Semasa menunggu majlis bermula tadi, aku curi-curi dengar perbualan dua orang pakcik di sebelah. 'Tak baca paper ke hari ini? Najib keluarkan statement entah apa-apa. Banyak orang tak puas hati.' Aku bingung sekejap.
Sampai di rumah terus aku on laptop mencari apa yang di dengar tadi. Dan hasilnya terjumpa petikan artikel dekat paper Utusan Malaysia.
Persoalannya perlukah seorang Perdana Menteri mengeluarkan statement begini? Adakah kerana politik, soal agama di permainkan?
Tidak memihak kepada sesiapa. Ini mungkin isu yang sensitif. Tapi pada pendapat aku sebagai seorang PM beliau tidak wajar mengeluarkan statement sebegitu.
Kelantan memang terbukti akan kemunduran pembangunannya. Semenjak dari dulu tidak ada perbezaan yang ketara dari struktur kemajuan. Melainkan masyarakatnya yang berhijrah keluar dari kelantan ke negeri lain mencari kemajuan.
Di mana melalui aspek yang berbeza dapat di lihat terbukti majunya rakyatnya melalui ekonomi dengan kewujudan dan pembukaan kedai makan yang bersepah di mana saja, dari aspek sosial tingkatnya racism seperti di universiti, dari segi budaya ramainya yang mengalami kejutan budaya dan dari intelektual seks bebas memang tip top di praktikkan.
Sungguhpun begitu, isu masjid tidak perlu di jadikan modal untuk memburukkan mana-mana orang atau parti politik lain. Apa gunanya masjid di bina dengan banyaknya dan tersengam indah. Tetapi pengisiannya kosong. Bila tiba waktu solat hanya beberapa saf saja yang penuh.
Apakah tujuan utama sebuah masjid? Dari dulu masjid merupakan tempat perkembangan, pengumpulan dan perbincangan ilmu-ilmu agama.
Sekarang masjid lebih terarah kepada pelancongan dan pameran semata-mata. Sebagai contoh Masjid Putrajaya dan Masjid Kristal. Orang ramai lebih membanggakan kesenian dan senibinanya bukannya untuk memeriahkan masjid dengan amal ibadat.
Sepatutnya kita bersatu-padu dalam isu ini. Bukannya saling tuding jari sesama agama sendiri. Mempertikaikan perkara yang tidak sepatunya berlaku.
P/s : Semalam aku dapat text dari sorang member. 'Oit! Jangan keluar KL malam ni dan pakai baju oren tau sebab polis banyak buat roadblock - Hindraf.' LOL
Tweet
1 surat:
setuju sangat2....bkan ke lebih indah jika masjid dpenuhi dgn org2 yg sntiasa bribadah mengingati tuhan dan dpenuhi dgn aktiviti2 yg mulia....ada ape dgn name hingga msjid dbina dgn pelbagai seni tp hati penghuninya kosong dan mlupakan tuhan...!!!renung2kanlah
Post a Comment