Wednesday, January 5

Nartistik

Semasa kamu kecil, semasa masih budak-budak, kenapa kamu semua nakal sangat? Kalau tidak dapat aiskrim mesti menangis. Kalau tidak dapat coklat atau candies mesti tidak mahu makan nasi. Kalau kena marah dengan mak sebab main kotor, mesti menangis kan? tanda protes. Kenapa?

Semasa kamu di sekolah cikgu disiplin selalu marah sebab tidak ikut peraturan. Rambut kamu panjang dan ada pula yang spike tercacak-cacak. Seluar sekolah mesti ada gaya skinny ala skinhead. Bila pula dekat toilet ramai-ramai, walau hanya berbekalkan sebatang rokok nikmat  yang teramat cool mesti terasa kan? Kerja sekolah mesti tidak pernah siap dan selalu saja menimbulkan masalah. Kenapa?
Semasa kamu di universiti time kuliah mesti bersembang di belakang. Bosan saja terus sumbat earphone dekat telinga. Susah benar hendak respect lecturer di depan. Kalau keluar malam mesti balik lepas midnight lepas tu kena tahan dengan pak guard, cukup bulan menunggu surat income sampai. Habis sem terkapai-kapai kebingungan hendak bayar. Kenapa?
Semasa lepak dengan kawan-kawan mesti ada benda yang hendak di gebangkan. Weh apa kes kau ini, tidak betul la macam tu, aku punya lagi sempoi lagi best, kau buat tu salah la tidak kena caranya. Pernah dengar kan ayat macam tu? Kenapa?
Semasa di public di khalayak ramai, tertiba dengar suara Yeah! Dush! Dush! Yahoo! Pewitt! Semalam aku dating dengan awek cun sial! Semalam aku pergi lowyat beli iPhone 4G bro! (dengan nada  suara yang kuat dan mengejutkan orang lain). Adakalanya control macho sampai membuatkan orang lain terasa jelik dan menyampah teramat sangat. Kenapa?
Kini kamu sudah dewasa, sudah berjaya, sudah bekerjaya, tetapi kenapa ada segelintir kamu  yang suka menindas orang lain di pejabat. Suka memandang rendah tahap seseorang itu. Jika ada pekerja bawahan salah sikit mesti melenting tak tentu pasal. Bila keluar bersama-sama, tetapi kamu makan di hotel pekerja lain makan di stor saja. Kenapa?
Okey. Banyak benor kenapa itu kenapa ini. Orite! Selalunya apa yang ingin di tonjolkan oleh orang-orang sebegini ialah rasa hormat, kekaguman dan kekuatan yang ada pada dirinya walaupun hakikatnya berlawanan dengan apa yang di miliki. Orang seperti ini lebih gemar menarik perhatian orang lain dengan perlakuan yang kadang-kadang di luar kebiasaan normal.







Nartistik. Ya! absolutely. Mereka adalah Nartistik kerana bersifat mencintai diri sendiri sampai tahap di mana yang tidak wajar di lakukan. Seseorang Nartistik akan tetap mempertahankan segala pendiriannya. Dan selalunya merupakan orang yang keras kepala, manipulatif dan lebih bersifat leader. Mereka juga biasanya cerdik, licik, dan banyak berfikir sehingga jiwanya terganggu. Selain mempunyai tahap khayalan yang bebas dan selalu membuat janji-janji yang tidak mampu di penuhinya. Sebab itulah banyak benda yang lebih bersifat auta daripada kebenarannya.
Pernahkan kamu berbual dengan seseorang dan memberi pendapat atau pandangan di mana dia mesti susah untuk menerimanya. Mesti dia tidak sesekali menumpukan sepenuh perhatian kepada kamu, dan lebih suka memandang keadaan sekeliling. Kalau ada rokok di tangan mesti berkotak-kotak di habiskan dari mendengar cerita kamu. Mereka lebih suka tampil dengan sikap angkuh dan bangganya. Bagi mereka semua di lakukan adalah betul, tiada yang dapat halang dan menandinginya.
Setiap orang perseorangan memang mempunyai sifat ini. Cuma bagaimana cara kamu menanganinya membuatkan kamu berlainan dengan orang lain. Jika mindset kamu positif mesti tiada benda negatif yang di lakukan. Semua orang pasti suka akan kamu.
Bagaimana hendak menghadapi orang seperti ini? Bagi aku dengan mudahnya, hanya memekakkan telinga dan mendengar apa saja yang di perkatakan. Jadilah good-listener. Kalau terpaksa juga, berlakon lebih baik, buat-buat berminat dengan apa saja yang di ucapkan. Tidak perlulah bersusah payah untuk melawan dan membangkang orang seperti ini, kerana nescaya kamu juga yang akan fed-up nanti. Haha. Kalau bosan baik kamu pertimbangkan balik  apa yang di bualkan mesti kamu tersenyum sendirian. Sebab, di mana ada ketikanya auta yang di luar kebiasaan menjadi bahan jenaka. Kamu pernah menghadapinya kan? Semua dia yang betul. Semua dia yang hebat. Semua dia pon boleh buat.   
Kenapa seseorang merompak? Tentulah sebab tekanan hidup dan masalah kewangan yang terus menghimpit. Kenapa orang zalim terus zalim? Mungkin semasa kecil dia tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sering di marahi, sering di salahkan. So bila sudah besar sifat dendam itu terbawa-bawa. Kenapa orang mesti angkuh, kenapa jenayah berleluasa, kenapa semuanya bersifat abnormal dan kenapa pa pa pa…hehe ok jawablah sendiri…Siapakah kamu?


3 surat:

Farah Awang said... [Reply]

think positive
itu keyword dia.

btw,entry awk bagus
byk input
tapi maybe bole simplekan lagi
dan guna ayat yg jujur
sekadar pandangan dari sy
:)

! Sam Posmen ! said... [Reply]

thank you.

masih dalam proses pembelajaran.
ayat yang jujur? apa maksud awak?
saya menipu ke. adeh! :)

Chuck said... [Reply]

bro. bahasa lu memang cantik. gua suka blog nie. keep writing k. jgn risau. gua bukan auto BW. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...