Friday, April 29

Realiti : Perkahwinan Prince William dan Kate Middleton



‘Today was a fairytale, you’ve got a smile that takes me to another planet, every move you make, everything you say is right, today was a fairytale. Lalalaa…’ (*Lagu Taylor Swift terngiyang sayup-sayup kedengaran di halwa telinga).

Pernah layan klip video lagu Today Was A Fairytale? Di mana Taylor Swift yang comel berpacaran manja dengan ‘putera’ idamannya. Melayari mahligai indah di istana dengan hiasan-hiasan mewah. Wow! Bestnya.

Tapi itu hanyalah dongengan. Kini fairytale sudah menjadi kenyataan. Itulah yang berlaku kepada Prince William si anak sulong Charles, Raja Wales, bertemu jodoh dengan Kate Middleton seorang wanita kebanyakkan. Kebanyakkannya pon bukan calang-calang. Bapa dia merupakan seorang millionaire dan Waity Katie (Kate Middleton) pula seorang yang educated jika di nilai dari sejarah keratuan di England.

Alice in Wonderland

Jika di tanya kepada sesiapa saja pasti mengimpikan majlis perkahwinan yang indah dan gilang-gemilang. Maksudnya kalau boleh semuanya nak nampak grand dan berprestij. Kepada sesiapa yang betul-betul berkemampuan buatlah seperti atau seiras majlis perkahwinan Prince William dengan Kate Middleton. Dan jangan lupa invite aku sekali nanti ok.

Kalau tak mampu baik simpan duit tu dan lepas kahwin nanti pergi honeymoon tengok cerita Alice in Wonderland sambil layan lagu Taylor Swift je. Sweet kan.

‘Tapi kenapa? Tak adil la membandingkan majlis di raja dengan rakyat biasa’. 

Maksud aku buatlah seala kadar saja. Ikutlah kemampuan diri sendiri. Berbalik kepada topik, walaupun majlis perkahwinan ini berlangsung di ‘rumah’, dalam situasi ini di Westminster Abbey dan Istana Buckingham, ia telah membelanjakan anggaran sebanyak $ 34 million (RM ± 101 juta) bersamaan dengan gaji aku bekerja sehingga hujung usia rasanya dan terdapat lebihan lagi. 

Apa-apapun mari kita tengok apakah barang-barang yang  mahal sangat yang telah di belanjakan. Sumber

Cincin pertunangan bernilai $ 1 million (RM ± 3 juta)
Cincin perkahwinan berharga $ 11, 000 (RM ± 32, 700)
Gaun perkahwinan Kate yang anggun dan mewah $ 434, 000 (RM ± 1.29 juta)
Penyambut tetamu sekitar 600 kos berharga $ 600, 000 (RM ± 1.78 juta)
Kek perkahwinan bernilai $ 80, 000 (RM ± 237, 880)
Bunga-bungaan pelbagai bauan dan warna-warni berjumlah $ 800, 000 (RM ± 2.38 juta)

Amacam? Beranikah untuk keluarkan duit berjumlah sebegini untuk majlis perkahwinan? Untuk mengetahui maklumat lanjut segala event yang berlangsung bolehlah layari prince-william-kate-middleton-royal-wedding-live-blog. Update terkini tentang apa yang berlaku.

‘Laju…lajuuu, buai ku lajuuu…aku nak kawin dengan anak raja. Lalalaa…’ (*Kedengaran suara Merah menyanyi di atas buaian sambil mengayunkan kakinya).


P/s : Tahniah di ucapkan kepada Prince William dan Kate Middleton. Majlis perkahwinan yang sememangnya klasikal.

Untuk rakyat jelata (only girls) sekalian usah risau dan kecewa. Masih terdapat kekosongan untuk memenuhi hati Prince Sam. Mungkin majlis perkahwinan yang sedikit superb dapat di adakan nanti. Ada sesiapa yang berminat? hehe

6 surat:

Rozuan Ismail said... [Reply]

nampak gaun macam simple tapi pergh,mantap!

budingyun said... [Reply]

gaun dia lagi banyak menutup berbanding gaun pengantin di malaysia..

! Sam Posmen ! said... [Reply]

Rozuan Ismail : apa yang mantapnya? haha. aku 'tengok' biasa je

budingyun : gaun dia dah boleh buat main sorok-sorok je. tapi memang simple

http://bukankosong.blogspot.com/ said... [Reply]

putera Harry uniform dia mcm besor je, cam hulk plak nengok..

amna said... [Reply]

Cincin pertunangan bernilai $ 1 million (RM ± 3 juta)

wow <---- haha. mcm tu skli. kalau dah kaya..

! Sam Posmen ! said... [Reply]

http://bukankosong.blogspot.com/: mungkin sebab fabrik yang di gunakan tu agak tebal. bukannya pasal uniform besar kot.

amna : aku kalau nak beli cincin RM 300 pon bergigil-gigil tangan nak bayar rasanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...