Aku baru balik dari kelas. Memang apa yang belajar tadi tak ada satu pon yang boleh ingat di kepala. Serabut, rungsing benar rasanya. Dari tengahari sampai ke malam terasa sia-sia hari ini.
Hendak memahamkan pon susah. Subjek Matematik Kejuruteraan, ya memang benar orang kata ia membuatkan kita terkejut. Patutlah di gelar Math Kejut! Sebab memang terbukti kesusahannya.
Semasa sampai di rumah tadi tengok Chelsea pula kalah kepada Everton. Aiseh! Menambah lagi kesedihan ini. Apa pasal boleh kalah! Ini mesti ada yang kena bayar. Tak adil betul.
Sudah dua hari tidak sihat. Hari ini demam pula. Memang rindu nak berblogging tapi apakan daya kesihatan tidak mengizinkan.
Mungkin entri ini sudah terpesong dari tujuan utama blog ini, Tapi tak kesah la sekali sekala cerita pasal kehidupan seharian tak salah rasanya kan. Kepada teman blogger kamu sehat? Best tak hari kamu?
Tweet
1 surat:
Nice post thankss for sharing
Post a Comment