Thursday, May 17

P.O.S - Perspektif : Bagus Sangatkah Mereka?

Perspektif

"Ada dua orang sahabat karib. Mereka masih belajar. Tapi dalam kos berlainan. Sorang ambil akaun dan sorang lagi engineering. Pada cuti semester, mereka pergi berkhemah di hutan. 

Tiba je di hutan yang tak jauh dari perkampungan orang asli, segala persediaan di siapkan. Sorang dirikan khemah, sorang lagi buat unggun api. Sorang siapkan makanan, sorang lagi tolong-tolong apa yang patut. Begitulah seterusnya.

Malam menjelma. Dua sahabat kepenatan. Mereka pun masuk tidur di temani bunyian unggas dan cengkerik. Sedang nyenyak tidur tiba-tiba..."

Budak Eng. : Bangun! bangun! Tengok. Apa yang kamu nampak?
Budak Akaun : Hah! Aku nampak bintang.
Budak Eng. : Bintang?
Budak Akaun : Ha'a. Banyak bintang malam ni. Tak terkira. Patut cerah semacam je.
Budak Eng. : Oh!
Budak Akaun : Apsal? Kamu nampak apa?
Budak Eng. : Beb, khemah kita dah hilang.


Apa yang kamu dapat dari cerita di atas? Siapa yang bodoh dan siapakah yang pandai? Siapakah yang mungkin betul? 

Sebenarnya kedua-dua mereka adalah betul. Cuma cara jawapan dan pemikiran mereka saja berbeza. Perspektif pasal sesuatu perkara tak sama.

Bagi si budak akaun, jawapan berdasarkan apa yang dia faham dan lihat. Mungkin pengaruh dari apa yang dia belajar di tempat pengajian menjadi faktor. Di mana lebih ke arah mengira nombor. 

Sama juga seperti  si budak engineering. Untuk selesai sesuatu masalah kena ada perincian dan imaginasi. Tak boleh straight to the point terus dapat jawapan. So, jawapan mereka tentulah berbeza kerana pemahaman mereka juga lain. 

Dalam bab politik pun sama. Si Parti A akan memenangkan apa yang di kata, manakala si Parti B akan mempertahankan pendapat mereka. Itu tak termasuk lagi si Parti B, Parti C dan semacam lagi. 

Padahal kesemuanya mungkin betul. Tapi bergantung kepada sesuatu keadaan. Kerana pemahaman setiap orang lain-lain. Cuma apa yang di perlukan ialah mencari pendapat dan cara paling relevan untuk masalah tersebut. 

Sebagai contoh, apakah pendapat kamu. Adakah perlu perhimpunan Bersih? Adakah wajar 'tarian punggung' askar pencen sebagai protes? Adakah boleh mempergunakan student IPTA untuk agenda parti tertentu? 

Dalam dunia hiburan, sebagai contoh isu artis Fasha Sandha yang hangat sekarang. Di beritakan sedang hamil. Baru beberapa minggu sudah lekat kandungan. Akhirnya peminat, haters dan orang ramai memberi pendapat. Ada yang suka, ada yang mencemuh, ada yang keluarkan fitnah dan segala macam lagi. 

Kalau ikut logik siapakah yang salah? Jawapannya takde siapa yang salah. Fasha Sandha betul bagi pihak dia dan orang lain pun ada benar dari pendapatnya. 

Sepatutnya kenyataan Fasha Sandha di terima pakai. Kerana dia empunya badan. Dia yang tahu hal sebenar. Tapi mungkin tidak. Kerana dia telah mencetuskan persoalan dan tanda tanya kepada orang ramai. Bukankah lebih baik diam saja. Kemudian cari tarikh yang sesuai untuk umumkan. Betulkah?

Dalam bab agama pun begitu. Sekarang ramai sangat yang guna hadis dalam berhujah. Terbaru seperti kes Edwards Martin Jesus yang meroyan nak bunuh diri. Bagi yang tak tau mungkin boleh cuba google cerita ini. Sebenarnya sebelum ni pun banyak berlaku kes seperti ini. 

Cuma kekadang kita terlalu mengelabah. Benda yang tak tau dari mana asal usul, adakah benar, adakah sahih berita tersebut, pastu senang-senang jatuh hukum. Apakah betul pendapat mereka iaitu orang yang mencemuh dan mengguna segala hadis, yang menyatakan itu ini betul dan tak betullah kepada si Edwards Martin Jesus? 

Mungkin bagus jika untuk menegur. Tapi bagaimana perspektif orang agama lain kepada agama Islam umumya cara peneguran tersebut? Fikirkan balik.

Semuanya berkaitan pendapat. Setiap orang ada cara pemikiran dan pengaruh tersendiri. Sama ada melalui pembacaaan, pemahaman, penglihatan takpun pengalamannya. Semuanya betul. Tak salah. Tapi mungkin kurang sesuai di gunakan untuk sesuatu keadaan. 

Dari situ pendapat dan pemikiran orang lain perlu di guna pakai. Kamu perlu untuk beralah. Dan ianya bukan bermakna kamu yang salah.

Misalannya, bagi kes dua sahabat berkhemah di atas, jawapan si budak engineering perlu di gunapakai. Kerana waktu itu mereka sedang berkhemah. Dah nama pun berkhemah, khemah perlu untuk berteduh. Sama ada dari hujan atau kesejukan malam. Manakala bintang tak ada kena mengena pun. Bukankah soal khemah perlu di persoalkan bukannya bintang?



P/s : Konflik perbezaan perspektif adalah lumrah. Tanpanya tak best rasanya dunia ini. Peace yawww!



1 surat:

♥CIK SHA♥ said... [Reply]

betul..setiap org ada pendapat dan perspektif mereka yg tersendiri..betul atau salah bergantung kepada keadaan dan situasi diri mereka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...