24,000, hanya sekali lafaz, Norman menjadi suami kepada Memey.   

So, setel dua-dua dah kahwin dengan sah. Sedikit sebanyak beberapa kontroversi sebelum ini telah terjawab. Tapi apa sebenarnya yang menarik mengenai pasangan ini? Sampai beritanya terlalu sensasi sama ada di akhbar mahupun di blog. Apakah kebajikan yang telah di sumbangkan? Rasanya...? Ada jawapan?

Apa-apapun sebenarnya aku lebih tertarik mengenai apa yang telah berlaku mengenai mereka berdua. Bagaimana saat tibanya perkahwinan mereka.


Fakta atau Auta?

1. Sut gaun dan kasut bertatah mutiara Rafflesia milik Memey Suhaiza dari Vera Wang bakal di pamer di Muzium Negara seiras seperti gaun, kasut dan subang Kate Middleton di Istana Buckingham tetapi percayakah cincin berlian Rosmah yang lebih bernilai tidak sesekali akan di letakkan di muzium?

2. Pergabungan DNA bilamana Memey Suhaiza berkahwin dengan Norman Hakim bermula dengan isu khalwat tetapi mengapakah DNA 'khalwat' antara Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari sampai sekarang tak pernah berakhir dengan penyelesaian?

3. Keyword Memey Suhaiza pernah menjadi top trending pencarian Yahoo dan Google untuk minggu tertentu sama seperti trending di Twitter mengenai hashtag NajibsAnnouncement tetapi sedarkah hashtag AbbyAbadi hanya sepi di abadikan ibarat sepah di buang. lol!

4. Bajet keseluruhan majlis perkahwinan sama ada di sponsor atau kewangan sendiri Memey dengan Norman bersamaan dengan kos keseluruhan penyanyi pop Malaysia Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K, lebih kurang RM12 juta tetapi yang membezakan mereka, sama ada mempunyai anak atau tak selepas berkahwin. 



P/s : Tahniah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...