Monday, February 28

Najib : Hanya Dua Masjid Dalam 20 Tahun

Baru saja balik dari Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Letih sangat rasanya.

Semasa menunggu majlis bermula tadi, aku curi-curi dengar perbualan dua orang pakcik di sebelah. 'Tak baca paper ke hari ini? Najib keluarkan statement entah apa-apa. Banyak orang tak puas hati.' Aku bingung sekejap. 

Sampai di rumah terus aku on laptop mencari apa yang di dengar tadi. Dan hasilnya terjumpa petikan artikel dekat paper Utusan Malaysia.


Persoalannya perlukah seorang Perdana Menteri mengeluarkan statement begini? Adakah kerana politik, soal agama di permainkan?

Tidak memihak kepada sesiapa. Ini mungkin isu yang sensitif. Tapi pada pendapat aku sebagai seorang PM beliau tidak wajar mengeluarkan statement sebegitu.

Kelantan memang terbukti akan kemunduran pembangunannya. Semenjak dari dulu tidak ada perbezaan yang ketara dari struktur kemajuan. Melainkan masyarakatnya yang berhijrah keluar dari kelantan ke negeri lain mencari kemajuan. 

Di mana melalui aspek yang berbeza dapat di lihat terbukti majunya rakyatnya melalui ekonomi dengan kewujudan dan pembukaan kedai makan yang bersepah di mana saja, dari aspek sosial tingkatnya racism seperti di universiti, dari segi budaya ramainya yang mengalami kejutan budaya dan dari intelektual seks bebas memang tip top di praktikkan. 

Sungguhpun begitu, isu masjid tidak perlu di jadikan modal untuk memburukkan mana-mana orang atau parti politik lain. Apa gunanya masjid di bina dengan banyaknya dan tersengam indah. Tetapi pengisiannya kosong. Bila tiba waktu solat hanya beberapa saf saja yang penuh.

Apakah tujuan utama sebuah masjid? Dari dulu masjid merupakan tempat perkembangan, pengumpulan dan perbincangan ilmu-ilmu agama. 

Sekarang masjid lebih terarah kepada pelancongan dan pameran semata-mata. Sebagai contoh Masjid Putrajaya dan Masjid Kristal. Orang ramai lebih membanggakan kesenian dan senibinanya bukannya untuk memeriahkan masjid dengan amal ibadat.

Sepatutnya kita bersatu-padu dalam isu ini. Bukannya saling tuding jari sesama agama sendiri. Mempertikaikan perkara yang tidak sepatunya berlaku. 

P/s : Semalam aku dapat text dari sorang member. 'Oit! Jangan keluar KL malam ni dan pakai baju oren tau sebab polis banyak buat roadblock - Hindraf.' LOL

Thursday, February 24

Salam atau a’kum, solat atau sembahyang?

http://keretamayat.blogspot.com/2011/02/salam-atau-akum-solat-atau-sembahyang.html

(Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda , tiada gambar secantik lukisan untuk ku tunjuk perasaan, tapi ada jugak beberapa patah perkataan untuk ku luahkan perasaan kepada korang yang aku kesian-woha.)
Ketika Mesir di landa hura hara tempoh hari, aku sempat berbalas email dengan awek awek yang membaca blog keretamayat di sempadan Universiti Azhar, sajer nak tahu perkembangan semasa berdasarkan pengalaman secara live, dan Alhamdulillah, semua pelajar dan rakyat Malaysia, selamat pulang ke tanah air naik kapal terbang secara percuma, jika ada yang tak selamat, terpaksalah aku jemput mereka naik keretamayat…

Dalam sibuk berborak isu semasa yang berat serta serius dengan pelajar Mesir yang bakal menjadi ustazah, tiba tiba aku telah ditegur akan isu yang remeh temeh..

“Cik Hamka, jangan guna lafaz a’kum, perkataan 'akum' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'. Dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jangan terperangkap dalam konspirasi yahudi untuk hina ugama kita.

We, we, we.., wait a minute, kejap!, ni sape punya email forward bodoh mana yang korang dah percaya ni? Aku type guna salam, bukan akum. Hujah aku kebengangan..

“Salam pun tak boleh, salam bermaksud: selamat tinggal, kena type penuh, bla bla bla..”

Kejap dik, kejap.., ni yang aku hangin satu badan ni, sedang shok kita bincang isu jihad, kerajaan islam, cukai jizyah, harta ghanimah dan hamba tawanan perempuan, tiba tiba korang mencelah dengan topic bodoh sebegini?!

Apa niat korang bangkit isu remeh temeh sebegini? Nak tunjuk pandai?, rasa diri lebih afdal dari orang lain.., rasa orang lain hina sebab tak jadi macam korang?

Oi, bakal ustazah, dalam dunia penulisan, orang tulis short word bukan maksud nak hina ugama, mereka malas nak tulis panjang sebab nak cepat dan jimat ruang, atau memang pemalas, langsung tak salah, kalau salahpun, bab menyusahkan orang tua yang tak paham singkatan ayat, aku gelar orang yang tulis singkat sehingga menyusahkan orang nak membaca sebagai “perasan unik”.., tak de kena mengena dengan menghina ugama..

Bab AKUM yang sama makna 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT', aku peduli apa?

Aku ulangi, Aku peduli apa!, Bahasa Ibrani? Ada aku kesah? Habis tu kau tak tahu ke maksud “email forward” dalam bahasa Yunani hulu Kuala Berang, : maksudnya, orang yang percaya pada semua email forward adalah bodoh dan senang di perbodohkan!

“Ooo., jadi cik Hamka mengaku pemalas, ya, saya tengok cik Hamka selalu kutuk orang yang tulis short word, tapi cik Hamka sendiri tulis short word untuk selawat atas Nabi, S.A.W, puji sahabat, R.A, puji Allah, SWT, jangan jadi pemalas cik hamka, saya tengok ramai blogger lain bila selawat tulis penuh, Sallalallahualaiwasalam, bila tulis nama sahabat, Radiallahuanhu, tentu mereka lebih baik dari cik Hamka.”

Aku pemalas? , ya, aku mengaku, aku memang pemalas, sebab tu aku letak disclaimer kat tepi blog ni,baca:

Copy/paste

(((Short Word. -Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain.)))

Baik, untuk pengetahuan korang yang perasan pandai, dunia penulisan dengan dunia nyata adalah berbeza, nak komen tulisan orang kena faham adab menulis dulu, cuba korang baca berita, jika orang tu pangkat datuk, berapa kali wartawan akan ulang nama datok, setiap baris? Tak de maknanya, cukup barisan pertama, buat rugi ruang surat khabr jer jika nak tulis nama penuh dalam setiap ayat, cuba check nama Sultan yang panjang, berapa kali wartawan dalam dunia penulisan akan ulang nama panjang tu dalam karangan, sekali jer, iiatu pada ayat yang pertama, cuba check, wartawan tu pemalas atau korang yang tak paham adab menulis?

Dalam dunia nyata, aku jumpa orang aku cakap, Assalamulakum, aku tak cakap, akum, atau salam, tapi dalam tulisan aku memang tulis salam, 99 peratus pembaca faham, hanya 1% orang slow tapi berlagak alim macam kau jer yang memang tak paham, begitu jugak selawat atas Nabi, dalam dunia nyata, aku selawatlah penuh, bukan, ESS, AAA, DAWIYU (SAW).., alahai bodohnya layan kau aku rasa..

“Tapi ustaz saya cakap, bahasa tak boleh main-main, S.A.W boleh membawa maksud lain, A.S, juga ada maksud lain, sebagai contoh, sembahyang dan solat, kita selalu keliru, pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Jadi kita patut guna bahasa arab, iaitu solat, barulah akidah kita selamat, jadi, Saudara Hamka patut sebarkan perkara ini agar orang islam guna perkataan solat, selamatkan akidah mereka, jangan guna lagi perkataan sembah-yang.”

Apa kejadah pulak aku nak kena kaji asal usul semua bahasa, dan selamatkan akidah? Dulu masa aku kecik, bila dengar ustaz cerita kisah Nabi Nuh, A.S (nota untuk orang slow: baca: Alahisallam, bukan Amerika Syarikat) dan bila ustaz guna ayat BURITAN kapal, aku sebagai anak jati terengganung rasa terganggu, sebab dalam loghat terengganu, BURIT bermaksud pantat, atau KEMALUAN PEREMPUAN.., lepas tu ustaz tu cerita pulak kisah KOPEK buah, sudah.., KOPEK dalam bahasa terengganu bermaksud BUAH DADA, tapi aku hormat bahasa Malaysia, tak perlu aku suruh ustaz tu tukar ayat lain, sebab ustaz tu bermaksud KOPEK sebagai KUPAS.., aku paham, habis cerita

So, bila kau solat, kau sebut sembahyang, itu bahasa MELAYU, Allah MAHA Mengetahui apa yang ada dalam hati kau, bahawa kau nak sembah ALLAH, bukan sembah “yang”. Allah paham semua bahasa termasuk bahasa melayu, Allah Maha bijak, kau tu yang bodoh.., benda remeh macam ni pun nak highlight, nasib baik 99% tak percaya termasuk aku dan hanya 1% termakan dakyah email forward termasuk kau yang sanggup percaya benda hampeh sebegini, buang masa betul..

Lepas ni jika ada orang dalam IC nama MOHD, tak payah suruh mereka pergi tukar IC nama penuh MUHAMMAD kerana, mengikut email forward yang korang baca dan terus percaya, MOHD dalam bahasa asal Uganda bermaksud The Dog With Big Mouth. Apa kecadadah?! Mana ada orang baca MOHD, dengan sebuh “mmooohd”, semua akan baca Muhammad, tak payah pening pening...

Ada jugak yang cakap kat aku, tak boleh sebut hello, sebab hello bermaksud “hell low” iaitu neraka rendah.. kalau kita mengucapkan hello pada kawan kita, bererti kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah.. ini adalah jarum sulit orang-orang kafir untuk menyesatkan umat islam.., (Aku gelak sambil menangis baca email ni)

Apa punya bodoh dan prajudis pemikiran korang akupun tak tahu, ni mesti banyak tengok video arrivals, siang malam sehingga habis 50 episod dan tengok lagi ulang-ulang sampai tak boleh nak bezakan mana satu dunia matrix dan mana satu dunia nyata..

Ada banyak lagilah benda merepek ni yang orang slow macam korang sanggup percaya seperti nama masjid tu asal dari nama jentik jentik, (“Mosque” berasal daripada “mosquito” ) ha ha ha!! Tak boleh guna agama, kena guna ugama.., kerana agama dalam bahasa ibunda Zimbbawe bermaksud.., dah dah dah..! Hampeh belaka!

Aku dah bosan, Sudahlah, nampaknya, keadaan di Mesir dah stabil, aku nak pergi layan peminat peminat perempuan yang baca blog keretamayat yang berada di Libya pulak, nak tahu apa cerita mereka, Harap mereka semua selamat, kalau tak, terpaksalah keretamayat tunggu jenazah mereka.. oh..

Sama sama kita doa keselamatan atas mereka

Sekian.

Ps: err, ada tak awek peminat blog keretamayat di Christchurch New Zealand yang di landa gempa bumi,? Harap korang pun selamat, amin...

Tuesday, February 22

Gaduh : Jenis-jenis Yang Popular


Pergaduhan sekarang ini sudah jadi seperti suatu kelaziman dan permainan. Kalau pergi dekat mana-mana mesti ada kita lihat orang tengah bergaduh. Baik secara manja-manja, usik-mengusik, kasar, serius dan kadang kala boleh membawa kematian. 

Contohnya jika terbaca dekat wall facebook mesti ada yang melepaskan ketidakpuasan hati dengan status yang di postkan. Tak suka dengan orang itulah, orang inilah, benci sana, benci sini, menyampah nak kawan dengan seseorang. Ada yang kadangkala tidak dapat kawal perasaan, sehingga timbulnya ugutan. Di mana membahayakan diri sendiri dan orang lain. 

Jika bercakap pasal gaduh mesti ramai yang fikir negatif dan semuanya berkaitan yang jahat saja kan. Pernah tak kamu fikir kenapa kita selalunya terus-menerus bergaduh? Salah satu sebabnya tentulah ada konflik atau masalah yang tidak mencapai kata sepakat.

Dari pengalaman aku terdapat pelbagai jenis pergaduhan. Tidak di nafikan walaupun aku seorang yang pendiam, tetapi kalau bab ini memang hot-temper sikit. Di bawah ini ada di senaraikan beberapa jenis pergaduhan.

Gaduh bergurau
Masa kamu budak-budak selalu main dekat taman permainan. Berseronok, bergurau-gurau, mengusik kawan, pastu jika barang kesayangan kamu rosak atau di ambil oleh orang lain tentu terasa marah. Kesudahannya berlakunya pergaduhan, menangis dan balik mengadu dekat mak. 

Walaupun sering berlaku dan kena buli esoknya tetap akan pergi main juga kan. Kenangkan balik best je rasanya jadi budak-budak. Hari ini bergaduh esok sudah lupa segalanya.

Gaduh bersahaja
Selalu jika lepak-lepak dekat kedai mamak, jalan-jalan pergi shopping complex ke mesti ada gurau-gurauan kan. Masalahnya yang selalu di hadapi kebanyakkan orang kalau bergurau tak pernah nak ingat dunia. Maksudnya kalau bergurau tak ada had dan batasan. So, mula-mula kutuk-mengutuk, maki-memaki akhirnya touching dan moody satu hari.

Gaduh bermanja
Selalunya terjadi terhadap pasangan kekasih tak pon suami-isteri. Secara mudahnya kepada golongan yang sedang di lamun cinta. Memang sweet bila tengok cubit mencubit, ketawa dan bergurau-senda. 

Selepas bergaduh bermulanya pujukan dan rayuan supaya memaafkan. Menghantar sms, calling-caling tak pon bagi hadiah sebagai tanda meminta maaf. Memang menarik. Tapi kalau bagi kes seperti piring terbang dalam rumah, itu di kecualikan ye. hehe 

Gaduh profesional
Sebulan lepas aku ada perselisihan pendapat antara aku dan colleague yang lebih berumur di tempat kerja. Hendak di jadikan cerita hari itu aku memang agak moody dan mungkin colleague aku pon ada masalah lain. Di sebabkan hal kecil saja kami hampir bertumbuk. Hendak aku pelempang masa itu muka dia. Akhirnya di suraikan dengan aman. 

Sejak hari itu aku jadi semakin rapat dan kamcing sangat. Semalam pun pergi lepak dekat Gulam Mee Kota Damansara berdua. Tak pernah dalam sejarah mengeteh berdua-duaan.

Gaduh hardcore-metal
Kalau kes ini selalu terjadi terhadap ahli kongsi gelap, ah long ataupun orang yang menaruh perasan dendam teramat sangat terhadap kita. Di mana akibat pergaduhan itu terjadi masalah lebih serius. Pembunuhan, kerosakan harta benda dan ketakutan untuk hidup yang menjadi fobia. 

Setakat ini aku belum pernah menghadapi lagi. Alhamdulillah. Hasil dari pengalaman kawan-kawan dan filem-filem, inilah yang dapat aku rumuskan.

Gaduh love-candy
Gaduh cara ini merupakan favorite sangat. Dan berharap akan terjadi suatu hari nanti. Selalu berlaku apabila seseorang saling bergaduh manja, saling benci membenci, saling tidak menaruh perasaan atau dalam cara mudahnya kalau berjumpa mesti tak mahu terus-menerus tengok dan memandang muka dia. Kalau boleh tak ingin muncul dalam setiap apa yang kita lakukan. Mesti akan saja helah untuk mengelaknya. 

Kenapa aku suka bergaduh cara ini ye? Orang kata selalunya kalau bergaduh cara ini akan melahirkan suatu perhubungan yang istimewa. 

Ops! Jangan fikir bukan-bukan ok. Istimewa di sini bermaksud kalau bagi yang bujang selalunya akan berakhir dengan sebuah perkahwinan dan keluarga yang bahagia. Kalau berkawan akan menjadi lebih rapat dan akrab dan bila kita dalam kesusahan orang yang bergaduh dengan kita inilah yang akan pertama dulu memberi bantuan.

Sweet kan? Harap-harap satu hari nanti dapat alami juga. Tapi tak nak la gaduh teruk-teruk sangat.

Rasanya cukup beberapa jenis pergaduhan yang sering berlaku di sekeliling kita yang di huraikan. Banyak lagi cara bergaduh yang kekadang tidak masuk akal. 

Bagi yang suka bergaduh atau marah-marah lebih baik kita kurangkan. Bahaya untuk kesihatan nanti kena migrain dan darah tinggi pula, kalau berkawan nanti takut kita tidak di senangi oleh orang lain.

Semua yang di ciptakan di dunia ini indah belaka. Walaupun bergaduh di anggap sesuatu benda negatif tapi kalau kita yang guidekan ke arah posotif mesti berguna terhadap diri kita pada masa akan datang. Postoranzaa...

Monday, February 21

Azizulhasni Awang : Kecederaan Tidak Menghalang Kejayaan

 Insiden Azizulhasni Awang - keirin akhir lelaki. AP Photo/Jon Super

Pasti perasaan kamu tersentuh dan terasa nyilu apabila melihat di mana betis kiri kaki Azizulhasni Awang, pelumba keirin basikal negara tercucuk kayu dari serpihan velodrom.

Kejadian berlaku semasa dia bersama pelumba lain bergesel sesama sendiri dan terjatuh ketika berlangsungnya Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Velodrom Manchester, London semalam.

Walaupun dalam keadaan begitu dia masih meneruskan perlumbaan dan berjaya berada dalam kedudukan berpingat gangsa. Menariknya dia hanya sedar kecederaan yang di alami selepas menamatkan pelumbaan.

Memang betul-betul pelumba sejati ini. Biasalah semasa menyayuh mungkin tidak terasa sakitnya tetapi selepas tamat perlumbaan baru terasa peritnya. Tidak dapat bayangkan bagaimana kesakitannya.

Sikap yang tidak berputus asa inilah kita perlu contohi. Betapa kuatnya semangat yang di tunjukkan untuk meneruskan apa yang di lakukan. Sehingga tamatnya perlumbaaan.

Syabas di ucapkan kepada  'the pocket rocketman'. Semoga cepat sembuh dan agar dapat layak ke Kejohanan Trek Dunia pada bulan depan di Apeldoorn, Belanda.

Mari kita layan pula video di bawah ini. Detik-detik kemalangan melibatkan Azizulhasni

Sunday, February 20

Today : My Day!

Aku baru balik dari kelas. Memang apa yang belajar tadi tak ada satu pon yang boleh  ingat di kepala. Serabut, rungsing benar rasanya. Dari tengahari sampai ke malam terasa sia-sia hari ini.

Hendak memahamkan pon susah. Subjek Matematik Kejuruteraan, ya memang benar orang kata ia membuatkan kita terkejut. Patutlah di gelar Math Kejut! Sebab memang terbukti kesusahannya.

Semasa sampai di rumah tadi tengok Chelsea pula kalah kepada Everton. Aiseh! Menambah lagi kesedihan ini. Apa pasal boleh kalah! Ini mesti ada yang kena bayar. Tak adil betul.

Sudah dua hari tidak sihat. Hari ini demam pula. Memang rindu nak berblogging tapi apakan daya kesihatan tidak mengizinkan.

Mungkin entri ini sudah terpesong dari tujuan utama blog ini, Tapi tak kesah la sekali sekala cerita pasal kehidupan seharian tak salah rasanya kan. Kepada teman blogger kamu sehat? Best tak hari kamu?

Friday, February 18

Stress : Bagaimana Kamu Hadapi?

Hari ini merupakan hari kedua aku tidak pergi kerja atas sebab masalah kesihatan. Memang seronok dan happy dapat berehat seketika di rumah.

Petang tadi aku pergi ke klinik berjumpa dengan doktor untuk ambil ubat dan mc letter.Teruk aku di ceramah oleh doktor India itu. Sampai terdiam tak terkata. 'Kamu ini muda-muda lagi dah stress nanti dah tua lagi teruk. Nanti pergi beli buku motivasi, lepas itu baca!'. Aiseh! Aku pon buat tak tau je dan hanya mengangguk tanda bersetuju. 

Hasil pemeriksaan memang darah aku agak tinggi. Tidak di nafikan tekanan di tempat kerja dan rutin mingguan aku ke kelas banyak menyumbang kepada stress ini. Patutlah dua tiga hari ini kepala aku sangat pening dan sakit.

Stress

Selalu kan kamu dengar. Banyak cara untuk menghilangkan stress. Seperti bernafas dalam-dalam, menghirup udara segar, banyak minum air, banyak beribadat, tenangkan perasaan, cuba mencari kawan untuk melepaskan dan berkongsi masalah, banyak motivasikan diri dan sebagainya. 

Bagi aku kalau nak tanganinya aku lebih suka makan. Makan banyak-banyak lepas itu tidur. Lepas bangun mesti rasa tenang. Kamu pon pernah hadapinya kan? Tipulah kalau cakap tak pernah rasa stress. Kamu suka buat apa kalau stress ye?

Wednesday, February 16

Customer : Is NOT Always Right

Pernahkan kamu dengar istilah ini. 'Customer is Always Right' atau mudahnya semua yang di lakukan oleh customer semuanya betul. Ini selalu terjadi terhadap syarikat-syarikat yang mementingkan kepuasan dan kepentingan terhadap kliennya.

Jika kamu seorang customer tentulah ini memberi banyak faedah dan kelebihan kepada kamu. Kamu dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan itu jika ada ketidakpuasan yang berlaku nanti.

Kesannya

Di sebabkan mentaliti ini jugalah semakin ramai yang berani dan lantang bersuara. Tidak salah jika apa yang kamu pertikaikan itu merupakan sesuatu yang betul. Itu memang merupakan hak kamu.

Menjadi seorang customer, ini juga tidak bermakna kamu boleh melakukan apa saja sesuka hati. Mengikut segala kemahuan yang kamu ingini. Di sebabkan trademark inilah lahirnya sekelompok golongan yang menyalahgunakan keistimewaan ini.

Moraliti

Pernahkah kamu deal sesuatu dengan customer service centre? Berjumpa face to face atau menelefon helpline sesuatu produk itu? Mesti ada yang suka sebab masalahnya dapat di selesaikan, ada yang gembira dapat marah dan memuaskan perasaan masing-masing dan tidak di nafikan segelintir kecewa dengan mutu perkhidmatan yang di sediakan.

Melalui pengalaman dari perspektif customer service pula, semuanya merupakan asam garam pekerjaan ini. Memang tidak di nafikan ia mempunyai cabarannya tersendiri. Kita tidak dapat memuaskan kehendak setiap orang perseorangan.

Pernah kamu lihat bagaimana sesuatu service centre itu beroperasi? Kamu pon tentu tidak ingin ketahui kan. Untuk makluman, semua menggunakan tenaga manusia untuk beroperasi. Bukannya robot atau computer membuat pemantauan segalanya.

Dan jika sebut pasal manusia yang mengawal segalanya tentulah ia juga mempunyai hati dan perasaan. Pernahkah kamu fikir selalunya golongan inilah yang menjadi mangsa keadaan.

Kenapa? Sebabnya mereka sering di salahkan, sering di maki, sering di kritik dan keputusannya mereka tidak dapat mempertahankan diri sendiri. Ya. Trademark yang menyebut semua yang pengguna lakukan adalah betul. Kamu di perbodohkan. Ya betul. Kamu di caci. Ya betul. Kamu di permainkan. Ya betul. Wadehel!

Kita hidup semakin maju, teknologi semakin canggih, kehidupan semakin teratur cuma budi bahasa yang semakin berkurangan. Nilai insan semakin terpinggir dan hampir semua orang membuat akan hal masing-masing.

Relevankah jika pengguna selalunya betul? Oh! Tidak sama sekali. Sebabnya jika inilah sikap kamu sebagai pengguna.

Pengguna yang kasar, suka marah-marah dan tidak mempunyai perasaan.
Pengguna yang kurang ajar, terburu-buru dan tidak sabar.
Pengguna yang jelas tujuan utamanya hanya untuk berkelahi, memberi masalah dan bukannya berbincang untuk selesaikan sesuatu produk.
Pengguna yang tidak masuk akal, iaitu tidak dapat menerima penyelesaian atau jawapan yang di beri.
Pengguna yang sudah azali terang-terang merupakan kesalahan ke atas dirinya sendiri.

Di manakah kamu sebagai seorang pengguna? Di dalam sesuatu perkara hendaklah kita bertolak ansur. Jangan hanya menyebelahi sebelah pihak saja. Aiseh! Macam pejuang kebebasan kan aku ini. Apa-apapun customer is NOT always right! hehe

Tahniah : Penerima Siapa Mahu RM50? Ini Bukan Contest!

Sebelum ini aku ada post entri mengenai 'Siapa Yang Mahu RM50? Ini Bukan Contest!'. Pelbagai jawapan yang pelik di terima dan kebanyakkannya menumpukan hanya terhadap sesuatu perkara semata-mata.

Sebenarnya tujuan utama entri sebelum ini ialah untuk mengajak semua orang untuk berfikir secara di luar batas pemikiran seorang yang normal.

Aku bukan ingin cakap aku tahu segalanya, seorang yang genius dan bukan niat untuk berlagak pandai tetapi bagaimanakah cara kamu berfikir untuk menyelesaikan sesuatu menjadi persoalan.

Cuba kamu baca ayat di bawah ini.


Pasti kamu lebih tertarik dan menumpukan kepada warna dan saiznya. Betul tak? Hakikat di sebaliknya, semua warna yang di tulis berlainan dengan ejaannya. Jika itu yang kamu fikirkan memang kamu seorang manusia yang normal.

Secara lahiriahnya di mana otak kita lebih tertarik dengan sesuatu yang menyerlah. Kamu tidak salah apa-apa. Itulah realiti sifat sebenar manusia.

Tetapi adakah itu tidak bermakna kita tidak boleh mengembangkan cara pemikiran kita. Pernahkah kamu berfikir untuk melakukan sesuatu yang lain dari orang biasa? Di mana cuba berfikir secara kreatif dan inovatif.

Adakah semua orang yang berjaya itu hebat? Di anugerahkan otak yang pintar dan genius. Mendapat keistimewaan dari orang lain? Tidak. Kita semua sama saja. Cuma cara kita berfikir dan memanipulasikan sesuatu perkara menjadikan kita luar biasa dan mungkin akan hebat.

Kembali kepada topik asal, apa yang membuatkan aku tersenyum sendirian pagi itu ialah mengenai gambar di bawah ini. Tadaa...


Mungkin bagi sesetengah orang tidak ada yang menarik pon. Tetapi sedarkah kita sekarang ini bahawa baik dari segi pendidikan, politik, agama, sosial dan pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling, kita lebih menumpukan semata-mata kepada sesuatu isu atau masalah yang besar. 

Penumpuan kita lebih tertumpu untuk menyelesaikan masalah yang secara umum semua orang sudah ketahui. 

Dari mana datang dan timbulnya sesuatu perkara atau masalah itu? Tentulah semuanya bermula dari bawah atau kecil di mana yang kita boleh anggapnya terpinggir. Yang tidak sesiapa pun peduli. Tidakkah begitu? 
Samalah seperti 'icon smiley' di blog Beautifulnara ini. Majoritinya menumpukan akan isi entri itu saja.

Apa-apapun tahniah di ucapkan kepada Remzdan kerana berjaya menjawab dengan betul tanda tanya yang di ajukan. Sila emailkan details kamu dan nombor akaun mana-mana bank. Sudi-sudilah menerima pemberian aku yang tak seberapa ini ye :)

Kepada pembaca yang sudi menjawab dan meluangkan masa singgah di blog ini, terima kasih di ucapkan kerana sokongan kamu semua. Ada masa nanti aku cuba buat sesuatu yang baru pula ok!


Tuesday, February 15

Cinta Pertama : Bersediakah Kamu?

Aku termenung seketika di birai bilik. Merehatkan sebentar otak yang telah penat belajar. Menikmati pemandangan indah di malam itu. Suasana yang sungguh sunyi dan mengasyikkan menyelubungi jiwa.

Tiba-tiba kelibat bayang-bayang berlegar-legar di tepi koridor hostel perempuan. Aku bermimpikah? Atau ini hanya khayalan semata-mata? Bayang-bayang tadi memunculkan dirinya. Memang realiti. Oh! Indahnya. Sungguh cantik. Siapakah gadis itu? Aku bertekad tetap mahu mengenalinya...

Pernahkah kamu bercinta? Bagaimanakah cinta pandang pertama kamu? Pasti semua orang pernah menghadapinya. Bagi yang perempuan mesti jatuh hati kepada jejaka kacak dan lelaki mesti terpikat dengan keayuan dan kecantikan seorang wanita.

Memang indah jika ianya berlaku. Di mana apabila perasaan itu menyusuk ke dalam jiwa, setiap perlakuan yang kita lakukan pasti terbayang-bayang dan teringat akan si dia. Betapa indahnya dunia ketika itu. Benih-benih cinta di semai dengan bahagianya. Nikmat yang syahdu terasa menyelubungi seluruh sanubari.

Ada yang gembira, kecewa ataupun pasrah akan keindahan dan kenikmatan cinta pertama. Namun tidak semua yang indah itu berterusan. Tidak semua saat manis ketika bersama yang kita impikan menjadi kenyataan.

Selalunya cinta pertama akan memberi impak yang di luar kebiasaan. Bagi yang berjiwa melancholic pasti kenangan cinta pertama meninggalkan kesan yang mendalam. Selalunya terbayang-bayang saat indah semasa bercinta. Di mana sukar untuk melupakannya.

Ada yang berjaya mengharunginya sampai ke alam perkahwinan dan ada pula yang terkandas di tengah jalan.

Percayalah luka yang di hadapi sukar di ubati. Setiap ungkapan, kata-kata, permintaan, kelakuan, sifat mahupun kesukaannya pasti akan terngiyang-ngiyang di fikiran kita. Tambah pula, apabila mengingatkan perkara yang boleh membangkitkan kenangan.

Majoriti perempuan merupakan mangsa keadaan. Tidak hairanlah jika di dalam perhubungan mereka lebih serius. Mereka lebih menghargai cinta itu terutama cinta pertama. Tidak hairanlah ada yang sanggup menggadai maruah untuk membuktikan tahap kesetiaannya. Tidak sangsilah ada yang cuba membunuh diri akibat kekecewaan yang di alaminya. Dan tidak kurang ada yang menjadi murung dan tidak keruan.

Tetapi ada ketikanya cinta pertama menjadi medium pembakar semangat untuk terus maju ke depan. Di samping sebagai dorongan untuk berjaya. Bagaimanakah kamu menghadapi dan mengatasinya menunjukkan keupayaan sebenar diri kamu.

Itulah cinta pertama. Cinta antara sesama manusia. Di mana tidak akan selalu kekal dan selamanya, jika di bandingkan dengan cinta yang utama.

Ya. cinta akan Ilahi dan Rasul Allah. Walaupun segala kesusahan, kealpaan, kejahilan, kesengsaraan dan kemaksiatan yang kita lakukan pastinya Dia akan tetap dan selalunya lebih menyayangi kita. Cuma kita yang seringkali mengabai dan melupakannya.

Oleh itu, sebenarnya aku ingin ucapkan Salam Maulidur Rasul sempena ketibaannya yang akan menjelang tiba. Marilah kita sama-sama menghayatinya. Mengingati bagaimanakah peristiwa ini terjadi. Betapa indahnya jika cinta terhadap Ilahi mengatasi cinta sesama manusia.

Monday, February 14

Valentine Day : Utusan Samposmen


Sudah beberapa hari tidak berkesempatan hendak meng-update blog ini. Kerana kesibukan di tempat kerja. Tambah pula di hujung minggu dengan jadual kelas sampai ke malam serta minggu test yang berlangsung memang amat meletihkan. Heady!

Kepada followers dan pembaca setia aku (aiseh! ada ke?) kamu bagaimana? Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan persekitaran yang penuh tekanan, sihat? Harap-harap gembiralah setiap hari.

Tidak ada apa yang hendak di tuliskan cuma ingin bertanya khabar akan kamu semua. Oh, ya! Hari ini merupakan Hari Kekasih (Valentine Day). Dua tiga hari ini, bagi yang berbisnes sibuk dengan pelbagai promosi, diskaun dan pakej yang di sediakan  untuk merayakannya.

Pesanan aku, kepada orang yang mengaku mempunyai agama dan masih mempunyai akidah harap-harap janganlah di sambutnya. Biarlah orang yang bukan beragama Islam meraikan. Janganlah kamu terlalu mengagungkannya.

Kalau di abaikan, kamu pon tidak akan rugi apa-apa. Duit pon tidak banyak di habiskan untuk membeli bunga-bunga, menyewa hotel dan beromantika semasa candle light dinner. Tidakkah begitu?

Jika tidak tahan juga dengan dugaan sambutan ini, Valentine Day tidak salah kamu teruslah merendek dan berdatinglah dengan pasangan kamu. Tapi biarlah di kawasan umum dan terang. Di kawasan yang tidak boleh mendatangkan fitnah kepada kamu. Beringatlah jangan berlebih-lebih pula.

Rasanya cukuplah untuk setakat ini, jika berkesempatan lagi aku akan update entri aku seterusnya. Keep
support me. Enjoy your beautiful days!

Friday, February 11

Siapa Mahu RM 50? Ini Bukan Contest!

Hari ini aku bangun pagi agak lewat. Dan sepatutnya aku kena masuk ofis pukul 7 jika syif pagi. Akibatnya hari ini aku begitu moody dan terpaksa take emergency leave.

Seperti biasa di pagi hari aku akan baca paper secara online. Cari apa yang pelik  yang berlaku dan informasi terkini.

Google search pasal topik yang aku cari. Tertiba aku tertarik dengan web ini. Yang kebanyakkannya semua orang kenali. Yang terhangat dalam top site Alexa iaitu Beautifulnara

Sambil aku troll semuanya berkaitan gosip artis di Malaysia. Tidak ada yang membuat aku tertarik dengan topik yang di bincangkan. Rakyat Malaysia memang suka pasal hiburan.

Aku pon malas nak buang masa lama-lama. Tapi masa aku nak meninggalkan page tu, aku tersenyum keseorangan. Pagi aku yang moody bertukar ceria. Aku terus refresh dan refresh. Adakah betul atau screen laptop aku yang kotor. Ternyata aku tidak silap. Memang betul.

Oleh kerana itu, aku ingin bagi RM 50 kepada sesiapa yang dapat cari apakah yang aku lihat. Ini bukan contest ok! Ini sumbangan ikhlas dari aku sebab membuatkan mood aku kembali ceria. hehe

Kalau sesiapa jumpa. Silalah email aku. Tak ada tarikh tutup pon. Carilah sampai jumpa! Share la dekat sesiapa pon pasal ini. Good luck! postoranzaa...

Thursday, February 10

Oh! Tidak : Paris Hilton Masuk Islam

Sebelum ini aku ada ceritakan tentang khabar angin facebook akan di tutup. Aku juga ada menghuraikan mengenai komen-komen tentang teori konspirasi.

Masa aku terhad. Aku tidak suka menulis dan sebab itu aku lebih suka blogwalking. Membaca hasil karya bloggers dan memberi pendapat.

Semua orang kenal siapakah dia Paris Hilton. Terbaru banyak blog-blog yang menceritakan mengenainya. Tidak kurang gambarnya dengan bertudung sopan. Suci murni. Aww..!

Sungguh tidak di sangka betapa beruntung dan bertuah. Begitu cepatnya dia mendapat hidayah dan petunjuk Ilahi. Paris Hilton convert to Islam. Betulkah? Wadehel!

Mudahnya Islam di permainkan. Mudahnya orang Islam di perbodohkan. Mudahnya berita ini tersebar dan di terima masyarakat.

Kemanakah integriti kamu? (aiseh macam kastam la pula). Kemanakah pegangan agama kamu. Kemana dan dimanakah diri kamu sebenarnya?

'Apsal tiba-tiba serius ini. Chill la sikit, bro.'

Baiklah mari kita bermain-main pula. Bermain dan menatap gambar si manis ini.

Cari gambar Dubai Jumairah Abdullah. Hah, kenapa? Tak jumpa ke? Ok takpe. Cari gambar Paris Hilton bertudung sajalah yang berformat file.jpg.

Sebenarnya, jika Paris Hilton masuk Islam nama Dubai di pilih sebab Paris dan Dubai kan kota yang setaraf. Jumairah pula dari Palm Jumairah hotel di Dubai yang sama naik dengan Hotel Hilton.

Sudah jumpa gambar Paris Hilton? Copy dan paste dekat errorlevelanalysis dan tekan proses. Tadaa...Kamu mesti tak faham kan? Apalah yang aku merepek ini.



Nampak bulatan warna merah yang aku bulatkan? Cuba tengok di dalam bulatan itu, di perhati, di perhalusi dan di amati betul-betul. Apa yang kamu nampak? Tak nampak apa-apa. Kamu zoom-out siapa suruh cuba zoom-in bagi dekat dan dekat lagi.

Pixels (picture element) ialah blok-blok yang terbina dalam sesebuah gambar atau imej. Dalam erti kata yang mudah di fahami, seperti lego-lego yang di susun dan di jadikan sesuatu bentuk yang kamu kehendaki. Bezanya, pixels dalam saiz yang sangat halus.

Jika di perhatikan dalam gambar di sekeliling muka dan mata yang hitam belegam itu kamu akan nampak ada pixels yang berwarna pink. Yahoo! pinky.

Dari segi hukum fizik dan hipotesisnya, jika sesuatu gambar yang betul (real), warna pixelnya akan bersamaan dan berkadar terus dengan persekitaran semasa bila sesuatu gambar di capture. Dengan berasaskan warna premier merah, biru dan kuning ia akan mempengaruhi keadaan persekitaran. Contohnya jika kamu tangkap gambar dekat taman semasa merendek maka tentulah latarnya gambarnya berasaskan persekitaran taman.

Dari segi hukum photoshop, jika kamu mengubah, mengopy paste, menambah itu dan ini, memberi sesuatu impak ke atas gambar itu dan save, save seterusnya save, maka keputusannya pelbagailah sumber warna pixel yang kamu dapati. Ibarat membuat rojak buah di gaulnya sekali. Nyummy!

Dari segi gambar hitam di atas pula, jika di perhatikan keseluruhan gambar itu kebanyakkan berinspirasikan warna-warna asas, tetapi tertiba di sekeliling muka dan mata terdapat sumber warna yang baru iaitu pink. Tidakkah menghairankan? Adakah kebetulan warna kuning bergabung tenaga dengan warna merah, menghasilkan pink? Oh tidak!

Amacam sudah faham? Aku tidak kata aku betul atau sebaliknya. Kamu nilailah sendiri. Berbalik kepada tajuk, amat sedih betapa umat Islam mudahnya mempercayai apa saja yang di sajikan. Adakah semua maklumat yang bersumberkan internet itu betul? Mudahnya kita di pengaruhi tanpa mencari fakta sebenarnya dulu. Sadis!

Kini, Islam ibarat agama perdagangan. Islam hanya sebuah nama. Boleh di jual dan di beli. Boleh di mainkan sesuka hati. Islam bersifat syumul atau universal (menyeluruh). Contonya tidak perlulah di tambah istilah pelbagai. Tak perlulah berhadhari-hari.

Trend terkini, kalau dengar sesuatu berunsurkan Islam kita dengan bangga dan kagumnya memberi dorongan. Terasa indah sekali. Umumnya masyarakat Islam di Malaysia dan amnya di seluruh dunia. Tidakkah begitu?

Jika kamu tak percaya bacalah komen-komen di link dailysquib ini. Laman web si-alan.


P/s: samposmen tidak bertanggungjawab terhadap segala bahasa sastera yang di gunakan yang menyebabkan kamu tidak fahami. hehe. Posto-posto.

Wednesday, February 9

Theory Conspiracy : Freemason and Illuminity



Teori Konspirasi

Teori yang di ciptakan berdasarkan sebab berlakunya sesuatu kejadian. Bersumberkan daripada ramalan, andaian, pengalaman dan pemikiran logik manusia.

Contoh teori-teori konspirasi seperti pembunuhan John F.Kennedy, New World Order, Peristiwa 9/11 dan jika di Malaysia yang hangat di perkatakan seperti Anugerah Juara Lagu 24 (AJL) dan iklan untuk Hari Krismas di TV3.

Perkembangan teori-teori konspirasi amat meluas dan berkadaran linear dengan agenda Freemason dan Illuminity yang berkonsepkan di luar aspek pemikiran manusia normal.

Apakah Freemason dan Iluminiti?

Secara mudahnya pertubuhan bersaudara yang wujud berabad lamanya dan di anggotai berjuta-juta orang di seluruh dunia. Motifnya menyebarkan penolakan akan kewujudan dan keIlahian Tuhan.

'ORANG YANG CIPTA TEORI KONSPIRASI ADALAH PENIPU DAN 
ORANG YANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI ADALAH BODOH'

Di petik dari wordpress SuhaimiRamly mengenai pendapatnya yang agak menarik. Apakah reaksi pertama kamu setelah baca petikan di atas? Bagi aku, aku tidak menerima ataupun menolak segala yang di tuliskan dan tidak pula memihak kepada mana-mana pihak.

Aku tertarik dengan caranya berfikir. Mungkin ramai yang menyangka dia seorang yang Freemason atau Illuminity kerana cara penerangannya lebih ke arah itu. Tetapi jika di kaji balik, pendapatnya ada yang berdasarkan fakta. Dan mungkin juga fakta-fakta yang sesetengah orang terlepas pandang.

Entri kali ini bukan untuk fokuskan kepada segala macam konspirasi itu, ini atau apakah, siapakah, dan kenapakah semua ini berlaku. Tetapi jika kamu baca blog tersebut dan perasan berapa banyaknya komen yang di hantar dan berapa ramainya komentar-komentar yang bertauliah.

Kenapa aku cakap begitu?

Orang lain boleh buat teori-teori aku pon nak mencelah juga. Dan konspirasinya aku lebih tertarik ke arah pengomen-pengomen yang memberi ulasan.

1. Lahirnya Mufti-mufti Express



Jika di perhatikan dalam mana-mana blog sekalipun pasti ada satu golongan di mana kononnya bercakap berdasarkan fakta. Hakikatnya, ulasan yang di beri tidak membina langsung. Memang bagus mengajak orang untuk beramal. Cuma caranya tidak betul dalam kontek dunia moden.

Perlukah untuk mengkaji Al-Quran? Ya. Memang perlu bagi seorang yang mampu dan berfikiran cerdas. Kita di ciptakan masing-masing tidak sempurna. Ada yang genius, ada yang cepat pikap, ada yang bebal, ada yang bengap, ada yang kurang upaya, etc.

So, kalau yang sejak azali berada dalam ketidaksempunaan adakah masih perlu mengkaji? Sebab itulah rukun iman percaya kepada kitab. Bukannya mengkaji kitab. Kita perlu percaya akan kewujudan serta baca dan fahaminya.

Dan dari situlah kita memerlukan akal yang logik dan waras. Kalau orang gila kita suruh kaji sesuatu tentulah resultnya semua orang ketahui.


Kajian-kajian sains itu bukan bersumberkan Al-Quran kah?

Alley berkata: 'Sam jangan berdiri semasa naik bus, bahaya!'. Kenapa?

Sebabnya apabila bas bergerak tarikan graviti akan berkurang, maka keseimbangan kita serta bas akan berkurang dan boleh menyebabkan kita terjatuh dan bas terbalik. Dalam kes ini perlukah kita mengeluarkan hadis-hadis dan dalil-dalil dalam berkomunikasi? Sesungguhnya apabila kamu berdiri...bla...bla..bla. Ini kan hukum fizik namanya. Subjek form 3 beb!

'Kaum yahudi dan nasrani xkan redho dengaan orang islam selagi tak ikot telunjuk dorang'. Kamu sendiri telah menjawabnya. Memang kamu sudah membuktikannya. Dengan kamu sendiri melakukannya melalui mempercayai apa itu teori kospirasi. Syabas!

2. Wujudnya Kesatria The Great




Apa ini main control-control. Tak aci la. Adeh! Siapakah Yahudi untuk mengontrol orang lain. Kenapa  mesti takut dengan dia? Dia pon orang. Makan, minum, tidur dan akan mati juga. Sebenarnya kamu yang takut bayang-bayang sendiri. Kamu yang buat diri kamu di control. Faham tak?

Ok. Secara mudah contoh tanpa prejudisnya. Rancangan hiburan Akademi Fantasi di tubuhkan. Tetapi cuba kamu lihat siapakah pula pengundi-pengundi, penyokong, memberi galakan dan dana untuk menjayakan program itu? Majoritinya orang seagama dengan aku.

Di mana pula istilah orang lain yang mencontrol kita? Bukankah itu kerelaan namanya. Dah kita bagi peluang tentulah ada orang yang memanipulasikannya. Jadi perlukah kita menyalahkan bangsa lain? Hakikat sebenar siapa yang salah?

3. Pengkritik Profesional



Sesuka hati mengata orang lain bodoh. Adakah kerana orang lain tidak sependapat dengan kamu, kamu terus melabelkannya sebagai bodoh? Kemana hilangnya kewarasan akal yang di anugerahkan.

Mungkin kamu ini seorang yang nartistik seperti apa yang aku katakan seperti entri sebelum ini. Mungkin kamu mempunyai IQ yang melebihi 140 tapi sayang kamu tidak menggunakan sebaiknya.

4. Guru Sandaran




Patutlah pendidikan di negara kita semakin pincang. Mungkinkah kerana di sebabkan banyaknya guru-guru sandaran seperti ini yang wujud? TART - memamah perempuan jalang bersalut jem. Sudah la bagi komen ayat tergantung. Meh sini nak perbetulkan.

Kalau ada TART mesti ada ROTI. Baru best! ROTI - Role of Technics Irregular. Tengok! kan senang. Makan TART dengan ROTI atau dengan kata lain 'mamah perempuan jalang pastu buat projek guna teknik yang luar biasa. Perghh...sempoi!

Banyak lagi komen-komen yang aku tergelak nak baca dan ulaskan. Kalau ada masa kamu troll sendiri dekat wordpress SuhaimiRamly. Seperti yang aku kata di awal entri tadi aku tidak memihak kepada sesiapa. Cuma yang di tekankan di sini bagaimana cara kamu memberi pendapat akan sesuatu.

Secara rasional, emosi atau hanya membuta tuli menulis. Sebab itulah ilmu itu perlu.

Pendapat aku pasal teori konspirasi, freemasoon dan illuminity ini, kepada yang fanatik melampau janganlah sampai menidakkan kebenaran. Yang betul kita perbetulkan. Yang salah tetap salah.

Kesimpulannya, bila ingin berkata sesuatu berfikirlah dahulu. No one is perfect! Postoranzaa...

Sunday, February 6

Preview : Chelsea vs Liverpool

Malam ini merupakan malam yang di tunggu-tunggukan oleh peminat setia penyokong Chelsea dan Liverpool. Di mana Liverpool akan bertandang ke Stamford Bridge bagi menentang Chelsea dalam perlawanan BPL

Tentu menarik sekali selepas ketibaan Fernando Torres meninggalkan Anfield dari Liverpool ke Chelsea selepas tutupnya tarikh perpindahan pemain pada 31 Januari 2011 yang lalu. Torres menyertai Chelsea dengan harga 50 juta euro (RM 246.5 juta) berkemungkinan akan di senaraikan untuk perlawanan menentang kelab lamanya malam ini. Tapi Carlo Ancelotti masih pening-pening lagi untuk membuat keputusan.  

Jika ini berlaku mungkin bagi penyokong Liverpool menimbulkan ketidakpuasaan hati. Di mana kebanyakkannya melabelkan Torres sebagai pembelot. Lain pula bagi Torres ini merupakan salah satu cara bagi dia untuk mengekalkan tahap konsisten mutu permainan dan perkembangan kerjayanya pada masa hadapan.

Kedatangan pemain baru Luiz Suarez dari Ajex ke Liverpool pasti dapat mengisi kekosongan yang di tinggalkan Torres. Ini menyuntik semangat baru kepada pemain Liverpool.

Malam ini pastinya perlawanan menarik yang di saksikan. Sama ada perlawanan di antara musuh tradisi antara Chelsea dan Liverpool atau perlawanan peribadi jika Torres di turunkan menentang kelab lamanya.

Ramalan aku perlawanan sengit dan kemungkinan berharap berkesudahan Chelsea dapat menang menewaskan Liverpool. 

Sam: Chelsea 1 - 0 Liverpool

IQ : Test Cara Kamu Berfikir

Tentu kamu selalu dengar dan biasa dengan perkataan IQ kan? IQ ialah tahap kecerdasan otak kamu. Pernah dengar istilah EQ atau SQ? Tentu jarang sebab kebiasaannya IQ yang sering di katakan.

IQ - Mengenai akal. Secara mudahnya sama ada kamu cerdik atau bodoh. 

EQ - Mengenai emosi. Kebijaksanaan kamu dalam mengawal dan mengenalpasti emosi kamu atau orang lain. Kalau kamu tengah bergaduh sakan, kamu pandai mengawalnya. Kalau kamu putus cinta, kamu tak terlalu frust menonggeng.

SQ - Mengenai spiritual. Kamu mesti pernah rasa bilamana ada kawan kamu kalau cakap atau debat semuanya dia yang betul. Kalau kita buat pula semuanya salah. Kalau nak tahu lebih lanjut aku pernah terangkan sebelum ini iaitu pasal nartistik.

Ketiga-tiga ini berkait rapat antara satu sama lain. Cuma tinggi rendah tahap pemikiran dan kawalan kamu terhadap sesuatu membezakan antara setiap orang. 

Kamu boleh lihat bagaimana pengasas Microsoft Bill Gates seorang yang nerd, tidak pandai bersosial dan tidak silap pernah terkandas di peringkat universiti tetapi sekarang seorang billionaire. Bagaimana dia boleh berjaya. Semuanya di sebabkan cara dia berfikir lain dari orang.

Aku merupakan pembaca setia blog Aidid Mu'addib. Kalau bagi yang belum mengenali dia merupakan seorang yang anti-MLM. Setiap kali aku baca dan jika kamu perasan dia sering menyebut pasal IQ terutamanya mengenai orang sebangsa sama dengan aku. 

Memang aku setuju dan tertarik apa yang di tuliskan kerana semuanya mengenai skim-skim MLM. Yang di terangkan juga kebanyakkannya ia melibatkan golongan yang cetek IQ nya. Sebagai contoh kerana bagi aku  majoriti ahlinya tidak reti bezakan yang mana baik dan buruk akan sesuatu. Kenapa?

Pertama sekali ini mungkin di sebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan. Orang Melayu sebelum merdeka lagi telah di hadkan tahap pemikirannya. Tidak mustahillah generasi sekarang tahap pemikirannya sering terbatas. 

Ia juga di sebabkan kurang belajar dan malasnya untuk mengambil tahu akan sesuatu. Kalau boleh semuanya hendah di beri dan di suapkan. Semuanya ingin semudah yang boleh.

Kembali kepada topik, sebenarnya aku menulis pasal ini, sebab tadi aku ada terbaca dekat DailyMail. Dan bagi aku tajuknya amat kelakar sekali. 'Man is banned from having sex by High Court judge because his IQ is too low.' What the hell.

Ianya di mana seorang lelaki, Alan berumur 48 tahun di perintah berhenti melakukan hubungan sex dengan pasagannya sebab tahap IQ yang rendah. Kesiankan. Dalam perkahwinan secara umumnya itulah satu-satunya nikmat yang di tunggu dan di nanti-nantikan oleh pasangan. 

Untuk kes ini mungkin tak terasa sangat sebab umur dia pon dan agak tua. Dan memang patut juga di kenakan tindakan begitu memandangkan tahap IQ nya cuma 48. Sadis!

Bagaimana pula tahap IQ kamu? Mungkin kamu boleh cuba ujian ini. Amat menarik untuk menguji bagaimana cara kamu berfikir. Aku cuba pun cuma dapat skor 6 saja. Memang mencabar. 

Nasihat aku juga kepada penggiat MLM yang sudah success sekali sekala cubalah buat ujian sampah ini. Kamu kan pandai memutar belitkan fakta dan gebang ke sana sini. Semoga berjaya.

Thursday, February 3

Kenapa Perempuan Merokok



Seperti biasa Restoran Canai (techno) Subang menjadi port lepak jika kerja. Mencuci mata sebab ramai awek dengan lurah dendam dan berlegging. Free show beb!

Keadaan sekeliling majoriti semuanya perokok tegar. Kalau lelaki merokok boleh terima, tapi kalau perempuan aku memang pantang sikit. Muka comel, cun dan badan mantap tapi perangai hampeh.

Sebelum ini aku ada gambarkan merokok cool dari perspektif kerajaan bukan untuk kesihatan. Tetapi bagi perempuan kenapa ini berlaku?

Gaya Hidup Kini

'Trend. So we must follow it! Do it! Feel it!' Jika trend mendatangkan kebaikan tidak salah untuk di ikuti. Tahukah kamu syarikat rokok kini mensasarkan dan mempromosi produk lebih kepada golongan wanita. 

Sebabnya wanita golongan yang mudah di perdaya. Kebanyakkan mereka merokok di sebabkan pengaruh rakan. Berbanding lelaki, kalau terpengaruh pun, sebab ada gadis litar tersesat mempromosi di kedai mamak.

Diet

'Merokok cara baru diet'. Kebanyakkan perempuan yang berdiet dan nak slim akan merokok. Mungkin makan asap lagi bagus sebab jumlah jisim yang masuk dalam badan lebih sikit berbanding makan nasi dengan karbohidrat yang tinggi. Kalau terlebih makan boleh gemuk. 

Tahukah pula, merokok merupakan faktor utama penyumbang kanser payudara, pankreas, paru-paru, mulut, diabetis dan kardiovaskular. Dan kalau mengandung kesian baby yang di kandungkan kemungkinan kelahiran pra-matang terjadi.
 
Stress 

Stress sebab tekanan hidup. Atau istilahnya anggota struktur apabila di kenakan suatu daya atau momen, ia menyebabkan perubahan strain (tegang). Di mana perubahan dimensi sesuatu terjadi. Faham tak? 

Perempaun yang stress sebab frust menonggeng dengan pakwe, di kecewakan, masalah peribadi, masalah keluarga, masalah pembelajaran dan sebahagiannya akan merokok.

Betul. Merokok boleh mengurangkan tekanan dan dapat rilex tetapi dalam tempoh masa singkat dan peratusannya agak kecil. Kamu dah la stress pastu tambah pula dengan penyakit. Memang pakej terbaik untuk passaway cepat agaknya.

Sosial dan Seronok

Perempuan merokok mungkin di sebabkan untuk bersosial dan berseronok. 'Weh tak best la termenung je, lepak-lepak hisap rokok baru best'. 'Togak-togak, merokok sepam dua baru layan. Takkan clubbing hisap lollipop dengan  minum air coke je.' Kolot beb!

Dan banyak lagi sebab-sebabnya. Bagi aku kalau perempuan merokok memang tak dapat di terima walau dengan apa masalah sekalipun. Kamu ada agama, kamu ada akal, kamu seorang yang bijak jadi sebijak-bijaklah membuat keputusan.

Happy Chinese New Year!

Hari ini,

Ketika orang ramai sibuk bergembira bersama famili, aku sedang termenung seorang diri di hadapan pc,
Ketika orang ramai bersesak-sesak di jalanraya, dengan segala kritikan segala pertanyaan di ajukan, aku sedang berjuang memberi yang terdaya.
Ketika orang ramai bergurau berketawa senda, aku sedang kecewa menanti dengan redha.
Ketika orang ramai seronok bercuti, aku sedang sibuk membuat OT. Ya. Inilah realiti. Tidak perlu sangsi atau ragui.

Tetapi,

Kenapa semua yang di impikan tidak selalunya terjadi? Mungkinkah apa yang terjadi ada hikmah tersendiri?
Kenapa berpura-pura menanggung seorang diri jika kamu pun sering memungkiri janji?
Siapakah kamu? Seorang tetamu atau penipu?

Walau apa yang berlaku Happy Chinese New Year

Wednesday, February 2

Krisis Di Mesir



Mesir kini bergolak di sebabkan rakyat berdemokrasi untuk menggesa pemimpin Hosni Mubarak yang di sifatkan pemerintah ‘berkuku besi’ untuk  meletak jawatan setelah 30 tahun berkuasa.


Sistem komunikasi akses internet dan telefon di sekat, bank tidak beroperasi, kedai-kedai di tutup, kekurangan bekalan makanan berlaku.


Keganasan meningkat, beratus-ratus orang mati dan beribu yang lain cedera di sebabkan rusuhan yang berlaku, sesetengah kaum wanita di rogol.


Semalam hampir 250,000 rakyat Mesir berdemokrasi secara aman di Cairo dari berjuta-juta yang lain. Guru sekolah, tukang kebun, pelajar universiti, golongan professional bersatu hati bersuara.


Di Malaysia, Air Asia dan MAS di terbangkan ke Jeddah di samping 2 pesawat Royal Air Force C-130 dalam misi membawa pulang rakyat di sana.


Bersyukur


Bersyukur kerana negara kita masih lagi aman. Tiada pergolakan atau protes besar-besaran yang boleh menggugat sistem ekonomi dan pentadbiran negara.


Pemimpin patut ambil iktibar. Walaupun pelbagai masalah, konfrontasi dan korupsi yang berlaku, rakyat masih lagi mengikut rentak dan kemahuan kerajaan Malaysia.


Harapan


Semoga rakyat Malaysia di Mesir dapat pulang dengan selamat dan sistem demokrasi di Mesir dapat di pulihkan seperti sebelumnya. Amin.

Tuesday, February 1

Bola Sepak Malaysia



Baru-baru ini Kelantan telah menang Piala Sumbangsih dengan mengalahkan Selangor. Tahniah di ucapkan! Dan seperti kebiasaannya  perlawanan terpaksa di berhentikan seketika untuk siaran iklan secara langsung tanpa di edit. Cool bebeh! Ya syabas. Teruskan kemajuan itu.

Harga Minyak Naik Lagi


Bermula 1 Februari 2011 harga minyak naik 10sen lagi menjadikan seliter RM 2.50 bagi Ron97. Tapi untuk Ron95 harga masih kekal.

Hari itu naik sepuluh sen pon dah agak terasa. Sekarang naik lagi. Maknanya lepas ini aku kena pakai Ron95. Aduh! Tak boleh la nak sprint test lepas ini.

Apa-apapun harga 'posto' untuk barang lain mesti naik juga nanti. Kamu rasa patutkah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...