Thursday, September 29

Namawee : Bila Utusan di 'Sampah'kan

Lepas satu kontroversi, kini timbul lagi kontroversial. Nama Namawee sebelum ini terkenal dengan isu penghinaan ke atas lagu Negaraku yang di rakam semula dan beberapa klip video di youtube mengenai ketidaksenangan terhadap Malaysia. 

Baru-baru ni Namawee telah mengarahkan filem Nasi Lemak 2.0. Filem mengenai realiti yang berlaku hari ini. Seperti biasa banyak kritikan dan sokongan kepada sesuatu filem.

Fauziah Arof, salah seorang penulis Utusan Malaysia, terbaru, mengeluarkan satu artikel mengenai filem Nasi Lemak 2.0 ini yang di sifat agak menjelikkan.





Dengan kenyataan yang di keluarkan, Namawee selaku orang yang bertanggungjawab ke atas Filem tersebut telah mengeluarkan satu video, sebagai respon kepada artikel 'sampah' yang di tulis.




Bagi aku kedua-dua artikel dan video tersebut sama je tahap kesampahannya.


1. Utusan sebagai media pro kerajaan seperti biasa hanya mencari sesuatu isu untuk di provok sama juga seperti Namawee.

2. Sebagai sebuah media yang boleh di katakan 'profesional' sepatutnya Utusan tidak perlu semata-mata berpihak kepada sebelah pihak tertentu tanpa meneliti apa yang berlaku. Adakah isu sebenarnya tentang  masalah filem atau masalah individu terbabit? 

3. Bercakap pasal profesionalism, adat hidup dekat planet mana sekalipun, kamu akan dapat apa yang telah kamu lakukan. So kalau kena kritik tak payahlah nak panas punggung sangat. Kalau betul nak mengubah perspeksi masyarakat, tunjukkan yang kamu sebenar bertindak profesional dan rasional. Jika tak, dua kali lima jugaklah. 

4. Dapat di lihat kedua-dua sama ada artikel atau video lebih bersifat personal attack. Isu sebenar ialah mengenai filem Nasi Lemak 2.0. Di sebabkan pengarahnya ialah Namawee semua di lakukan adalah salah? Mungkin kalau production atau pengarah lain di beri peluang mengarah filem ini, rasanya tak ada apa yang nak di bangkangkan.

5. Apa-apapun, Utusan ada pointnya, tapi sepatutnya bukan mengenai filem ini dan Namawee jugak ada pointnya tapi bukan dalam saluran seperti ini. Serta kamu sudah pasti ada pointnya, think about it!




P/s : Racism always be there.


4 surat:

azrijohan said... [Reply]

no komen.fullstop

alien said... [Reply]

utusan vs namawee
keh2
keh2
sampai sudah ta abis

Fatin Farhana Binti Ramli said... [Reply]

sebab tu tak nak tengok cerita nasi lemak 2.0 ..

O Randa Blěg said... [Reply]

Dulu tak kisah tapi skrg nak tengok sangat filem nasi lemak 2.0. biar tahu sendiri. tentang personal attack biar diaorang punya hal.

tapi.. namawe tu memang binawe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...