Thursday, May 24

P.O.S - Cerita : Antara Dua Darjat Yang Hampeh

Dua Darjat Di Dunia

Kalau sebut Antara Dua Darjat mesti teringat filem arahan Allahyarham P.Ramlee. Filem yang mana Ghazali (P.Ramlee) seorang pemuzik kebanyakkan telah tangkap cintan dengan Tengku Zaleha (Saadiah) anak kepada Tengku Karim (Ahmad Nisfu) yang berdarah keturunan raja. Cinta mereka terhalang bersempadan taraf hidup. 

Di pendek cerita, Ghazali frust bila dapat berita Tengku Zaleha meninggal dunia. Pada hakikat semuanya auta semata-mata. Semua Tengku Karim punya plan untuk merenggangkan sekaligus 'mematikan' watak Tengku Zaleha yang sebenarnya masih hidup. 

Akhirnya, nak tak nak sungguhpun Ghazali dapat jumpa Tengku Zaleha beberapa tahun kemudian semua sudah terlambat. Itulah Antara Dua Darjat. Sorang kaya dan sorang lagi orang kebanyakkan. 

Sebelum tu layan lagu Getaran Jiwa dulu



Sebenarnya istilah antara dua darjat ini evergreen. Dari dulu sampai sekarang kat mana-mana kita boleh tengok perbezaan yang berlaku. So, aku nak kongsi sikit pengalaman aku sendiri. Mungkin kamu pernah alami benda yang sama.



Beli Kereta 

1. Beberapa tahun lepas aku plan nak beli kereta. Habis buat survey serba sikit, aku terus ke showroom dekat Petaling Jaya. Kalau kamu perasan ada banyak showroom dekat tepi federal highway, jika lalu-alik pergi Shah Alam ke KL. 

Ini merupakan kereta pertama, so pengalaman beli kereta apatah lagi masuk showroom memang tak pernah. Aku dengan selamba dengan pakai selipar, t-shirt roundneck plus lagi dengan seluar jeans rabak yang menampakkan kepala lutut yang seksi (koyak sikit je kot). 

Dengan konfidennya aku melangkah masuk ke Showroom Bermaz ushar-ushar, pastu masuk dan duduk atas seat, adjust periksa apa yang patut. Gaya dah macam sebelum nak memandu. Kereta yang nak beli tu, Mazda 5 (bukan kereta sebenar). 

Selepas rasa puashati, pergi ke salesman Melayu untuk berbincang pasal loan dan prosedur semua. Tapi, tertiba salesman tu pandang aku dengan muka tak puashati. Tengok atas bawah kiri kanan tepi belakang macam aku ada buat salah. Tanpa kata-kata dia tinggalkan aku sesorang dan terus ke salah seorang lagi customer. Berkot, berkemeja dan bertali leher. 

Ok. Tak teragak lagi aku pun blah dari situ. Terus ke cawangan lain dekat Glenmarie. Aku terharu. Dengan berpakaian serupa aku di layan seperti raja. Sesampai je terus di jemput duduk oleh seorang perempuan Chinese. Hati yang 'panas' tadi menjadi sejuk sungguhpun di hidang dengan air kosong je. Akhirnya segala urusan setel. Aku puas!

Kenapa orang seagama aku sungguh 'racist'. Sedangkan perempuan Chinese yang baru je aku kenal boleh layan dengan begitu baik? Huh!



Makan

2. Beberapa hari lepas aku ke maple (mamak) beli makan tengahari. Aku park kereta mewah (eceh!) betul-betul depan pintu masuk kedai tersebut. Baru je nak langkah masuk datang seorang pekerja kat situ menjemput. 

'Boss! Nak makan apa? Ada beriyani ayam. Kari kambing panas lagi. Ini sayur tak mau ka. Kasi letak sikit. Mau minum apa?' Tak sampai beberapa minit semua siap terhidang. Pantas. Hari tu perut kenyang, hati  pun senang.

Esoknya, aku pergi kedai yang sama. Kali ini aku naik motosikal Modenas Kriss tahun 1998. Moto ayah aku bagi pinjam sejak study dulu. Tapi sampai sekarang tak pulang-pulang. Buat harta. hehe. Berbalik ke cerita, aku pun terus park dekat tempat aku parking kereta semalam. 

Lepas tu aku cari tempat duduk. Betul-betul kat tepi tiang. Punyala lama aku tunggu, akhirnya baru order sampai. Lepas makan, aku pun berjalan ke kaunter untuk bayar. Dalam hati mengeluh. Dia tak ingat muka aku ke? 

Semalam layan sikit punya baik hari ni macam hampeh. Aku pun start moto balik rumah dengan cuaca panas terik. Hati pun panas semacam. Geram!



Kemalangan

3. Aku ke tempat kerja macam biasa setiap hari. Sebagai operator banyak panggilan yang aku kena tolong setelkan. Satu hari aku dapat panggilan seorang pemandu teksi sakit jantung. Dia sempat berhenti di Stesyen Minyak dan meminta aku panggilkan ambulan. 

Aku terus call 999 suruh hantar bantuan. Cakap punya cakap, macam-macam soalan di tanya seperti seorang pegawai polis menahan reman seorang pesalah. Akhirnya setelah 10-15 minit barulah aku berjaya menghantar ambulan. 

Kalau kamu nak tahu betapa susahnya minta bantuan, call sendiri talian kecemasan 999. Kalau nak di andaikan, samalah seperti kata-kata Harith Iskandar dalam  plot Lawak Ke Der. 

Sejam berlalu, aku follow-up case. Dapat berita pemandu teksi tersebut telah meninggal. Hanya beberapa minit saja sebelum ambulan tiba. Aku sedih!

Di lain hari, aku dapat satu kes kemalangan. Yang terlibat merupakan seorang pegawai Polis dari Cawangan Bukit Aman. Seperti biasa aku buat panggilan mengikut prosedur yang di tetapkan. Kurang 30 minit kemudian semua pegawai-pegawai berkaitan, ambulan, bomba dan turut serta wartawan tiba ke lokasi. Sungguh pantas! 

Balik rumah aku termenung. Berbezakah nyawa seorang pemandu teksi dengan seorang pegawai polis.?Kedua-duanya berkhidmat untuk masyarakat jugak. Aku konfius!





Jamuan


4. Hari itu ada seminar di pejabat. Selepas berbincang segala masalah, ada jamuan makan-makan di dewan. Pekerja biasa makan di luar dewan dengan hidangan bufet open sistem. Kalau panas kipas sendiri takpun tunggulah angin semulajadi datang.

Manakala bagi bos-bos, makan dalam ruangan bilik khas berhawa dingin. Semuanya telah siap di hidang atas meja. Cuma tunggu untuk menjamah saja. Jamah pun mesti tak habis. Mesti ada makanan lebih di tinggalkan. Jaga standard! 

Sebelum tu aku teringat semasa di asrama dulu, waktu sekolah, cikgu-cikgu, ustaz-ustaz dan pelajar boleh je makan semeja. Berbezakah seorang bos dengan ustaz? Aiseh!


Banyak lagi pengalaman yang aku alami. Tapi cukup sampai sini. Kamu pun pasti pernah rasanya kan. Apa kata kongsi bersama.



P/s : Dua darjat yang sebenar hanya sebagai hamba Allah. Pada masa yang sama sebagai khalifah di bumi. Itu je!

Thursday, May 17

P.O.S - Perspektif : Bagus Sangatkah Mereka?

Perspektif

"Ada dua orang sahabat karib. Mereka masih belajar. Tapi dalam kos berlainan. Sorang ambil akaun dan sorang lagi engineering. Pada cuti semester, mereka pergi berkhemah di hutan. 

Tiba je di hutan yang tak jauh dari perkampungan orang asli, segala persediaan di siapkan. Sorang dirikan khemah, sorang lagi buat unggun api. Sorang siapkan makanan, sorang lagi tolong-tolong apa yang patut. Begitulah seterusnya.

Malam menjelma. Dua sahabat kepenatan. Mereka pun masuk tidur di temani bunyian unggas dan cengkerik. Sedang nyenyak tidur tiba-tiba..."

Budak Eng. : Bangun! bangun! Tengok. Apa yang kamu nampak?
Budak Akaun : Hah! Aku nampak bintang.
Budak Eng. : Bintang?
Budak Akaun : Ha'a. Banyak bintang malam ni. Tak terkira. Patut cerah semacam je.
Budak Eng. : Oh!
Budak Akaun : Apsal? Kamu nampak apa?
Budak Eng. : Beb, khemah kita dah hilang.


Apa yang kamu dapat dari cerita di atas? Siapa yang bodoh dan siapakah yang pandai? Siapakah yang mungkin betul? 

Sebenarnya kedua-dua mereka adalah betul. Cuma cara jawapan dan pemikiran mereka saja berbeza. Perspektif pasal sesuatu perkara tak sama.

Bagi si budak akaun, jawapan berdasarkan apa yang dia faham dan lihat. Mungkin pengaruh dari apa yang dia belajar di tempat pengajian menjadi faktor. Di mana lebih ke arah mengira nombor. 

Sama juga seperti  si budak engineering. Untuk selesai sesuatu masalah kena ada perincian dan imaginasi. Tak boleh straight to the point terus dapat jawapan. So, jawapan mereka tentulah berbeza kerana pemahaman mereka juga lain. 

Dalam bab politik pun sama. Si Parti A akan memenangkan apa yang di kata, manakala si Parti B akan mempertahankan pendapat mereka. Itu tak termasuk lagi si Parti B, Parti C dan semacam lagi. 

Padahal kesemuanya mungkin betul. Tapi bergantung kepada sesuatu keadaan. Kerana pemahaman setiap orang lain-lain. Cuma apa yang di perlukan ialah mencari pendapat dan cara paling relevan untuk masalah tersebut. 

Sebagai contoh, apakah pendapat kamu. Adakah perlu perhimpunan Bersih? Adakah wajar 'tarian punggung' askar pencen sebagai protes? Adakah boleh mempergunakan student IPTA untuk agenda parti tertentu? 

Dalam dunia hiburan, sebagai contoh isu artis Fasha Sandha yang hangat sekarang. Di beritakan sedang hamil. Baru beberapa minggu sudah lekat kandungan. Akhirnya peminat, haters dan orang ramai memberi pendapat. Ada yang suka, ada yang mencemuh, ada yang keluarkan fitnah dan segala macam lagi. 

Kalau ikut logik siapakah yang salah? Jawapannya takde siapa yang salah. Fasha Sandha betul bagi pihak dia dan orang lain pun ada benar dari pendapatnya. 

Sepatutnya kenyataan Fasha Sandha di terima pakai. Kerana dia empunya badan. Dia yang tahu hal sebenar. Tapi mungkin tidak. Kerana dia telah mencetuskan persoalan dan tanda tanya kepada orang ramai. Bukankah lebih baik diam saja. Kemudian cari tarikh yang sesuai untuk umumkan. Betulkah?

Dalam bab agama pun begitu. Sekarang ramai sangat yang guna hadis dalam berhujah. Terbaru seperti kes Edwards Martin Jesus yang meroyan nak bunuh diri. Bagi yang tak tau mungkin boleh cuba google cerita ini. Sebenarnya sebelum ni pun banyak berlaku kes seperti ini. 

Cuma kekadang kita terlalu mengelabah. Benda yang tak tau dari mana asal usul, adakah benar, adakah sahih berita tersebut, pastu senang-senang jatuh hukum. Apakah betul pendapat mereka iaitu orang yang mencemuh dan mengguna segala hadis, yang menyatakan itu ini betul dan tak betullah kepada si Edwards Martin Jesus? 

Mungkin bagus jika untuk menegur. Tapi bagaimana perspektif orang agama lain kepada agama Islam umumya cara peneguran tersebut? Fikirkan balik.

Semuanya berkaitan pendapat. Setiap orang ada cara pemikiran dan pengaruh tersendiri. Sama ada melalui pembacaaan, pemahaman, penglihatan takpun pengalamannya. Semuanya betul. Tak salah. Tapi mungkin kurang sesuai di gunakan untuk sesuatu keadaan. 

Dari situ pendapat dan pemikiran orang lain perlu di guna pakai. Kamu perlu untuk beralah. Dan ianya bukan bermakna kamu yang salah.

Misalannya, bagi kes dua sahabat berkhemah di atas, jawapan si budak engineering perlu di gunapakai. Kerana waktu itu mereka sedang berkhemah. Dah nama pun berkhemah, khemah perlu untuk berteduh. Sama ada dari hujan atau kesejukan malam. Manakala bintang tak ada kena mengena pun. Bukankah soal khemah perlu di persoalkan bukannya bintang?



P/s : Konflik perbezaan perspektif adalah lumrah. Tanpanya tak best rasanya dunia ini. Peace yawww!



Wednesday, May 16

P.O.S - Berkenalan : Samposmen Back To Origin

Sam Kembali Post

Yeehoo! Agak lama sejak bulan Mac, sekarang dah bulan May. Hampir dua bulan kot takde post sebarang entri. Tetiba terasa nak update blog ini.

Bukan apa, sungguhpun lama di biar menyepi, di satu sudut ruangan, followers semakin bertambah. Itu yang membuat aku tertanya-tanya. Terasa terharu pun juga. Tak pasti apakah yang di cari di blog ni. 

Mungkin ada yang betul-betul menjadi followers dan ada yang sekadar mempromosi blog mereka saja. Biarlah. Siapa aku untuk mempertikaikan. At least, aku tau masih ada yang membaca setiap apa yang di postkan. Walaupun kebanyakkan hanya sekadar P.O.S (Piece Of Shit).

Sebelum ini, banyak perkara yang nak di post. Tapi akibat kekangan masa aku lupakan. Kasi can setelkan perkara yang lebih penting. Bagi yang follow blog Samposmen pasti tau macam manakah aku ini. Seorang yang agak sibuk. Kekadang mengalahkan menteri dan ahli politikus yang sememangnya sibuk dengan urusan dunia.

Memandangkan idea dan isu-isu menarik dah berlalu, hari ini, aku nak bercerita pasal personal je. Ramai yang kenal Samposmen dari penulisan dan bukannya siapa penulisnya. Betul tak? Tak hairan semenjak aku berblog banyak ketakpuasan hati dari pelbagai pihak. Sama ada dengan cara atau pendapat yang aku ketengahkan.

Untuk makluman semuanya aku tak ambil hati pun. Sebab, aku percaya orang yang faham apakah sebuah pendapat dan cara menilai pasti tak akan mengelabah. Kerana sesuatu pendapat tak semesti betul. Sebaliknya hanya sebuah idea yang kemungkinan ada relevannya.

Back to origin. Tak banyak aku bercerita pasal personal sebelum ni. Masa mula-mula berblog, aku lebih suka bercerita pasal isu semasa dari personal. Di sebabkan itu, siapakah boleh meneka bagaimanakah rupa sebenar aku ye. Adakah kacak seperti Aaron Aziz yang di gilai wanita kebanyakkan? Takpun gagah perkasa seperti blogger Ben Ashaari pun jadilah. Amin.

Ok. Tak serius. Kalau tanggapan kamu macam tu memang salah. Aku tak kacak mana. Hanya biasa-biasa aje. Bak kata orang tua-tua sejuk bila mata memandang. hehe (perasan).

Bagi yang betul-betul nak tengok betapa sejuknya muka aku ini boleh rujuk entri Tour 2011 Chelsea. heh! Itu rasanya satu-satu entri yang ada gambar aku sepanjang berblogging. Gambar tu pun sebab nak show off bahawa aku pergi stadium support Chelsea punya pasal. Kalau tak, takdelah. Aku tak suka bergambar. Lagipun bukan seorang fotogenik apatah lagi fotogedik.

Kalau salah kata salah. Kalau tersalah mengaku jelah. Itulah prinsip aku. Dalam penulisan pun sama. Kekadang berasa bersalah sebab tersinggung perasaan orang lain. Yela ada satu masa sesuatu benda tu tak perlu terlalu jujur. Perlu di sembunyikan kebenarannya. Tak hairan bagi yang perasan, ada entri-entri kontroversi aku dah deletekan. Bukan beerti salah tapi tak nak terus berbalah je. 

Bab pelajaran, aku lulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) di UTM. Tahun grad tak perlu tau kot. Cuma bagi yang sedang belajar dekat UTM, untuk makluman aku ialah senior kamu. hehe. 

Lepas grad aku bertekad cari kerja. Akhirnya, mungkin rezeki, menganggur pun tak lama aku di tawar program 'Train and Place'. Bagi yang tak tau, program ini di anjur oleh Kementerian Sumber Manusia (MOHR) sebagai alternatif mengurangkan pengangguran di Malaysia. Terutama fresh graduate.

Caranya kamu di bagi training 2 bulan dan elaun. Pastu lepas je habis akan di interview seperti biasa. Kelebihannya mereka akan carikan company bersesuaian dan pastikan kamu akan dapat kerja. Dalam kata lain company tu sendiri pergi dan menemuduga ke tempat kamu. Like a boss! Best kan? Tapi sekarang tak pasti masih ada ke tak program ini. 

Selepas tamat 2 bulan training. Aku dapat kerja seperti di janjikan. Sekarang, hampir 3 tahun aku masih bertahan dengan kerja tersebut. Walaupun hakikat lari dari bidang pengajian. Tapi takpe. Bersabar sekejap. Ada rezeki mungkin aku akan  move ke company lain. 

Kata orang cari pengalaman dulu. Kenal suasana bekerja. Sebenarnya cabaran sebenar bermula bila kamu dah bekerjaya. Belajar sebagai asas je. Di mana bila bekerja di situlah cabaran realiti kehidupan kamu. 

Semua orang sibuk. Sama ada buat-buat sibuk atau memang betul-betul sibuk. Bagi aku, sibuk sangat general. Sukar nak di gambar. Kekadang tengok seseorang tu macam sibuk gila. Tapi padahal cuma berlakon je lebih. Mungkin untuk tarik perhatian orang lain atau ada kepentingan kepada dirinya sendiri. Entahlah.

Alkisah. Kesibukan aku bermula pada 2 tahun lepas. Memandang aku waktu tu masih boleh di gelar fresh graduate, pada masa yang sama tengok member-member pula berjaya sambung belajar. Sangat jeles di situ. Waktu itulah aku bertekad untuk sambung belajar juga. Tapi secara partime. Bekerja dan belajar.

Akhirnya, aku berjaya berdaftar jadi student kembali. Partime study dekat UTM Space. Sampailah sekarang. Dalam kos yang sama juga, iaitu Kejuruteraan Elektrik. Mula-mula, ingatkan study partime sama je macam study fulltime. Rupanya cabarannya lagi lebih.

Weekdays pergi kerja, weekend pergi kelas. Dari pagi ke petang. Dari petang ke malam. Memandangkan aku bekerja shif. Ada masanya sampai satu tahap hanya sempat berehat lebih kurang 4 jam untuk tempoh 2 hari. Belajar pula macam ribut. 2 hari dah boleh habis 2-3 chapter. Minggu ini daftar masuk sem baru, minggu depan dah mula ada test. 




























Teori Medan Elektromagnet - Untuk tambah rencah pening, study subjek ni selepas penat bekerja

Kalau dulu ada PTPTN-MARA support. Tak cukup duit, rojer mak ayah, mereka tolong bank-in kan. Sekarang yuran bayar sendiri. Tak bayar yuran sem ni, bulan depan tak boleh continue sem baru. Yes. Pressure! Itu yang boleh di katakan. Tapi kerna ini pilihan aku sendiri, perlu untuk di teruskan. 

Di sebabkan ini jugalah, kebanyakkan masa aku penuh terisi. Bapak bosan. Tak boleh nak enjoy macam dulu-dulu dah. Pergi wayang pun dah kurang. Main snooker pun tak sempat. Nak merendek lagi. Ah! Aku pun seorang pencuri sekarang. Ya. Pencuri masa. Apatah lagi nak berblog. Wargghhhh.

***************

Cukup kot sampai sini. Kenal sikit-sikit sudah la. Kalau nak kenal lebih, jumpa berdepan. Amacam. Jom pergi dating. Siapa nak? 

At least kamu dapat imagin sedikit gambaran serba sikit pasal aku sudah cukup. Dalam masa sama kenal siapakah Samposmen dalam dunia blogging ni. Cukup membuatkan aku terharu sekali lagi! Tankiyueee.



P/s : Masa oh masa! 

Thursday, March 22

P.O.S - Tudung : Keselamatan Terbaik, Kareer Di Malaysia

Antara Tudung Dan Helmet

Jika di beri pilihan sama ada helmet atau tudung yang mana satukah agaknya yang kamu akan pilih sebagai barang keselamatan? Mesti ramai yang pilih helmet kan? Ya. Safety helmet. 

Kalau ikut standard pekerjaan luar yang melibatkan risiko sekalipun, pasti helmet merupakan keutamaan. Tak percaya sila tanya sesiapa yang belajar pasal OSHA. Itu kalau OSHA, tapi kalau ikut logik realitinya? Ok beginilah alkisahnya.

***************

Di kedai kopi Starbak berdekatan sebuah pub sekumpulan sahabat karib Eric (Jurutera), Mat Don (Pelumba Motosikal) dan Azura (Model/Pengacara/Artis/Penyanyi) sedang sibuk berbincang pasal kerjaya dan kareer masing-masing. Macam-macam keluhan boleh di dengari. 

Si Eric pening dengan projek yang tak siap-siap. Dua tiga hari ini kecoh lagi dengan telatah pekerjanya yang bermasalah. Beberapa orang tercedera semasa bekerja. Si Mat Don pula risau keselamatan dirinya bila berlumba. Tambah kusut memikirkan famili dekat rumah. Bagaimanakah nasib mereka jika sesuatu terjadi kepadanya. Ahhhh!!!

Tapi, dalam sibuk dua orang sahabat saling mengeluh dengan kerjaya mereka, kelihatan Azura tetap kool. Tak ada riak kerisauan, tak ada sebarang masalah kelihatan dari perwatakannya. Tetiba.

Mat Don : Azura, aku tengok kau ni kool memanjang. Macam tak ada masalah je?

Eric : Yela. Kami duk sibuk cerita pasal masalah memasing, kau boleh plak senyum sampai ke telinga ek.

Mat Don : Ha'a. Tau tak pe. Siot Betul.

Azura : Hahaha. Abis tu kamu berdua nak aku menangis ke? Bersedih memanjang pikir pasal kerja? Macam tu? Baru puas ek. Hidup kat dunia ni kena la enjoy beb. Rilex suda. Yang penting kamu perlu ada back-up plan.

Mat Don : Back-up plan? Apa tu?

Azura : Apsal la bengap sangap kamu ni. Tu la pasal, dulu orang suruh study kamu sibuk merempit. Pastu sekarang ada hati nak jadi pelumba motosikal profesional konon.

Eric : Hahahahaa...

Azura : Eric, kamu tu gelakkan orang je. Kamu pun sama. Jurutera apa kalau setakat isu Mat Indon, Bangla, Nepal dan entah berapa mat lagi tu pun tak boleh nak handle. Sebagai seorang jurutera sepatutnya benda tu minor kes. Tak payah la nak pening-pening sangat.

Mat Don : Yela yela. Azura, kau sorang jela yang pandai. Kami bodoh! (kecewa)

Azura : Ofcosla pandai beb. Macam aku kata tadi, hidup kenalah enjoy. Mesti ada back-up plan. Kalau kamu ada safety helmet semasa pergi site dan berlumba, aku pun ada juga. Tapi tak sekeras helmet kamu. Aku ada tudung. hehe.

Apa ada hal. Dalam dunia hiburan ni, kontoversi tu celah gigi je. Agak kecoh sangat nanti aku pakai la tudung. Lepastu kasi tau reporter cakap aku sudah insaf. Mau berubah jadi baik. Post gambar pakai ayu-ayu sikit. So, dalam seminggu dua setellah masalah. Kalau nak lagi cepat kasi tau blogger-blogger. Cepat je jadi sensasi. Kan senang? Sebab tu lah sekarang aku boleh tersenyum.

Eric : Cinabeng betul. Pandai la sangat. Hehe. Azura! Azura! Ingatkan dah berubah. Rupa-rupanya masih sama seperti Azura yang aku kenal dulu yah. Masih 'bergetah' dan semakin seksi. *Wink.

Mat Don : Hah! Macam ni pun boleh ek? Terbaiklah Azura. Hahaha. Weh apa ni. Takkan nak sembang pasal kerja je. Kita datang ni nak enjoy kan? Jemput minum! Jemput minum! Cheer!

Eric : Mat Don mana gelas aku? Tadi ada sini. (Mengeluh)

Aiseh! Bab minum laju je kau kan Azura. Tak sempat berjemput. Gelas aku pun kau sebat sekali. Aih tak takut kontobersi ke?

Azura : Tudung kan ada :)
(Eric, Mat Don, Azura : *Ketawa besar)


































P/s : Dunia semakin banyak kepura-puraan.


Friday, March 16

P.O.S - Repost : Stok Penghabisan Manu Pizza

Manchester United Kalah Aggregat 2-5 Dengan Atletico Bilbao 

Refresh. Masih teringat lagi kekalahan besar Manchester United dengan Manchester City tahun lepas? Tahun ini pun turut terbawa sama. Nasib malang masih tak berbau. 

Selepas tak layak dalam persaingan Piala Juara-Juara, semalam, kelab bimbingan Alex Ferguson terkandas pula dalam saingan Liga Europa ke atas kelab Sepanyol, Atletico Bilbao. Kalah 1-2, dan dengan aggregat pula 2-5. Kesian! Hanya yang tinggal musim ini, adalah dalam perebutan piala liga saja.

Kepada peminat setia Manchester United, tak nak sedih-sedih, tak nak keciwa, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Selepas tidak banyak lagi piala yang nak di kejar, kesihatan peminat-peminat terutamanya mungkin bertambah bagus. Kerana apa? Salah satu sebab, kamu tak perlu lagi bersengkang mata pada keheningan malam hari :)

Kesihatan kena jaga. Apa-apapun seperti biasa mari kita enjoy! Jom layan stok penghabisan Manu Pizza.




P/s : Good luck for the next years!


Wednesday, March 14

P.O.S - Politik : Laman Web Jasa-jasa PM Najib Razak

What The F**k Has Najib Done So Far?

Kamu dah cukup umur untuk mengundi ke belum? Kalau dah cukup umur, apa kata daftar atau check status pendaftaran kamu dekat laman web SPR. Yela, ura-ura Pilihanraya Umum dah dekat dan akan berlangsung tahun ini. Mana tau kot-kot ada rezeki nanti. Orang ini derma sikit, ahli politik itu hulur sikit, senang-senang je dapat duit free. Tak ke untung namanya? Apa nak heran undi kamu kan rahsia. 

Sedang menanti bahang pilihanraya, banyaklah fakta-fakta pasal pemimpin-pemimpin berpengaruh akan tersebar. Dan semestinya PM Najib antara individu yang bertanggungjawab dalam pembangunan negara untuk dekad ini tak terkecuali. Tak heranlah dalam blog-blog dan media massa tak habis-habis berdebat. 

Tadi terbaca dekat amanz.my. Menariknya, di sertakan satu link web yang menghimpunkan segala jasa-jasa PM Najib sepanjang dalam pemerintahannya. Web ini berfungsi memberi pautan terus kepada sumber berita mengenai apa yang telah di lakukan oleh PM Najib umumnya sepanjang pemerintahan. Di bawah antara salah satu pautan yang ada.























Bagi yang ingin turut serta, kamu juga boleh meletakkan pautan berita dalam ruangan khas yang di sediakan. Apa yang perlu hanya Tajuk Berita dan Sumber saja. 















P/s : Rasa-rasa laman web ini boleh pergi jauh tak? :)

P.O.S - Wordless Wednesday : Mak Sama, Tapi Skandal Lain-lain

Me,Teh Addicted!



P/s : Jadilah pengguna yang bijak. Yehaa! :)

Saturday, March 10

P.O.S - Projek 100 Bloggers : Nak Duit Tak?

Promote Projek 100 Bloggers

Bloggings. Teringat mula-mula aku buat blog dulu, hanya sekadar suka-suka. Tapi bila tengok ramai buat duit dengan berblog aku turut bersemangat untuk menulis. Bloggers lain letak iklan, aku pun nak letak iklan juga. So, akhirnya aku pun daftar dengan company iklan, Nuffnang. Beriklanlah blog aku ni sampai sekarang. 

Tapi, itu je ke cara untuk dapatkan pendapatan dengan berblog? Tidak. Cara lain ialah dengan Advertorial. Tapi untuk dapat Advertorial itulah paling susah sebenarnya. Sebabnya, Advertorial ialah  iklan yang perlukan kamu review khusus untuk sesuatu produk di blog kamu. Cerita mengenai produk tersebut dengan lebih details. Bukan hanya sekadar meletak iklan di sidebar atau mana-mana bahagian di blog kamu, dan setel! 

Apa yang menarik pasal advertorial ni, sekali kamu dapat, kemungkinan di bayar beratus atau beribu ringgit. Tapi semua bergantung juga pada tahap prestasi blog kamu. Kalau lagi hot, lagi popular, lagi orang kenal, mungkin lagi lebih. 

Bila sebut pasal iklan ramai blogger lebih sekadar suka beriklan di sidebar atau di blog berbanding untuk kejar buat Advertorial. Kenapa? Mudahnya tak ramai yang berpeluang. Termasuklah aku. heh! So, sekarang inilah peluangnya. Untuk makluman (brader) Bro Framestone sedang mencari bloggers berkelayakan untuk di muat naik dalam Projek 100 Bloggers.

Tujuan projek ini, bloggers akan di jadikan penulis Advertorial. Bila adanya network dengan syarikat-syarikat yang sudi menjadikan bloggers untuk promosikan produk atau sesuatu events, mungkin inilah peluang kamu sebenarnya. 


Bagaimana nak join Projek 100 Bloggers ni?

1. Mempunyai trafik minimum 500 uv.
2. Komen setiap post dari pembaca 5-10 komen.
3. Bukan blog copy paste, politik atau sentuh isu politik dan sensitiviti.
4. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
5. Blog di update minimum 4 kali seminggu.
6. Warganegara dan tinggal di Malaysia.
7. Komitmen dengan Projek 100 Bloggers.
8. Blog ber'niche' di utamakan (keluarga, remaja, teknologi, keusahawanan, makanan).


Kalau minat dan nak lagi info boleh pergi tengok page Bro Framestone. Bagi yang betul-betul serius berblogging, apa kata kamu cuba nasib. Ada bran?



P/s : Terang lagi bersuluh blog Samposmen tak layak. heh!



P.O.S - Review Edisi Ketinggalan Bas : Hantu Dalam Bojole Kicap

Bersekolahkah Hantu?

Ramai ke yang terhibur bila layan wayang cerita Hantu Dalam Bojole Kicap? Niat di hati aku memang nak tengok masa awal-awal di tayangkan, tapi apakan daya kekangan masa membataskan. Aiseh!

Straight to the point, kali ni aku nak review pasal cerita Hantu Dalam Bojole Kicap. Ini pun kerna jasa baik Youtube yang membolehkan aku tengok secara online. Apa yang bestnya? Bagi yang belum tengok, ada baiknya carilah source untuk  tonton cerita ini. Kalau boleh juga biarlah yang tak memerlukan keluar modal sesen pun. Ini bukan tidak demi kesejahteraan sahabat, keluarga, bangsa mahupun untuk mereka yang mempunyai anak-anak yang belum injak baligh.


Plot Cerita

Pengenalan cerita bilamana sepasang suami isteri, Mak Ngang dengan suaminya Pak Ngok ingin menghantar anak mereka Epum, Nazi dan Rinda ke kampung untuk di jaga oleh nenek mereka, Mak Timah. Ini di sebabkan Mak Ngang dan Pak Ngok perlu outstation ke Paris untuk beberapa minggu.

Konflik berlaku bilamana Epum (adik), Nazi (abang) dan Rinda (kakak) yang merupakan warga kota sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan desa. Yelar, kehidupan desa yang penuh dengan hantu keparat berbanding di kota yang indah ibarat di syurga. 

Kehidupan Mak Timah yang pertama kali berjumpa dengan cucunya juga penuh pancaroba selepas itu. Ini kerana beliau saja seorang bomoh, dukun mahupun pawang hantu yang gah terkenal di kampungnya.

Klimaks tercetus bilamana Nazi dan Rinda bila setiap maghrib je dan setiap hari akan bergegas berkemas untuk balik ke kota.  Kemudian Mak Timah akan mula mencari. Nazi dan Rinda hilang, Mak Timah cari lagi. Nazi lari lagi, Puteri (awek kampung) datang pujuk. Rinda pun sama lari dari rumah, Mak Timah jumpa balik. Seterus dan seterus dan seterusnya peristiwa tersebut berulang-kali sampai kesudahan cerita. Oh! Ini sebenarnya baru intro klimaks.

Klimaks sebenarnya hanya bila si Epum (budak gemuk kedempon yang nakal dan coty-coty) telah membuka bojole kicap di dalam bilik larangan Mak Timah. Ini pun di sebabkan untuk mengambil kain balutan bojole untuk membalut luka di jari kakaknya, Rinda. Kesannya, bojole tanpa penutup kain, menyebabkan terbebaslah salah sekor hantu-hantu di dalam bojole kicap yang sekian lama di ‘belenggu’. 

Maka adegan-adegan budus-budus berunsur 18PL, 18SX serta 18SG melayari klimaks ini. *Maaf adegan terpaksa di sembunyikan penceritaan. Ini kerana ia melibatkan sensitiviti pihak tertentu.

Peleraian plot berakhir dengan Mak Timah berjaya menangkap kembali Hantu-hantu Bojole Kicap yang terlepas dengan penuh tragidisnya. Itupun setelah berhempas pulas sekian lama ketika hening malam. 

Maka, dengan itu, Mak Ngang dan Pak Ngok yang secara kebetulan sudah habis outstation di Paris, dah satu jalan dan alang-alang dah sampai juga di Malaysia, mereka request flight untuk landing di desa Mak Timah. Niat di hati untuk ambil dan membawa balik anak-anak mereka dengan flight untuk pulang ke kota.

Ops! Maaf sedikit kesilapan. Flight sebenarnya ada urusan lain waktu itu. Pasangan suami isteri, Mak Ngang dan Pak Ngok terpaksa terjun dari flight menggunakan paracut untuk sampai ke rumah Mak Timah. Biasalah rumah pendalaman di hulu kampung. Akhirnya, barulah mereka sefamili berangkat pulang ke kota. Nak tak nak terpaksa menggunakan bot/sampan saja yang ada. Sekian.


Mula-mula tadi aku ada cakap yang cerita ini wajib di tonton untuk kesejahteraan sahabat, keluarga, bangsa dan anak-anak. Agak-agak kenapa ye?

Ok sebenarnya hanya satu sebab. Inilah genre filem  yang kita perlukan sebenarnya. Sepanjang aku tonton hampir 2jam, aku mencari-cari di manakah babak untuk aku melepaskan ketawa. Ya. Aku ulang untuk ketawa atau gelak dengan genre yang di pertaruhkan.

Aku juga tercari-cari di manakah relevannya babak-babak penceritaan tersebut dengan realiti kita. Aku bingung lagi. Aku terpaksa mengalah. Akhirnya, diam terbisu tak terkata. Untuk sedapkan hati, mungkin aku sebenarnya yang ada masalah mental, benak hari berkata sekali lagi. Heh!





P/s : Belang bukan sebarang belang, belang datang dari kali, bangang bukan sebarang bangang, tapi biarlah bangang bersimpang mati. Speechless! Filem macam ni pun boleh ada.


Wednesday, March 7

P.O.S - Paintball : Main Sampai Lebam

Paintball Cool!

Pernah main paintball? Kalau yang belum pernah, baik pergi cuba. Pasti tak menyesal. Kalau nak lagi best ajak member-member rapat, musuh, atau mereka yang sangat bossy dalam banyak-banyak benda. Sebab apa? Inilah peluang kamu untuk 'balas dendam'. Tambahlah jika kamu memang seorang yang selalu kena buli dalam banyak hal.

Minggu lepas, aku dengan member-member sepejabat berpeluang anjur game paintball. Tujuan, untuk eratkan silaturrahim dan enjoy kasi otak rilex sikit. Penat-penat bekerja release tension itu perlu. 

Ini kali pertama aku main paintball. Penatnya, boleh tahan jugaklah. Kalau nak di bandingkan main paintball, sebenarnya ia lebih memenatkan dari main futsal. Percaya tak? Sebab utama, kamu lebih cepat neves. Sama ada untuk elak dari kena tembak atau di sebabkan kena lari pantas untuk berselindung. 

Sungguhpun badan masih sengal-sengal, sikit lebam-lebam akibat dari paintballs sampai hari ini, kepuasannya memanglah sangat best. Tapi, kepuasan sebenar bila tengok member-member kamu cedera lagi teruk dari kamu. haha. Itu bermakna misi kamu untuk 'membunuh' musuh telah berjaya. 

Di bawah antara koleksi-koleksi gambar berperang. 


Antara skuad yang berjaya di tubuhkan untuk main paintball
Gambar-gambar semasa pertempuran. Orang yang paling tak hensem itulah aku. Samposmen. Cuba teka yang mana satu? 





























P/s : Main perang-perang pun dah double triple nervous, macam mana agaknya kalau mereka yang berperang betul-betul? Hmmm...


Thursday, March 1

P.O.S - Hantu : Kenapa Dengan Hantu Paralysis?

Hantukah Kamu?

Siapa pernah jumpa hantu, senyum sikit boleh? Sila ceritakan pengalaman kamu dekat David Teo. Kot kot mana tau nanti dapat di perfilemkan. Tapi aku tau kesukarannya. Nak jumpa seorang 'Datuk' mungkin susah. So, apa kata kalau susah sangat cari je Ahmad Idham pon boleh. Ada rezeki boleh kongsi satu Malaya. Menarik bukan.

Industri filem Malaysia sekarang kalau bab-bab hantu ni semakin galak rasanya. Sepatutnya, kita sebagai penonton perlu berbangga. At least ada la jugak trademark untuk industri perfilemanan kita. Bukankah jika bollywood terkenal dengan kisah cintan-cantunnya, hollywood dengan peperangannya dan Malaysia tak kurang hebat dengan semangat kehantuannya.

Cuma persoalannya, jika kisah cinta, paling tak kita belajar nilai-nilai kasih-sayang, walaupun hakikat kisah cinta yang merepek dan melebih-lebih di pertonton dari dunia sebenar. Jika kisah peperangan pula, bab pengorbanan dan kesengsaraan paling tak buat kita insaf sekejap. Tapi, kalau bab kehantuan pula apakah yang kita dapat? Melainkan hanya takut dengan bayang-bayang sendiri.

Ibarat seorang nerd dengan teknologi, hantu dengan masyarakat kita tak boleh lari. Sebab tulah tercipta pelbagai variasi. Ada pontianak, ada polong, ada pocong, ada hantu galah, ada hantu raya dan pelbagai spesis lagi. Itu tak termasuk hantu dunia moden yang terkucil pendidikan seperti hantu Kak Limah, hantu kum-kum, hantu susu, hantu bonceng dan terbaru spesis gen hybrid, hantu dalam botol kicap. Ingatkan manusia je suka makan kicap, rupanya hantu pon up-to-date.
   
Masa zaman sekolah asrama dulu, waktu maghrib je perempuan yang 'tak suci' (datang haid) mesti kena histeria. Melolong sesorang tepi koridor tak pun dalam bilik. So, panggil ustaz, azan dan baca ayat-ayat al-quran sedas dua, setel masalah. Tapi kes tu tak habis kat situ. Maka, bila malam menjelma, ramailah bawaan mulut cerita sana-sini. Ada yang nampak 'penampakkan' bayang-bayang dan macam-macam lagi. Alkisahnyalah!

Untuk spesis hantu yang jahat tak hengat, tindih si polan dan si polan ibarat 'santapan' seharian. Kekadang aku pon tak paham. Kekadang jeles pon ada. Mana tak, suka-suka je main tindih-tindih orang. Kalau lelaki ok je aku tak berapa kisah, ini sampai anak dara mana aci untuk lelaki teruna macam aku neh. Tambah pula naya je budak tu, tak pasai-pasai dah tak dara di sebabkan hantu. Kesian. Jahat kan hantu tu?

Seumur hidup, aku tak penah jumpa hantu. Rasa tak bertuah je. Sesekali teringin la nak juga jumpa. Boleh berkenalan, sapa-menyapa, pekena teh secawan dua mesti best kan? Baru rapat sikit silaturrahim. Serius aku jeles dengan mereka yang selalu jumpa hantu. Sesiapa berpengalaman boleh bagi tip tak macam mana nak jumpa? Please!

Bukan apa, kebanyakkan cerita hantu yang aku dengar adalah turun-temurun. Tak pun hanya penceritaan dari mulut ke mulut. Tak feel! Pengalaman sendiri baru adventure. Kalau tengok movie pasal hantu pun, semua bermain dengan genre seram komedi. Apalah produser ni, kalau nak buat cerita seram kasi la seram betul-betul. Hilang mood!


Hantu Sains dan Hantu Islam

Itulah antara himpunan kisah-kisah hantu dan jenis-jenis hantu secara rawak aku boleh simpulkan. Resepi dan pengalaman sejak turun temurun yang cukup popular. So, dari situ aku nak ambik satu contoh apakah pula hantu untuk spesis sains dan istilah hantu Islamnya.

Tadi, aku ada sebut pasal kena tindih kan? Untuk makluman, bagi yang 'tiada pengalaman' dan kurang faham, bahasa kampungnya boleh di katakan, bila mana sesorang ketika tidur badannya menjadi kaku. Semua pergerakan terbatas. Sampai nak bersuara pun susah. Sesak nafas di buatnya. 

Apatah lagi nak minta bantuan tidak sama sekali. Seakan ada benda berat di dada kamu yang menghadkan segala pergerakan. Ya. Itulah istilahnya badan kena tindih. Itu bagi bahasa kampungnyalah. Tak salah juga kalau sebut bahasa hantunya. Tatabahasa masih boleh di terima :P

Tapi apa pula kata sains? Dalam sains inilah yang di katakan 'sleep paralysis'. Lumpuh dalam tidur. Ianya berlaku semasa proses peralihan waktu tidur kamu dan semasa nak bangun. Senang cerita keadaan kamu waktu separuh sedar. Waktu di mana kamu masih blur-blur sotong dan tak bersedia. Masa tu otak kamu tak berfungsi dan beroperasi dengan baik. Dari situ jugalah menyebabkan masalah untuk bergerak dan bercakap. 

Adakah mungkin ianya hantu paralysis?

Dalam Islam, sleep paralysis adalah di sebabkan jin. Bukankah Islam pun suruh kita percaya dengan jin dan benda-benda ghaib ni? So, tak ada istilah hantu sekalipun. Kalau ada, mungkin hanya jin menumpang sekejap. Buat port melepak dekat bahu kamu je. Ok. Cukup sampai sini. Sila refer yang lebih berpengetahuan.

Jika nak hurai, mungkin lagi panjang. So, berbaloilah kalau kamu boleh terima contoh 'hantu sains' dan 'hantu Islam' ini. Tak perlu lagi segala macam spesis hantu baru dan ketakutan teramat sangat kepada depa ni semua. Tak berbaloi pun. 

Apapun, siapakah yang kamu perlu takut sebenarnya? Please, ask yourself!




P/s : Hantu jadian manusia dah semakin banyak sekarang. Apa ada hal.


Friday, February 24

P.O.S - Cleverbot : Khas Kepada Pencinta Lisa Surihani

Lisa Surihani Sudah Kahwin

Yeah! Tahniah Lisa. Tak di nafikan. Sekali pandang agak cute. Dua kali pandang biasa-biasa je. Tiga empat berbelas kali pandang, nothing! Sebab apa? Kerana, Lisa Surihani kini sah isteri kepada Yusry KRU. Untuk jejaka budiman di luar sana, jom ramai-ramai makan KFC nak? In before, it's finger lickin' good! heh.

So, bagi yang frust, cukup-cukuplah. Kembali kepada realiti. Uncle Cleverbot ada nasihat berguna.























P/s : Apapun tahniah sekali lagi Lisa Surihani dan Yusry.


Friday, February 10

Thursday, February 9

P.O.S - Cerpen : Ayuni, Berhenti Berharap

Letih ke? Biasalah. Persekitaran baru. Take your time! Sesuaikan diri dulu. Nanti lama-lama ok lah. Ini tak lain tak bukan mesti kes teringat member-member dekat sekolah dulu kan? Tak pun terimbau senyuman wajah mak ayah. Saat sama-sama bergelak ketawa. Sebab tu iris mata sedang berkaca.

Kenapa termenung? Sesorang kat tepi koridor. Apesal tak duduk je dalam bilik. Cuaca lepas hujan ni kalau berselimut mesti best. Feeling habis! Tengah-tengah malam dekat luar ni, tak sejuk ke?


Chillah! Tak yah tensen sangat. Apa kata ucap selamat tinggal kat minggu orientasi. Minggu di mana kamu seperti budak kecik yang baru nak injak remaja. Betul atau salah, hanya iyakan semua arahan fasilitator. Betul tak? Lupakanlah! Semua dah berlalu. Sekarang kamu patut bangga. So, say hai to 'mahasisiwi'. Senyum sikit, please

Kamu tahu tak, bila tengok kamu sedih, aku turut gelisah sama. Di sebalik tirai langsir, aku seorang stalker. Setiap gerak tingkah laku kamu, aku perhatikan. Atas, bawah, kiri, kanan aku tatap penuh kusyuk. Kesian sangat.

Sampailah  satu saat, jiwa memberontak. Walaupun tak kenal, hati dengan keberatan, memberanikan diri untuk menyapa kamu. Sayang seribu kali sayang. Ketika itu, kamu masih melaut. Mimpi indah apa ye agaknya. Kecewa rasanya. Tak larat dah aku nak melambai berulang kali. Respon? Persetanlah! Semua mengecewakan. Tak juga berjaya tarik perhatian kamu. Ah!!!

Akhirnya, naluri terus mendesak. Aku telan air liur sedalam mungkin. Sampai terasa padat di kerongkong, tarik nafas, tahan dan lepaskan. "Hoiii!!!" Sekuat mungkin suara jantan aku keluar. Lega. Kuat tak kuat jugalah. Rasanya satu bangunan boleh dengar jeritan tu.

Aku puas! Kerana kamu turut tersentak. Berpaling dengan muka kelat, ketat, palat dan seperti tak ada belas kasihan lagi. Penuh dengan amarah. Mungkin tak berpuashati lamunan kamu di ganggu.

Ah! Lantaklah. Kalau tak pekik bila lagi nak tegur. Hati berbisik. Penuh suka, aku meratap wajah kamu. Semakin di ratap, semakin jantung terasa sesak. Seperti air pressure, tiada lagi istilah hidraulik. Padat sepadatnya. Sukar bernafas.

Adakah terlalu neves? Atau pertama kali perasaan aku terhadap perempuan sedang terzahir? Ketika tu, susah nak di gambarkan. Seakan sesuatu terus menolak-nolak. Apa cara sekalipun, aku kena kenal sama kamu. Sekali lagi hati kecil bersuara.

Ego Menipis 

Aku yang terkenal dengan anti-perempuan sejak sekolah sampailah sekarang di universti, sikap tersebut seakan di cabar. Tapi semuanya aku tolak tepi bilamana tengok je muka kamu. Bersih tanpa mekap. Natural beauty. Kecantikan idaman setiap lelaki, beb. Percayalah!

Kamu ingat tak selepas aku serkah kamu? Selepas tu kan kita main tukar tukar nombor fon. Tak la jauh mana, 20 meter je. Tapi pagar pemisah antara kita. Antara blok asrama lelaki dan asrama perempuan. 
Bila fikir balik terasa kelakar je. Senyum sesorang. Kalah kera dapat bunga. Manakan tidak, memasing macam orang bisu. Kamu yang mulakan dulu pula tu. Kamu bagi isyarat tangan, aku tukang translate satu persatu. Lepas tu, dua-dua termanggu. Memasing tak faham. Flagman dekat koridor, dengan translator tak bertauliah. Memang ngamlah sangat! Aiseh! Pening. Pening! Tapi takpe. Last-last dapat juga nombor fon kamu. O Yeah! Gembira gila. 

Sejak tu, kalau bosan, '3G' live, dari tingkap bilik ke tingkap bilik. Bilik kita di tingkat dua kan berdepan menghadap. Kamu tengok aku, aku tengok kamu. Dah buang tebiat rasanya. Macam orang gila meroyan kot. Macam orang tak betul pon ada sikit. haha. Tak kisahlah. Sebab time tu semuanya indah kan? :)

Kalau sms, tak bosan-bosan tanya soalan yang sama. Dah makan? Dah Mandi? Tengah buat pe? Kelas pukul berapa? Sihat? Petang-petang tak keluar beriadah? Joging? Sebelum tidur, aku akan pastikan lampu bilik kamu terpadam dulu. Setiap pagi, aku kejut kamu bangun subuh. Macam tulah aktiviti kita setiap hari berulang. 

Bila hujung minggu, waktu tu paling di harapkan. Sedaya upaya aku mesti ajak kamu keluar. Paling tak, pergi makan sama-sama pon dah kira ok. Tapi jawapannya, mesti tidak. Ada je alasan. Kamu nak rehat kat biliklah, nak teman member keluar dan paling cikai alasan sibuk dan terus sibuk.

Kamu tahu, sebab alasan tulah, hati ini akan terus mendesak. Mendesak untuk face to face dan luang lebih masa bersama. Selagi kamu menolak, semakin dekat hati merintih untuk bersama. Kamu tak macam gegirl yang lain. Yang senang-senang merendek dengan sebarang lelaki lain. Siyes! Secara jujurnya.

Berhenti Berharap

Kamu masih simpan lagi shawl hijau yang aku bagi dulu? Warna fevret kamu tu kan? Nak tau tak, aku beli guna duit sendiri. Duit kerja partime aku setiap hujung minggu masa study. Aku kumpul-kumpul pastu pergi beli dekat area Masjid India sesorang. Alamak. Kantoi! Bukan guna duit belanja parents atau PTPTN, ok!

Apapun gembira tengok, dengan senang hati kamu terima hadiah tak seberapa tu. Harap-harap kamu hargai. Itu jelah hadiah yang sempat aku bagi sepanjang perkenalan. 

Sekarang kamu sambung belajar, aku sibuk dengan kerjaya. Masing-masing dengan hal sendiri. Berhubung pon dah jarang. Jarak yang dulu 20 meter, sekarang sudah beratus-ratus kilometer. Bolehkah kita bersama? Cukuplah duduk semeja dengan kamu, Ayuni untuk sekali je sejak 4 tahun lepas.

Entahlah...




P/s : Cinta?       


Monday, January 30

P.O.S - AJL26 : Hafiz Awan Nano Juara

Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26)

Keputusan

Persembahan terbaik - Alyah (Kisah Hati)
Vokal terbaik - Hafiz (Awan Nano)
Ketiga - Faizal Tahir/Audi Mok (Karma)
Kedua - Ning Baizura/Sheila Hamzah/Jacklyn Victor (Beribu Sesalan)
Juara AJL26 - Hafiz (Awan Nano)



P/s : Keputusan ini akan mekar untuk tempoh beberapa minggu mungkin berbulan-bulan dalam ruangan perbincangan, bloggers, gosip hiburan, akhbar dan seantero media massa di Malaysia.


Moral - Biar selekeh asal masyuk der!

Saturday, January 28

P.O.S - Origami : Baucar Buku 1Malaysia

Origami pelbagai kegunaan dengan Baucar Buku 1Malaysia

Kecoh bilamana Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) di salah guna oleh segelintir student yang tak bertanggungjawab. Ada yang buat bisnes dengan menjual balik baucar tersebut dengan harga diskaun. Lai! lai! lai! Diskaun 10%, 20%, mau yang 50% pon ada ma. Itulah realitinya. 

Untuk maklumat, aku pon dapat baucar yang setiap kepingnya bernilai RM50. Aku dapat empat, so total RM200. Menjual balik atau lelong di internet baucar tersebut dengan alasan tak tau nak buat apa sangatlah tak bertamadun. Tapi tamadun atau tidak ada orang peduli ke zaman sekarang? Ok. Sejak akhir-akhir ini baru ada pihak sudah peduli.

Akibat penyalahgunaan ini, entahlah, lepas ini ada ke tidak lagi pemberian secara percuma Baucer Buku 1Malaysia. Memandangkan segelintir tak tau nak buat apa sebenarnya dengan baucar yang telah di beri, selain jualan balik, so, ada baik jadikannya sebagai kenangan saja.

Salah satu cara yang terbaik, ialah membuat origami dengan Baucar Buku 1Malaysia. Ini kerana, bila kamu buat origami dengan menggunakan 'kertas' ini, ia sesuatu yang bernilai rasanya. Masakan tidak, sekeping kertas  di cop RM50 beb!

Origami apakah yang perlu di buat? Jangan pening-pening. Origami mudah, lipatan berbentuk 'hati'. Masa zaman sekolah rendah aku dulu, lipatan origami ini sangat popular. Ekcelly semasa di ambang mood 'cinta monyet'. (Masa tu zaman karipap-karipap cinta kurang sikit. Maybe belum lahir lagi). 

Dulu, kebanyakkan menggunakan duit kertas seringgit sebagai medium, atau kertas buku yang telah di koyak di tengah-tengahnya. Apa kata sekarang, kamu guna sesuatu yang lebih bernilai sikit. Ya. RM50. Baucar RM50. Bukan apapun, untuk di simpan di dalam wallet sebagai perhiasan, kegunaan harian atau untuk show off di depan aweks-aweks pon ok. Cool kan!

Yeah! Mesti banyak yang dah tak sabar-sabar. Bagi yang sudah lupa atau tak tau bagaimana nak lakukan, mari sini Abam Sam nak ajar. Di bawah antara cara dan prosedur yang perlu di perlukan.

1. Kamu hanya perlu Baucar Buku 1Malaysia (kuantiti bergantung berapa jumlah yang kamu dapat free) dan sepasang 'tangan'. Yup! Tanpa tangan kamu sukar untuk lakukan.

2. Cara...



Kalau tak berapa nak faham, untuk penjelasan yang lagi terang dan jelas kamu boleh tonton video di bawah ini juga.

 

So, inilah antara kegunaan-kegunaan harian yang di maksudkan tadi. 

1. Sebagai cincin pertunangan



2. Sebagai wang hantaran yang setiap tahun semakin meningkat kosnya.



3. Sebagai 'badge 1Malaysia' untuk office attire



4. Sebagai perhiasan di rumah. (Sorry. Tak sempat nak frame. Kedai gambar tutup) 





Cukuplah hanya beberapa contoh yang di beri. Jika kamu ada kreativiti dan kepelbagaian yang boleh di buat dengan Baucar Buku 1Malaysia ini, semua terpulang kepada kamu. Hargailah setiap pemberian yang di beri mengikut citarasa sendiri. Tapi awas! Jangan jual sudah. Sebab boleh di hukum penjara. LOL




P/s : Pedulilah politik sementara. Ramai lagi golongan yang lebih memerlukan baucar ini di luar sana :(



Thursday, January 26

P.O.S - Awards : Blog Paling Teruk

World Bloggers And Social Media Awards 2012

Cakap pasal blog semua orang boleh tulis blog. Cakap pasal blog, pasti blog diri sendirilah juga yang paling baik. Kalau tak, masakan kamu akan create akaun dan mula menulis kepada umum? Pasti juga kamu sebenarnya nak penulisan kamu di hargai oleh orang lain. Bilamana orang lain datang melawat dan baca luahan pendapat serta perasaan di blog kamu. 

Setiap hari kebanyakkan jugalah yang akan view his stats. Tengok berapakah pageviews dan berapakah jumlah trafik untuk hari ini. Setiap bulan sentiasa update page rank terkini. Check juga nilai ranking Alexa terbaru. Kalau yang beriklan, setiap hari berkira-kira, bilalah boleh cashout earning. Lepas untuk buat bayar broadband pon jadilah. 

Ya. Itulah realiti sebenar bloggers. Itu jugalah merupakan kepuasan sebenarnya bloggers hari ini. Tak caya? Tengok! Kamu sedang tersenyum-senyum kan sekarang?

Kepuasan sebenar dalam kehidupan kamu, sudah pastilah sesuatu yang di panggil penghargaan. Kalau dalam real life tak salah di panggil pujian. Siapa yang tak suka pujian? Kalau ada pon, pasti dia seorang yang forever alone gilak. 

Setiap orang suka untuk di puji. Percayalah dengan pujian, seseorang menjadi lebih konfiden. Tapi tak mustahil akibat pujian yang melambung, seseorang itu juga akan tewas dengan dirinya sendiri.

Ok. Pujian dan penghargaan tak ada beza mana pun. Cuma penghargaan selalu berakhir dengan perbuatan, dan pujian pula dengan perkataan. Maksudnya, penghargaan kamu akan dapat sesuatu benda yang boleh di pegang dan pujian hanya kata-kata sebagai penambah semangat.

Berbalik kepada topik yang sudah jauh tersasar dari bujuknya, sebenarnya sesiapa saja layak untuk terima sesuatu penghargaan. Dengan syarat kamu ada usahanya. Dalam dunia bloggers, salah satu medium, kamu boleh beri penghargaan kepada orang lain atau untuk diri kamu sendiri. Hanya perlu nominate blog kamu atau sesiapa saja untuk World Bloggers and Social Media Awards.



Awards apakah ini? Sebenarnya ini antara awards untuk para bloggers dan para media yang telah berblog dalam pelbagai jenis skop. Salah satu awards untuk menghargai mereka dalam industri ini. 

Di sebabkan sekarang persaingan sangat tinggi, banyak lagi web dan blog yang lebih berfekdah, maka terasa blog Samposmen sangatlah lame sekali. Blog yang lebih ke arah perihal halnya sendiri. 

Tapi tak apa, untuk menyedapkan hati lara ini, maka dengan berbangganya aku telah menyenaraikan blog Samposmen sebagai Worst Blog of the Year. O Yeah! Silalah vote for me okeh! Sebagai sokongan untuk menjadi kurang lame ass di masa hadapan. heh!





P/s : Ukur baju di badan sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...