Sunday, February 6

Preview : Chelsea vs Liverpool

Malam ini merupakan malam yang di tunggu-tunggukan oleh peminat setia penyokong Chelsea dan Liverpool. Di mana Liverpool akan bertandang ke Stamford Bridge bagi menentang Chelsea dalam perlawanan BPL

Tentu menarik sekali selepas ketibaan Fernando Torres meninggalkan Anfield dari Liverpool ke Chelsea selepas tutupnya tarikh perpindahan pemain pada 31 Januari 2011 yang lalu. Torres menyertai Chelsea dengan harga 50 juta euro (RM 246.5 juta) berkemungkinan akan di senaraikan untuk perlawanan menentang kelab lamanya malam ini. Tapi Carlo Ancelotti masih pening-pening lagi untuk membuat keputusan.  

Jika ini berlaku mungkin bagi penyokong Liverpool menimbulkan ketidakpuasaan hati. Di mana kebanyakkannya melabelkan Torres sebagai pembelot. Lain pula bagi Torres ini merupakan salah satu cara bagi dia untuk mengekalkan tahap konsisten mutu permainan dan perkembangan kerjayanya pada masa hadapan.

Kedatangan pemain baru Luiz Suarez dari Ajex ke Liverpool pasti dapat mengisi kekosongan yang di tinggalkan Torres. Ini menyuntik semangat baru kepada pemain Liverpool.

Malam ini pastinya perlawanan menarik yang di saksikan. Sama ada perlawanan di antara musuh tradisi antara Chelsea dan Liverpool atau perlawanan peribadi jika Torres di turunkan menentang kelab lamanya.

Ramalan aku perlawanan sengit dan kemungkinan berharap berkesudahan Chelsea dapat menang menewaskan Liverpool. 

Sam: Chelsea 1 - 0 Liverpool

6 surat:

leyzajamil said... [Reply]

saya bukan nak komen pasal entri ni..tapi saya mencari chat box tak jumpa2 la..

Sam Posmen said... [Reply]

oh kenapa? nanti saya buat chat box ok. masih dalam construction. hehe

E.d.Y said... [Reply]

gelak ramai2 kat torres..haha

siTokei said... [Reply]

nak gelak jugak hihihihihi

Sham said... [Reply]

tak kisah pun resultnya...yg penting MU stil on top...hua ha ha...

siTokei said... [Reply]

huhuhuhu.......best2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...