Wednesday, September 14

Islam : Warisan Dunia?

Sekarang ini pelbagai isu timbul terutama yang melibatkan 'permusuhan' antara agama mahupun sesuatu kaum itu sendiri. Suatu perkara yang agak sensitif jika di bincangkan. Tetapi sedarkah kamu apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah orang lain yang salah? Adakah agama kita yang salah? Atau adakah kerana diri kita sendiri yang suka menyalahkan sesama sendiri?

Apakah pula definisi agama untuk kamu? Adakah suatu sistem kepercayaan? Atau simbol budaya yang berkaitan dengan kerohanian dan moral semata-mata?

So bagi aku di bawah ialah ringkasan antara sebab-sebabnya yang berlaku






































P/s : Peace no war!


Friday, September 9

Keputusan : Pemenang Auditions Perodua Lagi Best

Dua bulan lepas aku ada post mengenai Auditions Perodua #LagiBest. Pertandingan yang memerlukan peserta membuat video sekreatif mungkin mengenai kereta Perodua Myvi terbaru yang menggunakan trademark 'Lagi Best'. Ramai juga yang join. Dan akhirnya senarai pemenang telah di umumkan oleh pihak Perodua.

Seperti yang di janjikan Grand Prize sebanyak RM 10,000 akan di berikan. Pemenang bertuah menjadi milik Ishak Bin Ismail dengan video Teka Silang Kereta. Bagi aku dia memang layak untuk memenanginya. Video mind attraction yang mana mesej di sebaliknya berjaya di sampaikan dengan agak baik. Video kualiti pon boleh tahan. 




Manakala 5 hadiah saguhati berupa iPad2 di menangi oleh peserta-peserta yang tak kurang hebat dan menarik idea mereka.

Only the Best dari Cassie Wong Mun Yew dengan bentuk jalan penceritaan di mana seorang amoi yang agak susah untuk bertemu jodoh dan agak memilih. Akhirnya dia tak kisah 'blind date' dengan lelaki yang agak nerdy. Semua hanya di sebabkan kereta Perodua.




Karya stopmotion Keluarga Perodua membawa plot kepada kehidupan seharian yang berlaku. Bagaimana jasa kereta Perodua dalam aktiviti seharian. Baik kepada ayah, mak dan seluruh family keseluruhannya. Video dari Mohammad Nor Akmal.




Video klinikal psikologi Q&A dari Tan Yee Yaw memberi gambaran reverse situation di hospital. Bagaimana interaksi dua hala antara doktor dan pesakit yang sedang berlaku. Rawatan yang di berikan dalam merawat penyakit dan analisis yang di lakukan.




Fight for It pula karya slow motion yang di submit Muhamad Za'im Harris. Memang kelakar habis. Tak tahan nak tergelak. haha. Bagaimana bila member pon boleh hilang sahabat kesan kerana Perodua punya aura.




Hadiah saguhati terakhir video Embrave dari Low Tiong Lim. Impact kemalangan boleh menjejas kehidupan kamu. So kalau nak selamat naiklah kereta Perodua. Dan pastikan mempunyai hot babies sebelum memulakan sebarang pemanduan ye :P Malang tak berbau.




Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang grand prize tu lepas ni boleh la dating kasi kaw-kaw punya. Bawa cewek bermakan angin. Bergurau senda ye. Tak lah bersendirian lagi. 

Cakap pasal bersendirian, Auditions Perodua Lagi Best dah tamat, keputusan pon dah dapat, apa kata sebagai pencuci mulut dan penutup bicara enjoy pula video Alone! di bawah. Awesome tak karya stop motion ni? Chiao...





P/s : Jom pergi Low Yat beli iPad nak? lol :(

Thursday, September 8

Failed! : Safee Sali Sah Join Queens Park Rangers

Safee Sali penyerang sensasi skuad bolasepak Malaysia ura-ura di beritakan akan menyertai kelab QPR (Queens Park Rangers). Kelab di mana baru injak naik dalam EPL dan milik businessman terkenal Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

Pemain yang sedang beraksi dengan kelab Pelita Jaya di Liga Super Indonesia ini, kemungkinan akan turut sama bergandingan dengan pemain baru yang di bawa masuk, Joey Barton dari Newcastle United.

Pengurus QPR, Neil Warnock semasa press conference dengan media Malaysia semalam menunjukkan minat untuk serapkan Safee Sali dalam kesebelasan utama pasukannya. Tempoh percubaan bermula pada bulan Oktober depan.

 
Bagi ahli nujum wiki "Safee Sali merupakan striker profesional untuk kelab Queen Park Rangers. Secara tidak langsung juga telah gah membawa nama Malaysia di mata dunia. Pada 7 September 2011, Safee telah di anugerah FIFA Ballon d'Or yang pernah di menangi oleh Lionel Messi dan Christiano Ronaldo. Beliau juga telah menandatangani perjanjian kontrak selama 4 tahun bernilai 3 juta pound dengan Quenn Park Rangers" - Sumber

 
Biodata mengenai Safee Sali di Wikipedia sebelum re-edit




Edit history sebelum ini. Lebih details kamu boleh lihat di wikipedia history page tersebut.




P/s : Haha. Bilamana wikipedia buat lawak sarkas. Failed!



Wednesday, September 7

Aston Kusters : Dunia Yakuza Sebenar

Selepas kutipan box-office KL Gangster pertama, sekuel KL Gengster 2 akan di teruskan lagi oleh pengarahnya, Syamsul Yusof. Kemungkinan flashback masa lalu dengan lebih aksi dari 'ayahanda' dan 'abang long' di tontonkan. Itu semua hanya dalam filem.

Kembali kepada realiti, pernah dengar Yakuza? Gengster yang terkenal dekat Jepun di anggotai oleh Bakuto dan Tekiya. Majoriti ahli asalnya kaki judi dan merempat di jalanan. Yakuza juga top dengan black money scam. Mengedar dadah, pengedaran wang haram, dalang aktiviti pelacuran dan peras ugut. Kamu ingin hidup sebagai seorang gangster? 

Anton Kusters, merupakan seorang jurugambar profesional dan juga pemilik syarikat design yang berpusat di Belgium. Salah sebuah projek terbesar beliau ialah 893 Yakuza. Di mana kisah perjalanan beliau selama 2 tahun close up dengan kehidupan seharian Yakuza. Penceritaan bagaimana hidup seorang Yakuza di dalam dunia yang berbeza dari orang normal serta segala macam konflik yang berlaku sekeliling. 

Selama berbulan-bulan persediaan di buat dan rundingan bersama-sama saudaranya, Malik, beliau telah menjadi satu-satunya orang Barat yang di beri kepercayaan untuk menyelami dunia 'kegelapan' Yakuza. Hasilnya, semua telah di bukukan di dalam Odo Yakuza Tokyo. Di bawah antara gambar dari karya beliau.


Geng Yakuza yang terkenal di Jepun
Malam terakhir, Kusters di bawa Yakuza ke kelab malam


Kusters berjaya meyakinkan bos Yakuza untuk tangkap gambar ahli mereka
 Hanya beberapa orang berpeluang melihat tatoo Yakuza
 Harga sebuah kemaafan. Seorang Yakuza memotong jarinya
 Proses mencacah tatoo di badan
 Perempuan tak terkecuali untuk mempunyai tatoo
 Pertemuan mereka di bilik mandi yang mana tiada sesiapa membawa senjata
 Antara kem latihan rahsia Yakuza


P/s : Yakuza bertapak berabad lamanya di Jepun. Sekarang dunia seperti Yakuza juga berada di mana sahaja.

Sumber : antonkusters


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...