Thursday, March 22

P.O.S - Tudung : Keselamatan Terbaik, Kareer Di Malaysia

Antara Tudung Dan Helmet

Jika di beri pilihan sama ada helmet atau tudung yang mana satukah agaknya yang kamu akan pilih sebagai barang keselamatan? Mesti ramai yang pilih helmet kan? Ya. Safety helmet. 

Kalau ikut standard pekerjaan luar yang melibatkan risiko sekalipun, pasti helmet merupakan keutamaan. Tak percaya sila tanya sesiapa yang belajar pasal OSHA. Itu kalau OSHA, tapi kalau ikut logik realitinya? Ok beginilah alkisahnya.

***************

Di kedai kopi Starbak berdekatan sebuah pub sekumpulan sahabat karib Eric (Jurutera), Mat Don (Pelumba Motosikal) dan Azura (Model/Pengacara/Artis/Penyanyi) sedang sibuk berbincang pasal kerjaya dan kareer masing-masing. Macam-macam keluhan boleh di dengari. 

Si Eric pening dengan projek yang tak siap-siap. Dua tiga hari ini kecoh lagi dengan telatah pekerjanya yang bermasalah. Beberapa orang tercedera semasa bekerja. Si Mat Don pula risau keselamatan dirinya bila berlumba. Tambah kusut memikirkan famili dekat rumah. Bagaimanakah nasib mereka jika sesuatu terjadi kepadanya. Ahhhh!!!

Tapi, dalam sibuk dua orang sahabat saling mengeluh dengan kerjaya mereka, kelihatan Azura tetap kool. Tak ada riak kerisauan, tak ada sebarang masalah kelihatan dari perwatakannya. Tetiba.

Mat Don : Azura, aku tengok kau ni kool memanjang. Macam tak ada masalah je?

Eric : Yela. Kami duk sibuk cerita pasal masalah memasing, kau boleh plak senyum sampai ke telinga ek.

Mat Don : Ha'a. Tau tak pe. Siot Betul.

Azura : Hahaha. Abis tu kamu berdua nak aku menangis ke? Bersedih memanjang pikir pasal kerja? Macam tu? Baru puas ek. Hidup kat dunia ni kena la enjoy beb. Rilex suda. Yang penting kamu perlu ada back-up plan.

Mat Don : Back-up plan? Apa tu?

Azura : Apsal la bengap sangap kamu ni. Tu la pasal, dulu orang suruh study kamu sibuk merempit. Pastu sekarang ada hati nak jadi pelumba motosikal profesional konon.

Eric : Hahahahaa...

Azura : Eric, kamu tu gelakkan orang je. Kamu pun sama. Jurutera apa kalau setakat isu Mat Indon, Bangla, Nepal dan entah berapa mat lagi tu pun tak boleh nak handle. Sebagai seorang jurutera sepatutnya benda tu minor kes. Tak payah la nak pening-pening sangat.

Mat Don : Yela yela. Azura, kau sorang jela yang pandai. Kami bodoh! (kecewa)

Azura : Ofcosla pandai beb. Macam aku kata tadi, hidup kenalah enjoy. Mesti ada back-up plan. Kalau kamu ada safety helmet semasa pergi site dan berlumba, aku pun ada juga. Tapi tak sekeras helmet kamu. Aku ada tudung. hehe.

Apa ada hal. Dalam dunia hiburan ni, kontoversi tu celah gigi je. Agak kecoh sangat nanti aku pakai la tudung. Lepastu kasi tau reporter cakap aku sudah insaf. Mau berubah jadi baik. Post gambar pakai ayu-ayu sikit. So, dalam seminggu dua setellah masalah. Kalau nak lagi cepat kasi tau blogger-blogger. Cepat je jadi sensasi. Kan senang? Sebab tu lah sekarang aku boleh tersenyum.

Eric : Cinabeng betul. Pandai la sangat. Hehe. Azura! Azura! Ingatkan dah berubah. Rupa-rupanya masih sama seperti Azura yang aku kenal dulu yah. Masih 'bergetah' dan semakin seksi. *Wink.

Mat Don : Hah! Macam ni pun boleh ek? Terbaiklah Azura. Hahaha. Weh apa ni. Takkan nak sembang pasal kerja je. Kita datang ni nak enjoy kan? Jemput minum! Jemput minum! Cheer!

Eric : Mat Don mana gelas aku? Tadi ada sini. (Mengeluh)

Aiseh! Bab minum laju je kau kan Azura. Tak sempat berjemput. Gelas aku pun kau sebat sekali. Aih tak takut kontobersi ke?

Azura : Tudung kan ada :)
(Eric, Mat Don, Azura : *Ketawa besar)


































P/s : Dunia semakin banyak kepura-puraan.


Friday, March 16

P.O.S - Repost : Stok Penghabisan Manu Pizza

Manchester United Kalah Aggregat 2-5 Dengan Atletico Bilbao 

Refresh. Masih teringat lagi kekalahan besar Manchester United dengan Manchester City tahun lepas? Tahun ini pun turut terbawa sama. Nasib malang masih tak berbau. 

Selepas tak layak dalam persaingan Piala Juara-Juara, semalam, kelab bimbingan Alex Ferguson terkandas pula dalam saingan Liga Europa ke atas kelab Sepanyol, Atletico Bilbao. Kalah 1-2, dan dengan aggregat pula 2-5. Kesian! Hanya yang tinggal musim ini, adalah dalam perebutan piala liga saja.

Kepada peminat setia Manchester United, tak nak sedih-sedih, tak nak keciwa, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Selepas tidak banyak lagi piala yang nak di kejar, kesihatan peminat-peminat terutamanya mungkin bertambah bagus. Kerana apa? Salah satu sebab, kamu tak perlu lagi bersengkang mata pada keheningan malam hari :)

Kesihatan kena jaga. Apa-apapun seperti biasa mari kita enjoy! Jom layan stok penghabisan Manu Pizza.




P/s : Good luck for the next years!


Wednesday, March 14

P.O.S - Politik : Laman Web Jasa-jasa PM Najib Razak

What The F**k Has Najib Done So Far?

Kamu dah cukup umur untuk mengundi ke belum? Kalau dah cukup umur, apa kata daftar atau check status pendaftaran kamu dekat laman web SPR. Yela, ura-ura Pilihanraya Umum dah dekat dan akan berlangsung tahun ini. Mana tau kot-kot ada rezeki nanti. Orang ini derma sikit, ahli politik itu hulur sikit, senang-senang je dapat duit free. Tak ke untung namanya? Apa nak heran undi kamu kan rahsia. 

Sedang menanti bahang pilihanraya, banyaklah fakta-fakta pasal pemimpin-pemimpin berpengaruh akan tersebar. Dan semestinya PM Najib antara individu yang bertanggungjawab dalam pembangunan negara untuk dekad ini tak terkecuali. Tak heranlah dalam blog-blog dan media massa tak habis-habis berdebat. 

Tadi terbaca dekat amanz.my. Menariknya, di sertakan satu link web yang menghimpunkan segala jasa-jasa PM Najib sepanjang dalam pemerintahannya. Web ini berfungsi memberi pautan terus kepada sumber berita mengenai apa yang telah di lakukan oleh PM Najib umumnya sepanjang pemerintahan. Di bawah antara salah satu pautan yang ada.























Bagi yang ingin turut serta, kamu juga boleh meletakkan pautan berita dalam ruangan khas yang di sediakan. Apa yang perlu hanya Tajuk Berita dan Sumber saja. 















P/s : Rasa-rasa laman web ini boleh pergi jauh tak? :)

P.O.S - Wordless Wednesday : Mak Sama, Tapi Skandal Lain-lain

Me,Teh Addicted!



P/s : Jadilah pengguna yang bijak. Yehaa! :)

Saturday, March 10

P.O.S - Projek 100 Bloggers : Nak Duit Tak?

Promote Projek 100 Bloggers

Bloggings. Teringat mula-mula aku buat blog dulu, hanya sekadar suka-suka. Tapi bila tengok ramai buat duit dengan berblog aku turut bersemangat untuk menulis. Bloggers lain letak iklan, aku pun nak letak iklan juga. So, akhirnya aku pun daftar dengan company iklan, Nuffnang. Beriklanlah blog aku ni sampai sekarang. 

Tapi, itu je ke cara untuk dapatkan pendapatan dengan berblog? Tidak. Cara lain ialah dengan Advertorial. Tapi untuk dapat Advertorial itulah paling susah sebenarnya. Sebabnya, Advertorial ialah  iklan yang perlukan kamu review khusus untuk sesuatu produk di blog kamu. Cerita mengenai produk tersebut dengan lebih details. Bukan hanya sekadar meletak iklan di sidebar atau mana-mana bahagian di blog kamu, dan setel! 

Apa yang menarik pasal advertorial ni, sekali kamu dapat, kemungkinan di bayar beratus atau beribu ringgit. Tapi semua bergantung juga pada tahap prestasi blog kamu. Kalau lagi hot, lagi popular, lagi orang kenal, mungkin lagi lebih. 

Bila sebut pasal iklan ramai blogger lebih sekadar suka beriklan di sidebar atau di blog berbanding untuk kejar buat Advertorial. Kenapa? Mudahnya tak ramai yang berpeluang. Termasuklah aku. heh! So, sekarang inilah peluangnya. Untuk makluman (brader) Bro Framestone sedang mencari bloggers berkelayakan untuk di muat naik dalam Projek 100 Bloggers.

Tujuan projek ini, bloggers akan di jadikan penulis Advertorial. Bila adanya network dengan syarikat-syarikat yang sudi menjadikan bloggers untuk promosikan produk atau sesuatu events, mungkin inilah peluang kamu sebenarnya. 


Bagaimana nak join Projek 100 Bloggers ni?

1. Mempunyai trafik minimum 500 uv.
2. Komen setiap post dari pembaca 5-10 komen.
3. Bukan blog copy paste, politik atau sentuh isu politik dan sensitiviti.
4. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
5. Blog di update minimum 4 kali seminggu.
6. Warganegara dan tinggal di Malaysia.
7. Komitmen dengan Projek 100 Bloggers.
8. Blog ber'niche' di utamakan (keluarga, remaja, teknologi, keusahawanan, makanan).


Kalau minat dan nak lagi info boleh pergi tengok page Bro Framestone. Bagi yang betul-betul serius berblogging, apa kata kamu cuba nasib. Ada bran?



P/s : Terang lagi bersuluh blog Samposmen tak layak. heh!



P.O.S - Review Edisi Ketinggalan Bas : Hantu Dalam Bojole Kicap

Bersekolahkah Hantu?

Ramai ke yang terhibur bila layan wayang cerita Hantu Dalam Bojole Kicap? Niat di hati aku memang nak tengok masa awal-awal di tayangkan, tapi apakan daya kekangan masa membataskan. Aiseh!

Straight to the point, kali ni aku nak review pasal cerita Hantu Dalam Bojole Kicap. Ini pun kerna jasa baik Youtube yang membolehkan aku tengok secara online. Apa yang bestnya? Bagi yang belum tengok, ada baiknya carilah source untuk  tonton cerita ini. Kalau boleh juga biarlah yang tak memerlukan keluar modal sesen pun. Ini bukan tidak demi kesejahteraan sahabat, keluarga, bangsa mahupun untuk mereka yang mempunyai anak-anak yang belum injak baligh.


Plot Cerita

Pengenalan cerita bilamana sepasang suami isteri, Mak Ngang dengan suaminya Pak Ngok ingin menghantar anak mereka Epum, Nazi dan Rinda ke kampung untuk di jaga oleh nenek mereka, Mak Timah. Ini di sebabkan Mak Ngang dan Pak Ngok perlu outstation ke Paris untuk beberapa minggu.

Konflik berlaku bilamana Epum (adik), Nazi (abang) dan Rinda (kakak) yang merupakan warga kota sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan desa. Yelar, kehidupan desa yang penuh dengan hantu keparat berbanding di kota yang indah ibarat di syurga. 

Kehidupan Mak Timah yang pertama kali berjumpa dengan cucunya juga penuh pancaroba selepas itu. Ini kerana beliau saja seorang bomoh, dukun mahupun pawang hantu yang gah terkenal di kampungnya.

Klimaks tercetus bilamana Nazi dan Rinda bila setiap maghrib je dan setiap hari akan bergegas berkemas untuk balik ke kota.  Kemudian Mak Timah akan mula mencari. Nazi dan Rinda hilang, Mak Timah cari lagi. Nazi lari lagi, Puteri (awek kampung) datang pujuk. Rinda pun sama lari dari rumah, Mak Timah jumpa balik. Seterus dan seterus dan seterusnya peristiwa tersebut berulang-kali sampai kesudahan cerita. Oh! Ini sebenarnya baru intro klimaks.

Klimaks sebenarnya hanya bila si Epum (budak gemuk kedempon yang nakal dan coty-coty) telah membuka bojole kicap di dalam bilik larangan Mak Timah. Ini pun di sebabkan untuk mengambil kain balutan bojole untuk membalut luka di jari kakaknya, Rinda. Kesannya, bojole tanpa penutup kain, menyebabkan terbebaslah salah sekor hantu-hantu di dalam bojole kicap yang sekian lama di ‘belenggu’. 

Maka adegan-adegan budus-budus berunsur 18PL, 18SX serta 18SG melayari klimaks ini. *Maaf adegan terpaksa di sembunyikan penceritaan. Ini kerana ia melibatkan sensitiviti pihak tertentu.

Peleraian plot berakhir dengan Mak Timah berjaya menangkap kembali Hantu-hantu Bojole Kicap yang terlepas dengan penuh tragidisnya. Itupun setelah berhempas pulas sekian lama ketika hening malam. 

Maka, dengan itu, Mak Ngang dan Pak Ngok yang secara kebetulan sudah habis outstation di Paris, dah satu jalan dan alang-alang dah sampai juga di Malaysia, mereka request flight untuk landing di desa Mak Timah. Niat di hati untuk ambil dan membawa balik anak-anak mereka dengan flight untuk pulang ke kota.

Ops! Maaf sedikit kesilapan. Flight sebenarnya ada urusan lain waktu itu. Pasangan suami isteri, Mak Ngang dan Pak Ngok terpaksa terjun dari flight menggunakan paracut untuk sampai ke rumah Mak Timah. Biasalah rumah pendalaman di hulu kampung. Akhirnya, barulah mereka sefamili berangkat pulang ke kota. Nak tak nak terpaksa menggunakan bot/sampan saja yang ada. Sekian.


Mula-mula tadi aku ada cakap yang cerita ini wajib di tonton untuk kesejahteraan sahabat, keluarga, bangsa dan anak-anak. Agak-agak kenapa ye?

Ok sebenarnya hanya satu sebab. Inilah genre filem  yang kita perlukan sebenarnya. Sepanjang aku tonton hampir 2jam, aku mencari-cari di manakah babak untuk aku melepaskan ketawa. Ya. Aku ulang untuk ketawa atau gelak dengan genre yang di pertaruhkan.

Aku juga tercari-cari di manakah relevannya babak-babak penceritaan tersebut dengan realiti kita. Aku bingung lagi. Aku terpaksa mengalah. Akhirnya, diam terbisu tak terkata. Untuk sedapkan hati, mungkin aku sebenarnya yang ada masalah mental, benak hari berkata sekali lagi. Heh!





P/s : Belang bukan sebarang belang, belang datang dari kali, bangang bukan sebarang bangang, tapi biarlah bangang bersimpang mati. Speechless! Filem macam ni pun boleh ada.


Wednesday, March 7

P.O.S - Paintball : Main Sampai Lebam

Paintball Cool!

Pernah main paintball? Kalau yang belum pernah, baik pergi cuba. Pasti tak menyesal. Kalau nak lagi best ajak member-member rapat, musuh, atau mereka yang sangat bossy dalam banyak-banyak benda. Sebab apa? Inilah peluang kamu untuk 'balas dendam'. Tambahlah jika kamu memang seorang yang selalu kena buli dalam banyak hal.

Minggu lepas, aku dengan member-member sepejabat berpeluang anjur game paintball. Tujuan, untuk eratkan silaturrahim dan enjoy kasi otak rilex sikit. Penat-penat bekerja release tension itu perlu. 

Ini kali pertama aku main paintball. Penatnya, boleh tahan jugaklah. Kalau nak di bandingkan main paintball, sebenarnya ia lebih memenatkan dari main futsal. Percaya tak? Sebab utama, kamu lebih cepat neves. Sama ada untuk elak dari kena tembak atau di sebabkan kena lari pantas untuk berselindung. 

Sungguhpun badan masih sengal-sengal, sikit lebam-lebam akibat dari paintballs sampai hari ini, kepuasannya memanglah sangat best. Tapi, kepuasan sebenar bila tengok member-member kamu cedera lagi teruk dari kamu. haha. Itu bermakna misi kamu untuk 'membunuh' musuh telah berjaya. 

Di bawah antara koleksi-koleksi gambar berperang. 


Antara skuad yang berjaya di tubuhkan untuk main paintball
Gambar-gambar semasa pertempuran. Orang yang paling tak hensem itulah aku. Samposmen. Cuba teka yang mana satu? 





























P/s : Main perang-perang pun dah double triple nervous, macam mana agaknya kalau mereka yang berperang betul-betul? Hmmm...


Thursday, March 1

P.O.S - Hantu : Kenapa Dengan Hantu Paralysis?

Hantukah Kamu?

Siapa pernah jumpa hantu, senyum sikit boleh? Sila ceritakan pengalaman kamu dekat David Teo. Kot kot mana tau nanti dapat di perfilemkan. Tapi aku tau kesukarannya. Nak jumpa seorang 'Datuk' mungkin susah. So, apa kata kalau susah sangat cari je Ahmad Idham pon boleh. Ada rezeki boleh kongsi satu Malaya. Menarik bukan.

Industri filem Malaysia sekarang kalau bab-bab hantu ni semakin galak rasanya. Sepatutnya, kita sebagai penonton perlu berbangga. At least ada la jugak trademark untuk industri perfilemanan kita. Bukankah jika bollywood terkenal dengan kisah cintan-cantunnya, hollywood dengan peperangannya dan Malaysia tak kurang hebat dengan semangat kehantuannya.

Cuma persoalannya, jika kisah cinta, paling tak kita belajar nilai-nilai kasih-sayang, walaupun hakikat kisah cinta yang merepek dan melebih-lebih di pertonton dari dunia sebenar. Jika kisah peperangan pula, bab pengorbanan dan kesengsaraan paling tak buat kita insaf sekejap. Tapi, kalau bab kehantuan pula apakah yang kita dapat? Melainkan hanya takut dengan bayang-bayang sendiri.

Ibarat seorang nerd dengan teknologi, hantu dengan masyarakat kita tak boleh lari. Sebab tulah tercipta pelbagai variasi. Ada pontianak, ada polong, ada pocong, ada hantu galah, ada hantu raya dan pelbagai spesis lagi. Itu tak termasuk hantu dunia moden yang terkucil pendidikan seperti hantu Kak Limah, hantu kum-kum, hantu susu, hantu bonceng dan terbaru spesis gen hybrid, hantu dalam botol kicap. Ingatkan manusia je suka makan kicap, rupanya hantu pon up-to-date.
   
Masa zaman sekolah asrama dulu, waktu maghrib je perempuan yang 'tak suci' (datang haid) mesti kena histeria. Melolong sesorang tepi koridor tak pun dalam bilik. So, panggil ustaz, azan dan baca ayat-ayat al-quran sedas dua, setel masalah. Tapi kes tu tak habis kat situ. Maka, bila malam menjelma, ramailah bawaan mulut cerita sana-sini. Ada yang nampak 'penampakkan' bayang-bayang dan macam-macam lagi. Alkisahnyalah!

Untuk spesis hantu yang jahat tak hengat, tindih si polan dan si polan ibarat 'santapan' seharian. Kekadang aku pon tak paham. Kekadang jeles pon ada. Mana tak, suka-suka je main tindih-tindih orang. Kalau lelaki ok je aku tak berapa kisah, ini sampai anak dara mana aci untuk lelaki teruna macam aku neh. Tambah pula naya je budak tu, tak pasai-pasai dah tak dara di sebabkan hantu. Kesian. Jahat kan hantu tu?

Seumur hidup, aku tak penah jumpa hantu. Rasa tak bertuah je. Sesekali teringin la nak juga jumpa. Boleh berkenalan, sapa-menyapa, pekena teh secawan dua mesti best kan? Baru rapat sikit silaturrahim. Serius aku jeles dengan mereka yang selalu jumpa hantu. Sesiapa berpengalaman boleh bagi tip tak macam mana nak jumpa? Please!

Bukan apa, kebanyakkan cerita hantu yang aku dengar adalah turun-temurun. Tak pun hanya penceritaan dari mulut ke mulut. Tak feel! Pengalaman sendiri baru adventure. Kalau tengok movie pasal hantu pun, semua bermain dengan genre seram komedi. Apalah produser ni, kalau nak buat cerita seram kasi la seram betul-betul. Hilang mood!


Hantu Sains dan Hantu Islam

Itulah antara himpunan kisah-kisah hantu dan jenis-jenis hantu secara rawak aku boleh simpulkan. Resepi dan pengalaman sejak turun temurun yang cukup popular. So, dari situ aku nak ambik satu contoh apakah pula hantu untuk spesis sains dan istilah hantu Islamnya.

Tadi, aku ada sebut pasal kena tindih kan? Untuk makluman, bagi yang 'tiada pengalaman' dan kurang faham, bahasa kampungnya boleh di katakan, bila mana sesorang ketika tidur badannya menjadi kaku. Semua pergerakan terbatas. Sampai nak bersuara pun susah. Sesak nafas di buatnya. 

Apatah lagi nak minta bantuan tidak sama sekali. Seakan ada benda berat di dada kamu yang menghadkan segala pergerakan. Ya. Itulah istilahnya badan kena tindih. Itu bagi bahasa kampungnyalah. Tak salah juga kalau sebut bahasa hantunya. Tatabahasa masih boleh di terima :P

Tapi apa pula kata sains? Dalam sains inilah yang di katakan 'sleep paralysis'. Lumpuh dalam tidur. Ianya berlaku semasa proses peralihan waktu tidur kamu dan semasa nak bangun. Senang cerita keadaan kamu waktu separuh sedar. Waktu di mana kamu masih blur-blur sotong dan tak bersedia. Masa tu otak kamu tak berfungsi dan beroperasi dengan baik. Dari situ jugalah menyebabkan masalah untuk bergerak dan bercakap. 

Adakah mungkin ianya hantu paralysis?

Dalam Islam, sleep paralysis adalah di sebabkan jin. Bukankah Islam pun suruh kita percaya dengan jin dan benda-benda ghaib ni? So, tak ada istilah hantu sekalipun. Kalau ada, mungkin hanya jin menumpang sekejap. Buat port melepak dekat bahu kamu je. Ok. Cukup sampai sini. Sila refer yang lebih berpengetahuan.

Jika nak hurai, mungkin lagi panjang. So, berbaloilah kalau kamu boleh terima contoh 'hantu sains' dan 'hantu Islam' ini. Tak perlu lagi segala macam spesis hantu baru dan ketakutan teramat sangat kepada depa ni semua. Tak berbaloi pun. 

Apapun, siapakah yang kamu perlu takut sebenarnya? Please, ask yourself!




P/s : Hantu jadian manusia dah semakin banyak sekarang. Apa ada hal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...