Pertama sekali cuba kamu search keyword tajuk di atas? Sudah lakukan? Pasti mendapat hit tertinggi ejen pencarian kan? Syabas!
Pernah terfikir tujuan kamu melakukan sesuatu. Tujuan kamu membuat blog? Pastinya tujuan utama untuk memberi informasi kepada pembaca, menjadikan blog sebagai diari catatan harian, sebagai medium untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan, sebagai salah satu cara untuk bersosial dan komunikasi. Tambah pula, tentulah untuk menjana pendapatan sampingan hasil daripada penulisan kamu.
Tapi sejauh manakah kebenarannya?
Kamu pasti kecewa apabila terus membaca apa yang ingin aku huraikan. Kebanyakkannya mesti ingat adakah aku ingin memberi tip-tip bagaimana meningkatkan trafik untuk blog kamu. Wow! Masyuk-masyuk. Wang besar, wang besar. Tetapi sayang semua sangkaan kamu silap. Jika itu yang di cari baik kamu teruskan mencari di blog lain. Sorry!
Kalau ingin orang kenali blog kamu, mestilah mempunyai pembaca yang ramai. Maksudnya kamu memerlukan trafik yang tinggi. Betul tak? Ya. Memang betul. Tidak di salahkan.
Kehairanannya, kebanyakkan sekarang ini ingin trafik yang tinggi untuk menjana pendapatan. Ya. Tidak salah juga. Jika blog kamu ialah sebuah agensi pengiklanan. Dan tujuan kamu dan cita-cita kerjaya hanya untuk menjana duit semata-mata. Teruskan.
Cuma pernahkah terfikir kadang-kadang yang lagi menghairankan seolah-olah ada segelintir menumpukan hanya untuk duit. Betul untuk duit. Kenapa? Sebabnya jika ramai orang yang lawat blog kamu maka lebih banyak pendapatan kamu. Bukankah begitu.
Dan bukannya untuk memberi maklumat berguna dan bertukar ilmu kepada orang lain. Sadis! Kalau ya begitu memang kamu seorang yang pentingkan diri sendiri dan tamak. Kamu menyalahgunakan teknologi. Kamu seorang hipokrit.
Kamu sendiri sudah ketahui kebanyakkan blog yang wujud sekarang bagaimana kandungannya blognya. Tumbuhnya bagai cendawan blogger-blogger baru. Tak terkecuali, termasuklah aku ini. hehe. Kadang-kadang entah apa yang di bebelkan. Pusing-pusing dah boleh di buang ke tong sampah saja. Apakah yang ingin di sampaikan. Apakah ini keinginan kamu? Tiada kesedaran langsung bagaimana memanipulasi untuk memajukan diri dan orang lain.
‘Ala kau menulis bukannya baik mana pun. Baru buat blog, cakap je lebih’
Itu terpulanglah kepada masing-masing. Hak individu. Hak bersuara. Jangan gaduh-gaduh ye. Eh tertiba.
Kepada bloggers pasti kenal dengan nama seperti Hanis Zalikha, Obefiend, Beautifulnara takpun kepada penagih MLM tegar mesti dan wajibnya tahu akan Aidid Mu'addib. Asalnya penulisan diorang tidak lain sebagai maklumat tambahan kepada pembaca dan untuk catatan harian saja. Dan pengiklanan yang wujud merupakan suatu bonus.
Di mana kebanyakkan apa yang di tulis membuatkan kita terfikir dan terus berfikir. Faham tak apa yang aku nak sampaikan ini? Sory. Aku dulu BM pon fail. Sebab tu jadi penghantar surat je hari-hari. Jangan ikut jejak aku ok!
Cukuplah sampai di sini saja. Cakap banyak ada yang tidak suka. Mau di pelempangnya aku ni. So, apakah tujuan kamu? Tanyalah diri sendiri. nyummy…
Tweet
2 surat:
this is so wise of you. as for me, i write for myself, not for others. and yup iklan2 tu semua bonus.
keep up this kind of writing!!
thanks the blabber. i was read your blog also. nice info. always keep support me.
writing for satisfaction not be selfish, right?
mau selfish juga please go to market. hehe
Post a Comment