Wednesday, February 9

Theory Conspiracy : Freemason and Illuminity



Teori Konspirasi

Teori yang di ciptakan berdasarkan sebab berlakunya sesuatu kejadian. Bersumberkan daripada ramalan, andaian, pengalaman dan pemikiran logik manusia.

Contoh teori-teori konspirasi seperti pembunuhan John F.Kennedy, New World Order, Peristiwa 9/11 dan jika di Malaysia yang hangat di perkatakan seperti Anugerah Juara Lagu 24 (AJL) dan iklan untuk Hari Krismas di TV3.

Perkembangan teori-teori konspirasi amat meluas dan berkadaran linear dengan agenda Freemason dan Illuminity yang berkonsepkan di luar aspek pemikiran manusia normal.

Apakah Freemason dan Iluminiti?

Secara mudahnya pertubuhan bersaudara yang wujud berabad lamanya dan di anggotai berjuta-juta orang di seluruh dunia. Motifnya menyebarkan penolakan akan kewujudan dan keIlahian Tuhan.

'ORANG YANG CIPTA TEORI KONSPIRASI ADALAH PENIPU DAN 
ORANG YANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI ADALAH BODOH'

Di petik dari wordpress SuhaimiRamly mengenai pendapatnya yang agak menarik. Apakah reaksi pertama kamu setelah baca petikan di atas? Bagi aku, aku tidak menerima ataupun menolak segala yang di tuliskan dan tidak pula memihak kepada mana-mana pihak.

Aku tertarik dengan caranya berfikir. Mungkin ramai yang menyangka dia seorang yang Freemason atau Illuminity kerana cara penerangannya lebih ke arah itu. Tetapi jika di kaji balik, pendapatnya ada yang berdasarkan fakta. Dan mungkin juga fakta-fakta yang sesetengah orang terlepas pandang.

Entri kali ini bukan untuk fokuskan kepada segala macam konspirasi itu, ini atau apakah, siapakah, dan kenapakah semua ini berlaku. Tetapi jika kamu baca blog tersebut dan perasan berapa banyaknya komen yang di hantar dan berapa ramainya komentar-komentar yang bertauliah.

Kenapa aku cakap begitu?

Orang lain boleh buat teori-teori aku pon nak mencelah juga. Dan konspirasinya aku lebih tertarik ke arah pengomen-pengomen yang memberi ulasan.

1. Lahirnya Mufti-mufti Express



Jika di perhatikan dalam mana-mana blog sekalipun pasti ada satu golongan di mana kononnya bercakap berdasarkan fakta. Hakikatnya, ulasan yang di beri tidak membina langsung. Memang bagus mengajak orang untuk beramal. Cuma caranya tidak betul dalam kontek dunia moden.

Perlukah untuk mengkaji Al-Quran? Ya. Memang perlu bagi seorang yang mampu dan berfikiran cerdas. Kita di ciptakan masing-masing tidak sempurna. Ada yang genius, ada yang cepat pikap, ada yang bebal, ada yang bengap, ada yang kurang upaya, etc.

So, kalau yang sejak azali berada dalam ketidaksempunaan adakah masih perlu mengkaji? Sebab itulah rukun iman percaya kepada kitab. Bukannya mengkaji kitab. Kita perlu percaya akan kewujudan serta baca dan fahaminya.

Dan dari situlah kita memerlukan akal yang logik dan waras. Kalau orang gila kita suruh kaji sesuatu tentulah resultnya semua orang ketahui.


Kajian-kajian sains itu bukan bersumberkan Al-Quran kah?

Alley berkata: 'Sam jangan berdiri semasa naik bus, bahaya!'. Kenapa?

Sebabnya apabila bas bergerak tarikan graviti akan berkurang, maka keseimbangan kita serta bas akan berkurang dan boleh menyebabkan kita terjatuh dan bas terbalik. Dalam kes ini perlukah kita mengeluarkan hadis-hadis dan dalil-dalil dalam berkomunikasi? Sesungguhnya apabila kamu berdiri...bla...bla..bla. Ini kan hukum fizik namanya. Subjek form 3 beb!

'Kaum yahudi dan nasrani xkan redho dengaan orang islam selagi tak ikot telunjuk dorang'. Kamu sendiri telah menjawabnya. Memang kamu sudah membuktikannya. Dengan kamu sendiri melakukannya melalui mempercayai apa itu teori kospirasi. Syabas!

2. Wujudnya Kesatria The Great




Apa ini main control-control. Tak aci la. Adeh! Siapakah Yahudi untuk mengontrol orang lain. Kenapa  mesti takut dengan dia? Dia pon orang. Makan, minum, tidur dan akan mati juga. Sebenarnya kamu yang takut bayang-bayang sendiri. Kamu yang buat diri kamu di control. Faham tak?

Ok. Secara mudah contoh tanpa prejudisnya. Rancangan hiburan Akademi Fantasi di tubuhkan. Tetapi cuba kamu lihat siapakah pula pengundi-pengundi, penyokong, memberi galakan dan dana untuk menjayakan program itu? Majoritinya orang seagama dengan aku.

Di mana pula istilah orang lain yang mencontrol kita? Bukankah itu kerelaan namanya. Dah kita bagi peluang tentulah ada orang yang memanipulasikannya. Jadi perlukah kita menyalahkan bangsa lain? Hakikat sebenar siapa yang salah?

3. Pengkritik Profesional



Sesuka hati mengata orang lain bodoh. Adakah kerana orang lain tidak sependapat dengan kamu, kamu terus melabelkannya sebagai bodoh? Kemana hilangnya kewarasan akal yang di anugerahkan.

Mungkin kamu ini seorang yang nartistik seperti apa yang aku katakan seperti entri sebelum ini. Mungkin kamu mempunyai IQ yang melebihi 140 tapi sayang kamu tidak menggunakan sebaiknya.

4. Guru Sandaran




Patutlah pendidikan di negara kita semakin pincang. Mungkinkah kerana di sebabkan banyaknya guru-guru sandaran seperti ini yang wujud? TART - memamah perempuan jalang bersalut jem. Sudah la bagi komen ayat tergantung. Meh sini nak perbetulkan.

Kalau ada TART mesti ada ROTI. Baru best! ROTI - Role of Technics Irregular. Tengok! kan senang. Makan TART dengan ROTI atau dengan kata lain 'mamah perempuan jalang pastu buat projek guna teknik yang luar biasa. Perghh...sempoi!

Banyak lagi komen-komen yang aku tergelak nak baca dan ulaskan. Kalau ada masa kamu troll sendiri dekat wordpress SuhaimiRamly. Seperti yang aku kata di awal entri tadi aku tidak memihak kepada sesiapa. Cuma yang di tekankan di sini bagaimana cara kamu memberi pendapat akan sesuatu.

Secara rasional, emosi atau hanya membuta tuli menulis. Sebab itulah ilmu itu perlu.

Pendapat aku pasal teori konspirasi, freemasoon dan illuminity ini, kepada yang fanatik melampau janganlah sampai menidakkan kebenaran. Yang betul kita perbetulkan. Yang salah tetap salah.

Kesimpulannya, bila ingin berkata sesuatu berfikirlah dahulu. No one is perfect! Postoranzaa...

6 surat:

antudegil said... [Reply]

manusia bebal lagi rendah pemikiran ditambah tak mahu menerima pandangan orang lain memang cengitu. payah nak bentuk dah.

Pergi Haji Guna Wang Kertas Haram, Lebih Keji Dari Babi?

atie said... [Reply]

erm..tak ingt sama ada baca atau saya dengar..pendapat yg hanya mengikut dasar logik sangat tidak digalakkan dalam Islam..jangan menggantikan logik utk bercakap tentang Islam..logik dr akal boleh mengatasi hukum Agama yg sebenar..

Lovesucks said... [Reply]

Dalam banyak2 tu, cuma satu je yang aku paling menyirap iaitu komen yang dilahirkan dari orang yang rasa diri dia ustard dan ustardzah...allergic sungguh aku dengan mereka.

Berkaitan dgn topik ni plak, diorang ni cakap je prong prang prong prang...padahal diorang sendiri pun dalam the system gak.. muahahahah!

Pedulikanlah teori tu berasas atau tak, kalau kita hidup dengan guidance yang dah termaktub dalam 'buku manual' kita, insyaallah selamat.. :P

Sam Posmen said... [Reply]

antudegil: sebab itulah ramai tak boleh nak move forward. pandangan orang lain tidak dapat di terima. kita tidak semestinya betul.

ada ketika kita tetap buat salah. yang penting jangan angkuh dengan diri sendiri.

atie: yup. betul atie. masalahnya bagaimana pula yang tidak berdasarkan logik akal tapi kononnya memetik hadis itu ini tanpa dia sendiri memahaminya? asalkan ada bunyi islamik sikit go on je.

lovesucks: sebab itulah aku kata aku tak memihak kepada sesiapa. apa yang seseorang kata tidak semuanya betul. terpulanglah kepada nilai sendiri. pendapat orang lain kita kenalah hargai. lain orang lain caranya. tak payah la nak pening-pening dok bergaduh.

tapi bagi case aku, aku peningkan kepala juga sebab banyak sangat yang tak faham bahasa. aku cuba terangkan semudah mungkin.

Anonymous said... [Reply]

teori illuminati n freemason for me is just food for thought. nak pecaya ok, xnak pon xpe. kite pon xtau what's happening around rite. just food for thought je la bile tgk kt youtube the arrivals tu. psl knights of templar tu aku ade tgk discovery channel, mmg dieorg tu dah sesat from christian n siap documented lagi, cerca tuhan bile to be accepted inside the organization. dieorg ni mmg btol2 baik dlu la (christian point of view ok, based kt discovery channel), but then their power is too much n wealthy pulak tu, n by time dah sesat. some say they find a black magic book inside kuil nabi sulaiman,n sembah the devil food for thought jgk la.

Ahmad Arba'in Ali said... [Reply]

kqamu tidak menyebelahi mana-mana. seburuk-buruk mereka yang kamu petik komen dan analisa itu,mereka mempunyai penderian sebelah mana mereka berada. hakikatnya kamu yang berdiri diatas pagar,kerana tidak tahu tanah kiri atau kanan mana yang kamu akan boleh pijak. kerana kamu tidak tahu apa kebenarannya selain tahu menilai penderian org lain. maaf.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...