IQ - Mengenai akal. Secara mudahnya sama ada kamu cerdik atau bodoh.
EQ - Mengenai emosi. Kebijaksanaan kamu dalam mengawal dan mengenalpasti emosi kamu atau orang lain. Kalau kamu tengah bergaduh sakan, kamu pandai mengawalnya. Kalau kamu putus cinta, kamu tak terlalu frust menonggeng.
SQ - Mengenai spiritual. Kamu mesti pernah rasa bilamana ada kawan kamu kalau cakap atau debat semuanya dia yang betul. Kalau kita buat pula semuanya salah. Kalau nak tahu lebih lanjut aku pernah terangkan sebelum ini iaitu pasal nartistik.
Ketiga-tiga ini berkait rapat antara satu sama lain. Cuma tinggi rendah tahap pemikiran dan kawalan kamu terhadap sesuatu membezakan antara setiap orang.
Kamu boleh lihat bagaimana pengasas Microsoft Bill Gates seorang yang nerd, tidak pandai bersosial dan tidak silap pernah terkandas di peringkat universiti tetapi sekarang seorang billionaire. Bagaimana dia boleh berjaya. Semuanya di sebabkan cara dia berfikir lain dari orang.
Aku merupakan pembaca setia blog Aidid Mu'addib. Kalau bagi yang belum mengenali dia merupakan seorang yang anti-MLM. Setiap kali aku baca dan jika kamu perasan dia sering menyebut pasal IQ terutamanya mengenai orang sebangsa sama dengan aku.
Memang aku setuju dan tertarik apa yang di tuliskan kerana semuanya mengenai skim-skim MLM. Yang di terangkan juga kebanyakkannya ia melibatkan golongan yang cetek IQ nya. Sebagai contoh kerana bagi aku majoriti ahlinya tidak reti bezakan yang mana baik dan buruk akan sesuatu. Kenapa?
Pertama sekali ini mungkin di sebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan. Orang Melayu sebelum merdeka lagi telah di hadkan tahap pemikirannya. Tidak mustahillah generasi sekarang tahap pemikirannya sering terbatas.
Ia juga di sebabkan kurang belajar dan malasnya untuk mengambil tahu akan sesuatu. Kalau boleh semuanya hendah di beri dan di suapkan. Semuanya ingin semudah yang boleh.
Kembali kepada topik, sebenarnya aku menulis pasal ini, sebab tadi aku ada terbaca dekat DailyMail. Dan bagi aku tajuknya amat kelakar sekali. 'Man is banned from having sex by High Court judge because his IQ is too low.' What the hell.
Ianya di mana seorang lelaki, Alan berumur 48 tahun di perintah berhenti melakukan hubungan sex dengan pasagannya sebab tahap IQ yang rendah. Kesiankan. Dalam perkahwinan secara umumnya itulah satu-satunya nikmat yang di tunggu dan di nanti-nantikan oleh pasangan.
Untuk kes ini mungkin tak terasa sangat sebab umur dia pon dan agak tua. Dan memang patut juga di kenakan tindakan begitu memandangkan tahap IQ nya cuma 48. Sadis!
Bagaimana pula tahap IQ kamu? Mungkin kamu boleh cuba ujian ini. Amat menarik untuk menguji bagaimana cara kamu berfikir. Aku cuba pun cuma dapat skor 6 saja. Memang mencabar.
Nasihat aku juga kepada penggiat MLM yang sudah success sekali sekala cubalah buat ujian sampah ini. Kamu kan pandai memutar belitkan fakta dan gebang ke sana sini. Semoga berjaya.
0 surat:
Post a Comment