Wednesday, February 16

Customer : Is NOT Always Right

Pernahkan kamu dengar istilah ini. 'Customer is Always Right' atau mudahnya semua yang di lakukan oleh customer semuanya betul. Ini selalu terjadi terhadap syarikat-syarikat yang mementingkan kepuasan dan kepentingan terhadap kliennya.

Jika kamu seorang customer tentulah ini memberi banyak faedah dan kelebihan kepada kamu. Kamu dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan itu jika ada ketidakpuasan yang berlaku nanti.

Kesannya

Di sebabkan mentaliti ini jugalah semakin ramai yang berani dan lantang bersuara. Tidak salah jika apa yang kamu pertikaikan itu merupakan sesuatu yang betul. Itu memang merupakan hak kamu.

Menjadi seorang customer, ini juga tidak bermakna kamu boleh melakukan apa saja sesuka hati. Mengikut segala kemahuan yang kamu ingini. Di sebabkan trademark inilah lahirnya sekelompok golongan yang menyalahgunakan keistimewaan ini.

Moraliti

Pernahkah kamu deal sesuatu dengan customer service centre? Berjumpa face to face atau menelefon helpline sesuatu produk itu? Mesti ada yang suka sebab masalahnya dapat di selesaikan, ada yang gembira dapat marah dan memuaskan perasaan masing-masing dan tidak di nafikan segelintir kecewa dengan mutu perkhidmatan yang di sediakan.

Melalui pengalaman dari perspektif customer service pula, semuanya merupakan asam garam pekerjaan ini. Memang tidak di nafikan ia mempunyai cabarannya tersendiri. Kita tidak dapat memuaskan kehendak setiap orang perseorangan.

Pernah kamu lihat bagaimana sesuatu service centre itu beroperasi? Kamu pon tentu tidak ingin ketahui kan. Untuk makluman, semua menggunakan tenaga manusia untuk beroperasi. Bukannya robot atau computer membuat pemantauan segalanya.

Dan jika sebut pasal manusia yang mengawal segalanya tentulah ia juga mempunyai hati dan perasaan. Pernahkah kamu fikir selalunya golongan inilah yang menjadi mangsa keadaan.

Kenapa? Sebabnya mereka sering di salahkan, sering di maki, sering di kritik dan keputusannya mereka tidak dapat mempertahankan diri sendiri. Ya. Trademark yang menyebut semua yang pengguna lakukan adalah betul. Kamu di perbodohkan. Ya betul. Kamu di caci. Ya betul. Kamu di permainkan. Ya betul. Wadehel!

Kita hidup semakin maju, teknologi semakin canggih, kehidupan semakin teratur cuma budi bahasa yang semakin berkurangan. Nilai insan semakin terpinggir dan hampir semua orang membuat akan hal masing-masing.

Relevankah jika pengguna selalunya betul? Oh! Tidak sama sekali. Sebabnya jika inilah sikap kamu sebagai pengguna.

Pengguna yang kasar, suka marah-marah dan tidak mempunyai perasaan.
Pengguna yang kurang ajar, terburu-buru dan tidak sabar.
Pengguna yang jelas tujuan utamanya hanya untuk berkelahi, memberi masalah dan bukannya berbincang untuk selesaikan sesuatu produk.
Pengguna yang tidak masuk akal, iaitu tidak dapat menerima penyelesaian atau jawapan yang di beri.
Pengguna yang sudah azali terang-terang merupakan kesalahan ke atas dirinya sendiri.

Di manakah kamu sebagai seorang pengguna? Di dalam sesuatu perkara hendaklah kita bertolak ansur. Jangan hanya menyebelahi sebelah pihak saja. Aiseh! Macam pejuang kebebasan kan aku ini. Apa-apapun customer is NOT always right! hehe

9 surat:

Gimi said... [Reply]

Baru2 ni Gimi jalan kat de store, tetiba dengar orang maki hamun..rupanya ad customer ni tak puas hati brg yg dia beli takde harga, org tukang cek harga lak lama tgk harga..customer tu pergi ketuk kepala cashier ngan bakul..sian lak tengok

hollowgram said... [Reply]

entahla..kadang2 customer betul, kadang2 tokei kedai betul. tpi pendirian saya lebih cenderung kpd hak pengguna. selalu membeli barang on9 tetapi dah dua kali dpt barang rosak. =(

! Sam Posmen ! said... [Reply]

Gimi: haha. kesian cashier tu. memang la sesiapapun akan marah tapi at least jangan ikut perasaan sangat kalau bertindak. takut nanti makan diri sendiri.

hollowgram: yup betul. dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. cuma masalahnya bila customer yang datang seperti yang di terangkan dan tokei kedai pula asyik memikirkan keuntungan bukan kualiti barang yang di jual

Mr.Kerro said... [Reply]

btul..xkn la smua customer btul...kdg2 slh dorg slhkn pnjal lak...

sabree hussin said... [Reply]

oh saya faham sangat dengan situasi ni hhee. biasalah customer ni, diorang nak rasa dihargai. Tapi kalau nak request benda2 yang tak masuk akal itu dah melampau lah kan..

oh memang tak masuk akal la.. tapi nak buat macam mana, dah memang mind set diorang dah memang macam tu.

! Sam Posmen ! said... [Reply]

yup itulah maksud sebenarnya. kalau nak di ikutkan aku pon sebagai customer juga.

bukan nak memihak kepada sesiapa cuma kadang-kadang customer expect benda yang di luar jangkaan

Narmi Iruhuz said... [Reply]

Hari tu Imran ada lalu di depan sebuah kedai semasa melamcong di KL . Imran terdengar suara perempuan 'mak datin gedik' 'mengilai' . Dia marah pada seorang perempuan promoter barangan sebab si mak datin gedik ni tak puas hati dek kerana barangan yang dibelinya itu kononnya tak berkualiti .

Kesian si promoter . Lebih kesian lagi bila Imran lihat dia menangis teresak-esak . Mak Imran jenis yang tak suka drama berat-berat , pergi kat mak datin gedik tu dan saound dia .

Mak aku herdik dia : "Woi ! Bahlul ! Dia manusia jugak !"

Nyaris-nyaris Mak Imran nak tampar mak datin gedik tu . Tapi nasib baiklah Abah Imran sempat pegang tangan mak . Abah suruh mak mengucap , beristighfar .

Imran hanya terpacak di suatu sudut kedai tu . Melayani perasaan yang bercampur baur . Segalanya sepi di kedai itu .

Sarah said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Sarah said... [Reply]

Salam kenal samposmen..
suka sgt blog ni..
sy penah keja kt call centre..customer maki hamun ni mmg dh jd halwa telinga dh la..dh biasa..tp bila sy yg jd customer, sy agak fussy..klo xkena sikit sy akan sound direct..xpatut betul kan..nk buat mcmana..dh terbiasa..jgn tny sy blaja ngn sapa..huhu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...