Friday, September 30

Sam : Cerita Budak Imaginasi Tinggi

Sam merupakan seorang pelajar yang pandai dan berimaginasi tinggi. Setiap kali peperiksaan atau ujian dia akan dapat skor dengan baik. Tetapi sejak akhir-akhir ini tumpuan Sam terhadap pelajaran semakin merosot. Hilang fokus, tak berdaya dan lebih suka menyendiri. Mungkin juga di sebabkan masalah keluarga yang di hadapinya di rumah.

Setiap hari, sesi persekolahan berlangsung seperti biasa. Suatu hari menjelang peperiksaan, ada sesi tutorial di kelas. Cikgu Matematik Sam yang comel dan seorang yang happy go-lucky menyedari akan perubahan kepada diri Sam.

Menyedari Sam tidak menumpukan perhatian di dalam kelas, Cikgu Ayu secara tiba-tiba memanggil nama Sam. Berulang kali jugaklah. Akhirnya Sam tersentak. "Sam, apakah hasil tambah nombor yang kita bincangkan tadi? 721, 812, 413 dan 612?

Ahh! Sambil tergaru-garu kepala yang tidak gatal, dengan pantas, konfiden dan selambanya Sam menjawab, Astro Cikgu! AXN, ESPN, Star Movie dan Nickelodeon. Dengar je jawapan dari Sam, Cikgu Ayu terus terpengsan.


******************

Loceng tamat sekolah berdering. Murid-murid lain bergegas lari untuk balik. Ada yang pergi ke ibubapa yang menunggu di luar kelas dan tak kurang ke bas sekolah yang menanti sejak awal lagi. Bagi Sam seperti kebiasaan ayahnya akan menjemput. Dan semestisnya akan lewat.

Sejam berlalu, baru kelihatan kelibat ayahnya. Dengan cool Sam naik kereta di sambut manja emaknya di sisi. Dalam perjalanan pelbagai perkara lucu di borakkan. Tapi tidak seperti kebiasaan, ayahnya yang seorang pendiam hanya menumpukan kepada pemanduan.

Setiba di satu tempat, kereta ayahnya di tahan oleh pegawai polis. Dan berlakulah dialog antara ayah, emaknya serta pegawai polis. Sam hanya menunggu di dalam kereta sebagai pemerhati.


Ayah : Apa masalahnya, Encik?

Polis : Awak telah memandu kereta lebih dari had limit. 100 ke 120 km/h.

Ayah : Mana ada tuan, baru 80 kot.

Emak : Hah! Apsal abang bawak laju lebih dari 90 tadi. Kan dah kena tahan! (Sambil itu ayah Sam menjeling tajam ke arah makya)

Polis : Saya juga akan keluarkan saman kerana lampu belakang awak tak berfungsi sepenuhnya.

Ayah : Lampu belakang? Saya tak tau pon tak hidup. Hari tu tengok ok je.

Emak : Aih! abang bukankah 2 minggu lepas sayang dah tegur. Awak buat tak tau je kan. Isshh!! (Ayah Sam menjeling lagi. Tapi kali ini lebih serius)

Polis : Saya juga akan bagi kompaun sebab tak pakai tali pinggang keledar.

Ayah : Oh tidak! Saya baru je bukak kot semasa encik tahan saya. Kalau saya tak bukak macam mana nak keluar dari kereta ni. Berdiri depan Encik macam ni!

Emak : Sayang, bukan ke awak tak suka pakai tali pinggang!

Ayah Sam terus memalingkan mukanya. Dengan nada yang garang dan muka yang bengis, satu teriakan kedengaran kepada emaknya. "DIAMLAHHH!"


Dalam keadaan terpinga-pinga, pegawai Polis tersebut pergi ke arah emak Sam dan bertanyakan sesuatu. "Puan, selalukah suami puan menengking dan bercakap dengan puan seperti ini, sebelum ini?

Sambil bersahaja, emak Sam terus menjawab, "Tak Encik! kecualilah kalau dia mabuk je".

Akhirnya beberapa helai kertas lagi di tandatangan oleh ayahnya. Setelah selesai semua beredar.


******************

Akibat terlalu emosi dan perasaan agak terganggu selepas kejadian tadi, melihat keadaan itu, emak Sam mengajak mereka untuk minum petang dekat Restoran Starbuck berdekatan bagi mengurangkan ketegangan. Kereta terus di parking, seterusnya ketiga-tiga mereka berjalan memasuki restoran dan duduk di suatu sudut yang santai.

Seorang pelayan wanita datang mengambil order. Seperti biasa Sam hanya order Indo Mee ayam dan segelas horlick ais manakala emaknya hanya minum Banana MilkShake. Selepas itu tiba giliran ayahnya untuk memesan makanan. Kelihatan ayahnya masih kebingungan. Datang pelayan wanita itu mendekati rapat dengan ayah Sam.

Pelayan Wanita :  Would you like your coffee black, sir?
Ayah : Hah! Entahlah. Ada ke coffee warna lain dekat kedai ni? Later, I'll calling you back to make order, ok.


Pelayan tersebut tanpa menoleh dengan lajunya terus beredar ke kaunter. Mungkin juga kerana malu.

******************

Setelah perut mereka kenyang, perjalanan di teruskan. Seperti biasa juga, ayahnya akan singgah di kindergarden untuk ambil adik Sam yang berumur 4 tahun di sana. Mereka pon tiba di rumah dengan selamat.

Hari dah petang, akibat bosan di rumah, Sam ajak adik dia bermain dekat luar. Adiknya, Sofia, mengikut segala ajakan tanpa bantahan. Biasalah budak kecik mana tau apa sangat.

Pelbagai mainan di mainnya mereka. Batu seremban, congkak, pondok-pondok tak kurang main masak-masak. Sam mulai bosan dan mendapat idea baru. Dia membayangkan apa yang telah di tengok di tv. Antaranya seperti di rancangan kartun Sin Chan.

Yeeha! Action Kamen. Action! action! Dush! dush! dush! Belum sempat meneruskan aksi, adik Sam bersuara. "Abang, abang, Action Kamen boleh terbang tak? Sam seperti biasa dengan muka selambanya, menjawab, YA! Action Kamen boleh terbang macam Superman tau tak? "Sofia nak terbang?" tanya Sam kepada adiknya.


Dengan curious Sofia menjawab "Nak! nak! Boleh jadi superwomen. Ewww. Bestnya kan abang?"

Ok. Kalau nak jadi superwomen kena berani. Mari sini abang tunjukkan. Senang je. Sofia kena mengepak-ngepak je tangan tu. Lagi kuat lagi tinggi boleh terbang.

Mengikut arahan seperti apa yang di katakan abangnya, Sofia akhirnya memanjat tetingkap dekat rumah mereka. Mengepak dengan pantas macam ayam kena kejar dan seterusnya terjun. Puk! Terdengar bunyi hentakan dari lebih kurang 6 meter tingginya.

Tiba-tiba emak Sam datang dan menjerit dari bilik berdekatan, seraya berkata, "Apa yang berlaku ni, Sam? MasyaAllah".

Sam menjawab, "Adik cuma ajar dia bagaimana nak jadi Action Kamen. Nak ajar Sofia supaya jangan percaya apa yang orang lain bagitau je. Tu pon salah ke?". 

Akibat kena marah dengan emaknya, Sam terus berlari ke dalam bilik sambil menangis teresak-esak...




P/s : Ajarlah anak-anak dengan betul ye. Kalau ibubapa penuh dengan masalah tak mustahil satu keluarga juga bermasalah :)

Thursday, September 29

Namawee : Bila Utusan di 'Sampah'kan

Lepas satu kontroversi, kini timbul lagi kontroversial. Nama Namawee sebelum ini terkenal dengan isu penghinaan ke atas lagu Negaraku yang di rakam semula dan beberapa klip video di youtube mengenai ketidaksenangan terhadap Malaysia. 

Baru-baru ni Namawee telah mengarahkan filem Nasi Lemak 2.0. Filem mengenai realiti yang berlaku hari ini. Seperti biasa banyak kritikan dan sokongan kepada sesuatu filem.

Fauziah Arof, salah seorang penulis Utusan Malaysia, terbaru, mengeluarkan satu artikel mengenai filem Nasi Lemak 2.0 ini yang di sifat agak menjelikkan.





Dengan kenyataan yang di keluarkan, Namawee selaku orang yang bertanggungjawab ke atas Filem tersebut telah mengeluarkan satu video, sebagai respon kepada artikel 'sampah' yang di tulis.




Bagi aku kedua-dua artikel dan video tersebut sama je tahap kesampahannya.


1. Utusan sebagai media pro kerajaan seperti biasa hanya mencari sesuatu isu untuk di provok sama juga seperti Namawee.

2. Sebagai sebuah media yang boleh di katakan 'profesional' sepatutnya Utusan tidak perlu semata-mata berpihak kepada sebelah pihak tertentu tanpa meneliti apa yang berlaku. Adakah isu sebenarnya tentang  masalah filem atau masalah individu terbabit? 

3. Bercakap pasal profesionalism, adat hidup dekat planet mana sekalipun, kamu akan dapat apa yang telah kamu lakukan. So kalau kena kritik tak payahlah nak panas punggung sangat. Kalau betul nak mengubah perspeksi masyarakat, tunjukkan yang kamu sebenar bertindak profesional dan rasional. Jika tak, dua kali lima jugaklah. 

4. Dapat di lihat kedua-dua sama ada artikel atau video lebih bersifat personal attack. Isu sebenar ialah mengenai filem Nasi Lemak 2.0. Di sebabkan pengarahnya ialah Namawee semua di lakukan adalah salah? Mungkin kalau production atau pengarah lain di beri peluang mengarah filem ini, rasanya tak ada apa yang nak di bangkangkan.

5. Apa-apapun, Utusan ada pointnya, tapi sepatutnya bukan mengenai filem ini dan Namawee jugak ada pointnya tapi bukan dalam saluran seperti ini. Serta kamu sudah pasti ada pointnya, think about it!




P/s : Racism always be there.


Wednesday, September 28

Taufan Nesat : Filipina di Hentam Kerosakan (Gambar)

Pagi Selasa 27 haribulan semalam Filipina telah di kejutkan dengan ribut taufan yang kuat melanda di daerah Luzon. Taufan yang lebih di kenali dengan Taufan Nesat ini menyebabkan segala aktiviti harian hampir terhenti. 

Lebih 100, 000 orang telah di pindahkan. Sekolah di tutup, penerbangan di hentikan dan tentera di arah untuk bersiap sedia.

Angin taufan yang berkelajuan kira-kira 200km/j ini menyebabkan hujan lebat, banjir, tanah runtuh dan kehilangan nyawa. Setakat ini, 7 orang telah di laporkan terkorban. 

Untuk maklumat Taufan Nesat berkategori tahap ketiga. Di mana dari segi kemusnahan yang berlaku di sebabkan olehnya, seperti kerosakan teruk bangunan, gangguan di jalanraya, sistem pengangkutan tergendala mahupun bekalan elektrik yang terputus.

Di bawah antara gambar-gambar kemusnahan yang telah berlaku kesan dari Taufan Nesat. 







 

Sumber : guardian.co.uk


P/s : Dari ramalan, Malaysia terutama Sabah kemungkinan akan terkena tempias. Apa-apapun mintak-mintak jangan.

Sunday, September 25

Fakta Atau Auta : Memey Suhaiza Kahwin Norman Hakim

Bila browse berita online, laptop kamu hanged tak? Kalau tak baguslah. Maksudnya sistem Adware kamu masih berfungsi dengan baik.

Sebelum ini kontroversi percintaan hubungan antara pelakon Norman Hakim, 35 dan Memey Suhaiza, 23. Akhirnya, semalam mereka berdua telah di nikahkan sebagai pasangan di rumah keluarga pihak perempuan. Dengan mas kahwin RM 22.50 beserta wang hantaran RM 24,000, hanya sekali lafaz, Norman menjadi suami kepada Memey.   

So, setel dua-dua dah kahwin dengan sah. Sedikit sebanyak beberapa kontroversi sebelum ini telah terjawab. Tapi apa sebenarnya yang menarik mengenai pasangan ini? Sampai beritanya terlalu sensasi sama ada di akhbar mahupun di blog. Apakah kebajikan yang telah di sumbangkan? Rasanya...? Ada jawapan?

Apa-apapun sebenarnya aku lebih tertarik mengenai apa yang telah berlaku mengenai mereka berdua. Bagaimana saat tibanya perkahwinan mereka.


Fakta atau Auta?

1. Sut gaun dan kasut bertatah mutiara Rafflesia milik Memey Suhaiza dari Vera Wang bakal di pamer di Muzium Negara seiras seperti gaun, kasut dan subang Kate Middleton di Istana Buckingham tetapi percayakah cincin berlian Rosmah yang lebih bernilai tidak sesekali akan di letakkan di muzium?

2. Pergabungan DNA bilamana Memey Suhaiza berkahwin dengan Norman Hakim bermula dengan isu khalwat tetapi mengapakah DNA 'khalwat' antara Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari sampai sekarang tak pernah berakhir dengan penyelesaian?

3. Keyword Memey Suhaiza pernah menjadi top trending pencarian Yahoo dan Google untuk minggu tertentu sama seperti trending di Twitter mengenai hashtag NajibsAnnouncement tetapi sedarkah hashtag AbbyAbadi hanya sepi di abadikan ibarat sepah di buang. lol!

4. Bajet keseluruhan majlis perkahwinan sama ada di sponsor atau kewangan sendiri Memey dengan Norman bersamaan dengan kos keseluruhan penyanyi pop Malaysia Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K, lebih kurang RM12 juta tetapi yang membezakan mereka, sama ada mempunyai anak atau tak selepas berkahwin. 



P/s : Tahniah!


Wednesday, September 21

Demam : Tak Perlu Kata Apa-apa

Hey peeps, hey vavi's, hey guys, hey fans and hey! hey! you! youuu...Agak lama aku tak update blog ini. Hanya dua sebab yang utama. Sama ada terlalu sibuk dengan kerja atau kedua keadaan kesihatan tak mengizinkan.

Dan rasanya sebab kedua boleh di guna pakai. Sudah tiga hari rasanya antibodi aku sangat lemah. Oleh sebab itu jugalah ia merupakan tempat pembiakan virus yang terbaik. Kesannya keadaan metabolisme badan aku tak mampu melawan setiap 'asakan' yang di berikan. 

Badan mulalah terasa seram sejuk, sengal-sengal, malas teramat, tak berdaya dan lemah-lemah. Akhirnya, yes! aku dapat demam selesema. Mungkin puncanya kerana keadaan cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ini. Bila tengah hari panas terik dan lewat petang akan mulai hujan. Suhu berubah dan badan aku tak dapat membiasakan diri dengan perubahan semasa.

So tak ada apa yang nak di tulis sebenarnya. Just nak cakap yang aku demam. Itu saja. haha. Kalau berkesempatan aku akan terus update next entri. Apa-apapun terima kasih kepada kamu yang sentiasa support blog ini ye. Terima kasih bebanyak.

Virus semacam video inilah yang sedang mengganggu aku kot. See yaah..




P/s : Dah lama tak demam. So sekali sekala ok juga. Baru ada masa sikit untuk diri sendiri berehat. Kalau tak sibuk je memanjang.


Saturday, September 17

Sejarah : Perbandingan Berleter Moden

Masa kecik zaman sekolah sejarah merupakan subjek yang paling menggembirakan bilamana terasa mengantuk. Dengar sejarah dengarlah dengkuran. Dengar sejarah dengarlah jugak duster tertempek kat muka seseorang. Dush! Muka penuh dengar kapur tulis. Putih melepak sehari takyah pakai bedak. 

Itu zaman aku. Cikgu ajar dekat depan, budak-budak lain hanya angguk kepala. Faham ke tak just terima. Sebelum exam, prepared to remember eveything. Masuk dewan ambik exam hanya re-write balik apa yang di hafal. Senang dan amat mudah proses pembelajaran berlaku. 

Sebab itu jugalah walaupun subjek sejarah merupakan subjek majoriti yang failed dalam pembelajaran dan bukan semasa exam, ia juga sangat di bencikan tapi kenapa ramai yang boleh skor? Tak terkecuali termasuklah aku. Dapat gred B beb SPM. Pandai kan?

Tapi sekarang, sejarah tetap juga di ajar seperti biasa. Cikgu ajar kat depan pasti ada yang air liur meleleh di belakang kelas. Bila nak exam proses menghafal tetap berlaku. Di rumah sibuk buka buku. Take short note dan gunakan tenaga sehabis mungkin untuk mengingat. Kalau boleh sepadat dan sekecil mungkin. Kalau tak keberatan boleh buat sebagai 'toyol' bila terdesak time exam. 

Cuma yang membezakan sekarang, bagaimana proses pembelajaran di sebaliknya yang berlaku bukan hanya di sekolah. Murid-murid tak semesti bersumberkan apa yang di ajar oleh cikgu atau semata-mata silibus buku teks yang sedia ada. Tapi rujukan lain yang senang di rujuk dengan mudah. Just google semua boleh dapat. Dan semakin hari, semakin banyak jugalah segala fakta yang sebelum ini di ajar kesahihannya di ragui misalannya.    


Apa point sebenarnya?

Hidup kita semakin hari semakin maju. Teknologi semakin hari semakin pesat membangun. Maknanya semakin ramai jugalah bijak pandai yang ada. Dulu ialah dulu. Sekarang ialah masa depan. Kalau nak di bandingkan pastilah amat besar jurang perbezaan. Dari segi ekonomi, sosiologi, teknologi, budaya, lifestyle mahupun politik pentadbiran amatlah berbeza sekali. 

Dulu 50 sen boleh je hidup kalau pergi sekolah. Dapat breakfast, lunch dan yang lebihan simpan dalam tabung buluh buatan tangan aku sendiri. Bila cukup haul ajak member main game kat cyber cafe. Dulu kalau tak dengar cakap tali pinggang bapak aku hinggap kat belakang badan, tapak kaki takpon bontot. Sebab itu juga rasanya sampai sekarang bontot aku tetap mantap. Mungkin kerana getaran yang terhasil semasa di tali pinggang di libas libas. 

Sekarang dengan 50 sen apa yang boleh di beli? Air kosong kat maple? Nasi putih? Karipap sebesar ibu jari? Secara rawaknya tak ada apa yang boleh di beli dengan nilai sebesar itu. Budak-budak sekarang kalau nakal orang lain di persalahkan. Kalau kamu buat jahat kamulah yang benar. Tak ada yang salah. Sebab yang salah tetap benar dan benar semestinya benar. 

So?

Jika bekerja, dulu seniority is most important tapi sekarang kalau tak ada kelulusan pergi mampos seniority kamu. Kalau change nak di naikkan pangkat atau offer jawatan lebih baik amatlah tipis. Kalau ya mungkin ambil masa yang lama. Itu hakikat. Itu yang di katakan the power of certificate than your knowledge. Kamu bekerja semata-mata untuk duit dan teruskan kehidupan, keihklasan dah tak ada nilai lagi. Buat kerja apa yang telah di bayar dan di tetapkan. 

Dulu tak semacam sekarang, dulu hidup tak seperti sekarang, dulu orang muda dan orang tua tak sefahaman seperti orang tua dan orang muda sekarang, dulu family tak sama seperti family yang sedia ada sekarang, dulu, dulu, dulu, dulu, dulu...


Itulah apa yang akan berlaku dan kata-kata yang di keluarkan serta di dengar semasa kamu kena leter. Baik your parents, member, majikan dan orang sekeliling. Segala macam ungkitan dan perbandingan berdesing kat telinga. In reality? 

Kamu hidup di dunia moden. Seharusnya terima segala perbezaan, kekurangan atau kepincangan yang berlaku di sekeliling kamu. Tak payahlah membandingkan sesuatu yang lepas yang tak akan sesekali datang kembali. Mungkin jika ada mesin masa boleh di pertimbangkan semula. 

Sila sesuaikan dengan keadaan semasa. Kalau nak hidup dalam dunia sekarang terima seadanya. Kalau tak lebih baik korek lubang...erm...buat tanam strawberi. 



P/s : Cubalah hidup dalam asimilasi modenisasi sekarang yang tak seindah mana ini. Cuba! Nak tak nak kena terima. Sampai bila asyik nak buat perbandingan?

Thursday, September 15

Bosan : Mengeluh Sampai Terlelap Lentok

Sejak dua menjak tiga menjak ini terasa sibuk gilak. Mungkin ini yang di katakan stress. Stress yang di sebabkan tekanan di tempat kerja takpun di sebabkan diri aku sendiri yang sememangnya malas. Apa-apapun semua kena menghadapi juga. Nak tak nak setiap hari itu yang perlu di buat. Perkara sama yang berlaku berulang kali. 

Kehidupan aku amat membosankan. Ya. Itulah hakikat diri aku sebenar. Pergi kerja balik rumah dan tidur. Akhirnya perut semakin memboroi. Hasil penat lelah setiap bulan akan di agih sedikit kepada tabung PTPTN, kereta, umah sewa, dana rokok, yuran peperiksaan, mak bapak dan akhirnya perbelanjaan harian. Finally, I got nothing! Uh...

Setiap malam termenung sambil berbaring dekat tilam. Tangan di letak di atas dahi. Dua kaki di silangkan. Earphone di lekap ke telinga. Apa yang akan terjadi esok? Di manakah aku untuk tahun depan? Apakah sempat untuk aku lakukan sebarang aktiviti lagi. Awek pon tak ada. Duit pon tak cukup lagi nak kahwin. Tapi jiwa remaja semakin memberontak-berontak. Tak ada perkara menarik yang nak di lakukan.

Termenung dan termenung dan termenung sehingga akhirnya terlelap lentok dengan dendangan musik. So dah tak ada apa nak di termenungkan lagi. Aku sudah tidur. Tamatlah story yang bosan. Cuma hanya kedengaran lagu-lagu yang sedang berdendang dondang di telinga. 




Bila tersedar dari tidur, baru aku faham. Apalah sangat erti bosan jika di banding dengan penderitaan. Apalah sangat erti bosan jika di fikirkan mengenai perasaan orang lain. Apalah sangat hidup bosan jika sememangnya dunia pon dah tiada wawasan lagi. Bosan? Kamu bosan?



P/s : So mengeluhlah. Dan percayalah ia tak membawa sebarang kesan sebaliknya hanya virus jika berdiam tanpa tindakan. 
  

Wednesday, September 14

Islam : Warisan Dunia?

Sekarang ini pelbagai isu timbul terutama yang melibatkan 'permusuhan' antara agama mahupun sesuatu kaum itu sendiri. Suatu perkara yang agak sensitif jika di bincangkan. Tetapi sedarkah kamu apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah orang lain yang salah? Adakah agama kita yang salah? Atau adakah kerana diri kita sendiri yang suka menyalahkan sesama sendiri?

Apakah pula definisi agama untuk kamu? Adakah suatu sistem kepercayaan? Atau simbol budaya yang berkaitan dengan kerohanian dan moral semata-mata?

So bagi aku di bawah ialah ringkasan antara sebab-sebabnya yang berlaku






































P/s : Peace no war!


Friday, September 9

Keputusan : Pemenang Auditions Perodua Lagi Best

Dua bulan lepas aku ada post mengenai Auditions Perodua #LagiBest. Pertandingan yang memerlukan peserta membuat video sekreatif mungkin mengenai kereta Perodua Myvi terbaru yang menggunakan trademark 'Lagi Best'. Ramai juga yang join. Dan akhirnya senarai pemenang telah di umumkan oleh pihak Perodua.

Seperti yang di janjikan Grand Prize sebanyak RM 10,000 akan di berikan. Pemenang bertuah menjadi milik Ishak Bin Ismail dengan video Teka Silang Kereta. Bagi aku dia memang layak untuk memenanginya. Video mind attraction yang mana mesej di sebaliknya berjaya di sampaikan dengan agak baik. Video kualiti pon boleh tahan. 




Manakala 5 hadiah saguhati berupa iPad2 di menangi oleh peserta-peserta yang tak kurang hebat dan menarik idea mereka.

Only the Best dari Cassie Wong Mun Yew dengan bentuk jalan penceritaan di mana seorang amoi yang agak susah untuk bertemu jodoh dan agak memilih. Akhirnya dia tak kisah 'blind date' dengan lelaki yang agak nerdy. Semua hanya di sebabkan kereta Perodua.




Karya stopmotion Keluarga Perodua membawa plot kepada kehidupan seharian yang berlaku. Bagaimana jasa kereta Perodua dalam aktiviti seharian. Baik kepada ayah, mak dan seluruh family keseluruhannya. Video dari Mohammad Nor Akmal.




Video klinikal psikologi Q&A dari Tan Yee Yaw memberi gambaran reverse situation di hospital. Bagaimana interaksi dua hala antara doktor dan pesakit yang sedang berlaku. Rawatan yang di berikan dalam merawat penyakit dan analisis yang di lakukan.




Fight for It pula karya slow motion yang di submit Muhamad Za'im Harris. Memang kelakar habis. Tak tahan nak tergelak. haha. Bagaimana bila member pon boleh hilang sahabat kesan kerana Perodua punya aura.




Hadiah saguhati terakhir video Embrave dari Low Tiong Lim. Impact kemalangan boleh menjejas kehidupan kamu. So kalau nak selamat naiklah kereta Perodua. Dan pastikan mempunyai hot babies sebelum memulakan sebarang pemanduan ye :P Malang tak berbau.




Tahniah kepada semua pemenang. Bagi yang grand prize tu lepas ni boleh la dating kasi kaw-kaw punya. Bawa cewek bermakan angin. Bergurau senda ye. Tak lah bersendirian lagi. 

Cakap pasal bersendirian, Auditions Perodua Lagi Best dah tamat, keputusan pon dah dapat, apa kata sebagai pencuci mulut dan penutup bicara enjoy pula video Alone! di bawah. Awesome tak karya stop motion ni? Chiao...





P/s : Jom pergi Low Yat beli iPad nak? lol :(

Thursday, September 8

Failed! : Safee Sali Sah Join Queens Park Rangers

Safee Sali penyerang sensasi skuad bolasepak Malaysia ura-ura di beritakan akan menyertai kelab QPR (Queens Park Rangers). Kelab di mana baru injak naik dalam EPL dan milik businessman terkenal Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

Pemain yang sedang beraksi dengan kelab Pelita Jaya di Liga Super Indonesia ini, kemungkinan akan turut sama bergandingan dengan pemain baru yang di bawa masuk, Joey Barton dari Newcastle United.

Pengurus QPR, Neil Warnock semasa press conference dengan media Malaysia semalam menunjukkan minat untuk serapkan Safee Sali dalam kesebelasan utama pasukannya. Tempoh percubaan bermula pada bulan Oktober depan.

 
Bagi ahli nujum wiki "Safee Sali merupakan striker profesional untuk kelab Queen Park Rangers. Secara tidak langsung juga telah gah membawa nama Malaysia di mata dunia. Pada 7 September 2011, Safee telah di anugerah FIFA Ballon d'Or yang pernah di menangi oleh Lionel Messi dan Christiano Ronaldo. Beliau juga telah menandatangani perjanjian kontrak selama 4 tahun bernilai 3 juta pound dengan Quenn Park Rangers" - Sumber

 
Biodata mengenai Safee Sali di Wikipedia sebelum re-edit




Edit history sebelum ini. Lebih details kamu boleh lihat di wikipedia history page tersebut.




P/s : Haha. Bilamana wikipedia buat lawak sarkas. Failed!



Wednesday, September 7

Aston Kusters : Dunia Yakuza Sebenar

Selepas kutipan box-office KL Gangster pertama, sekuel KL Gengster 2 akan di teruskan lagi oleh pengarahnya, Syamsul Yusof. Kemungkinan flashback masa lalu dengan lebih aksi dari 'ayahanda' dan 'abang long' di tontonkan. Itu semua hanya dalam filem.

Kembali kepada realiti, pernah dengar Yakuza? Gengster yang terkenal dekat Jepun di anggotai oleh Bakuto dan Tekiya. Majoriti ahli asalnya kaki judi dan merempat di jalanan. Yakuza juga top dengan black money scam. Mengedar dadah, pengedaran wang haram, dalang aktiviti pelacuran dan peras ugut. Kamu ingin hidup sebagai seorang gangster? 

Anton Kusters, merupakan seorang jurugambar profesional dan juga pemilik syarikat design yang berpusat di Belgium. Salah sebuah projek terbesar beliau ialah 893 Yakuza. Di mana kisah perjalanan beliau selama 2 tahun close up dengan kehidupan seharian Yakuza. Penceritaan bagaimana hidup seorang Yakuza di dalam dunia yang berbeza dari orang normal serta segala macam konflik yang berlaku sekeliling. 

Selama berbulan-bulan persediaan di buat dan rundingan bersama-sama saudaranya, Malik, beliau telah menjadi satu-satunya orang Barat yang di beri kepercayaan untuk menyelami dunia 'kegelapan' Yakuza. Hasilnya, semua telah di bukukan di dalam Odo Yakuza Tokyo. Di bawah antara gambar dari karya beliau.


Geng Yakuza yang terkenal di Jepun
Malam terakhir, Kusters di bawa Yakuza ke kelab malam


Kusters berjaya meyakinkan bos Yakuza untuk tangkap gambar ahli mereka
 Hanya beberapa orang berpeluang melihat tatoo Yakuza
 Harga sebuah kemaafan. Seorang Yakuza memotong jarinya
 Proses mencacah tatoo di badan
 Perempuan tak terkecuali untuk mempunyai tatoo
 Pertemuan mereka di bilik mandi yang mana tiada sesiapa membawa senjata
 Antara kem latihan rahsia Yakuza


P/s : Yakuza bertapak berabad lamanya di Jepun. Sekarang dunia seperti Yakuza juga berada di mana sahaja.

Sumber : antonkusters


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...