Friday, October 28

FAM Anjink : Website FAM Kena Hack

FAM anjink! Tapi babi lagi ensem.



Begini alkisahnya. Semalam website FAM kena hack. Isunya, harga tiket di naikkan kepada RM 50 menjelang Final Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan. Harga yang di sifatkan agak mahal.

Bagi aku memang wajar penyokong memberontak. Antara sebab mudah, harga RM 50 selaras di kenakan untuk semua tempat duduk. Maknanya tak kisah kalau duduk dekat grandstand, dekat bawah scoreboard, dekat tepi tangga atau duduk beratapkan langit, harga tetap di kira lump sum. ho ho.

Itu tak termasuk kos maintanence lagi sebagai alasan. Yang mana bila game final harga tiket akan naik. Kalau game biasa, penyokong penuh stadium sekalipun, maintenance tak banyak seperti final. Makcik pakcik cleaner bandaran tak perlu buat overtime. Sampah sarap tak banyak di kutip. Semua kerana penyokong berdedikasi. FRU/Polis pon hanya melanguk kat base saja. Tapi bila final situasi mula berubah.


Berbalik kepada website FAM kena hack, di bawah antara petikan isi kandungan pada page FAM yang di hack dan di paparkan.

"So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don't blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je ..."


Ini pula sambungan dan antara salah satu sebab kenapa website FAM di godam.

"Wahai FAM si kapitalis anjink!! Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda. Alasan tak masuk akal. Anda jangan fikir rakyat bodoh. 100 tahun baru boleh bolasepak Malaysia maju yer!!! cakap pakai bontot ke wahai FAM..... Pegi mampos la FAM!!!"


Di bawah ialah print screen dari website FAM yang sempat di capture. Sebab dalam julat pukul 4 pagi paparan website dah setel di 'samak'. Semua dah bersih sebersihnya.




FAM tak cepat mengelabah seperti kebanyakkan orang. Dengan cool dan tanpa prejudis, ini antara jawapan di terima semasa pihak Samposmen menemui salah seorang pegawai.

"Kami tak tau akan jadi macam ni. Kalau kami tau, takkan kami nak buat ampa (rakyat) macam ni kot. Kami pon tak sampai hati. Pasni kami janji takkan buat dah. Sob! Sob! Sedih tau ampa hentam kami macam ni".- FAM




P/s : Bila bolasepak maju sikit, semua pakat cantas kasi jatuh and take advantage to other. heh!

Monday, October 24

Manchester United Kalah 6-1 Manchester City : MANU Pizza Release

Amacam game Manchester Derby semalam?

Kepada peminat setia Manchester United pasti bermacam tanda tanya dan persoalan selepas tewasnya Manchester United kepada Manchester City, dengan jaringan besar, 6-1. Kemenangan bergaya Manchester City sejak tahun 1955. Kepada haters pula pasti bersorak gembira kan? Bukan selalu dapat tengok big team kalah teruk.

Agak terkilan kerana player Manchester United tak bermain seperti kebiasaan. Game menarik yang di harapkan, tapi sebaliknya semua palayer macam dah hilang semangat bila main. Walaupun bukan peminat Manchester United, tapi bagi aku pengurus yang aku respect yang juga pakar tactical formation, Sir Alex Ferguson mungkin salah membuat percaturan.

Apa-apapun, inilah permainan. Ada masa kalah teruk, ada masa menang besar dan ada masa terasa loser gilak.

So, to Manchester City fans, let's go party! ho ho. Dengar kata ada pizza baru baru release. Betul ke? Have fun! :)





P/s : Chelsea pon kalah jugak? Tidakkk! Semua salah referee. heh!


Friday, October 21

Dude Perfect : Basketball Dan Frisbee Trick Yang Cool

Masa aku sekolah dulu, kepada kaki Manga kalau sebut pasal basketball, pasti ramai terfikirkan pasal anime Slam Dunk Jepun yang popular. Dan dalam permainan basketball, realitinya, tak ramai pemain yang mampu kuasai sesuatu trick dengan perfect.

Tapi itu hanya satu trick yang sangat mudah jika kamu tengok dan bandingkan dengan video dari Dude Perfect. Dude Perfect merupakan satu geng dengan 6 orang ahli. Mereka sangat master dengan pelbagai  trick basketball dan frisbee. Di bawah antara koleksi balingan-balingan yang cukup epik dan menarik pernah di lakukan.




Dan ini pula antara rekod dunia balingan basketball terjauh pernah di lakukan






P/s : Practice make perfect!

Muammar Gaddafi : Matinya Seorang Diktator

Kenapa Muammar Gaddafi di benci hah? Ini kerana dia menyebabkan pertumpahan darah lebih kurang 6 juta orang semasa mula-mula peralihan kuasa ke atasnya berlaku dari Raja Idris 1 pada tahun 1969. Segala kekayaan minyak Libya juga di bolot hanya untuk kepentingan dirinya sendiri. 

Pemerintahan Muammar Gaddafi semuanya berasaskan Green Book. Green Book telah menjadi silibus wajib di baca oleh setiap orang di mana isi kandungannya menolak akan kebebasan demokrasi moden. Sebagai contoh tiada pilihanraya dalam memilih pemimpin di kehendaki, yang sepatutnya rakyat bebas dan adil dalam membuat pilihan.

Muammar Gaddafi sudah mati 

Muammar Gaddafi akhirnya tewas di tangan penentangnya sendiri di tempat kelahirannya di Sirte dengan tembakan headshot. Itupun setelah di jumpai bersembunyi dekat lubang paip konkrit. 

Pemimpin yang di label Mad Dog ini telah berkuasa hampir 42 tahun dan merupakan perkhidmatan diktator paling lama dalam sejarah di Afrika. Di bawah antara gambar-gambar semasa Muammar Gaddafi di jumpai dan bagaimana sambutan kejayaan oleh penentangnya selepas itu.



Pistol emas. Muammar Gaddafi di katakan memegang senapang bila di jumpai



















Muammar Gaddafi masih hidup sebelum dia mati di Sirte




















Tempat persembunyian Muamar Gaddafi yang di temui





















Lubang konkrit tempat persembunyiannya Muammar Gaddafi





















Rakyat Libya di Kedutaan di London gembira mendengar berita kematian Muammar Gaddafi



















Penentang-penentang meraikan kemenangan selepas tumbangnya diktator Muammar Gaddafi























Kegembiraan. Penentang saling berpelukan sesama mereka






















Keseronokan tak terhingga selepas berjaya menjatuhkan pemerintahan Muammar Gaddafi























Situasi semasa genjatan senjata di Serte yang menyaksikan penemuan Muammar Gaddafi

























P/s : Selepas kejatuhan Saddam Hussin, Osama Bin Laden dan Muammar Gaddafi, siapakah pula selepas ini? Negara manakah yang akan menjadi sasaran seterusnya?


Sumber :  thesun

Tuesday, October 18

Kes Kelar Bayi : Budak Perempuan Tak Salah

Bayi kat tong sampah. Bayi kat tepi sungai. Bayi berkecai jatuh di lempar dari flat. Bayi di kelar sampai mati. Bayi di pam dekat tandas. Bayi di bunuh kejam. Bayi terbungkus dalam beg plastik. Bayi di temui tak bernyawa. Bayi oh bayi!

Setiap hari dengar cerita pasal ni. Jalan cerita yang lebih kurang sama. Cuma tajuk berubah sikit. Gadis bawah umur buat projek dengan laki. Dua-dua puas servis tip top pasangan masing-masing. Dua tiga minggu tak pon dua tiga bulan si perempuan tak sedap hati. Buat ujian kehamilan, result positif. Insaf sekejap. 

Bagi yang mampu pergi klinik gugurkan kandungan. Kalau yang tahap cikai ambik keputusan tunggu sampai bayi di lahirkan. Semestinya kebanyakkan pihak lelaki tak akan bertanggungjawab. Sebab dia hanya nak seks dan bukannya anak. Dah setel buat projek lantaklah nak jadi apa kat perempuan tu. Yang penting dah puas. Percaya atau tak? So akhirnya, bila tau lelaki tak leh terima, si perempuan frust menonggeng. Ambik keputusan singkat, buang, bunuh atau terus bela bayi di lahirkan. 

Kebanyakkan tak sanggup nak terima anak haram yang di lahirkan. Hakikatnya hampir semua orang tak nak anak yang di lahir tanpa di undang kan? Tanpa plan dan cukup sedia nak jadi ibu atau bapa. Kalau ada yang sanggup, mungkin dalam nisbah yang sangat kecil sekali. 

Pasangan yang buat projek bagi aku tak ada salah apapun, walaupun hakikat sebenar sebaliknya. Kenapa? Kerana mereka gersang dan sangap tak terhingga. Secara lahiriah mereka buat perkara betul. Dah tak tahan nafsu sangat, maka cari pasangan yang sama minat, set masa, buat projek untuk lepaskan nafsu masing-masing. Woohoo! Setel masalah. Puas. Cuma dalam aspek agama perkara ini tak di terima dan di larang.

Statistik kes buang bayi setiap tahun terus meningkat. Hampir 3/4 majoriti kaum Melayu. Dan bila cakap pasal Melayu di Malaysia, semestinya seseorang itu beragama Islam. 

Masa aku kecik, aku suka mandi sungai. Pergi pagi balik tengahari. Bila petang ponteng sekolah agama, pastu sambung lagi mandi sungai sampai ke Maghrib. Balik rumah dengan mata merah sebab berendam dalam air lama sangat. Bila mak tanya pergi mana, muka di tunduk menghadap lantai. Tak berani nak bagitau perkara sebenar. Diam membisu dengan mulut tertutup rapat. Akhirnya rotan tak pon tali pinggang hinggap kat kaki dan kat belakang badan. Kena dua tiga das menangis terus masuk bilik. 

Bila malam mak panggil aku balik. Baring depan dia dengan tak berbaju. So, terdedah la kat belakang badan dengan kesan berbirat-birat. Mak aku capai minyak gamat kat sebelah di lurutnya belakang aku perlahan-lahan. Di usap sampai dia puashati dengan lembut, tapi sambil mulut jugak membebel-bebel. Aku cuma pekakkan telinga. Sekali sekala air mata menitik. Bukan sebab terharu, tapi bilamana minyak yang di sapu terkena tempat luka yang masih muda. Damn it! Kekadang aku menjerit kerana rasa pedih yang teramat. 

Walaupun sakit keesokan hari tetap buat perkara sama. Mandi sungai, pergi main dari pagi sampai ke petang, balik rumah, dan makan rotan lagilah jawabnya. Itu tak termasuk jiran-jiran yang kaki report kat mak aku. Kalau ada, double triple bersalut cheese la rotan tu. Seperti budak-budak lain, benda macam tu dah jadi kewajipan. Tu zaman aku sekolah rendah dulu-dulu. So, bandingkan dengan budak-budak zaman sekarang?

Bila cakap pasal agama semua orang boleh cakap. Itu tak baik, ini tak baik, itu tak betul, itu salah takpon yang kamu buat itu tak kena. Kesimpulan mudah, semua orang boleh sebut. Itu tak termasuk hadis-hadis yang entah dari mana di korek dan di googlenya. Yang mana satu harem pon tak tau makna sebenar. 

Katakanlah kalau tertiba kamu di tanya seseorang soalan basic. Apakah keseluruhan makna surah Al-fatihah? Aku percaya majoriti akan tergaru-garu kepala. Blur sekejap. Kalau nak ikut agama, pahamkan sesuatu perkara lebih baik dari melakukan semua perkara yang kamu sendiri tak tau apa yang sedang di lakukan. Maksud mudah. Jangan belajar separuh jalan. Entah mana pangkal, entah mana hujung, main ikut sedap hati je buat. 

Berbalik kepada tajuk, kenapa kita mesti salahkan pasangan yang berzina? Mesti maki sepah di terima mereka terus menerus. Ok pause sekejap. Baca dan fahamkan keratan paper kat bawah ni. Mengenai bayi yang di toreh perutnya sampai terburai isi perut.






Tengah tip top kes ni. Semua sudah maklum cerita pasal apa kan. Apa kamu faham perkataan yang aku gariskan? Setahu aku kalau dekat asrama, warden asrama seorang yang alert dengan situasi pelajar. Dan paling kurang pon 2 orang satu bilik. Kalau macam dekat sekolah at least 8 orang satu dorm. Ermm...

Kalau ikut logik sains pribumi pon, seorang ibu yang mengandung kalau nak cukup haul dan tempoh matang untuk melahirkan bayi at least 8 bulan di perlukan. Dari peringkat tersebut, perut orang yang mengandung akan mengembang dari masa ke masa. Maksudnya akan membesar seiring perkembangan umur bayi tersebut. Tempoh 8 bulan sesuatu yang agak lama bagi aku. Dan setiap perubahan akan dapat di lihat jika kamu seorang yang normal. 

Itulah masalah sekarang. Bila orang tu buat kesalahan nampaknya tak ingat. Tapi sebaliknya siapa yang peduli  sebelum kejadian itu berlaku. Di mana semasa budak perempuan tersebut sedang atau sebelum mengandung? Kemanakah dia pergi atau siapa member dia? Kamu buat hal kamu, aku dengan hal aku. Done!

Yang orang tau, bila akhirnya nampak sebujur mayat bayi di buang atau di bunuh dengan kejam kat tepi-tepi jalan kat bilik. Pastu heboh sana-sini, jaja dengan berita-berita memburukkan lagi keadaan. Entah apa masalah sebenar pasangan terbabit ye. Nak salah perempuan tu? Salah laki yang membuntingkan? 

Ok teruskan salah-menyalah sehingga kamu puas. Dan akhirnya kamu akan jumpa jawapannya. Siapa sebenar yang bertanggungjawab? Back to basic!

Aku kesian dengan bayi yang di buang, tapi lagi kesian dengan pasangan laki atau perempuan mengandung tak cukup umur, yang lakukan pembunuhan ke atas bayi yang di lahirkan. Bertambah kesian bila tengok keadaan orang di sekeliling sekarang dan termasuk jugalah aku.





P/s : Aku cakap pasal moraliti bukan pasal agama. Kalau nak jadi ulamak silakan. Sebab bagi aku agama akan datang dengan sendirinya setelah moraliti kamu perfect. heh! 


Friday, October 14

Kepada Masterchef Malaysia : Kupas Bawang Putih 10 Saat

Program realiti masakan Masterchef telah bermula di kebanyakkan negara seperti Amerika, Australia dan UK. Kepada peminat program masakan ini, buat pertama kali Masterchef Malaysia akan di siarkan dekat Astro Ria (saluran 104) mulai 22 Oktober bulan ni.

Aku bukanlah peminat Masterchef. Kalau setakat masak telur dadar buat makan dengan nasi putih dan kicap memang expert sangat. Cuma yang aku tau program ini memerlukan peserta masak dalam waktu yang di tetapkan dan kekadang masa yang di peruntukkan amatlah terhad.

Mungkin ramai kecewa sebab tak qualify untuk Masterchef. Untuk ubat kekecewaan, layan video di bawah ini dan praktikkan di rumah. You're totally Masterchef! Belajar cara kupas bawang putih dulu ye sebelum nak join Masterchef.





P/s : Semoga berjaya kepada semua peserta Masterchef Malaysia. Lagi satu mak aku pesan, kalau nak sedap dalam masakan, bawang putih is important ingredient you must have. heh!

Aku Suka Babi : Kenapa Orang Benci Sangat?

Amaran! 18SL


"Aku suka babi, jadi apa masalahnya?''

Kenapa ramai benar benci dengan babi? Kerana babi haiwan yang kotor dan semestinya tak secomel seperti binatang lain ke? 

Katakanlah kalau aku pegang babi depan orang ramai, tangkap gambar, buat video sikit dan upload gambar di internet pastu post dekat wall facebook pasti akan jadi isu hangat. Percaya atau tak? Kalau nak lagi gempak, usap belai-belai sikit dengan posing berani mati.

Secara tak langsung, itu merupakan contoh dan cara terbaik untuk menarik perhatian sama ada ahli agama tak bertauliah, haters, anonymous atau segala macam orang yang sebelum ini kita tak pernah mengenali langsung.

Sememangnya babi merupakan haiwan yang kotor dan menjijikkan. Pelbagai kuman dan bakteria yang membawa penyakit terkandung dalam dagingnya. Terbukti secara saintifik. Ini kerana ia haiwan yang semua benda dia main bedal je makan tanpa memilih langsung. So kalau nak haiwan yang senang di bela, maka babilah yang paling sesuai. Tak banyak kerenah dan maintenance kurang. Amacam?

Setujukah kalau aku kata hampir majoriti rakyat Malaysia umumnya juga menyukai babi? Dan sayang benar dengan haiwan ini. Kenapa? Sebabnya kalau tak puas hati atau dalam menunjukkan perasaan kurang senang perkataan babilah yang paling banyak di gunakan. Jika mencarut atau memaki, babi jugalah yang selalu di sebut. Kalau menggambarkan perumpamaan tertentu, babi jugaklah yang menjadi mangsa. Kesiannya. Malang dan buruk benar nasib haiwan ni.

Sekarang ni media sosial sangat mudah di akses. Facebook, twitter dan youtube dah jadi aktiviti wajib dalam seharian. Adakah babi pon dah ada akaun facebook dan twitter? Bukan itu maksud aku. Cuma, sedarkah segelintir dari kita secara tidak langsung sama je seperti haiwan ini. 

Contoh mudah babi menonggek dekat kandang, kita menongek dengan gambar dekat facebook. Bukankah sedikit persamaan tu? Ok cukup. So kenapa ada sifat dikriminasi terhadap haiwan ini? Sila rujuk balik ayat pertama entri ini.

Kalau cakap pasal babi, banyak benda boleh di bincangkan dan mesti ramai juga yang sensitif. Perkataan babi tak elok. Kenapa tak sebut je khinzir. Kan sopan sikit. Persoalannya adakah kedua-duanya membawa maksud berbeza? Babi dengan manusia tak sama! Babi haiwan, manusia orang. Babi tak ada akal, manusia ada akal. So..so...and sooo...segala alasan di beri.

Jadi, aku suka babi, apa masalahnya? 

Masalahnya, jika kamu sendiri yang merumitkannya. Kamu cakap pasal agama, tapi kamu sendiri terpesong jauh. Kamu cakap pasal halal haram, tapi kamu sendiri yang melakukannya. Kamu cakap pasal kehidupan, tapi kamu sendiri tak melaksanakannya. Kamu cakap pasal persekitaran, tapi kamu sendiri tak alert dengan keadaan sekeliling.



P/s :  Ada ketika yang buruk itu lebih baik dari yang hanya indah di penglihatan mata.

Tuesday, October 11

Why Judge?



We all judge. But why? Aku pasti kita semua pernah di judge atas sebab tertentu. So, bagaimana rasanya tak perlulah bagi tau kan. Betapa pedihnya perasaan ketika tu. Dan sudah pasti tak sesiapapun sukakannya. Apa yang aku faham kalau dah nama pon tak suka, so kenapa perlu kita judge orang lain?

Tak kisahlah apa yang kita celakan, sama ada sesuatu yang  betul-betul teruk, kita tak tau apa yang orang tu sedang buat, jadi sepatutnya tak perlulah menjadi hakim. Kita tak tau sama dia boleh menerima atau tak, kita tak tau apa yang sedang di lakukan, kita tak tau kemanakah dia pergi, jadi kita tak perlulah jadi hakim sekali lagi. 

Semestinya apa yang aku nak katakan ialah kita tak akan sesekali akan berada di tempat orang lain. Merasai apa yang sedang di laluinya, yang mana kita tak ada kelulusan sekalipun untuk menghakimi mereka.

Dunia sekarang ini ialah judgemental world, kita akan di hakimi sepanjang waktu. So, tak kisah apa yang orang lain fikirkan atau katakan tentang kita, jika kita tahu siapakah diri kita sebenarnya, maka benarlah ia.



P/s : Is't judge same with an opinion? Think about it!

Saturday, October 8

Jonathan Mak : Logo Apple Untuk Steve Job

Apa yang kamu jangkakan selepas kematian Steve Job? Pasti simbolik penghargaan dan candelight vigil untuk gambarkan perasaan sedih tak terhingga dari orang ramai kan. Seperti adat kebiasaan bila berkabung.

Tapi dalam banyak-banyak penghormatan tu, imaginasi Jonathon Mak paling menarik perhatian. Hanya satu simbol di reka bentuk, sekelip mata dia popular dekat dunia internet. Logo asal Apple di reka bentuk dengan gambar Steve Job di letakkan.

Kerana logo minimialis itu jugaklah, pelajar berumur 19 tahun dari Hong Kong Polytechnic School & Design ini di tawar pelbagai pekerjaan. Lagi best, barang-barang seperti topi dan t-shirt dengan cap logo beliau mendapat perhatian dekat eBay.


Ini logo yang di maksudkan. Sedikit pengubahsuaian reka bentuk logo asal Apple oleh Jonathan Mak
Jonathan Mak dengan logo peringatan kepada Steve Job



P/s : Kepada penganggur-penganggur terhormat contohilah Jonathan Mak yah. hahah!

Friday, October 7

Domino Kayu : Cool Belajar Fizik

Majoriti time sekolah dulu subjek fizik memang membosankan. Belajar pasal momentum, graviti, hadlaju, pecutan dan segala macam benda yang kamu tak nampak. Dan bagi yang kurang pikap pasti susah nak imaginasi sesuatu keadaan tersebut.

Tenaga kinetik ialah satu tenaga yang terkandung dalam sesuatu objek. Dan bilamana sesuatu objek berubah dari keadaan statik kepada pergerakan maka akan menghasilkan suatu kerja yang di panggil momentum.

So kalau nak lagi faham tengok video di bawah. Suka gilak aku tengok domino style dari kayu aiskrim ni. Cool.




P/s : How they get an idea?

Thursday, October 6

iSad : Steve Job Meninggal Dunia

Siapa tak kenal CEO Apple, Steve Job yang telah berjaya mentranformasikan semula dunia komputer, muzik mahupun industri telefon dan berjaya mengubah berjuta-juta tabiat harian orang di seluruh dunia. 

Kini, pada umur 56 tahun (1955-2011) beliau telah meninggal dunia akibat kanser pankreas. So, hilanglah seorang yang banyak berjasa dalam perkembangan dunia teknologi sekarang.  

Bagaimanakah pula kehidupan Steve Job sebelum beliau meninggal dunia? Mari kita lihat gambar kehidupan dan masa yang di peruntukkan semasa hidupnya di bawah ini. 


Steve Job bersama co-founder Apple, Steve Wozniak (kiri) pada tahun 1970






















Steve Job dengan komputer iMac pada tahun 1998






















Pengenalan iMac generasi terbaru di Macworld Conference pada Januari 2002


























iPod mini pada Januari 2004 di Macworld






















Steve job dengan pengenalan iPhone di Macworld Conference & Expo pada Januari 2007

























Macworld 2008 Steve Job dengan Mac Book Air terbaru






















6 Jun 2011, Persidangan Apple terakhir untuk Steve Job 
5 Oktober 2011 selepas Steve Job meninggal dunia 










Sumber : smh

Wednesday, October 5

Nyan Cat : Versi Manly-tear

How to gain your profits? First lesson, take advantage to other dick and enjoy Nyan Cat versi manly-tear di bawah ni.






P/s : See surroundings. lolwut!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...