Thursday, March 1

P.O.S - Hantu : Kenapa Dengan Hantu Paralysis?

Hantukah Kamu?

Siapa pernah jumpa hantu, senyum sikit boleh? Sila ceritakan pengalaman kamu dekat David Teo. Kot kot mana tau nanti dapat di perfilemkan. Tapi aku tau kesukarannya. Nak jumpa seorang 'Datuk' mungkin susah. So, apa kata kalau susah sangat cari je Ahmad Idham pon boleh. Ada rezeki boleh kongsi satu Malaya. Menarik bukan.

Industri filem Malaysia sekarang kalau bab-bab hantu ni semakin galak rasanya. Sepatutnya, kita sebagai penonton perlu berbangga. At least ada la jugak trademark untuk industri perfilemanan kita. Bukankah jika bollywood terkenal dengan kisah cintan-cantunnya, hollywood dengan peperangannya dan Malaysia tak kurang hebat dengan semangat kehantuannya.

Cuma persoalannya, jika kisah cinta, paling tak kita belajar nilai-nilai kasih-sayang, walaupun hakikat kisah cinta yang merepek dan melebih-lebih di pertonton dari dunia sebenar. Jika kisah peperangan pula, bab pengorbanan dan kesengsaraan paling tak buat kita insaf sekejap. Tapi, kalau bab kehantuan pula apakah yang kita dapat? Melainkan hanya takut dengan bayang-bayang sendiri.

Ibarat seorang nerd dengan teknologi, hantu dengan masyarakat kita tak boleh lari. Sebab tulah tercipta pelbagai variasi. Ada pontianak, ada polong, ada pocong, ada hantu galah, ada hantu raya dan pelbagai spesis lagi. Itu tak termasuk hantu dunia moden yang terkucil pendidikan seperti hantu Kak Limah, hantu kum-kum, hantu susu, hantu bonceng dan terbaru spesis gen hybrid, hantu dalam botol kicap. Ingatkan manusia je suka makan kicap, rupanya hantu pon up-to-date.
   
Masa zaman sekolah asrama dulu, waktu maghrib je perempuan yang 'tak suci' (datang haid) mesti kena histeria. Melolong sesorang tepi koridor tak pun dalam bilik. So, panggil ustaz, azan dan baca ayat-ayat al-quran sedas dua, setel masalah. Tapi kes tu tak habis kat situ. Maka, bila malam menjelma, ramailah bawaan mulut cerita sana-sini. Ada yang nampak 'penampakkan' bayang-bayang dan macam-macam lagi. Alkisahnyalah!

Untuk spesis hantu yang jahat tak hengat, tindih si polan dan si polan ibarat 'santapan' seharian. Kekadang aku pon tak paham. Kekadang jeles pon ada. Mana tak, suka-suka je main tindih-tindih orang. Kalau lelaki ok je aku tak berapa kisah, ini sampai anak dara mana aci untuk lelaki teruna macam aku neh. Tambah pula naya je budak tu, tak pasai-pasai dah tak dara di sebabkan hantu. Kesian. Jahat kan hantu tu?

Seumur hidup, aku tak penah jumpa hantu. Rasa tak bertuah je. Sesekali teringin la nak juga jumpa. Boleh berkenalan, sapa-menyapa, pekena teh secawan dua mesti best kan? Baru rapat sikit silaturrahim. Serius aku jeles dengan mereka yang selalu jumpa hantu. Sesiapa berpengalaman boleh bagi tip tak macam mana nak jumpa? Please!

Bukan apa, kebanyakkan cerita hantu yang aku dengar adalah turun-temurun. Tak pun hanya penceritaan dari mulut ke mulut. Tak feel! Pengalaman sendiri baru adventure. Kalau tengok movie pasal hantu pun, semua bermain dengan genre seram komedi. Apalah produser ni, kalau nak buat cerita seram kasi la seram betul-betul. Hilang mood!


Hantu Sains dan Hantu Islam

Itulah antara himpunan kisah-kisah hantu dan jenis-jenis hantu secara rawak aku boleh simpulkan. Resepi dan pengalaman sejak turun temurun yang cukup popular. So, dari situ aku nak ambik satu contoh apakah pula hantu untuk spesis sains dan istilah hantu Islamnya.

Tadi, aku ada sebut pasal kena tindih kan? Untuk makluman, bagi yang 'tiada pengalaman' dan kurang faham, bahasa kampungnya boleh di katakan, bila mana sesorang ketika tidur badannya menjadi kaku. Semua pergerakan terbatas. Sampai nak bersuara pun susah. Sesak nafas di buatnya. 

Apatah lagi nak minta bantuan tidak sama sekali. Seakan ada benda berat di dada kamu yang menghadkan segala pergerakan. Ya. Itulah istilahnya badan kena tindih. Itu bagi bahasa kampungnyalah. Tak salah juga kalau sebut bahasa hantunya. Tatabahasa masih boleh di terima :P

Tapi apa pula kata sains? Dalam sains inilah yang di katakan 'sleep paralysis'. Lumpuh dalam tidur. Ianya berlaku semasa proses peralihan waktu tidur kamu dan semasa nak bangun. Senang cerita keadaan kamu waktu separuh sedar. Waktu di mana kamu masih blur-blur sotong dan tak bersedia. Masa tu otak kamu tak berfungsi dan beroperasi dengan baik. Dari situ jugalah menyebabkan masalah untuk bergerak dan bercakap. 

Adakah mungkin ianya hantu paralysis?

Dalam Islam, sleep paralysis adalah di sebabkan jin. Bukankah Islam pun suruh kita percaya dengan jin dan benda-benda ghaib ni? So, tak ada istilah hantu sekalipun. Kalau ada, mungkin hanya jin menumpang sekejap. Buat port melepak dekat bahu kamu je. Ok. Cukup sampai sini. Sila refer yang lebih berpengetahuan.

Jika nak hurai, mungkin lagi panjang. So, berbaloilah kalau kamu boleh terima contoh 'hantu sains' dan 'hantu Islam' ini. Tak perlu lagi segala macam spesis hantu baru dan ketakutan teramat sangat kepada depa ni semua. Tak berbaloi pun. 

Apapun, siapakah yang kamu perlu takut sebenarnya? Please, ask yourself!




P/s : Hantu jadian manusia dah semakin banyak sekarang. Apa ada hal.


3 surat:

♥CIK SHA♥ said... [Reply]

sepanjang hidup aku..tak pernah lagi nmpk hantu..kalau tgk manusia kena rasuk jin tu secara real pernah le..tu pun aku still was2 masa tu smpai ustaz yg berubat tu nasihat aku kata benda jin2 ni mmg ade..tp aku mmg tak suke la kite semua ni dimomokkan dgn movie2 hantu tu..merepek je..yg buat movie tu camne dorg tahu hnatu rupe cenggitu ye?

! Sam Posmen ! said... [Reply]

yang buat movie tu tau rupa hantu, sebab diorang pon hantu sebenarnya. heh

K2r~90 said... [Reply]

manusie lebih seram dari hantu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...