Friday, February 18

Stress : Bagaimana Kamu Hadapi?

Hari ini merupakan hari kedua aku tidak pergi kerja atas sebab masalah kesihatan. Memang seronok dan happy dapat berehat seketika di rumah.

Petang tadi aku pergi ke klinik berjumpa dengan doktor untuk ambil ubat dan mc letter.Teruk aku di ceramah oleh doktor India itu. Sampai terdiam tak terkata. 'Kamu ini muda-muda lagi dah stress nanti dah tua lagi teruk. Nanti pergi beli buku motivasi, lepas itu baca!'. Aiseh! Aku pon buat tak tau je dan hanya mengangguk tanda bersetuju. 

Hasil pemeriksaan memang darah aku agak tinggi. Tidak di nafikan tekanan di tempat kerja dan rutin mingguan aku ke kelas banyak menyumbang kepada stress ini. Patutlah dua tiga hari ini kepala aku sangat pening dan sakit.

Stress

Selalu kan kamu dengar. Banyak cara untuk menghilangkan stress. Seperti bernafas dalam-dalam, menghirup udara segar, banyak minum air, banyak beribadat, tenangkan perasaan, cuba mencari kawan untuk melepaskan dan berkongsi masalah, banyak motivasikan diri dan sebagainya. 

Bagi aku kalau nak tanganinya aku lebih suka makan. Makan banyak-banyak lepas itu tidur. Lepas bangun mesti rasa tenang. Kamu pon pernah hadapinya kan? Tipulah kalau cakap tak pernah rasa stress. Kamu suka buat apa kalau stress ye?

3 surat:

flyz said... [Reply]

a ah...busan kan? dulu masa belajar stress tak payah cakap rr, kini keje pun sama, cuma lain situasi sikit. Tp owg kata ubat awek muda adalah sentiasa happy, so meh sama-sama lupakan masalah dan redah je. Yg penting happy!!!

Sam Posmen said... [Reply]

hehe. betul flyz. kalau nak layan sangat stress ni sampai bila pon tak habis. yang penting kena happy selalu

Shahiran said... [Reply]

Anggap je tekanan tu sebagai pengalaman yang akan berlalu. Tak perlu risau, tak perlu terlebih fikir, buat sahaja, selesailah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...