Friday, April 29

Realiti : Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton



‘Today was a fairytale, you’ve got a smile that takes me to another planet, every move you make, everything you say is right, today was a fairytale. Lalalaa…’ (*Lagu Taylor Swift terngiyang sayup-sayup kedengaran di halwa telinga).

Pernah layan klip video lagu Today Was A Fairytale? Di mana Taylor Swift yang comel berpacaran manja dengan ‘putera’ idamannya. Melayari mahligai indah di istana dengan hiasan-hiasan mewah. Wow! Bestnya.

Tapi itu hanyalah dongengan. Kini fairytale sudah menjadi kenyataan. Itulah yang berlaku kepada Prince William si anak sulong Charles, Raja Wales, bertemu jodoh dengan Kate Middleton seorang wanita kebanyakkan. Kebanyakkannya pon bukan calang-calang. Bapa dia merupakan seorang millionaire dan Waity Katie (Kate Middleton) pula seorang yang educated jika di nilai dari sejarah keratuan di England.

Alice in Wonderland

Jika di tanya kepada sesiapa saja pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang indah dan gilang-gemilang. Maksudnya kalau boleh semuanya nak nampak grand dan berprestij. Kepada sesiapa yang betul-betul berkemampuan buatlah seperti atau seiras majlis perkahwinan Prince William dengan Kate Middleton. Dan jangan lupa invite aku sekali nanti ok.

Kalau tak mampu baik simpan duit tu dan lepas kahwin nanti pergi honeymoon tengok cerita Alice in Wonderland sambil layan lagu Taylor Swift je. Sweet kan.

‘Tapi kenapa? Tak adil la membandingkan majlis di raja dengan rakyat biasa’. 

Maksud aku buatlah seala kadar saja. Ikutlah kemampuan diri sendiri. Berbalik kepada topik, walaupun majlis perkahwinan ini berlangsung di ‘rumah’, dalam situasi ini di Westminster Abbey dan Istana Buckingham, ia telah membelanjakan anggaran sebanyak $ 34 million (RM ± 101 juta) bersamaan dengan gaji aku bekerja sehingga hujung usia rasanya dan terdapat lebihan lagi. 

Apa-apapun mari kita tengok apakah barang-barang yang  mahal sangat yang telah di belanjakan. Sumber

Cincin pertunangan bernilai $ 1 million (RM ± 3 juta)
Cincin perkahwinan berharga $ 11, 000 (RM ± 32, 700)
Gaun perkahwinan Kate yang anggun dan mewah $ 434, 000 (RM ± 1.29 juta)
Penyambut tetamu sekitar 600 kos berharga $ 600, 000 (RM ± 1.78 juta)
Kek perkahwinan bernilai $ 80, 000 (RM ± 237, 880)
Bunga-bungaan pelbagai bauan dan warna-warni berjumlah $ 800, 000 (RM ± 2.38 juta)

Amacam? Beranikah untuk keluarkan duit berjumlah sebegini untuk majlis perkahwinan? Untuk mengetahui maklumat lanjut segala event yang berlangsung bolehlah layari prince-william-kate-middleton-royal-wedding-live-blog. Update terkini tentang apa yang berlaku.

‘Laju…lajuuu, buai ku lajuuu…aku nak kawin dengan anak raja. Lalalaa…’ (*Kedengaran suara Merah menyanyi di atas buaian sambil mengayunkan kakinya).


P/s : Tahniah di ucapkan kepada Prince William dan Kate Middleton. Majlis perkahwinan yang sememangnya klasikal.

Untuk rakyat jelata (only girls) sekalian usah risau dan kecewa. Masih terdapat kekosongan untuk memenuhi hati Prince Sam. Mungkin majlis perkahwinan yang sedikit superb dapat di adakan nanti. Ada sesiapa yang berminat? hehe

Wednesday, April 27

Samposmen : Saat-saat Terindah

Lagu ini di tujukan kepada insan yang pernah mengusik hatiku suatu ketika dahulu. Terimalah Saat-saat Terindah. Silalah mengutuk. hehe



Tuesday, April 26

Kontroversi : Lady Gaga Jadi Gay

Kenapa gay menyeronokkan? Salahkah untuk menyukai sesama jantina? Aku suka menjadi seorang gay, bisexsual atau metroseksual. Ini di sebabkan sukar untuk mencari gadis idaman yang mempunyai ciri-ciri yang di tetapkan agama sekarang ini. Jadi dari memperisterikan wanita yang 'liar' baik jadi gay.

Pertama, tidak perlu risau untuk mengandungkan anak dara orang. Kedua, bebas berjalan dan berdating di tempat sunyi tanpa risau di tangkap khalwat oleh majlis agama. Ketiga, kalau ada awek pon menyusahkan kerana setiap kali kena jaga batas pergaulan. Leceh beb.

Pernah dengar nama Lady Gaga? Penyanyi yang popular dengan lagu kontroversi seperti Bad Romance, Poker Face dan Alejandro. Baru-baru ini Lady Gaga jadi gay. Betul ke? Tidak percaya ye. Rilex. Sebenarnya bukan jadi gay tetapi dia ada lancarkan single track terbaru bertajuk 'Born This Way'.

Dalam kenyataannya dia mahu mencipta lagu terkini mengenai gay dan berharap akan berjaya dan di terima baik oleh orang ramai. Senang cerita seperti mahu menghidupkan budaya gay atau istilah kampung menyukai jantina sama sejenis atau dalam agama Islam hubungan di luar batas tabi'e. Apa kata mari menyahut seruannya. Jom ramai-ramai menghidupkan budaya gay. Ada berani?

Di Barat gay merupakan perkara biasa dan di 'halalkan'. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Jika sedar budaya ini semakin menular secara pesatnya. Pusat-pusat hiburan untuk golongan gay juga banyak di tubuhkan. Tidak pasti di mana silapnya mungkin inilah jalan hidup yang ingin di pilih manusia zaman moden. Ibu bapa sudah penat mengasuh, membelai dan memanjai tetapi bila besar lain jadinya.

Bercakap pasal gay teringat isu DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan Saiful yang heboh di beritakan. Terbaru isu rakaman video seksnya. Sudah tengok belum? Kalau belum, cepat-cepat pergi download. Rugi tak layan. Kalau yang belum baligh duduk senyap-senyap jangan menggatal nak tengok ok.

Sambung balik

Seperti biasa pelbagai kontroversi, konfrontasi dan konspirasi mengenai lirik-lirik lagu Lady Gaga yang di cipta. Pelbagai juga cerita mengenai artis ini yang berimejkan sesuatu yang ganjil, jelik dan pelik. Suatu identiti yang unik yang di tonjolkan. Mungkin sudah bosan maka perlu untuk mencari sesuatu yang baru. Maka isu gay di perlihatkan.

Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri. Bagi golongan biasa mungkin hanya menerimanya sebagai sebuah lagu. Track 'Born This Way' telah memperlihatkan sokongan dari gay-gay sejati serta juga menyebabkan tentangan dari golongan anti-gay.



























Malas rasanya nak mengkaji dan mencipta teori-teori konspirasi. Rasanya lebih baik kamu hayatilah sendiri lirik lagu ini 'Born This Way'.




























P/s : Suka atau tidak? Normal atau abnormal? Kamu pilihlah sendiri.





Sunday, April 24

Maharaja Lawak : Kenapa Amir Masih Belum Keluar

Aku bukanlah seorang peminat setia rancangan realiti Maharaja Lawak yang selalu di siarkan di Astro. Tetapi selalu juga mengikuti perkembangan terkini peserta-peserta Maharaja Lawak ini.

Kalau dah nama pon rancangan realiti pasti ada yang tidak berpuas hati. Seperti kebiasaan pasti ada yang menjadi mangsa. Sejak bermulanya Maharaja Lawak, nama Amir menjadi bualan orang ramai. Yeke?

'Apsal lah mamat pendek ni tak terkeluar-keluar lagi'
'Geram betul aku, Amir ni dah la tak lawak, cakap pon berbelit-belit pening aku nak pahamkan'
'Ilmu apa yang di pakai hah sampai boleh bertahan berminggu-minggu ni?'

Bagi aku mungkin secara mudahnya Amir ni memang seorang yang berkaliber, berkeyakinan tinggi dan berkebolehan untuk menarik perhatian orang ramai walaupun sering di kutuk. Sebab itu dia susah nak keluar atau disingkirkan. haha

Wednesday, April 20

Email 1Malaysia : RM 50 Juta Celah Gigi Saja

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada menjelaskan usaha kerajaan melalui Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). 

Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan di berikan email percuma sebagai salah satu medium untuk melancarkan proses komunikasi antara rakyat dan kerajaan.

Projek email 1Malaysia ini bakal di lancarkan oleh Syarikat Tricubes Bhd yang di kategorikan dan berstatus GN3 company di Bursa Malaysia

Secara mudahnya GN3 merujuk kepada syarikat yang amat bermasalah dalam penstrukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikatnya. Untuk pemahaman yang lebih mudah syarikat yang berkemungkinan hampir muflis. Ini isu orang ekonomi. Maaf.

Berbaloikah projek bernilai RM 50 juta ini untuk pembangunan rakyat? Apakah kesannya pada masa panjang. Apakah motif sebenarnya projek ini di tubuhkan? Siapakah golongan sebenar yang di sasarkan 
atau terdapat sesuatu yang di sembunyikan untuk mengaburi tahap pemikiran rakyat? Ini isu orang politik. Maaf.

Jika di teliti di sebalik orang kuat Tricubes ini, majoritinya adalah orang Melayu sendiri. Adakah jumlah dana yang di maksudkan  ini berpatutan dengan laman web yang di bangunkan. Duit siapakah yang akan di gunakan? Adakah bersumberkan dermawan para rakyat sekalian. Seperti kebiasaan adakah terdapat korupsi yang bakal, sedang atau telah berlaku? Ini isu persoalan orang beragama. Maaf.


Isu seorang pemimpin

1. Tujuan email 1Malaysia di lancarkan untuk memberi rakyat mengenali apa itu teknologi berkadaran dengan istilah Negara bergerak ke arah kemajuan. Dalam kontek ini, Pak Abu jual sireh, Mak Minah jual karipap atau Cik Enon sekalipun akan dapat email ini, sekaligus secara automatiknya membuatkan rakyat Malaysia celik IT. 

2. Rakyat Melayu semakin jauh ketinggalan. Oleh itu, projek ini di berikan kepada Syarikat Meleis untuk menolong dan memajukan bangsa kita sendiri. Tiada istilah politik atau mementingkan diri. Ini untuk mengajar rakyat mempunyai bisnes sendiri, bisnes yang majoritinya jarang melibatkan diri. 

Kita sebagai rakyat septutnya perlu berbangga. Sekurang-kurangnya ada di antara kita yang berkebolehan dalam menguruskan semua ini. Janganlah memikirkan politik semata-mata. Kita hidup perlu bersatu-padu. 1Malaysia. 

3. Kita perlu bersyukur. Di Malaysia sendiri akses internet boleh dapat dan di perolehi dengan mudah. Dalam usaha untuk maju bergerak ke depan kita perlu berfikiran jauh. Memandang sesuatu dengan serius. 

Kita perlu membandingkan kemajuan kita dengan negara-negara seperti Uganda, Nigeria mahupun Mongolia. Cuma dalam istilah lain Venezuela di kecualikan dalam isu minyak. Oleh itu, email satu Malaysia ini sangat bagus dalam usaha memupuk semangat ukhwah antara kita.


Isu seorang rakyat Marheim

1. Perlukan semua rakyat di berikan email percuma? Sekarang ini pelbagai jenis email berlambak boleh di daftar secara percuma dan dengan servis yang lebih baik dan berkapisiti data yang cukup besar. Dalam urusan seharian bekerja terdapat pula Microsolf Outlook yang di guna pakai.

Secara hitam putihnya, Tricubes akan mewujudkan myemail yang mana berurusan dan bekerjasama dengan Microsoft dalam proses pembinaannya. Jadi apakah perbezaan ketara yang boleh di lihat atau kelebihan myemail ini dengan email seharian yang kita gunakan sekarang ini? 

Hanya bersumberkan platfom yang sama. Mungkin orang yang mengendalinya saja yang berbeza. Kalau tiada myemail pon urusan rasmi sekarang ini tetap berlangsung dengan biasa. Tiada masalah yang berbangkit rasanya.

2. Privacy. Bagi aku dalam kamus dunia maya, dunia online mahupun dunia internet tiada istilah apa itu privacy (sulit). Semua maklumat boleh di akses jika kena gayanya. Adakah ini merupakan suatu propaganda untuk kepentingan sesebuah pihak saja atau untuk kepentingan sesetengah individu. Jika betul di manakah hak kita sebagai seorang rakyat? 

Sebelum ini sudah ada konflik yang terterbit berlaku pada festival Tahun Baru Cina yang lepas. Di mana Datuk Seri Najib telah menafikan melanggar privacy rakyat Malaysia. Jadi, tidak cukupkah lagi dengan segala data peribadi kita yang di salah gunakan oleh syarikat telekomunikasi, sesetengah individu yang bekerja di bank malah individu yang di tugas bertanggungjawab menyimpan semua maklumat di sebarkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan.

3. Komunikasi. Jika bercakap pasal komunikasi tentulah ia melibatkan sesuatu medium yang di gunakan dalam proses itu sendiri. Bagi kes ini sistem kemudahan infrastruktur untuk menilai kejayaan komunikasi itu sendiri merupakan sesuatu yang penting.

Kerajaan sepatutnya memikirkan bagaimana untuk memajukan perkhidmatan internet di Malaysia. Bagaimana untuk meluaskan akses internet ke kawasan pedalaman. Untuk mendidik semua rakyat menggunakannya. Bukan penyelesaiannya memberi email percuma kepada rakyat. 

Masyarakat di kawasan terpencil bukanlah memerlukan email tetapi lebih kepada akses internet. Dari situ proses komunikasi dapat berlaku secara efektif. Ada email, akses internet tiada ada gunakah? 

Alangkah bagus kalau dana RM 50 juta itu di tumpukan untuk menaik taraf dan pengurangan kos operasi akses internet itu sendiri di Malaysia. 

Sekaligus ini dapat mengurangkan kos pembayaran yang rakyat perlu bayar. Jika hendak di ikutkan akses internet di Malaysia di bandingkan dengan penggunaan data dan harga masih lagi pada tahap yang mahal atau mampu di miliki berbanding negara maju yang lain.


P/s : Perlu atau tidak email ini? Erm...sesiapa nak pergi makan? Jom! Aku belanja.

Picture : google

Blogspot : Di Tutup Berkuatkuasa Selepas 25 Jun 2011

Seperti kebiasaan kebanyakkan orang akan mengelabah apabila menerima sesuatu berita yang boleh menggugat 'reputasinya' terhadap sesuatu. Sebelum ini hangat desas-desus tentang khabar angin laman web sosial facebook akan di tutup. Hakikatnya tidak.

Baru-baru ini gempar pula isu bloggers yang menggunakan platfom domain blogspot akan di delete.

'Habis semua data-data dalam blog aku nanti. Nak buat macam mana ya. Sesiapa boleh tolong?'
'Kena tukar domain sendiri ini. Rugilah hasil penat lelah aku selama ini kalau blog kena delete'
'Bagi pengguna blogspot baik buat back-up file sebelum terlambat. Tak pon web hosting sendiri. Murah je'

Bagi yang masih belum tahu, masih dalam keadaan bingung-bingung sotong dan mencari-cari kebenaran meh sini nak terangkan.

Blogspot memang akan di tutup, di delete, di hapuskan, di singkirkan dan seangkatan maknanya. Menurut Brett Wiltshire, Product Operations Blogger.com yang berpusat di San Francisco, fakta itu memang sahih.

Kepada yang tidak mempercayai bolehlah bertemu dengan beliau sambil bersembang sendiri di meja kasino. Main dua tiga frame kasino royal dan kalau tak mampu main pok den saja. Untung nasib tak payah pening-pening buat blog lagi.

Berbalik kepada tajuk, pengakhiran sesebuah blog hanya efektif kepada bloggers yang tidak pernah update blognya sejak tahun 2007. Ia akan berkuatkuasa selepas 25 Jun 2011 tahun ini. Jadi, kepada bloggers sekalian yang berblog sehari-harian, usah risau mengenai khabar angin yang di ceritakan.


































Bagi sesiapa yang kurang faham dan jelas dengan kenyataan di atas ini, bolehlah copy artikel tersebut dan paste dekat google translate.

Bagi aku, penghapusan blog-blog yang di maksudkan ini berkemungkinan untuk mengurangkan atau membuang data-data yang di anggap tidak perlu yang sekaligus memenuhkan server blogger.com di mana pembaziran data dapat di lihat berlaku di situ.

Kemungkinan juga, ini merupakan strategi bisnes untuk menarik lebih ramai menggunakan akaun gmail semasa login blogspot atau dalam urusan seharian. Atau lebih untuk menggalakkan pengguna menggunakan web hosting sendiri. Sebabnya, semua benda nak bagi free saja mana boleh tahan.


P/s : Kalau hapuskan blogspot terus pon ok juga. Adakah laman sosial ini membuatkan hidup kebanyakkan orang tidak menentu? Aih macam pernah dengar bait-bait iras ayat ini. Erm...

Tuesday, April 19

Agama : Aku Tidak Suka Menulis Mengenainya

Sejak akhir-akhir ini sibuk dengan urusan dunia. Banyak kerja nak di siapkan. Tekanan datang dalam pelbagai bentuk. Sibuk dengan study, dengan final exam yang mendatang, dengan kerja seharian, 'surat' sudah bertimbun tak di hantar malah lagi sibuk nak menyusukan anak. Ops! bab anak belum lagi. Eh, masih bujang ok.

Kembali kepada topik asal, kenapa aku jarang menulis entri yang bercorak keagamaan. Maksudnya menulis menggunakan hadis-hadis atau ayat-ayat Al-Quran dalam berhujah. Aku bukannya buta agama dan tidak pula hebat dalam soal agama. Masih banyak yang belum di pelajari. Cukuplah sekadar mengetahui dan dapat membezakan akan sesuatu perkara itu.

Kita hidup sebagai seorang manusia menyebarkan ilmu itu memang perkara yang di tuntut. Masalahnya ajaran itu jika kita pon masih belum mahir dan menguasainya sendiri takkan hendak mengajar orang lain pula?

Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. Alangkah nikmat dan lagi bagus kalau pergi tangkap ketam-ketam yang tengah berjalan itu buat sup. Lagi best. Perut pon kenyang.

Semakin menjadi trend bilamana berhujah semestinya ada ayat-ayat Al-Quran. Kalau memberi kritikan mesti ada hadis-hadis di selitkan. Memang bagus niat kamu. Teruskan juga usaha kamu.

Setiap orang atau sesiapa saja boleh tulis tentang ajaran agama Islam. Setiap orang ada hak dalam menyampaikan sesuatu. Bahkan orang dari agama lain pon sibuk mengkaji dan menulis perihal Islam.

Persoalannya adakah kamu pasti apa yang di tulis itu betul atau salah? Apa yang di 'copy paste' itu bersumberkan yang betul.

Sekarang ini banyak hadis-hadis palsu yang di sebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Cuba google kalau tak percaya. Dapatkah kamu membezakan yang mana palsu dan yang mana sahih? Yang mana betul, yang mana salah?

Jadi janganlah menulis jika ilmu belum penuh di dada. Memang tujuan sebenar kamu baik. Tapi berbaloikah jika apa yang di tulis itu salah? Di mana boleh membuatkan kamu sendiri malah orang lain yang tanpa usul periksa turut serta sesat bersama.


P/s : Berdiam diri itu adakala amat baik. Dari bercakap, menulis atau menyebarkan sesuatu yang dapat di ragui kesahihannya.

Kredit gambar : google

Wednesday, April 13

Sajak : Aku Seorang Yang Bodoh

Definisi Kamus DBP Edisi Ke-4 - Bodoh. sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol: ~ sangat budak ini; masa ~ Id a) tidak acuh, tidak menghiraukan: dlm hal ini kita tidak boleh bersikap masa ~; b) perkara awak (bukan soal saya): itu masa ~ awak; ~ alang agak bodoh; ~ sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak; ~ sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; sebodoh-bodoh bagaimana (betapa) bodoh sekalipun: ~ aku, rasanya aku tidak akan menyerah kalah dgn begitu sahaja; membodohkan 1. menjadikan bodoh, membiarkan bodoh: budak itu dibodohkan oleh emak tirinya dgn tidak memasukkannya ke sekolah; 2. menganggap bodoh; 3. mengakali, menipu: aku hendak tahu apa maksudmu ~ aku; kebodohan 1. perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan; 2. Jk kesalahan, kekeliruan; kebodoh-bodohan agak bodoh.


Aku seorang yang bodoh,
Sembilan bulan di dalam perut tanpa mengetahui apa-apa,
Akhirnya mengenali dunia tanpa mampu berkata-kata,
Hanya pandai merangkak dan menangis ada ketikanya.

Aku seorang yang bodoh,
Setiap hari aku ke sekolah,
'Iqra' 'iqra' 'iqra' belajar membaca seterusnya mengira,
Mengharapkan sesuatu bersinar di suatu masa nanti.

Aku seorang yang bodoh,
Menginjak dewasa dunia semakin berubah,
Dari situ aku kenal apa itu ekonomi, apa itu sosialiti, apa itu teknologi,
Tapi aku tidak mampu berbuat apa-apa.

Aku seorang yang bodoh,
Melihat sekeliling sambil terngiyang-ngiyang di fikiran,
Mengindahi apa itu The Imaginarium of Dr. Parnassus,
Bukan sebaliknya melewati ceritera Yusof Haslam.

Aku seorang yang bodoh,
Berbangga di lahirkan sedemikian rupa,
Kerana dari situlah aku berusaha belajar bagaimana untuk bergerak ke depan,
Bukannya berdamping dada dengan apa yang ada.

Siapakah bijak pandai?
Oh! Sahabat, musuh, kawan, saudara,
Tolonglah aku, ajarkanlah aku,
Tempelak pepatah, sunnatullah, teknologi, ilmu semesta masih banyak belum di amati.

Aku seorang yang bodoh,
Oh! Aku seorang yang bodoh.

Saturday, April 9

Bahasa : Kebanggaan Atau Kegagalan

Dalam penulisan pelbagai jenis bahasa di gunakan. Teutamanya di Malaysia kebanyakkan bahasa yang popular ialah bahasa Malaysia atau English. Setiap orang ada caranya tersendiri. Percayakah dari bahasa kadang-kadang kita dapat mengenali personaliti seseorang itu. Di dalam dunia maya bahasa memainkan peranan yang penting.

'Blog aku pasal personal/diari. So, suka hati akulah nak guna bahasa apapun'
'Aku tulis macam ini, at least ramai juga yang baca blog aku. Bukannya aku ada kacau periuk nasi kamu pon'
'Kalau guna bahasa rojak sekali pon bukannya ada orang kisah'
'Poyo gila tulis pakai bahasa baku. Tak cool langsung'

Semenjak kecil aku hanya di ajar satu bahasa iaitu bahasa Malaysia. Dari bayi, merangkak, berjalan seterusnya berlari dan berkomunikasi dengan kedua ibu bapa, itulah perkenalan bahasa pertama yang aku fahami. Menginjak besar sikit aku di ajar bahasa Inggeris dan sikit-sikir perkenalan bahasa Arab semasa di sekolah agama.

'Aku sukew kamu. Rasa rindew sangat nak jumpew kamu'
'Dish itch my sweetheart. I luv him sho much'

Semakin dewasa semakin banyak bahasa yang muncul. Dan tidak pasti dari manakah perkenalannya. Semakin kita dewasa, rupanya tahap pemikiran kita sudah tidak flexsibel. Kebanyakkan sudah malu untuk menggunakan bahasa ibunda sendiri. Bahasa yang di anggap kolot. Dan bahasa ibunda 'milenium' semakin di gemari.

Tidak salah untuk menggunakan bahasa apa sekalipun atau malu akan hakikat ini. Tapi biarlah jika tidak menghormati orang lain, sekurang-kurangnya silalah hormati bahasa itu sendiri.

Kenapa aku cakap begitu?

Sebenarnya dunia blog/maya banyak pengaruhnya. Jika kita hanya menulis dalam dialek bahasa percakapan seharian kita, bagaimanakah perspeksi bangsa lain akan bahasa ini jika membaca hasil penulisan kita? Tidakkah google translate sendiri pon pening untuk mengendalinya. Jika kita menggunakan bahasa asing pula biarlah betul ejaannya. Janganlah memandai menokok tambah.

'Dish ish itch ma sweetheart'. Pada asal maksudnya 'this is my sweetheart'. Tetapi kalau di eja macam itu kan dah lain maksudnya. 'This' maksudnya 'ini' dan 'dish' pula ialah 'sajian'. Bukankah suatu maksud yang jauh bezanya?

Bukan maksud aku kita semestinya menggunakan bahasa baku. Tapi biarlah menggunakan bahasa yang di fahami oleh kebanyakkan usia. Mungkin bagi remaja memahami apakah maksud kita sebenarnya. Bagaimana kalau andaian mak cik pak cik yang baca penulisan kita. Yang sejak zaman komunisme lagi sudah bangga menggunakan bahasa ini sendiri. Tapi kita yang hidup baru setahun jagung pandai-pandai mengubahnya.

Jika kamu baca artikel atau penulisan dalam bahasa Inggeris semestinya kamu akan faham maksud yang ingin di sampaikan. Ini kerana mereka menggunakan bahasa yang betul. Yang boleh di katakan bahasa baku. Andai bangsa lain yang baru muallaf belajar bahasa Malaysia adakah akan faham dengan bahasa 'milenium' kita ini? Tidakkah itu akan memeningkan lagi. Seperti peningnya memahami teori konspirasi.

P/s : Aku tidak sedikit pun langsung hairan kenapa kempen membaca, kempen cintailah bahasa kita, kempen-kempen alam sekitar, kempen-kempen keselamatan, kempen-kempen kesihatan atau kempen apa sekalipun di Malaysia selalunya gagal. Bahasa melambangkan bangsa. Kepoyoan melambangkan diri kamu sebenarnya.

Thursday, April 7

Konspirasi : Part 2 : Nuffnang Dan Advertlets

Ini merupakan entri sambungan daripada Konspirasi : Part 1: Nuffnang dan Adverlets. Sebelum ini aku banyak cerita mengenai apa itu pengiklanan dari perspektif bloggers. So, tak adil kalau hanya mendengar dari sebelah pihak saja. Kali ini aku nak selitkan perspektif sebagai pihak advertiser pula.

Aku telah menanyakan soalan kepada pihak Nuffnang apakah situasi sebenarnya yang berlaku. Di bawah ialah tiket yang aku berikan kepada Nuffnang.


Seperti biasa setiap soalan akan terjawab. Dan jawapan ini di beri oleh Teoh Xinxian salah seorang staff Nuffnang.


Jawapan yang di berikan cukup ringkas. Tidak seperti yang aku harapkan. Dan nada ayat yang di tuliskan memang terdapat sedikit kekecewaan. Adakah betul-betul ihklas atau hanya flirting semata-mata.

Pihak Nuffnang juga sendiri menyedari akan adanya blogger-blogger yang telah menarik diri menggunakan perkhidmatannya. Adakah betul ada sesuatu yang di sembunyikan? Seperti yang di provoke oleh sebilangan blogger sebelum ini?

Why so serious?

Bagi pandangan aku pula boleh di simpulkan mengenainya. Mari calculate teori konspirasi sedikit. Sekali sekala buat perkara bangang best juga. Chill babeh! Soalannya. Bagaimanakah kesudahan masalah ini? Apakah yang bloggers akan lakukan?



P/s : Konspirasi suatu yang memualkan. Oh! Dulu sibuk memuji. Selepas ini sibuk pula mencaci. Menjaja ke sana-sini. Yahoo! Beleive me.

Terima Kasih : Poco-poco : Akidah Aku Tergugat














Oh! Damn it. Lepas ini sudah tidak boleh menari poco-poco lagi. Layan dangdut mesti best. Dulu, sebelum ini Yoga juga pernah di haramkan untuk umat Islam.

Oh! Damn it. Terima surat rantai perkataan 'Salam, As-salam, A'kum' sudah tidak boleh di gunakan kerana membawa maksud makna tersirat.

Oh! Damn it. Sekarang ini bidang perniagaan MLM banyak peluang kekosongan. Ayuh. Para penganggur mari menyertainya.

Oh! Damn it. Orang memberi kita menerima. 'Pemberian' yang ikhlas amat di galakkan.

Oh! Damn it. Adakah permainan kesukaan aku akan menerima nasib yang sama? Jika di ikutkan dari sejarah perkenalan bolasepak terdapat was-wasnya.

P/s : My name is Rain. Ops! Silap. My name is 'Damn' and you as 'it'.  

Sumber artikel : kosmo

UEFA Champion League : Chelsea vs Manchester United



Perlawanan suku akhir pertama UEFA Champion League antara Chelsea bertemu Manchester United menyaksikan pertembungan antara dua kelab gergasi England, semalam.

Ini menyaksikan kekalahan Chelsea 0-1 terhadap Manchester United di tempat sendiri, Stamford Bridge. Perlawanan yang menarik di tunjukkan kedua-dua pasukan amat menghiburkan.

P/s : Oh! My sweetheart. Rooney I 'love' you.

Sumber : chelsea fc

Wednesday, April 6

Cinta : Usop Wilcha Bergaduh Dengan Gadis Comel

Sejak dua tiga hari kebelakangan ini baca blog saja, isu-isu sama di bincangkan. Belek-belek surat khabar, berita yang sama juga di paparkan. Apa yang menariknya. Apa yang seronok sebenarnya. Pelik juga. Hairan pon ada. Bosan-bosan. Confusing!

Tiba-tiba. Wow! Kelihatan bunga-bunga ros sedang berkembang mekar. Daripada tulip menjadi sekuntum bunga yang segar. Indahnya.  Alangkah bahagia kalau dapat petik sekuntum. Untuk di jadikan simpanan.

Shrikkk! Shrikkk! Panggg! Hoi apsal hentak pintu! Huh. Aku terjaga dari tidur. Sialan kamu. Nasib baik sempat temuramah. Habis feel aku nak menghayati mimpi indah tadi. Kacau daun betul.

Cinta. Apakah pandangan kamu terhadap istilah ini? Ok. Sila jawab dalam hati sambil tersenyum sendirian. Masa aku bermimpi tadi, semasa jalan-jalan di taman bunga, kelihatan sepasang couple sedang bertekak. Aku pon mendekatkan diri untuk tahu lebih lanjut permasalahannya.

Eh! Kalau tak silap, ini Usop Wilcha kan? So sweet. Suka dapat jumpa kamu. Apa masalah ni? Tak baik tau gaduh-gaduh. Sila goyang tangan macam saya. Soley…soley. Aku  mengalunkan tangan aku dengan lemah-gemalainya. Lantas dia tersenyum.

Akhirnya tiada kata sepakat juga di capai. Aku pening lalu meninggalkan mereka. Menghayati semula bunga ros yang sedang kembang mekar tadi.

Ini antara sedutan dialog yang aku sempat temuramah.

…rewind balik

Shrikkk! Shrikkk! Panggg! Hoi apsal hentak pintu! Huh. Aku terjaga dari tidur. Sialan kamu. Nasib baik sempat temuramah.

P/s : Sila baca dari bawah ke atas dengan menukar Usop Wilcha menjadi Gadis Comel dan vice-versa. Hayati watak sebaliknya. Cerita hanya rekaan semata-mata.

Konspirasi : Part 1 : Nuffnang Dan Advertlets

Masih ingat lagi sebelum ini konspirasi versi ABPBH? Ok. Kalau tak pernah baca silalah melawat dulu sebelum kita meneruskan ke bab yang seterusnya.

Iklan oh iklan. Kebanyakkan blogger pasti tahu apakah yang di maksudkan iklan di blog. Di mana banner iklan yang di letak di laman blog yang mana sedikit sebanyak untuk menjana pendapatan.

Pelbagai syarikat iklan yang ada dalam dunia maya ini. Sering di kenali Nuffnang, Advertlets, Innity, MangaAds dan etc. Cuma pilihan terletak pada empunya diri yang mana menjadi minat di hati. Selalunya boleh di lihat menjadi trend untuk mengiklankan dari syarikat pengiklanan tertentu saja.


Nuffnang bullshit, Advertlets butthurt. Celaka oh celaka!

Pasti kebanyakkan yang marah dengan kenyataan tu.  Ada yang bersetuju? Sudah pasti tidak. Apakah yang ingin di sampaikan? Sebenarnya, kedua-dua itu merupakan suatu medium syarikat pengiklanan yang popular. Kebanyakkan blogger newbie akan menggunakan perkhidmatan syarikat ini.

Apa yang bullshit, apa yang butthurt?

Aku mengambil contoh kedua-dua syarikat ini kerana sering menjadi pilihan blogger. Tip-tip, tutorial, asas-asas pengiklanan, bagaimana menjana pendapatan lebih, cara-cara buat widget itu dan ini sering di bincangkan. Tetapi kebanyakkannya hanya satu syarikat yang lebih menjadi perhatian, iaitu Nuffnang.

Awek cun sedang melintas di hadapan

Wow! Sungguh menarik. Cantik berseri-seri mukanya. Bestnya kalau dapat bercouple dengannya. Slrpp. Putih gebu, chubby, mantap dengan muka suci bersih. Owh ayunya. Indah betul anugerah ciptaan Tuhan. Menciptakan seorang yang sebegitu rupa. Mesti bahagia bila bersamanya. Mungkin.

Secara fizikalnya jika kamu minat akan sesuatu tentulah sukar untuk menerima sesuatu yang lain. Jika minat awek itu, takkan nak berdating dengan awek lain pula kan? Maka ketika saat itu semuanya indah belaka. Siapa bantah atau bangkang pasti akan menerima nasib dan akibatnya.

Dekat mana tadi? Dah lupa pula

Aiseh! Okey. Bosan la baca panjang-panjang. Mari kita main google-google pula, nak? Jom cari mangsanya. Siapa yang kena. Click! ‘Penipu, syarikat bohong, duit earning tak pernah bayar, dah tak boleh percaya. Oh butthurt! Damn it!’.  

Apakah ini? Musibah apa yang melanda. Semuanya hanya kata-kata cacian. Maki-memaki tidak menentu. Ya sudah jumpa. Rupa-rupanya itulah ‘mangsa’ yang di cari. Owh! Pesaing kepada Nuffnang, Adverlets. Menyesal main google-google.

Sambung balik

Seperti yang di katakan di awal tadi, kalau suka akan sesuatu pasti sukar untuk menerima yang lain. Selalunya semua pujian di lontar kepada sebelah pihak saja. Menjuri orang lain atau sesuatu secara membuta tuli. Tanpa usul periksa. Tanpa bukti yang kukuh.

Adakah terpengaruh dengan pujian orang ramai menyatakan syarikat itu terbaik, banyaknya pujian di terima, banyak entri-entri pasal syarikat itu di tulis?

Apa yang pergi, akan kembali semula

Baru-baru ini, kedengaran di kalangan beberapa blogger yang ‘top’ berpaling tadah terhadap Nuffnang. Apa yang di puji dulu hanya tinggal kata manis. Cuma tinggal kenangan. Semuanya tidak seindah dulu. Yang mana selalunya musim bunga setiap hari. Kini gurun sahara sahaja menanti. Aiseh sedihnya ayat.

‘Wow! Advertlets. Memang terbaiklah. Rugi tak join awal-awal. Advertlets tidak la sekejam yang di war-warkan. Jika tak bayar earning blogger pon bersebab. Bla…bla…blaa…’

Kamu suka di pengaruhi oleh orang lain tak?

Yahoo! Sekarang kan musim durian. Jom makan durian banyak-banyak nak? Kalau sesiapa termuntah dulu maka ‘tidaklah’ jawapannya. Kalau masih teguh berdiri maka itulah kamu yang sepatutnya. Be yourself. Ok cukup. Merepek memanjang.

Isu-isu mengenai blogger-blogger yang menukar syarikat pengiklanan itu atau ini, kepada syarikat yang lain bukanlah masalah utama. Tidak ada istilah berpaling tadah. Tidak ada istilah menjatuhkan reputasi syarikat tersebut atas dasar kekecewaan.

Sebenarnya mungkin atas sebab-sebab tertentu mereka berbuat demikian. Terjadinya perkara ini. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Tentulah kita perlu memilih yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Setiap sesuatu pasti ada keburukan dan kebaikan. Adat kehidupan. Kamulah yang perlu mengubahnya. Jika suka. Katakan suka. Tetapi jika tidak sependapat jangan sesekali menjatuhkan sesuatu tanpa alasan yang kukuh. Terimalah dengan hati terbuka.

Itulah sebenarnya nadi entri kali ini. Bukan pasal siapa bersalah, siapa betul, siapa hebat, siapa kuat, siapa terbaik, siapa harus bertanggungjawab, siapa penipu, tetapi, siapakah kamu sebenarnya? 

Bersambung…


Monday, April 4

Konspirasi : Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Eh! Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Ada ke konspirasi? Ok. Apa-apa aje.

Sebelum ini kamu mesti pernah terbaca pasal teori-teori yang merujuk bencana Tsunami yang berlaku di Jepun. Teori-teori menggunakan pelbagai hadis yang di ibaratkan dengan kebetulan atau kebenaran di dalam Al-Quran di 'buktikan'.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru saja berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland semalam. Oleh sebab itu, setelah di kaji, terbukti terdapat konspirasi berlaku. Tidak percaya? Apa kata mari kita buktikan kebenarannya. Terdapat konspirasi Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk edisi yang ke-24.

Soalan. Buktikan bahawa terdapat kospirasi untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke-24?

Penyelesaian. Bahan yang di perlukan. Prinsip Double Integral (kamiran). Mari kita teruskan.

Ya. Terbukti ada konspirasi! Sepatutnya. Percaya tak?

Berbalik kepada kebenarannya,. di bawah di senaraikan keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kali ini. Tahniah di ucapkan kepada artis yang menang.

-Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Haji Nawawi
-Anugerah Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
-Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
-Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
-Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – 6ixth Sense
-Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
-Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah
-Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
-Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali
-Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
-Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
-Artis Nasyid Popular – Rabbani
-Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
-Penyanyi Wanita Popular – Yuna
-Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
-Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
-Augerah Pencapaian Sepajang Hayat – Dato’ Rosnani Jamil
-Bintang Paling Popular ABPBH – Shaheizy Sam

P/s : Tidak banyak bezanya keputusan dari tahun lepas.

Isyarat Tangan : Di Sebalik Kaitannya Antara Mesir, Libya dan Malaysia

Selepas kejayaan krisis di Mesir di mana tumbangnya Hosni Mubarak, kita di kejutkan pula dengan apa yang berlaku di Libya sekarang ini. Konfrontasi untuk menyingkirkan pemimpinnya Muammar Gaddafi.

Di Malaysia sendiri kita tidak terkecuali dengan pelbagai provokasi. Adeh! Masalah-masalah. Ini mesti kerja orang-orang Freemason dan Illuminiti untuk mengawal kita.

Apa kaitan semua ini? Jom belajar isyarat tangan dahulu.

Di Mesir dan Libya genjatan senjata berlaku. Keganasan menyebabkan banyak pertumpahan darah di merata-rata tempat. Senjata-senjata di gunakan sebagai tanda protes.
Di Malaysia yang aman semuanya nampak normal. Seperti tidak ada apa yang berlaku. Tetapi di sebaliknya banyak provokasi berlaku. Pelbagai cara komunikasi yang di serapkan secara tidak sedar di gunakan untuk mempengaruhi kita. 

P/s: Jadi, mari kita sama-sama belajar cara 'isyarat tangan' Geek berkomunikasi. Tinggalkan Don Barzini punya style. Bagi yang tengah pening-pening lalat, buat-buat faham saja. Kalau malas faham, sila belajar isyarat tangan orang bisu ok :) Postoranzaa... 

Kredit gambar : thebizzare

Saturday, April 2

Ayat Aku Lagi STYLO!


Yeah! Baca tajuk pon mesti terpegun kan. Apa yang stylo? Ok sebenarnya akibat bosan yang teramat aku terklik blog abangzam secara tak sengaja. Dia ada anjurkan satu contest. Agak menarik. Akibat dan di sebabkan itu jugalah aku terpikat untuk join.

Al-kisah beribu-ribu tahun sebelum masihi sehinggalah sekarang...



Tamatlah sudah.

Friday, April 1

April Fool : Siapa Bodoh Sebenarnya

Seperti kebiasaan jika ada hari peringatan akan sesuatu kita tidak terkecuali menyambutnya. Lumrah dan kebiasaan kita seringkali lupa di mana sebenarnya dunia nyata kita.

Siapa peduli semua itu. Yang penting seronok, seronok dan seronok. April Fool. Yahoo! Seperti kebiasaan setiap tahun pelbagai nasihat, peringatan, mitos, dongengan ataupun fakta terpampang di dada akhbar dan tak terkecuali dalam dunia maya blog. Bosan kan? Benda yang sama di ulang cerita.

Di manakah kamu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...