Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, May 17

P.O.S - Perspektif : Bagus Sangatkah Mereka?

Perspektif

"Ada dua orang sahabat karib. Mereka masih belajar. Tapi dalam kos berlainan. Sorang ambil akaun dan sorang lagi engineering. Pada cuti semester, mereka pergi berkhemah di hutan. 

Tiba je di hutan yang tak jauh dari perkampungan orang asli, segala persediaan di siapkan. Sorang dirikan khemah, sorang lagi buat unggun api. Sorang siapkan makanan, sorang lagi tolong-tolong apa yang patut. Begitulah seterusnya.

Malam menjelma. Dua sahabat kepenatan. Mereka pun masuk tidur di temani bunyian unggas dan cengkerik. Sedang nyenyak tidur tiba-tiba..."

Budak Eng. : Bangun! bangun! Tengok. Apa yang kamu nampak?
Budak Akaun : Hah! Aku nampak bintang.
Budak Eng. : Bintang?
Budak Akaun : Ha'a. Banyak bintang malam ni. Tak terkira. Patut cerah semacam je.
Budak Eng. : Oh!
Budak Akaun : Apsal? Kamu nampak apa?
Budak Eng. : Beb, khemah kita dah hilang.


Apa yang kamu dapat dari cerita di atas? Siapa yang bodoh dan siapakah yang pandai? Siapakah yang mungkin betul? 

Sebenarnya kedua-dua mereka adalah betul. Cuma cara jawapan dan pemikiran mereka saja berbeza. Perspektif pasal sesuatu perkara tak sama.

Bagi si budak akaun, jawapan berdasarkan apa yang dia faham dan lihat. Mungkin pengaruh dari apa yang dia belajar di tempat pengajian menjadi faktor. Di mana lebih ke arah mengira nombor. 

Sama juga seperti  si budak engineering. Untuk selesai sesuatu masalah kena ada perincian dan imaginasi. Tak boleh straight to the point terus dapat jawapan. So, jawapan mereka tentulah berbeza kerana pemahaman mereka juga lain. 

Dalam bab politik pun sama. Si Parti A akan memenangkan apa yang di kata, manakala si Parti B akan mempertahankan pendapat mereka. Itu tak termasuk lagi si Parti B, Parti C dan semacam lagi. 

Padahal kesemuanya mungkin betul. Tapi bergantung kepada sesuatu keadaan. Kerana pemahaman setiap orang lain-lain. Cuma apa yang di perlukan ialah mencari pendapat dan cara paling relevan untuk masalah tersebut. 

Sebagai contoh, apakah pendapat kamu. Adakah perlu perhimpunan Bersih? Adakah wajar 'tarian punggung' askar pencen sebagai protes? Adakah boleh mempergunakan student IPTA untuk agenda parti tertentu? 

Dalam dunia hiburan, sebagai contoh isu artis Fasha Sandha yang hangat sekarang. Di beritakan sedang hamil. Baru beberapa minggu sudah lekat kandungan. Akhirnya peminat, haters dan orang ramai memberi pendapat. Ada yang suka, ada yang mencemuh, ada yang keluarkan fitnah dan segala macam lagi. 

Kalau ikut logik siapakah yang salah? Jawapannya takde siapa yang salah. Fasha Sandha betul bagi pihak dia dan orang lain pun ada benar dari pendapatnya. 

Sepatutnya kenyataan Fasha Sandha di terima pakai. Kerana dia empunya badan. Dia yang tahu hal sebenar. Tapi mungkin tidak. Kerana dia telah mencetuskan persoalan dan tanda tanya kepada orang ramai. Bukankah lebih baik diam saja. Kemudian cari tarikh yang sesuai untuk umumkan. Betulkah?

Dalam bab agama pun begitu. Sekarang ramai sangat yang guna hadis dalam berhujah. Terbaru seperti kes Edwards Martin Jesus yang meroyan nak bunuh diri. Bagi yang tak tau mungkin boleh cuba google cerita ini. Sebenarnya sebelum ni pun banyak berlaku kes seperti ini. 

Cuma kekadang kita terlalu mengelabah. Benda yang tak tau dari mana asal usul, adakah benar, adakah sahih berita tersebut, pastu senang-senang jatuh hukum. Apakah betul pendapat mereka iaitu orang yang mencemuh dan mengguna segala hadis, yang menyatakan itu ini betul dan tak betullah kepada si Edwards Martin Jesus? 

Mungkin bagus jika untuk menegur. Tapi bagaimana perspektif orang agama lain kepada agama Islam umumya cara peneguran tersebut? Fikirkan balik.

Semuanya berkaitan pendapat. Setiap orang ada cara pemikiran dan pengaruh tersendiri. Sama ada melalui pembacaaan, pemahaman, penglihatan takpun pengalamannya. Semuanya betul. Tak salah. Tapi mungkin kurang sesuai di gunakan untuk sesuatu keadaan. 

Dari situ pendapat dan pemikiran orang lain perlu di guna pakai. Kamu perlu untuk beralah. Dan ianya bukan bermakna kamu yang salah.

Misalannya, bagi kes dua sahabat berkhemah di atas, jawapan si budak engineering perlu di gunapakai. Kerana waktu itu mereka sedang berkhemah. Dah nama pun berkhemah, khemah perlu untuk berteduh. Sama ada dari hujan atau kesejukan malam. Manakala bintang tak ada kena mengena pun. Bukankah soal khemah perlu di persoalkan bukannya bintang?



P/s : Konflik perbezaan perspektif adalah lumrah. Tanpanya tak best rasanya dunia ini. Peace yawww!



Wednesday, April 20

Email 1Malaysia : RM 50 Juta Celah Gigi Saja

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada menjelaskan usaha kerajaan melalui Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). 

Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan di berikan email percuma sebagai salah satu medium untuk melancarkan proses komunikasi antara rakyat dan kerajaan.

Projek email 1Malaysia ini bakal di lancarkan oleh Syarikat Tricubes Bhd yang di kategorikan dan berstatus GN3 company di Bursa Malaysia

Secara mudahnya GN3 merujuk kepada syarikat yang amat bermasalah dalam penstrukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikatnya. Untuk pemahaman yang lebih mudah syarikat yang berkemungkinan hampir muflis. Ini isu orang ekonomi. Maaf.

Berbaloikah projek bernilai RM 50 juta ini untuk pembangunan rakyat? Apakah kesannya pada masa panjang. Apakah motif sebenarnya projek ini di tubuhkan? Siapakah golongan sebenar yang di sasarkan 
atau terdapat sesuatu yang di sembunyikan untuk mengaburi tahap pemikiran rakyat? Ini isu orang politik. Maaf.

Jika di teliti di sebalik orang kuat Tricubes ini, majoritinya adalah orang Melayu sendiri. Adakah jumlah dana yang di maksudkan  ini berpatutan dengan laman web yang di bangunkan. Duit siapakah yang akan di gunakan? Adakah bersumberkan dermawan para rakyat sekalian. Seperti kebiasaan adakah terdapat korupsi yang bakal, sedang atau telah berlaku? Ini isu persoalan orang beragama. Maaf.


Isu seorang pemimpin

1. Tujuan email 1Malaysia di lancarkan untuk memberi rakyat mengenali apa itu teknologi berkadaran dengan istilah Negara bergerak ke arah kemajuan. Dalam kontek ini, Pak Abu jual sireh, Mak Minah jual karipap atau Cik Enon sekalipun akan dapat email ini, sekaligus secara automatiknya membuatkan rakyat Malaysia celik IT. 

2. Rakyat Melayu semakin jauh ketinggalan. Oleh itu, projek ini di berikan kepada Syarikat Meleis untuk menolong dan memajukan bangsa kita sendiri. Tiada istilah politik atau mementingkan diri. Ini untuk mengajar rakyat mempunyai bisnes sendiri, bisnes yang majoritinya jarang melibatkan diri. 

Kita sebagai rakyat septutnya perlu berbangga. Sekurang-kurangnya ada di antara kita yang berkebolehan dalam menguruskan semua ini. Janganlah memikirkan politik semata-mata. Kita hidup perlu bersatu-padu. 1Malaysia. 

3. Kita perlu bersyukur. Di Malaysia sendiri akses internet boleh dapat dan di perolehi dengan mudah. Dalam usaha untuk maju bergerak ke depan kita perlu berfikiran jauh. Memandang sesuatu dengan serius. 

Kita perlu membandingkan kemajuan kita dengan negara-negara seperti Uganda, Nigeria mahupun Mongolia. Cuma dalam istilah lain Venezuela di kecualikan dalam isu minyak. Oleh itu, email satu Malaysia ini sangat bagus dalam usaha memupuk semangat ukhwah antara kita.


Isu seorang rakyat Marheim

1. Perlukan semua rakyat di berikan email percuma? Sekarang ini pelbagai jenis email berlambak boleh di daftar secara percuma dan dengan servis yang lebih baik dan berkapisiti data yang cukup besar. Dalam urusan seharian bekerja terdapat pula Microsolf Outlook yang di guna pakai.

Secara hitam putihnya, Tricubes akan mewujudkan myemail yang mana berurusan dan bekerjasama dengan Microsoft dalam proses pembinaannya. Jadi apakah perbezaan ketara yang boleh di lihat atau kelebihan myemail ini dengan email seharian yang kita gunakan sekarang ini? 

Hanya bersumberkan platfom yang sama. Mungkin orang yang mengendalinya saja yang berbeza. Kalau tiada myemail pon urusan rasmi sekarang ini tetap berlangsung dengan biasa. Tiada masalah yang berbangkit rasanya.

2. Privacy. Bagi aku dalam kamus dunia maya, dunia online mahupun dunia internet tiada istilah apa itu privacy (sulit). Semua maklumat boleh di akses jika kena gayanya. Adakah ini merupakan suatu propaganda untuk kepentingan sesebuah pihak saja atau untuk kepentingan sesetengah individu. Jika betul di manakah hak kita sebagai seorang rakyat? 

Sebelum ini sudah ada konflik yang terterbit berlaku pada festival Tahun Baru Cina yang lepas. Di mana Datuk Seri Najib telah menafikan melanggar privacy rakyat Malaysia. Jadi, tidak cukupkah lagi dengan segala data peribadi kita yang di salah gunakan oleh syarikat telekomunikasi, sesetengah individu yang bekerja di bank malah individu yang di tugas bertanggungjawab menyimpan semua maklumat di sebarkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan.

3. Komunikasi. Jika bercakap pasal komunikasi tentulah ia melibatkan sesuatu medium yang di gunakan dalam proses itu sendiri. Bagi kes ini sistem kemudahan infrastruktur untuk menilai kejayaan komunikasi itu sendiri merupakan sesuatu yang penting.

Kerajaan sepatutnya memikirkan bagaimana untuk memajukan perkhidmatan internet di Malaysia. Bagaimana untuk meluaskan akses internet ke kawasan pedalaman. Untuk mendidik semua rakyat menggunakannya. Bukan penyelesaiannya memberi email percuma kepada rakyat. 

Masyarakat di kawasan terpencil bukanlah memerlukan email tetapi lebih kepada akses internet. Dari situ proses komunikasi dapat berlaku secara efektif. Ada email, akses internet tiada ada gunakah? 

Alangkah bagus kalau dana RM 50 juta itu di tumpukan untuk menaik taraf dan pengurangan kos operasi akses internet itu sendiri di Malaysia. 

Sekaligus ini dapat mengurangkan kos pembayaran yang rakyat perlu bayar. Jika hendak di ikutkan akses internet di Malaysia di bandingkan dengan penggunaan data dan harga masih lagi pada tahap yang mahal atau mampu di miliki berbanding negara maju yang lain.


P/s : Perlu atau tidak email ini? Erm...sesiapa nak pergi makan? Jom! Aku belanja.

Picture : google

Thursday, April 7

Terima Kasih : Poco-poco : Akidah Aku Tergugat














Oh! Damn it. Lepas ini sudah tidak boleh menari poco-poco lagi. Layan dangdut mesti best. Dulu, sebelum ini Yoga juga pernah di haramkan untuk umat Islam.

Oh! Damn it. Terima surat rantai perkataan 'Salam, As-salam, A'kum' sudah tidak boleh di gunakan kerana membawa maksud makna tersirat.

Oh! Damn it. Sekarang ini bidang perniagaan MLM banyak peluang kekosongan. Ayuh. Para penganggur mari menyertainya.

Oh! Damn it. Orang memberi kita menerima. 'Pemberian' yang ikhlas amat di galakkan.

Oh! Damn it. Adakah permainan kesukaan aku akan menerima nasib yang sama? Jika di ikutkan dari sejarah perkenalan bolasepak terdapat was-wasnya.

P/s : My name is Rain. Ops! Silap. My name is 'Damn' and you as 'it'.  

Sumber artikel : kosmo

Wednesday, March 30

Tun Dr. Mahathir : Akan di Bunuh Jika...

Siapa tidak kenal dengan Tun Dr. Mahathir. Seorang yang lantang bersuara. Jika kamu bersetuju beliau juga seorang yang berfikiran jauh. Pemikiran yang rasanya jarang ada pada pemimpin lain. Banyak pembangunan di kecapi negara semenjak pemerintahannya.

Dr. Mahathir akan di bunuh? Oh! Tidak. Jawapannya jom layan video di bawah ini dulu.



Imran Hosein juga merupakan tokoh yang sangat terkenal dalam dunia politik dan ekonomi terutama berkaitan Islam.

Kenapa dinar emas telah di perkenalkan di Kelantan. Apakah yang kamu faham?

Saturday, March 5

Minyak : Jimat Guna Ubat Gegat

Sebelum ini aku ada post pasal harga minyak naik. Yahoo! Kenaikan ini kebanyakkan menggembirakan rakyat. Rakyat Malaysia memang prihatin dan dapat menerima dengan hati senang gumbira dan berlapang dada. Perkara seperti inilah yang perlu kita banggakan.

Negara maju mestilah segalanya perlu mengikut keadaan semasa. Tidak perlu seperti gelombang sinusoidal yang hanya membuang masa. Kita seharusnya bergerak tangkas dan pantas secara linear.

Untuk mencapai target yang di tetapkan untuk 5 tahun akan datang semua barang perlu di naikkan barulah taraf hidup rakyat meningkat. Semua orang akan dapat mengecapinya.

Janganlah kita mengikut para Ilmuwan. Itu semua omongan kosong. Kita perlu bergerak maju ke depan seperti pemikiran Ahmad Albab. Barulah minda kita dapat berkembang.

Surat Berantai

Semenjak zaman sekolah lagi aku sering menerima surat berantai. Bila saja dapat aku akan happy seharian. Perasaan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata. Speechless! Tergesa-gesa aku akan pergi ke kedai Pak Lan untuk membuat salinan. 'Sila buat 20 salinan dan edarkan kepada kenalan rapat...bla...bla...'  'Penjaga pintu Ka'abah telah bermimpi bertemu...bla...bla...jika mahu hidup kamu di berkati dan mendapat hidayah sila sebarkan kepada orang lain.' Selalunya aku akan buat salinan lebih dari jumlah yang di tuliskan. Terasa rugi kalau buat sikit-sikit dan melepaskan peluang keemasan ni. 

Semakin aku dewasa semakin kurang aku dapat surat berantai. Sedih rasanya. Keciwa pon ada. Akhirnya perasaan aku kembali ceria. Bila buka email penuh inbox surat yang aku nanti-nantikan selama ini. Bila buka facebook wall aku penuh dengan nota-nota yang di poskan. Tidak kurang ada yang tag gambar. Bila blogging banyak entri-entri menarik mengenai ini. Double-triple aku happy melonjak kegembiraan. Terasa bangga sangat. Apa barang buat hard copy, sekarang zaman elektronik kena la ikut perkembangan.

Buat apa menderma, buat amal kebajikan. Duit je yang banyak di keluarkan dan di habiskan. Ayuh! Baik duduk rumah sambil bersantai makan kuaci. Tekan butang sent semua orang dapat info. Kan senang. Hidup pon senang. Pahala pon banyak dapat. Tak perlu bersusah-susah. C'mon! Jangan paranoid. 

Tadi aku ada blogwalking. Pergi dekat dashboard pastu main klik-klik kat senarai bawah terjumpa satu blog ini. Info yang di tunggu oleh setiap orang. Hidup dah kaya raya mestilah kena kedekut. Baru dapat rahmat. Ilmu yang ada mesti di kongsikan. Jangan di biar berkarat dalam hard disk.

klik gambar untuk boost turbo



Meh sini nak terang bagi jelas. Ubat gegat merupakan sebatian kimia yang mengandungi unsur-unsur elektron-elektron negatif yang dapat mempertingkatkan pembakaran petrol di dalam engin. 

Jika kamu letak ubat gegat dalam tangki yang penuh dengan petrol perlulah di tutup cepat-cepat kerana ubat gegat merupakan suatu unsur yang sangat senstif dan aktif. Tenaga yang di hasilkan daripada tindakbalas kimia bersamaan dengan 1/237 tenaga daripada sumber nuklear. 

Oleh itu, kamu juga perlu bertindak aktif supaya tidak mendapat radiasi hasil pembebasan gas dari neutron proton yang terkandung dalam naftalena di dalam ubat gegat. Manusia bersifat lalai, so kalau kamu terlupa dan mengambil masa untuk menutup tangki minyak jangan risau jika terkena radiasi. 

Ini kerana kajian membuktikan ia dapat di elak jika kamu mengambil lipas-lipas atau serangga yang mampus hasil terhidu ubat gegat dengan cara di syorkan. Di mana tumbuk lumat-lumat (bukan di kisar) dan tapis jus yang di rembeskan, di minum sebelum kamu masuk tidur. 

Ini kerana apabila malam badan kurang aktiviti pergerakan dan ia akan menyebabkan jus yang di minum tadi bertukar menjadi antibiotik dengan menghasilkan sel darah putih untuk melawan radiasi. 

Selain dapat menambahkan jumlah kilometer perjalanan ia juga telah terbukti di gunakan dalam perlumbaan antarabangsa seperti Formula1 dan Rally Dakar. Cuma di Malaysia teknologi ini boleh di anggap baru.

Kesimpulannya, bukan saja eco-friendly tetapi ubat gegat dapat menjimatkan penggunaan minyak seharian kamu. Untuk makluman, syarikat-syarikat seperti Petronas, Shell dan Caltex kini semakin risau kerana ada pesaing baru dengan pengenalan teknologi baru ini. Dana dan R&D yang di keluarkan kini sudah menjadi sia-sia. 

Kita sebagai pengguna dan rakyat yang maju mesti berubah kepada ubat gegat dari beli minyak Ron97 yang murah dan sesuai untuk kegunaan membajak sawah. Banyak testimoni-testimoni memuji penggunaan ubat gegat yang efisien dan mantop! Selamat mencuba. Saya sudah, kamu bila lagi?

Ini amat penting. Sila forward kepada umat Islam yang lain untuk elakkan diri kita dari terus di aniaya. Sekian, semoga ada manfaatnya :) ek?

Monday, February 28

Najib : Hanya Dua Masjid Dalam 20 Tahun

Baru saja balik dari Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Letih sangat rasanya.

Semasa menunggu majlis bermula tadi, aku curi-curi dengar perbualan dua orang pakcik di sebelah. 'Tak baca paper ke hari ini? Najib keluarkan statement entah apa-apa. Banyak orang tak puas hati.' Aku bingung sekejap. 

Sampai di rumah terus aku on laptop mencari apa yang di dengar tadi. Dan hasilnya terjumpa petikan artikel dekat paper Utusan Malaysia.


Persoalannya perlukah seorang Perdana Menteri mengeluarkan statement begini? Adakah kerana politik, soal agama di permainkan?

Tidak memihak kepada sesiapa. Ini mungkin isu yang sensitif. Tapi pada pendapat aku sebagai seorang PM beliau tidak wajar mengeluarkan statement sebegitu.

Kelantan memang terbukti akan kemunduran pembangunannya. Semenjak dari dulu tidak ada perbezaan yang ketara dari struktur kemajuan. Melainkan masyarakatnya yang berhijrah keluar dari kelantan ke negeri lain mencari kemajuan. 

Di mana melalui aspek yang berbeza dapat di lihat terbukti majunya rakyatnya melalui ekonomi dengan kewujudan dan pembukaan kedai makan yang bersepah di mana saja, dari aspek sosial tingkatnya racism seperti di universiti, dari segi budaya ramainya yang mengalami kejutan budaya dan dari intelektual seks bebas memang tip top di praktikkan. 

Sungguhpun begitu, isu masjid tidak perlu di jadikan modal untuk memburukkan mana-mana orang atau parti politik lain. Apa gunanya masjid di bina dengan banyaknya dan tersengam indah. Tetapi pengisiannya kosong. Bila tiba waktu solat hanya beberapa saf saja yang penuh.

Apakah tujuan utama sebuah masjid? Dari dulu masjid merupakan tempat perkembangan, pengumpulan dan perbincangan ilmu-ilmu agama. 

Sekarang masjid lebih terarah kepada pelancongan dan pameran semata-mata. Sebagai contoh Masjid Putrajaya dan Masjid Kristal. Orang ramai lebih membanggakan kesenian dan senibinanya bukannya untuk memeriahkan masjid dengan amal ibadat.

Sepatutnya kita bersatu-padu dalam isu ini. Bukannya saling tuding jari sesama agama sendiri. Mempertikaikan perkara yang tidak sepatunya berlaku. 

P/s : Semalam aku dapat text dari sorang member. 'Oit! Jangan keluar KL malam ni dan pakai baju oren tau sebab polis banyak buat roadblock - Hindraf.' LOL

Thursday, February 10

Oh! Tidak : Paris Hilton Masuk Islam

Sebelum ini aku ada ceritakan tentang khabar angin facebook akan di tutup. Aku juga ada menghuraikan mengenai komen-komen tentang teori konspirasi.

Masa aku terhad. Aku tidak suka menulis dan sebab itu aku lebih suka blogwalking. Membaca hasil karya bloggers dan memberi pendapat.

Semua orang kenal siapakah dia Paris Hilton. Terbaru banyak blog-blog yang menceritakan mengenainya. Tidak kurang gambarnya dengan bertudung sopan. Suci murni. Aww..!

Sungguh tidak di sangka betapa beruntung dan bertuah. Begitu cepatnya dia mendapat hidayah dan petunjuk Ilahi. Paris Hilton convert to Islam. Betulkah? Wadehel!

Mudahnya Islam di permainkan. Mudahnya orang Islam di perbodohkan. Mudahnya berita ini tersebar dan di terima masyarakat.

Kemanakah integriti kamu? (aiseh macam kastam la pula). Kemanakah pegangan agama kamu. Kemana dan dimanakah diri kamu sebenarnya?

'Apsal tiba-tiba serius ini. Chill la sikit, bro.'

Baiklah mari kita bermain-main pula. Bermain dan menatap gambar si manis ini.

Cari gambar Dubai Jumairah Abdullah. Hah, kenapa? Tak jumpa ke? Ok takpe. Cari gambar Paris Hilton bertudung sajalah yang berformat file.jpg.

Sebenarnya, jika Paris Hilton masuk Islam nama Dubai di pilih sebab Paris dan Dubai kan kota yang setaraf. Jumairah pula dari Palm Jumairah hotel di Dubai yang sama naik dengan Hotel Hilton.

Sudah jumpa gambar Paris Hilton? Copy dan paste dekat errorlevelanalysis dan tekan proses. Tadaa...Kamu mesti tak faham kan? Apalah yang aku merepek ini.



Nampak bulatan warna merah yang aku bulatkan? Cuba tengok di dalam bulatan itu, di perhati, di perhalusi dan di amati betul-betul. Apa yang kamu nampak? Tak nampak apa-apa. Kamu zoom-out siapa suruh cuba zoom-in bagi dekat dan dekat lagi.

Pixels (picture element) ialah blok-blok yang terbina dalam sesebuah gambar atau imej. Dalam erti kata yang mudah di fahami, seperti lego-lego yang di susun dan di jadikan sesuatu bentuk yang kamu kehendaki. Bezanya, pixels dalam saiz yang sangat halus.

Jika di perhatikan dalam gambar di sekeliling muka dan mata yang hitam belegam itu kamu akan nampak ada pixels yang berwarna pink. Yahoo! pinky.

Dari segi hukum fizik dan hipotesisnya, jika sesuatu gambar yang betul (real), warna pixelnya akan bersamaan dan berkadar terus dengan persekitaran semasa bila sesuatu gambar di capture. Dengan berasaskan warna premier merah, biru dan kuning ia akan mempengaruhi keadaan persekitaran. Contohnya jika kamu tangkap gambar dekat taman semasa merendek maka tentulah latarnya gambarnya berasaskan persekitaran taman.

Dari segi hukum photoshop, jika kamu mengubah, mengopy paste, menambah itu dan ini, memberi sesuatu impak ke atas gambar itu dan save, save seterusnya save, maka keputusannya pelbagailah sumber warna pixel yang kamu dapati. Ibarat membuat rojak buah di gaulnya sekali. Nyummy!

Dari segi gambar hitam di atas pula, jika di perhatikan keseluruhan gambar itu kebanyakkan berinspirasikan warna-warna asas, tetapi tertiba di sekeliling muka dan mata terdapat sumber warna yang baru iaitu pink. Tidakkah menghairankan? Adakah kebetulan warna kuning bergabung tenaga dengan warna merah, menghasilkan pink? Oh tidak!

Amacam sudah faham? Aku tidak kata aku betul atau sebaliknya. Kamu nilailah sendiri. Berbalik kepada tajuk, amat sedih betapa umat Islam mudahnya mempercayai apa saja yang di sajikan. Adakah semua maklumat yang bersumberkan internet itu betul? Mudahnya kita di pengaruhi tanpa mencari fakta sebenarnya dulu. Sadis!

Kini, Islam ibarat agama perdagangan. Islam hanya sebuah nama. Boleh di jual dan di beli. Boleh di mainkan sesuka hati. Islam bersifat syumul atau universal (menyeluruh). Contonya tidak perlulah di tambah istilah pelbagai. Tak perlulah berhadhari-hari.

Trend terkini, kalau dengar sesuatu berunsurkan Islam kita dengan bangga dan kagumnya memberi dorongan. Terasa indah sekali. Umumnya masyarakat Islam di Malaysia dan amnya di seluruh dunia. Tidakkah begitu?

Jika kamu tak percaya bacalah komen-komen di link dailysquib ini. Laman web si-alan.


P/s: samposmen tidak bertanggungjawab terhadap segala bahasa sastera yang di gunakan yang menyebabkan kamu tidak fahami. hehe. Posto-posto.

Wednesday, February 2

Krisis Di Mesir



Mesir kini bergolak di sebabkan rakyat berdemokrasi untuk menggesa pemimpin Hosni Mubarak yang di sifatkan pemerintah ‘berkuku besi’ untuk  meletak jawatan setelah 30 tahun berkuasa.


Sistem komunikasi akses internet dan telefon di sekat, bank tidak beroperasi, kedai-kedai di tutup, kekurangan bekalan makanan berlaku.


Keganasan meningkat, beratus-ratus orang mati dan beribu yang lain cedera di sebabkan rusuhan yang berlaku, sesetengah kaum wanita di rogol.


Semalam hampir 250,000 rakyat Mesir berdemokrasi secara aman di Cairo dari berjuta-juta yang lain. Guru sekolah, tukang kebun, pelajar universiti, golongan professional bersatu hati bersuara.


Di Malaysia, Air Asia dan MAS di terbangkan ke Jeddah di samping 2 pesawat Royal Air Force C-130 dalam misi membawa pulang rakyat di sana.


Bersyukur


Bersyukur kerana negara kita masih lagi aman. Tiada pergolakan atau protes besar-besaran yang boleh menggugat sistem ekonomi dan pentadbiran negara.


Pemimpin patut ambil iktibar. Walaupun pelbagai masalah, konfrontasi dan korupsi yang berlaku, rakyat masih lagi mengikut rentak dan kemahuan kerajaan Malaysia.


Harapan


Semoga rakyat Malaysia di Mesir dapat pulang dengan selamat dan sistem demokrasi di Mesir dapat di pulihkan seperti sebelumnya. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...