Bersekolahkah Hantu?
Ramai ke yang terhibur bila layan wayang cerita Hantu Dalam Bojole Kicap? Niat di hati aku memang nak tengok masa awal-awal di tayangkan, tapi apakan daya kekangan masa membataskan. Aiseh!
Straight to the point, kali ni aku nak review pasal cerita Hantu Dalam Bojole Kicap. Ini pun kerna jasa baik Youtube yang membolehkan aku tengok secara online. Apa yang bestnya? Bagi yang belum tengok, ada baiknya carilah source untuk tonton cerita ini. Kalau boleh juga biarlah yang tak memerlukan keluar modal sesen pun. Ini bukan tidak demi kesejahteraan sahabat, keluarga, bangsa mahupun untuk mereka yang mempunyai anak-anak yang belum injak baligh.
Plot Cerita
Pengenalan cerita bilamana sepasang suami isteri, Mak Ngang dengan suaminya Pak Ngok ingin menghantar anak mereka Epum, Nazi dan Rinda ke kampung untuk di jaga oleh nenek mereka, Mak Timah. Ini di sebabkan Mak Ngang dan Pak Ngok perlu outstation ke Paris untuk beberapa minggu.
Konflik berlaku bilamana Epum (adik), Nazi (abang) dan Rinda (kakak) yang merupakan warga kota sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan desa. Yelar, kehidupan desa yang penuh dengan hantu keparat berbanding di kota yang indah ibarat di syurga.
Kehidupan Mak Timah yang pertama kali berjumpa dengan cucunya juga penuh pancaroba selepas itu. Ini kerana beliau saja seorang bomoh, dukun mahupun pawang hantu yang gah terkenal di kampungnya.
Klimaks tercetus bilamana Nazi dan Rinda bila setiap maghrib je dan setiap hari akan bergegas berkemas untuk balik ke kota. Kemudian Mak Timah akan mula mencari. Nazi dan Rinda hilang, Mak Timah cari lagi. Nazi lari lagi, Puteri (awek kampung) datang pujuk. Rinda pun sama lari dari rumah, Mak Timah jumpa balik. Seterus dan seterus dan seterusnya peristiwa tersebut berulang-kali sampai kesudahan cerita. Oh! Ini sebenarnya baru intro klimaks.
Klimaks sebenarnya hanya bila si Epum (budak gemuk kedempon yang nakal dan coty-coty) telah membuka bojole kicap di dalam bilik larangan Mak Timah. Ini pun di sebabkan untuk mengambil kain balutan bojole untuk membalut luka di jari kakaknya, Rinda. Kesannya, bojole tanpa penutup kain, menyebabkan terbebaslah salah sekor hantu-hantu di dalam bojole kicap yang sekian lama di ‘belenggu’.
Maka adegan-adegan budus-budus berunsur 18PL, 18SX serta 18SG melayari klimaks ini. *Maaf adegan terpaksa di sembunyikan penceritaan. Ini kerana ia melibatkan sensitiviti pihak tertentu.
Peleraian plot berakhir dengan Mak Timah berjaya menangkap kembali Hantu-hantu Bojole Kicap yang terlepas dengan penuh tragidisnya. Itupun setelah berhempas pulas sekian lama ketika hening malam.
Maka, dengan itu, Mak Ngang dan Pak Ngok yang secara kebetulan sudah habis outstation di Paris, dah satu jalan dan alang-alang dah sampai juga di Malaysia, mereka request flight untuk landing di desa Mak Timah. Niat di hati untuk ambil dan membawa balik anak-anak mereka dengan flight untuk pulang ke kota.
Ops! Maaf sedikit kesilapan. Flight sebenarnya ada urusan lain waktu itu. Pasangan suami isteri, Mak Ngang dan Pak Ngok terpaksa terjun dari flight menggunakan paracut untuk sampai ke rumah Mak Timah. Biasalah rumah pendalaman di hulu kampung. Akhirnya, barulah mereka sefamili berangkat pulang ke kota. Nak tak nak terpaksa menggunakan bot/sampan saja yang ada. Sekian.
Mula-mula tadi aku ada cakap yang cerita ini wajib di tonton untuk kesejahteraan sahabat, keluarga, bangsa dan anak-anak. Agak-agak kenapa ye?
Ok sebenarnya hanya satu sebab. Inilah genre filem yang kita perlukan sebenarnya. Sepanjang aku tonton hampir 2jam, aku mencari-cari di manakah babak untuk aku melepaskan ketawa. Ya. Aku ulang untuk ketawa atau gelak dengan genre yang di pertaruhkan.
Aku juga tercari-cari di manakah relevannya babak-babak penceritaan tersebut dengan realiti kita. Aku bingung lagi. Aku terpaksa mengalah. Akhirnya, diam terbisu tak terkata. Untuk sedapkan hati, mungkin aku sebenarnya yang ada masalah mental, benak hari berkata sekali lagi. Heh!
P/s : Belang bukan sebarang belang, belang datang dari kali, bangang bukan sebarang bangang, tapi biarlah bangang bersimpang mati. Speechless! Filem macam ni pun boleh ada.
3 surat:
x pernah tgok ag huehue huehue
aku rasa aku manusia paling malang bile tengok cite ni ari tu walaupun tgk dr source yg percuma..rasa mcm nak menages kerana merugikan masa dan memperbodohkan diri sendiri dengan tengok cite mcm ni..tensi~~~ (-_-")
K2r~90 baik pegi tengok, karang menyesal pulak :P
♥CIK SHA♥ hehe.layan telenovela mexico rasanya lagi ok kan?
Post a Comment