Wednesday, January 25

P.O.S - Exam : Blog Tak Update

Tiada Mood 

Sejak sekian lama tak berselera nak update blog ini. Saja berpuasa untuk pause menulis. Tapi kalau bab makan memang berselera habis. Sekali makan berpinggan boleh setel. Pantang di tolak. Sebab utama, makan menjana tenaga dan membolehkan kamu melakukan aktiviti seharian dengan sedikit efisien. Tiada penafian.

Dalam tempoh ini, hati sangat mendesak untuk terus update pasal isu semasa. Tapi dengan berbekal iltizam. Yes! Berjaya tolak semuanya. Buangkan sebentar blog samposmen. Lagipun berupdate ke tak siapa yang peduli kan? *tacing. 

Bukan apa sebenarnya aku sedang menumpukan untuk final exam. Dan alhamdulillah semua telah berlalu seperti yang di harapkan. Sudah berusaha, dan kini hanya menunggu result untuk setiap subjek. So, sekarang terpaksa ambil masa untuk aktif menulis balik. 

Perasan tak, kalau musim final je mesti ramai yang sibuk. Ada yang cool, ada yang rilex, ada yang mengelabah semacam, tak kurang yang serius gilak. Setiap orang ada perasaan masing-masing. Semuanya tak salah pon. Kamu nak poyo, nak serabut ke, nak pulun habis-habis dalam waktu ini tak salah apa-apa. Yang penting kamu tahu apa yang nak di lakukan.

Tapi sebab apa benda macam ni selalu berlaku? Kalau exam je mesti nampak simpton-simpton seakan ini. Kalau hari biasa tak pula. Yes. Sebab mudah, kebanyakkan student suka study last minute. Betul tak? Same like me.



Apa yang  best bila study last minute? Lagi tension kot. Tapi rasanya tak perlu jawab soalan tersebut. Because only an engineering student can understand the value of study on last minute :)




P/s : Awaiting for the result. Neves! 

Sunday, January 8

Jay Jamalina Tersasul : Anwar Sudah Jadi PM

Yahoo! Jay Jamalina

Love Jay Jamalina. Cara penyampaian dan nada suara memang best! Tak senang nak jadi penyampai berita yang perfect. Untuk pengetahuan, Jay Jamalina ialah pembaca berita dekat TV3. Sebelum ini lebih kepada penyampai info trafik dekat Hot FM saja.

Semalam secara sengaja atau tak, bila baca berita dekat Buletin Utama TV3, Jay Jamalina tersasul. Sedikit confius agaknya. Atau memang skrip yang di sediakan tersilap edit. Ada mungkin Datuk Seri Anwar sudah menjadi Perdana Menteri? Kesian Datuk Seri Najib!

Ini antara isi berita yang tersalah cakap. Konfius antara Anwar atau Najib. Tapi nasib baik tak sebut Rosmah

Selepas kejadian tersebut, Jay Jamalina sedar kesalahan dia. Dekat akaun twitter, dia telah membuat pengakuan maaf. So, tak ada apa sebenarnya. Paling tak pon, kena jawab. Hantar surat tunjuk sebab dekat pengurusan TV3. Standardlah tu.

 


Terlatah sikit-sikit biasala tu. Apa ada hal. Dalam hujan pon ada guruh, dalam perigi ada ikan kaloi, dalam betul pon ada jugak salahnya, dalam sibuk Najib mestilah ada kelibat bayangan Anwar. heh!



P/s : Hiburan sekali sekala di malam hari ada baik juga :)


Saturday, January 7

AUKU : Mansuh Atau Pinda Pandangan Pak Rodi

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

Macam-macam pendapat. Ada yang nakkan AUKU di mansuhkan kerana menyekat kebebasan berakademik mahasiswa, ada yang suruh di pindakan saja Seksyen 15 larangan berpolitik dalam akta tersebut, mansuhkan keseluruhan AUKU dan ada yang masih blur-blur sotong apa kebendakah AUKU ini sebenarnya.

Sebolehnya entri ini cuba tak bias kepada mana-mana pihak. Bagi aku, AUKU relevan untuk masa sekarang. Bagi seorang remaja berumur 18 ke 21 tahun, enjoy itu perlu. So, tiada istilah pembaziran masa. Mereka perlu untuk bercouple. Perlu untuk berdating semasa hujung minggu. Perlu untuk bergayut telefon dengan awek/pakwe dek stress study. Perlu berhibur ke gig atau konsert-konsert. Perlu main Dota secara LAN beramai-ramai. Tak kurang perlu untuk merempit sekali sekala.

AUKU di wartakan untuk mendidik mahasiswa yang sibuk berpolitik dan berdemokrasi, tidak menumpukan perhatian semasa study dan bukanlah untuk mengawal fahaman mahasiswa dan membonekan mereka.

Seorang pelajar juga perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Kajian menunjukkan seorang yang memikirkan dan sibuk dengan perkara lain semasa di kolej atau universiti susah untuk berjaya. Ini kerana banyak masa di sia-siakan. Tak hairanlah CGPA sangat rendah dan untuk mendapat sijil serta graduate terpaksa menambah beberapa lagi semestar pengajian. 



Dalam dunia sekarang, seorang pelajar tak perlu terburu-buru untuk berpolitik. Sebaiknya permulaan pada awal umur 40 tahun adalah terbaik. Di situlah kematangan sebenar. Seseorang dapat berfikir dan membuat keputusan tepat. Di mana bagi seorang wanita ia di kategori sebagai usia untuk mencapai keharmonian menopause. 

Untuk memberi sebarang idea yang bernas dan pendapat akan sesuatu perkara, pelajar tidak perlu untuk berdemokrasi dengan mengadakan perhimpunan dan protes. Sebab itu AUKU perlu. Perhimpunan-perhimpunan seperti ini banyak menghabiskan masa dan kos. Bukankah lagi senang, meluahkan pendapat di laman social seperti facebook, twitter dan blog yang boleh di jadikan medium pengantara. Tidak menganggu keamanan orang lain dan sudah tentu free tanpa bayaran serta bebas bersuara lantang tanpa tergugat di block Suruhanjaya Komunikasi.

Mainstream media sepatutnya di jadikan rujukan kepada pelajar. Dari situlah berita tulus dan terkini isu semasa banyak di bincangkan. Pelajar perlu menjadi pemerhati dalam politik bukan memperjuangkannya sepanjang menjadi mahasiswa. Selepas graduasi barulah menilai akan tindakan yang di kira wajar di teruskan.  

Untuk menentukan masa depan negara, mengajar rakyat kepentingan tanggungjawab mentadbir negara serta kefahaman tentang sesuatu perlembagaan, seseorang pelajar tak perlu tahu menahu politik di peringkat universiti. Ini akan menyebabkan fahaman kamu bercampur aduk. Tunggulah sehingga habis tempoh pengajian. Kamu perlu tumpukan pelajaran mengenai teori semasa kerana praktikal sangat tidak relevan semasa belajar.




P/s : Human create, human change.

Blogger : Setahun Umbut

Lembab

Ini merupakan entri pertama aku untuk Tahun 2012. Memang lembab dan susah sebenarnya untuk meng'update' blog. Sebenarnya aku ingin membuat pengumuman bahawa awal Januari ini genaplah blog ini, Samposmen. Kini ia berusia setahun umbut. 

Blog yang tak seberapa. Yang mana, motif di awal penubuhan Samposmen hanyalah sebagai nama untuk memberi komen-komen dekat blog lain, untuk dapatkan update terkini isu semasa melalui google reader dan berkenalan dengan blogger lain saja.

Semakin hari aku makin tertarik dengan medium blogger. Di sebabkan pendapat atau apa saja yang tak berpuashati, bersetuju atau perbincangan boleh ikut kepala otak aku sendiri. Kalau ada yang membangkang, at least tak ada effect sangat dekat real life aku. heh!

Cuma untuk makluman aku bukanlah seorang blogger tegar. Sepanjang berblog aku juga bukan seorang yang peramah. Sebab itu aku tak kisah kalau ada yang melabel aku seorang yang sombong dan riak. Terpulang kepada masing-masing. Tapi hakikat sebaliknya, aku bukanlah seperti itu. Serius neh! haha.

Dalam blog aku memang poyo saja lebih. Seperti blogger lain juga. Kebanyakkan cakap tak serupa bikin. Tak payahlah untuk menidakkannya. Real life aku sama juga seperti orang lain. Seorang yang biasa-biasa. Kekadang ada pendapat aku yang berbelah bagi. Apa yang aku tulis tak semesti menjadikan diri aku sebenar. Tapi itulah watak berbeza Aku dan apa yang di panggil Samposmen. 

Masing-masing ada pendapat tersendiri dan semestinya aku hormat pendapat kamu selagi ia relevan dan boIeh di gunapakai. Bukannya pendapat yang semata-mata bersifat iri hari, cemburu, amarah, yang itu memang tak ada maknanya. Nak saja bagi smash sedas dua. Tapi yang bestnya, itulah lumrah bila jadi seorang blogger. 

So, aku ingin berterima kasih kepada followers, pembaca, pengkritik, penasihat dan mereka yang datang singgah secara langsung atau tak sengaja terklik ke blog ini yang secara linearnya boleh di sifatkan menyokong aku. heh! Teruskan memberi dorongan untuk aku terus blog. Mungkin 2012 adalah masa untuk memulakan langkah berfoya-foya dengan blogger lain.

Selamanya aku mengharapkan kritikan membina bukannya pujian ke atas entri-entri yang di pos. Kritikan sebenarnya memotivasi kamu tapi pujian hanya bersifat sementara dan akan menjahanamkan kamu. Tak nak percaya sudah!

Sebelum itu, nak show off sekejap, sepanjang tahun 2011 di bawah adalah transformasi header aku. Layan aja.


Header simple bila mula-mula berblog
Header versi Sam dengan Kura-kura. Di awal berblog entri aku banyak di zahirkan melalui lukisan
 Header untuk ber'hipokrit' menjadi ustaz rock
 Header untuk Contest Merdeka
 Terkini. Berbalik kepada konsep ringkas









P/s : Kekadang bila baca balik penulisan aku macam badut sarkas pon ada. heh!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...