Wednesday, May 16

P.O.S - Berkenalan : Samposmen Back To Origin

Sam Kembali Post

Yeehoo! Agak lama sejak bulan Mac, sekarang dah bulan May. Hampir dua bulan kot takde post sebarang entri. Tetiba terasa nak update blog ini.

Bukan apa, sungguhpun lama di biar menyepi, di satu sudut ruangan, followers semakin bertambah. Itu yang membuat aku tertanya-tanya. Terasa terharu pun juga. Tak pasti apakah yang di cari di blog ni. 

Mungkin ada yang betul-betul menjadi followers dan ada yang sekadar mempromosi blog mereka saja. Biarlah. Siapa aku untuk mempertikaikan. At least, aku tau masih ada yang membaca setiap apa yang di postkan. Walaupun kebanyakkan hanya sekadar P.O.S (Piece Of Shit).

Sebelum ini, banyak perkara yang nak di post. Tapi akibat kekangan masa aku lupakan. Kasi can setelkan perkara yang lebih penting. Bagi yang follow blog Samposmen pasti tau macam manakah aku ini. Seorang yang agak sibuk. Kekadang mengalahkan menteri dan ahli politikus yang sememangnya sibuk dengan urusan dunia.

Memandangkan idea dan isu-isu menarik dah berlalu, hari ini, aku nak bercerita pasal personal je. Ramai yang kenal Samposmen dari penulisan dan bukannya siapa penulisnya. Betul tak? Tak hairan semenjak aku berblog banyak ketakpuasan hati dari pelbagai pihak. Sama ada dengan cara atau pendapat yang aku ketengahkan.

Untuk makluman semuanya aku tak ambil hati pun. Sebab, aku percaya orang yang faham apakah sebuah pendapat dan cara menilai pasti tak akan mengelabah. Kerana sesuatu pendapat tak semesti betul. Sebaliknya hanya sebuah idea yang kemungkinan ada relevannya.

Back to origin. Tak banyak aku bercerita pasal personal sebelum ni. Masa mula-mula berblog, aku lebih suka bercerita pasal isu semasa dari personal. Di sebabkan itu, siapakah boleh meneka bagaimanakah rupa sebenar aku ye. Adakah kacak seperti Aaron Aziz yang di gilai wanita kebanyakkan? Takpun gagah perkasa seperti blogger Ben Ashaari pun jadilah. Amin.

Ok. Tak serius. Kalau tanggapan kamu macam tu memang salah. Aku tak kacak mana. Hanya biasa-biasa aje. Bak kata orang tua-tua sejuk bila mata memandang. hehe (perasan).

Bagi yang betul-betul nak tengok betapa sejuknya muka aku ini boleh rujuk entri Tour 2011 Chelsea. heh! Itu rasanya satu-satu entri yang ada gambar aku sepanjang berblogging. Gambar tu pun sebab nak show off bahawa aku pergi stadium support Chelsea punya pasal. Kalau tak, takdelah. Aku tak suka bergambar. Lagipun bukan seorang fotogenik apatah lagi fotogedik.

Kalau salah kata salah. Kalau tersalah mengaku jelah. Itulah prinsip aku. Dalam penulisan pun sama. Kekadang berasa bersalah sebab tersinggung perasaan orang lain. Yela ada satu masa sesuatu benda tu tak perlu terlalu jujur. Perlu di sembunyikan kebenarannya. Tak hairan bagi yang perasan, ada entri-entri kontroversi aku dah deletekan. Bukan beerti salah tapi tak nak terus berbalah je. 

Bab pelajaran, aku lulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) di UTM. Tahun grad tak perlu tau kot. Cuma bagi yang sedang belajar dekat UTM, untuk makluman aku ialah senior kamu. hehe. 

Lepas grad aku bertekad cari kerja. Akhirnya, mungkin rezeki, menganggur pun tak lama aku di tawar program 'Train and Place'. Bagi yang tak tau, program ini di anjur oleh Kementerian Sumber Manusia (MOHR) sebagai alternatif mengurangkan pengangguran di Malaysia. Terutama fresh graduate.

Caranya kamu di bagi training 2 bulan dan elaun. Pastu lepas je habis akan di interview seperti biasa. Kelebihannya mereka akan carikan company bersesuaian dan pastikan kamu akan dapat kerja. Dalam kata lain company tu sendiri pergi dan menemuduga ke tempat kamu. Like a boss! Best kan? Tapi sekarang tak pasti masih ada ke tak program ini. 

Selepas tamat 2 bulan training. Aku dapat kerja seperti di janjikan. Sekarang, hampir 3 tahun aku masih bertahan dengan kerja tersebut. Walaupun hakikat lari dari bidang pengajian. Tapi takpe. Bersabar sekejap. Ada rezeki mungkin aku akan  move ke company lain. 

Kata orang cari pengalaman dulu. Kenal suasana bekerja. Sebenarnya cabaran sebenar bermula bila kamu dah bekerjaya. Belajar sebagai asas je. Di mana bila bekerja di situlah cabaran realiti kehidupan kamu. 

Semua orang sibuk. Sama ada buat-buat sibuk atau memang betul-betul sibuk. Bagi aku, sibuk sangat general. Sukar nak di gambar. Kekadang tengok seseorang tu macam sibuk gila. Tapi padahal cuma berlakon je lebih. Mungkin untuk tarik perhatian orang lain atau ada kepentingan kepada dirinya sendiri. Entahlah.

Alkisah. Kesibukan aku bermula pada 2 tahun lepas. Memandang aku waktu tu masih boleh di gelar fresh graduate, pada masa yang sama tengok member-member pula berjaya sambung belajar. Sangat jeles di situ. Waktu itulah aku bertekad untuk sambung belajar juga. Tapi secara partime. Bekerja dan belajar.

Akhirnya, aku berjaya berdaftar jadi student kembali. Partime study dekat UTM Space. Sampailah sekarang. Dalam kos yang sama juga, iaitu Kejuruteraan Elektrik. Mula-mula, ingatkan study partime sama je macam study fulltime. Rupanya cabarannya lagi lebih.

Weekdays pergi kerja, weekend pergi kelas. Dari pagi ke petang. Dari petang ke malam. Memandangkan aku bekerja shif. Ada masanya sampai satu tahap hanya sempat berehat lebih kurang 4 jam untuk tempoh 2 hari. Belajar pula macam ribut. 2 hari dah boleh habis 2-3 chapter. Minggu ini daftar masuk sem baru, minggu depan dah mula ada test. 




























Teori Medan Elektromagnet - Untuk tambah rencah pening, study subjek ni selepas penat bekerja

Kalau dulu ada PTPTN-MARA support. Tak cukup duit, rojer mak ayah, mereka tolong bank-in kan. Sekarang yuran bayar sendiri. Tak bayar yuran sem ni, bulan depan tak boleh continue sem baru. Yes. Pressure! Itu yang boleh di katakan. Tapi kerna ini pilihan aku sendiri, perlu untuk di teruskan. 

Di sebabkan ini jugalah, kebanyakkan masa aku penuh terisi. Bapak bosan. Tak boleh nak enjoy macam dulu-dulu dah. Pergi wayang pun dah kurang. Main snooker pun tak sempat. Nak merendek lagi. Ah! Aku pun seorang pencuri sekarang. Ya. Pencuri masa. Apatah lagi nak berblog. Wargghhhh.

***************

Cukup kot sampai sini. Kenal sikit-sikit sudah la. Kalau nak kenal lebih, jumpa berdepan. Amacam. Jom pergi dating. Siapa nak? 

At least kamu dapat imagin sedikit gambaran serba sikit pasal aku sudah cukup. Dalam masa sama kenal siapakah Samposmen dalam dunia blogging ni. Cukup membuatkan aku terharu sekali lagi! Tankiyueee.



P/s : Masa oh masa! 

4 surat:

Shahada Fauzi said... [Reply]

pehh..kerja sambil study dengan course begitu yg perlu ngadap rumus yg memeningkan itu..hebat hebat..semoga ko sentiasa tabah..hehehe..

patut lama menyepi eh..selamat kembali mencoret la ye..

! Sam Posmen ! said... [Reply]

yup. kena tabah. sendiri pilih sendiri tanggung la. hehe. apapun tq cik sha. pasni harap-harap boleh mencoret seperti sebelum ni :)

Latifah said... [Reply]

Thank you for sharing in this article
I can learn a lot and could also be a reference. I hope i can read the next your article updates.

Don't forget to read my new articles too at MantuIdaman Blog

- Diarra Queen and Beauty Spa Lampung
- Tasyakuran Pabrik Banana Foster Lampung
- Gathering Netizen MPR RI

See you, from 
Latifah

Valkrie said... [Reply]

waduh makin sulit ya Jasa Pembuatan Kardus Custom Di Jakarta Barat kayanya Jasa Pembuatan Kardus Custom Di Jakarta Barat dan mungkin Jasa Pembuatan Kardus Custom Di Jakarta Barat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...