Aku termenung seketika di birai bilik. Merehatkan sebentar otak yang telah penat belajar. Menikmati pemandangan indah di malam itu. Suasana yang sungguh sunyi dan mengasyikkan menyelubungi jiwa.
Tiba-tiba kelibat bayang-bayang berlegar-legar di tepi koridor hostel perempuan. Aku bermimpikah? Atau ini hanya khayalan semata-mata? Bayang-bayang tadi memunculkan dirinya. Memang realiti. Oh! Indahnya. Sungguh cantik. Siapakah gadis itu? Aku bertekad tetap mahu mengenalinya...
Pernahkah kamu bercinta? Bagaimanakah cinta pandang pertama kamu? Pasti semua orang pernah menghadapinya. Bagi yang perempuan mesti jatuh hati kepada jejaka kacak dan lelaki mesti terpikat dengan keayuan dan kecantikan seorang wanita.
Memang indah jika ianya berlaku. Di mana apabila perasaan itu menyusuk ke dalam jiwa, setiap perlakuan yang kita lakukan pasti terbayang-bayang dan teringat akan si dia. Betapa indahnya dunia ketika itu. Benih-benih cinta di semai dengan bahagianya. Nikmat yang syahdu terasa menyelubungi seluruh sanubari.
Ada yang gembira, kecewa ataupun pasrah akan keindahan dan kenikmatan cinta pertama. Namun tidak semua yang indah itu berterusan. Tidak semua saat manis ketika bersama yang kita impikan menjadi kenyataan.
Selalunya cinta pertama akan memberi impak yang di luar kebiasaan. Bagi yang berjiwa melancholic pasti kenangan cinta pertama meninggalkan kesan yang mendalam. Selalunya terbayang-bayang saat indah semasa bercinta. Di mana sukar untuk melupakannya.
Ada yang berjaya mengharunginya sampai ke alam perkahwinan dan ada pula yang terkandas di tengah jalan.
Percayalah luka yang di hadapi sukar di ubati. Setiap ungkapan, kata-kata, permintaan, kelakuan, sifat mahupun kesukaannya pasti akan terngiyang-ngiyang di fikiran kita. Tambah pula, apabila mengingatkan perkara yang boleh membangkitkan kenangan.
Majoriti perempuan merupakan mangsa keadaan. Tidak hairanlah jika di dalam perhubungan mereka lebih serius. Mereka lebih menghargai cinta itu terutama cinta pertama. Tidak hairanlah ada yang sanggup menggadai maruah untuk membuktikan tahap kesetiaannya. Tidak sangsilah ada yang cuba membunuh diri akibat kekecewaan yang di alaminya. Dan tidak kurang ada yang menjadi murung dan tidak keruan.
Tetapi ada ketikanya cinta pertama menjadi medium pembakar semangat untuk terus maju ke depan. Di samping sebagai dorongan untuk berjaya. Bagaimanakah kamu menghadapi dan mengatasinya menunjukkan keupayaan sebenar diri kamu.
Itulah cinta pertama. Cinta antara sesama manusia. Di mana tidak akan selalu kekal dan selamanya, jika di bandingkan dengan cinta yang utama.
Ya. cinta akan Ilahi dan Rasul Allah. Walaupun segala kesusahan, kealpaan, kejahilan, kesengsaraan dan kemaksiatan yang kita lakukan pastinya Dia akan tetap dan selalunya lebih menyayangi kita. Cuma kita yang seringkali mengabai dan melupakannya.
Oleh itu, sebenarnya aku ingin ucapkan Salam Maulidur Rasul sempena ketibaannya yang akan menjelang tiba. Marilah kita sama-sama menghayatinya. Mengingati bagaimanakah peristiwa ini terjadi. Betapa indahnya jika cinta terhadap Ilahi mengatasi cinta sesama manusia.
Tweet
1 surat:
salam maulidur rasul sam :)
Post a Comment