Wednesday, July 27

Beg Udara : Harga Kereta Jadi Lebih Mahal?

Ramai tak puas hati dan komplen harga kereta import di Malaysia mahal. Kereta tempatan pula kualiti agak mendukacitakan. Faktor-faktor seperti duti eksais, duti import, kos tambang kapal, peluang kepada pemegang AP Bumiputera (Approved Permit) untuk berbisnes, jenis kenderaan CBU (pasang siap) atau CKD (pasang di Malaysia), untuk mengukuh dan melindungi industri automobil negara, marketing strategy dan pelbagai lagi alasan yang sering di dengar. Faktor-faktor penyumbang kepada harga sesuatu kereta.

Lupakan semuanya kerana jika nak di kaji dan selidik pelbagai alasan boleh di terima. Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengulas setiap kenderaan perlu di pasang dengan beg udara (air bags) mulai tahun depan kecuali kenderaan pacuan empat roda. Ini sebagai usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalanraya.

Harga Kereta Mahal?

Kalau betul beg udara (air bags) akan di wajibkan kepada semua kereta di Malaysia bagi aku memang bagus sekali. Cuma persoalannya kenapa sekarang baru nak mula? Kenapa tidak 10 atau 15 tahun yang lalu? Ok lupakan sebentar. Mungkin kerajaan sudah sedar kepentingan akan ciri-ciri keselamatan pada kenderaan perlu di perhebatkan. Tahniah.

Jika di pandang ke negara Eropah atau negara maju yang lain, aspek keselamatan amat di tekankan dalam apa perkara sekalipun. Dalam pembinaan sesebuah kereta terutamanya, ciri-ciri keselamatan merupakan aspek penting semasa penghasilan di samping kos pembuatan. Harga kereta kemungkinan akan meningkat tetapi dengan kualiti yang di hasilkan pengguna berbaloi untuk memilikinya.

Di Malaysia sendiri pembuatan kereta sudah tentulah menepati piawaian yang di tetapkan. Tak di nafikan sebelum sesebuah kereta di pasarkan. Dari bahan mentah, rekabentuk, proses pembuatan (komponen, casis, badan, cat, hiasan dalaman, etc) sehinggalah ke kawalan kualiti dan akhirnya produk di hasilkan. Semuanya melalui pelbagai peringkat dan selamat untuk di pandu. Adakah hanya selamat semasa pemanduan sudah cukup?

Rakyat Malaysia secara amnya kurang menitikberatkan aspek keselamatan. Di sebabkan itulah alat-alat keselamatan sampingan tidak di ambil berat. Mungkin kerana akan melibatkan kos yang lebih. Atau juga dapat sebuah kereta murah, mampu milik dan boleh bawa berjalan dah kira ok. Apa nak kisah sangat.

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Malang tak berbau. So bukankah menangani adalah lebih baik? Sepatutnya isu beg udara (air bags) tidak perlu di risaukan dan menjadi beban kepada pengguna. Jika di ikutkan harga pasaran beg udara minimum sekitar RM 1 500 saja. Di hitung balik dengan penggunaannya dan dari segi kehidupan kita pada masa depan adakah itu sangat membebankan? Perkara ini tidak sepatutnya terjadi.

Mentaliti

Aku sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan berbangga dengan pencapaian industri automobil negara. Lupakan sebentar mengenai isu korupsi mahupun penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran. Dan alangkah bagus jika rakyat Malaysia lebih mementingkan aspek keselamatan kenderaan mereka. Bukannya mementingkan 'kecantikkan' kereta semata-mata.

Sebelum ini isu tali pinggang keledar (seatbelt) sudah berjaya di laksanakan. Dan tak mustahil setiap kenderaan akan mempunyai beg udara pada tahun hadapan boleh tercapai. Cuma adakah tercapai mesej itu sudah cukup? Dari sini boleh di lihat perlaksanaannya agak kurang di praktikkan. Di jalanraya berapa ramaikah yang yang menggunakan seatbelt semasa memandu? Kebanyakkan lebih suka membuat hiasan. Di biar terjurai di sisi badan saja.

Berbalik kepada topik, selepas ini di harap alat-alat keselamatan kenderaan yang lain perlu di wajibkan juga. Ini kerana ia amat membantu kita menghadapi semasa situasi cemas sama ada kemalangan atau perkara yang tak di jangka semasa pemanduan. Melabur sedikit untuk keselamatan diri sendiri apalah sangat kan?







P/s : Keselamatan di utamakan. Ingatlah 'future' orang tersayang =)

Monday, July 25

Kelakar : Budak Perempuan Sangap Nak Kahwin

'Menjelekkan bila seorang ibu menyalahguna dan memvideokan kelakuan anaknya yang dalam kesusahan'
'Sangat kelakar. Bila seorang budak perempuan sangap nak kahwin. Tapi budak laki pula yang menolak'
'I will marry you!..umur 6. I will divorce you!...umur 20 tahun'


Ini merupakan antara komen-komen yang di kecam oleh orang ramai mengenai video di bawah. Sebelum ini aku ada post entri mengenai seorang remaja 15 tahun, Victoria yang sangap seks, yang telah bersetubuh dengan pelbagai jenis lelaki.

Video kali ini pula, penceritaan mengenai seorang budak perempuan yang sangap dan mendesak untuk berkahwin dengan seorang budak lelaki lain. The desperate little girl buatkan budak lelaki tersebut terasa nyilu sampai meleleh segala jenis air dek  kerana tak sanggup nak kahwin dengan kekanda sendiri. Drama tragis bermula. Sila layan dulu video di bawah ini.


Apa kata kamu? Sesetengah orang ada yang rasa agak kelakar dan ada yang menyalahkan ibunya kerana buat video tersebut. Bagi aku mungkin pada mulanya agak kelakar. Tetapi bila di fikirkan balik agak weirdo bagi sepasang adik beradik berlakuan seperti itu. 

Dalam perspektif lain ada benarnya jika situasi ini di adaptasi kepada orang dewasa sekarang. Dunia dah berubah. Orang perempuan lebih cenderung untuk mengorat lelaki dahulu dan lebih aktif dalam bercinta. Betul tak? Perempuan lebih lantang bila menyuarakan sesuatu? So...



P/s : Sila jadi seorang yang normal. Masa kecik jangan menggedik dan pervert sangat. Bila dewasa baru segera tunaikan kewajipan zahir dan batin kamu. 

Saturday, July 23

Kelayakan Piala Dunia : Keputusan Malaysia Kalah 3-5 Singapura

Perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dengan Singapura di Stadium Jalan Besar, Singapura menyaksikan keputusan Malaysia kalah 3-5 ke atas Singapura. Walaupun kalah syabas di ucapkan kepada pasukan Malaysia kerana berjaya bangkit dari ketinggalan pada separuh masa pertama. 

Safee Sali menyumbangkan dua gol manakala Abdul Hadi melengkapkan jaringan Malaysia. Sementara gol Singapura lebih di sumbangkan oleh pemain import yang telah mendapat kerakyatan Singapura.

Kalau nak di ikutkan permainan agak seimbang antara kedua-dua pasukan, tapi nasib tidak menyebelahi Malaysia yang kemungkinan tidak biasa dengan padang tiruan. Apa-apapun perlawanan timbal balik nanti di Stadium Bukit Jalil di harap pasukan Malaysia boleh mencipta kemenangan seterusnya melayakkan diri keperingkat yang lebih tinggi Kelayakan Piala Dunia.

Dibawah ialah highlight for this match






P/s : Pengulas Astro Arena pada perlawanan kelayakan piala dunia malam ini antara Malaysia dengan Singapura memang terbaik. Kelakar dan menghiburkan. Sampai kekadang tak paham apa yang di ulaskan. Aiseh! haha

Friday, July 22

Tour 2011 : Keputusan Chelsea Menang 1-0 Malaysia : Chelsea Sakit Urat

Tercapai sudah hasrat tengok perlawanan persahabatan antara Chelsea lawan Malaysia pada 21 Julai 2011. Keputusan berakhir dengan kemenangan terhadap Chelsea dengan jaringan gol 1-0 ke atas Malaysia.

Cumanya agak terkilan dengan mutu permainan yang di tunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Tidak seperti yang di harapkan. Pemain-pemain dari skuad senior pon tidak banyak membantu dalam perlawanan ini.

Apa-apapun perlawanan persahabatan antara Chelsea dengan Malaysia amat berguna terutama untuk anak didik jurulatih skuad Olimpik Malaysia, Ong Kim Swee untuk mencari pengalaman. Mudahnya, kebanyakkan dapat di lihat masih gugup dan takut-takut untuk mengawal bola. Tahap konfiden yang masih kurang.

Bagi Chelsea, mungkin masih dalam proses untuk mencari keserasian dan persefahaman antara pemain dan di bawah kendalian jurulatih baru, Andre Villas-Boas. Anyway, congrats for both team, Malaysia and Chelsea.

Antara gambar-gambar paksaan yang berjaya di capture. Untuk makluman aku tak suka bergambar. Chelsea punya pasal terdetik untuk post gambar #samposmen. Thanks @NizamTagsee for the pictures.

In b4 match antara Chelsea dan Malaysia Tour 2011, 21st July
Sedaya upaya untuk buat muka secomel mungkin. haha. 
Dorset Chelsea fans. Adakah Malaysia Airlines turut sponsor mamat neh?
Lineup sebelum game bermula. Kelihatan jurang keketotan dan ketinggian antara pemain
Stadium penuh dengan crowd. Awesome! Ada orang kata kalau majlis agama macam ni kan bagus?' 

Akhirnya, Malaysia kalah kepada Chelsea. Bagi sesiapa yang tak berkesempatan tengok gol tunggal dan kemenangan Chelsea hasil dari free-kick Didier Drogba, sila enjoice highlight match antara Chelsea dan Malaysia di bawah ini.





P/s : Chelsea! Chelsea!

Sunday, July 17

Fishing Entry : Antara Pendapat, Informasi atau ???

Pernah dengar pasal fishing? Kalau dulu-dulu jika tanya kamu hobi apa? ''fishing, kumpul setem, baca novel''. Tapi sekarang kalau tanya apa hobi kamu? ''merendek, main play station, social network online''. Jadi masa membezakan dan mempengaruhi persekitaran kita. 

Mudahnya sekarang kalau hobi fishing (memancing) ikan kat paya atau parit tentulah akan terbukti kamu seorang yang kolot. Haha. Totally kolot. Tak ikut perkembangan. Betul tak? Cuba tanya budak-budak sekarang kalau tak percaya. So bagaimana nak memodenkan istilah 'fishing' yang merupakan sesuatu yang old skool ini? Warisan hobi yang evergreen

Dalam dunia sekarang, dunia internet tanpa batasan, segala maklumat boleh peroleh dengan mudah. Social network seperti facebook, twitter, tumblr mahupun blogger semakin menjadi pilihan. Tapi sedarkah kamu di sebalik hobi yang di canang sebagai minat, minat dan minat yang merupakan hobi alaf baru, hobi fishing tetap di praktikkan?


















Apa yang kamu faham dengan gambar di atas? Hanya gambar printscreen dari search engine, Google. Kalau kamu perasan dan faham dua gambar tersebut hampir sama tetapi sebenarnya mempunyai istilah yang berlainan. Inilah yang aku sebutkan tadi hobi di alaf baru. Atau dalam industri manufactering boleh di istilahkan sebagai penjenamaan semula. Rebranding. 

Pendapat, Informasi atau ???

Pendapat adalah suatu sumber idea dari seseorang dalam membincangkan sesuatu perkara walaupun sesuatu tersebut adalah betul atau tak ia di sebut sebagai pendapat. Selalunya melalui pengalaman, pembacaan, rujukan, pertanyaan atau perbualan dari seorang ke seorang lain. Informasi pula di mana suatu keputusan yang telah, sedang atau akan berlaku mengenai sesuatu perkara. Kebanyakkan lebih berbentuk fakta.

Blogger

Dalam dunia internet, blogger memainkan peranan penting dalam 'menghidupkan' nadi dunia internet itu sendiri. Ia merupakan penyumbang utama dalam memberi maklumat. Blogger di sini termasuklah website atau segala jenis sumber maklumat berbentuk elektronik (soft copy).

Berbalik kepada tajuk itulah dua situasi yang berbeza. Jika di perhatikan kedua-dua gambar bersifat informasi dan pendapat. Di mana perkara yang belum berlaku. Cuma yang membezakan adakah isi kandungannya boleh di definisi sebagai Pendapat, Informasi atau ??? Apakah maksud '???'. Ok mudahnya membawa maksud 'sampah'. Itulah persoalan sebenarnya antara Pendapat, Informasi atau Sampah?

Pernah kamu di kecewakan bila mana ingin mencari sesuatu maklumat, yang di beri sesuatu site hanya bersifat lepas batuk di tangga, tak lengkap serta adakala isi tergantung. Membuang masa dan terasa seperti tertipu. Pernah kan? Inilah pula yang di sebut 'Fishing Entry'.

Fishing Entry

Entri di mana yang bersifat untuk menarik perhatian orang ramai untuk melawat sesuatu site/blog dalam masa yang sama berkepentingan kepada sebelah pihak saja. Senang kata dalam dunia blogger banyak terjadi. Entri atau sesuatu topik di buat bukan untuk memberi maklumat tetapi untuk kepentingan diri sendiri. Ya iklan. Ya SEO. Ya strategi. Ya planning. Ya for me, totally mother fucka for those of you!!!

Tidak salah untuk beriklan penuh satu page, tidak salah untuk atur strategi dalam berblog tetapi biar kena caranya. Cuba beri maklumat berguna kepada orang ramai dulu. Sebolehnya biar lengkap. Bertanggungjawab sedikit dalam menyebarkan sesuatu. Bukannya semata-mata mencari keuntungan. Tambah pula jika sesuatu yang bersifat fakta. Sila bagi info betul-betul. 

Kalau ambil maklumat dari orang lain sila bagi kredit kepada sumber asal. Belajar mengenai copyright. Hakcipta. Jangan jadi sampah. Ya sampah. Yang tak memberi kepentingan kepada orang lain langsung. Aku tak sempurna mana dan tak sebagus di harapkan. Cuma terkilan tengok info-info yang di cari di mana kesudahannya kecewa dan menyakitkan hati sendiri. Indah tajuk dari isinya. Ape kejadahnya yoep!

Jangan kerana SEO kamu menjadi bodoh, jangan kerana iklan kamu jadi bengap, jangan kerana mengejar strategi kamu jadi bahlol yang mana turut meninggalkan kesan serta menyebarkan kepada orang lain. Because of your site, doesn't mean you can do anything!



P/s : Zaman purba atau zaman moden hobi fishing lagi old skool?

Wednesday, July 13

Anwar Hadi : Monopoli Keputusan Digi WWWOW Awards 2011



Sebelum ini kebanyakkan blogger asyik promote dan ajak vote untuk Digi WWWOW Awards untuk peserta yang menyertai. So apa keputusannnya?

Semalam telah berlangsungnya acara final anugerah #DigiWWWOW yang telah menerima sebanyak 5, 195 penyertaan dan 235, 175 undian untuknya dan Anwar Hadi telah memonopoli keputusan keseluruhan dari 16 kategori yang di pertandingkan.

Di bawah ialah keputusan penuh senarai pemenang yang telah memenangi Digi WWWOW Awards untuk tahun 2011.


1. Best Internet For All Idea - A.F.O Radio
2. Best Internet Good Award - Petfinder.my
3. Fave Malaysian female Online Celebrity -Stacy
4. Fave Malaysian Male Online Celebrity - Nicholas Teo
5. Fave Person Over 40 - Brandjontan
6. Fave Person Under 15 - Let It Be
7. Fave Tech Head - The Techno Hut
8. Online Shop of The Year - Karysma Beads and Sequins
9. Online Story of The Year - Suzuki AFF Cup
10. Top Kay Poh - Lee Zi Wen 
11. Top LOL - BlogSerius
12. Top Makan-makan Expert - OhMalaysia
13. Picture of The Year - Beautiful White Orchid
14. Blogger of The Year - Anwar Hadi
15. Must-Follow Personality - Anwar Hadi
16. Video of The Year - Anwar Hadi


Tahniah di ucapkan kepada semua yang telah menyertai DigiWWWOW Awards untuk kali ini. Kepada pemenang syabas dan yang kalah cuba lain kali ok. Kepada audiens tak payah nak salah-menyalah keputusan pengadil. Cuba untuk menerima hakikat sebenar. 



P/s : Pasal benda alah ini pon ramai dok bergaduh ke? Aiseh!

Sumber : amanz

Monday, July 11

Alone? Perodua Lagi Best!

Ini merupakan video aku sempena menyahut cabaran Perodua #Lagibest. Cewaahhh! :) Tak ada apa yang nak di kata. So kamu layan je la. Sila bagi pendapat. Ok tak?





Bagi sesiapa yang nak join dan ada idea yang lebih menarik,


1. Sila like Fanpage Perodua Malaysia.
2. Create sebuah video dengan panjang maksimum seminit. Tunjukkan betapa bestnya Perodua.
3. Upload video tersebut ke Facebook Fanpage Perodua Audition ini sebelum tarikh 24 Julai 2011.
4. Tunggu keputusan.


Untuk hadiah Perodua Lagi Best Contest ini pemenang akan menerima 1x RM 10, 000 dan saguhati 5x iPad. Awesome kan? So tunggu apa lagi.



P/s : Mood tengah bermimpi. haha

Saturday, July 9

9 Julai 2011 : Gambar Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur

Akses jalanraya untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur banyak di tutup. Semuanya dalam proses menyekat kemaraan orang ramai untuk menghadiri Perhimpunan Bersih

So jalan dah sesak. Hati ada yang panas. Apa kata kita tengok beberapa gambar yang telah berlaku semasa Perhimpunan Bersih pada  9 Julai 2011.


Perhimpunan Bersih di sekitar Petaling Street Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011


Perhimpunan Bersih yang turut di hadiri ahli Patriot. Beberapa ahli Patriot berlindung di balik anggota FRU











Pelbagai kaum berpengangan tangan dalam Perhimpunan Bersih



Salah seorang yang berhimpun kelihatan mengalami kecederaan semasa mengadakan demokrasi




Secara berhadapan antara pihak berkuasa bersama mereka yang telah menyertai Perhimpunan Bersih






















Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata dalam usaha menyuraikan Perhimpunan Bersih






















So...so...and so...

































P/s : Apa kata kamu?

Gambar : Bersih

Thursday, July 7

Aidil Zafuan : Ronaldinho Inspirasi Gol Superb

Gol superb Aidil Zafuan semasa Malaysia melawan Taiwan pada kelayakan Piala Dunia 2014 memang menarik. Akibat gol tersebut nama Aidil Zafuan menjadi bualan sama ada di Malaysia sendiri atau di luar negara. Syabas di ucapkan.

Gol tersebut telah tersenarai dalam top 10 gol mingguan tercantik 101greatgoals selepas perlawanan pada 3 Julai 2011 yang lalu. Pilihan yang merupakan hasil undian orang ramai.

Bercakap pasal gol Aidil Zafuan, teringat semasa Piala Dunia Korea 2002 yang lepas, di mana jaringan oleh Ronaldinho dalam jarak yang lebih kurang sama, 35 kaki. Ketika perlawanan Brazil dengan England.

So, adakah Aidil Zafuan telah berinspirasikan Ronaldinho semasa membuat sepakan?




Apa-apapun di bawah ialah video sebenar jaringan gol oleh Aidil Zafuan semasa Malaysia menentang Taiwan. Ramai kata hanya luck semata-mata. Luck atau tidak, apa yang nak di kecoh sangat? Yang penting menarik di lihat. Cuma terkilan perlawanan tersebut berkesudahan dengan kekalahan jaringan 2-3.







P/s : Puji banyak-banyak sangat, takut lain pula jadinya nanti. haha

Wednesday, July 6

Persoalan : Relevan Tak Semesti Bersih

Akhir-akhir ini isu Perhimpunan Bersih 2.0 semakin hangat di cerita. Bagi yang membangkang pasti akan mempertahankan segala hujah dan sebaliknya berlaku kepada penyokong setia. Pelbagai 'fakta', auta, sejarah mahupun isu semasa yang di kaitkan sebagai 'back-up' dalam teks ucapan. Tak terkecuali segelintir bloggers hanya main copypasta sesetengah artikel tanpa segan silu di selidik kesahihannya.

Pandangan peribadi

Aku bukan seorang pakar ekonomi, bukan pakar sosiologi mahupun segala jenis pakar analisis. Cuma pendapat aku, apa yang boleh di highlight dengan isu ini ialah 

1. Persoalan mengenai sejarah
2. Persoalan mengenai kepemimpinan
3. Persoalan mengenai agama
4. Persoalan mengenai pembangkang / penyokong

Persoalan mengenai sejarah

Jika di ikut dari sejarah, Malaysia merupakan negara jajahan British. Malaysia mengamalkan konsep sebuah negara demokrasi seperti kebanyakkan negara lain di dunia, Sweden, Norway, Perancis, Jepun, New Zealand mahupun di Asia seperti Thailand serta Singapura. Dan demokrasi tersebut tetap bertahan sehingga kini. 

Sebut pasal demokrasi kenapa isu Bersih 2.0 menjadi duri dalam daging dalam pentadbiran negara sekarang ini? Setujukah kalau di katakan sebenarnya Malaysia lebih ke arah sistem autokrasi berbanding demokrasi. Di mana pentadbiran yang hanya mengikut kehendak sebelah pihak sahaja. 

Siapa membantah pasti akan di cantas. Siapa yang tidak ikut apa yang telah di cadangkan akan di tarik balik segala kuasanya. Itulah yang berlaku dan boleh di lihat dalam 'sejarah' Malaysia sekarang.  

Sebenarnya walau sistem apa di gunakan sekalipun sebenarnya tidak menjadi masalah. Bagaimana sesuatu pentadbiran berjalan merupakan perkara penting. Pergi ke negara mana sekalipun pasti terdapat konflik yang berlaku. 

Ada ketidakpuasan hati dari sesetengah individu mahupun organisasi. Cuma apakah cara yang di ambil untuk menanganinya perlu di persoalkan? 

Persoalan mengenai kepemimpinan 

Dalam dunia politik hakikat sebenar penyelewengan atau korupsi hanyalah permainan semata-mata. Pasti berlaku walaupun sedikit. Sejak penubuhan Malaysia pelbagai peristiwa yang tercalit dalam lipatan sejarah. 

Sama ada rusuhan, pergaduhan, konflik perkauman ataupun pertelagahan antara parti politik. Dari sini kepimpinan sesuatu pemimpin menjadi peranan penting untuk mengawalnya. 

Pemimpin tidak sepatutnya bersifat nepotisme di mana yang menguntungkan sebelah pihak saja. Seperti perhimpunan Bersih 2.0 ini, sepatutnya perlu di ambil contoh bagaimana rusuhan yang telah berlaku di Perancis pada lewat tahun 2010. Pengharaman pemakaian hijab terhadap penganut Islam di sana. Apakah yang kerajaannya telah lakukan untuk menangani masalah tersebut? Adakah terdapat huru-hara?

Sama juga seperti di Jepun setiap kali pilihanraya, di mana pemimpin akan silih bertukar ganti melalui pengunduran diri sendiri atau pangghh! some bullet to their head jika tidak dapat mencari penyelesaian terbaik. 

Di Malaysia perkara seperti ini tidak berlaku kerana aku yakin pemimpin dapat menanganinya lagi. Jadi sepatutnya di gunakan sebaik mungkin kesempatan ini untuk terus memperbaikinya. Persoalan yang pemimpin sendiri perlu menjawabnya.

Persoalan mengenai agama

Jika terdapat permasalahan pasti hal berkaitan agama sedikit sebanyak akan di gunakan. Inilah salah satu strategi terbaik dalam mempengaruhi orang lain. Baik dalam kehidupan seharian, bisnes bahkan politik. 

Dalam sesuatu perkara pasti ada keburukannya. Di lihat dalam setiap perbincangan atau komen-komen mengenai Bersih 2.0 isu Ambiga banyak di kait dan di timbulkan. Di mana seorang yang banyak berjasa dalam kes murtad orang Islam di Malaysia. 

Sebelum meneruskan, sila jawab beberapa soalan mudah dulu. Pertama, bagaimana kes murtad berlaku? Kedua, siapa yang bertanggungjawab dalam isu seperti ini? Ketiga, kenapakah boleh berlaku?

Jika kamu dapat jawab ketiga-tiga soalan tersebut dengan tepat tahniah di ucapkan. Sebaliknya yang berlaku dalam majoriti umat Islam sendiri isu seperti inilah yang di ambil kesempatan untuk menyalahkan orang lain. 

Islam agama yang mudah. Tapi orang Islam sendiri yang menyusahkan. Sikit-sikit nak menyalahkan agama lain. Sikit-sikit ada konspirasi di sebaliknya. Sikit-sikit tak elok menyokong orang kafir. 

Jadi apakah dengan menyalahkan orang lain di anggap betul? Dengan bergaduh sesama agama sendiri boleh di kira betul? Jika orang yang berlainan pendapat akan di hentam habis-habisan sehingga tidak sempat untuk bernafas di benarkan? Akidah adalah tanggungjawab diri sendiri.

Persoalan mengenai pembangkang/penyokong

Dalam menggerak sesuatu negara, pembangkang amatlah perlu untuk menilai kekurangan atau kepincangan yang timbul. Sama jugalah dengan penyokong untuk membantu dalam proses yang sedang berjalan. 

Pembangkang yang baik bila mana sesuatu yang di bentangkan relevan dengan apa yang di bangkang dan penyokong yang bernas bertindak sejajar dengan situasi semasa.

Masalahnya sekarang, sampai satu tahap terserlah ketakseimbangan, bilamana sesuatu yang salah terus di sokong dan betul terus menerus di tolak. Sebab mudah berlaku kerana ketaksuban terhadap seseorang individu mahupun sesuatu parti politik. Perkara benar di anggap salah, dan salah di iyakan saja. 

Jadi rasionalnya dalam melakukan sesuatu perkara, bertindak ikut naluri sendiri. Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan sendiri. Cuma bila bertindak sila gunakan pertimbangan yang sewajarnya tanpa terlebih mengikut perasaan. 

Setiap orang mugkin berbeza pendapat. Dari perspektif berbeza, pendapat ini betul, tapi jika di ikut sudut yang lain ada yang di anggap salah. Jadi persoalan tidak ada siapa salah atau siapa yang betul. Jangan akibat berbeza pendapat segala caci makian di keluarkan. 

Ada sesetengah orang bila berkata, dialah hebat, dialah betul, dialah cakap berdasarkan fakta, orang lain semua salah. Kalau nak cakap sesuatu biarlah berdasarkan akal. Tetapi hakikat sebaliknya diri sendiri emosi terganggu bila memberi pendapat. Jangan seperti itu. Bagi aku itu cakap tak serupa bikin namanya. So baik tinggalkan.

Kesudahan

Pemimpin akan tetap lakukan kesalahan kerana dia juga seorang manusia, tapi dalam kesalahan tetap ada kebaikan. Kalau tak takkan boleh jadi pemimpin? Kesalahan sampai bila-bila pon boleh dan akan di cari. Sebaliknya akan juga berlaku dalam menonjolkan kebaikan.

Jika Perhimpunan Bersih 2.0 berlaku, ramalan ramai, ekonomi dan industri perlancongan negara akan terganggu dan terkena tempelaknya. Tapi jika tidak berlaku sekalipun, adakah ekonomi akan tetap stabil seperti biasa? 

Majoriti yang akan pergi berhimpun adalah gologan bekerjaya. Jika perkara ini di sekat tak mustahil prestasi kerja akan turut menerima kesannya. So akibat kepada ekonomi? Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga. 

Nasihat aku kalau nak berhimpun silakan. Kalau tak nak, lepak dekat rumah makan cekodok dengan family saja. Tak payah nak pening-peningkan kepala. Apa yang masalah sangat?




P/s : Bagi yang sudah cukup umur, tunaikan kewajipan kamu bila tiba masanya. Bagi yang tak baligh study rajin-rajin ok. 

Tuesday, July 5

Doktor : Bosan Bila Sakit

Sejak dua menjak ini keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Apatah lagi untuk menulis di blog. Bila malam badan terasa  seram sejuk seperti nak demam. Waktu siang rasa lemah teramat. Badan tak bermaya. Setiap jam mesti ke tandas di sebabkan diarrhea. Adakah mungkin di sebabkan keadaan cuaca? Atau mungkin di sebabkan salah makan? Entahlah!

Sakit macam mana sekalipun, aku lebih suka berbaring dekat rumah sambil layan tengok tv. Online main facebook. Takpon tidur sepanjang hari. Kalau nak jumpa doktor terasa malas benar. Sebab mudah, aku benci dengan doktor. 

Kerana setiap kali jumpa pasti pelbagai nasihat dia bagi. Di mana nasihat kebanyakkan sebagai manusia normal jarang sekali mempraktikkan. Tip-tip, cara-cara, langkah itu dan ini, yang agak membosankan. 

Apapun akhirnya, dah agak tak ada modal, penuh dalam beg plastik bekalan ubat di bawa balik ke rumah. Seterusnya hanya terbiar seperti tukun.

Antara doktor dan ubat

Kalau di beri pilihan antara berjumpa doktor dengan makan ubat yang manakah kamu pilih? Doktor dan ubat suatu yang berhubung kait. Tanpa doktor kemungkinan untuk wujudnya sesuatu ubatan amatlah mustahil .

Tapi bagi aku kalau boleh kedua-dua patut di tolak ke tepi. Kerana mudahnya diri kamu sendiri lebih berkuasa dalam melawan sesetengah penyakit. Ubat hanya bersifat penyembuh sementara. Tapi otak kamu beroperasi setiap masa lebih hebat. 

Otak kamu yang mengawal segalanya. Kamu sakit. Kamu gembira. Kamu suka. Kamu bertindak. Kamu berfikir. Kamu yang mengawalnya. Tapi kalau penyakit kronik seperti kanser atau barah jangan pula sampai tak jumpa doktor, itu mengundang padah namanya.

Maksudnya untuk cepat sembuh kamu yang melawan penyakit tersebut bukannya berharap kepada ubat. Ubat hanya sebagai medium untuk membantu proses yang berlaku. Mempercepatkan penyembuhan.  

Keperluan doktor

Apa-apapun berbalik ke topik, sejak bekerja, aku terpaksa juga berjumpa dengan doktor. Nak tak nak walaupon tak suka. Terpaksa. Tujuan utama untuk mendapat medical cert. Birokrasi mengubah segalanya. 

Teringat masa zaman sekolah kalau tak ada sijil sakit pon di terima. Hanya surat yang parent tulis dan di bawah sekali terdapat tandatangan. Setel. Bagi dekat cikgu sebagai surat tunjuk sebab. 

Rasanya zaman persekolahan dengan pekerjaan tak ada banyak bezanya kan? Ermm...



P/s : Orang sakit selalu banyak kerenah ke?

Friday, July 1

Realiti : Manusia Dan Sistem Dalam Kehidupan

Setiap hari cacian dan makian merupakan perkara asas yang selalu aku terima. Seperti kebiasaan kebanyakkan datang dari makhluk yang bernama manusia. Ya. Lebih tepat merupakan khalifah di dunia. Semakin berkembang teknologi semakin manusia hilang pertimbangan. Setuju atau tak?  

Fasa Pertama

Seorang Datuk memandu kereta menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan yang merupakan lebuhraya terpanjang di Malaysia dan keseluruhan di Asia Tenggara. Sampai di Km 283 berhampiran Nilai, minyak kereta habis. Membuat panggilan kepada pusat kawalan trafik dan meminta bantuan. Bantuan di hantar. 

Sejam kemudian Peronda Lebuhraya datang dengan membeli minyak RM 10. Bantuan lewat tiba di sebabkan membantu orang lain yang turut mengalami kerosakan kenderaan di tengah jalanraya atau kemalangan yang berlaku tanpa di duga semasa perjalanan. Juga di sebabkan kesesakan trafik yang berlaku. Apabila sampai kata-kata kesat di berikan kepada Peronda Lebuhraya.

Fasa Kedua

Datuk tersebut meneruskan pemanduan dengan perasaan marah meluap. Beberapa minit kemudian berita kemalangan di terima. Rupanya Datuk tersebut tersepit di dalam kereta yang di pandu. Keadaan agak parah tapi masih sedar. Bantuan di panggil. 

Panggilan 999 di buat. 'Ya. 999 boleh saya bantu? Nama encik siapa? Boleh saya dapat nombor IC encik? Boleh saya tau kemalangan di mana? Di kilometer berapa? Dari mana ke mana? Dekat dengan kawasan apa? Berapa orang yang cedera? Lelaki atau perempuan? Umur berapa? Ada kecederaan tak? Di mana kecederaan? Adakah mangsa masih sedar? Siapa ada di sana? Bagaimana boleh berlaku? Kemalangan melibatkan apa?' 

Ok. Sekejap! Boleh tolong sambungkan ke hospital ini...Hospital blaa...blaa...'Encik kita ikut prosedur saya sambungkan ke centre hospital dulu. Sila tunggu sebentar'. Beberapa minit kemudian ambulan sampai. Datuk tersebut di sahkan meninggal.

Fasa Ketiga

'Rabu : 20 Jun 2011 kemalangan yang berlaku semalam melibatkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk...'. 'Punca nahas masih di siasat ekoran kejadian yang melibatkan seorang Datuk...'. 'Datuk tersebut ialah seorang yang di kehendaki SPRM akibat rasuah telah meninggalkan 2 orang balu...'.'Polis sedang menyiasat punca kemalangan...'

Orang atasan berkaitan agensi berkaitan sibuk ke hulu ke hilir. Semua menonjolkan diri berbeza seperti kebiasaan. Yang tak nampak dan susah untuk berjumpa sebelum ini, semua boleh di lihat mundar-mandir.

Mesyuarat di adakan untuk menyiasat punca utama kejadian. Semua gelisah untuk menjawab dan memberi alasan kepada media. Akhirnya beberapa minggu kemudian post mortem di terima. Punca utama kematian di sebabkan kelewatan bantuan yang di berikan. 

Realiti

Jika kamu bekerja dan berada di mana sekalipun inilah yang berlaku. Dan ini merupakan apa yang pernah aku alami. Perbezaan dan jurang ketara dapat di lihat antara individu kepada individu yang lain. Martabat di pandang berbanding nilai diri seseorang.

Fasa Pertama - Kebenaran

Kepentingan diri menjadi perkara utama dalam sesuatu perkara. Ramai yang mementingkan diri sendiri dalam membuat keputusan. Walaupun kebenaran terserlah kepada pihak yang lain, bukannya kita.

Contohnya, seperti dalam situasi Datuk tersebut. Beliau merupakan seorang yang berpengaruh, orang terhormat, orang yang di kenali tetapi menggunakan segala yang di miliki untuk menyalahi orang lain.

Dalam kes ini kereta hanya kehabisan minyak. Bukankah aspek teknikal dan penyelenggaran kereta merupakan tanggungjawab sendiri? Sebelum memulakan perjalanan pastikan segalanya lengkap. Hartawan tapi minyak tak boleh isi, apa kes? Takkan faktor kenaikan harga minyak menjadi penyebab?

Beliau perlu menerima dengan hati terbuka walaupun bantuan di terima agak lewat. Bersyukur. Kerana mudahnya masih ada yang sedia membantu dalam keadaan terdesak. Siapa lagi yang boleh di harapkan bila berada di lebuhraya? Tentulah peronda lebuhraya. Sepatutnya ucapan terima kasih di beri bukan sebaliknya. Di situ pangkat dan darjat tiada beza.

Fasa Kedua - Pentadbiran

Dalam urusan harian sekarang kita terikut dengan konsep, prosedur itu dan ini sehingga ada ketika menyusahkan. Manusia hidup seperti robot. Sistem mengawal segala pergerakan. Sepatutnya manusia yang lebih berkuasa dari robot.

Dapat di lihat terlampau banyak undang-undang di wujudkan. Tetapi perlaksanaan kebersanannya adalah amat kurang sekali. Undang-undang adakalanya membuat manusia lebih memberontak dan tidak berdisiplin. Kepentingan pentadbiran untuk mencapai target prestasi, membuatkan kita terlupa nilai insan seorang manusia.

Prosedur di buat untuk menyenangkan tetapi yang berlaku sebaliknya. Birokrasi menghalang untuk terus mendapatkan sesuatu dalam proses yang singkat.

Banyak kes yang di terima adalah di sebabkan kekangan peraturan. Banyak langkah di perlukan dalam memproses sesuatu maklumat. Akhirnya produktiviti tiada banyak beza, cuma masa di ambil menjadi lebih lama. Percaya?

Contoh mudah cuba kamu membuat panggilan kepada talian kecemasan 999. Pasti kamu akan di soal seperti seorang pesalah. Akhirnya orang yang sepatut hidup, mati akibat kelewatan bantuan. Orang yang sakit jantung, kaku di kerusi pemandu. Orang yang pengsan terus tak sedarkan diri di tandas. Salah siapa?

Fasa Ketiga - Justifikasi

Salah menyalah akan terus mengambil tempat. Setelah segala pelbagai proses akhirnya jawapan mudah dan senang, orang bawahan di persalahkan. Nak tak nak terpaksa menerima.

Jurang martabat cukup jelas kelihatan. Jika kamu mempunyai segala pengaruh pasti perkara yang salah boleh di perbetulkan dan sebaliknya berlaku. Tiada apa yang mustahil dalam menyimpan hakikat kebenaran. Akhirnya keadilan hanya menjadi tanda tanya. Ramai yang menjadi boneka akibat ketidakjujuran sistem yang berlaku.

Sepatutnya hebat bagaimana sekalipun seseorang, tiada bezanya dengan yang lain. Hubungan sesama manusia tidak mengenal sesiapa. Dalam dunia sekarang material menjadi segalanya. Sebab itu tidak hairan ia boleh berlaku.


P/s : Kemajuan banyak membawa perubahan. Sama ada perlu atau tidak bergantung kepada diri sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...