Sunday, May 1

Pesta Buku PWTC : Aku Jumpa Tun Dr. Mahathir Termenung

‘Encik! Encik! Tunggu sekejap. Nak tanya sikit boleh? Kat mana ye pesta buku yang banyak-banyak tu?  Apsal tak ramai orang kat sini. Erm…’

‘Saya pon tak tau. Ini Convention Centre, encik. Kalau nak masuk Aquaria KLCC saya tau la. Tapi kalau tak silap pesta buku tu kat PWTC (Putra World Trade Centre). Dekat Stesen Bas Putra tu. Bukan kat sini’

‘Terima kasih encik. Sambil beredar. *Blushing’

Siapa sudah pergi ke pesta buku PWTC? Banyak kan promosi-promosi buku yang di adakan. Siapa yang belum, silalah ke sana. Time weekend macam ini tengah free, bawa la anak-anak berjalan. Bagi yang tengah bercouple bawa cewek-cewek, pacar-pacar ke sana ye. Hari ini, 1 Mei merupakan hari terakhir pesta.

Dua hari lepas aku ada jejalan pergi ke Pesta Buku tu. Banyak juga buku-buku baru yang menarik. Orang hari tu pon tidak berapa ramai sangat. Memang best. Senang sikit nak berjalan. Mungkin juga sebab hari bekerja. Itupon secara kebetulan lalu dekat situ sebab jalan terlalu sesak singgah sekejap.


Pendekkan cerita, pusing dan pusing berjalan mengelilingi dewan, tertiba terjumpa Tun Dr. Mahathir tengah termenung senyum seorang diri. Tak ada orang temankan. Kesian rasanya. Tapi bukan secara realiti, cuma cover book je.

Inilah saat yang aku tunggu. Akhirnya jumpa juga buku yang di cari. Buku yang telah di launching awal bulan baru-baru ini. ‘A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr.Mahathir Mohamad’.


Apakah yang menarik sangat?

Sejak di lancarkan memang niat di hati nak beli satu buku ni buat bahan bacaan. Bukan apa sebab aku yakin dengan kualiti akan setiap penulisan Tun Mahathir dan segala yang di perbincangkan. Mungkin dari aspek politik ada yang kurang suka. Tapi cubalah jangan terlalu menyempitkan pemikiran kamu.

Untuk makluman juga, aku pon tidak berapa berminat untuk membincangkan isu politik dalam blog ini. Mungkin kalau nak update berita panas terkini seperti lelaki 'Y' berpacaran, thong pakai g-string atau sesumpah bersumpah adalah lebih baik pergi ke blog-blog yang lebih berinspirasi. 

Berbalik kepada tajuk, jika di pertimbangkan nilai abstrak akan buku ini memang berbaloi untuk di miliki.  Secara ringkasnya juga, ia banyak membincangkan pasal personaliti hidup dan bagaimanakah pengalaman Tun Mahathir sendiri semasa menempuh era sebagai seorang Perdana Menteri. Bagaimanakah beliau asalnya dari golongan sederhana boleh menjadi seorang yang berjaya. Kenapa kita tidak? 

Segalanya memerlukan usaha keras. Semuanya bukan datang terhidang di depan mata tanpa usaha. Seperti realiti sekarang ini kenapa masyarakat Meleis yang begitu gah di mata dunia semakin pincang. Agama di politikkan, politik di konspirasikan. Kesudahannya bangsa Melayu bercakaran sesama sendiri.

Apa-apapun aku pon baru saja baca pasal intro. Akibat masa yang tersangat bercumbu-cumbuan, mungkin next entri aku akan review dengan lebih details lagi pasal buku ni. 


P/s : Selamat Hari Pekerja/Buruh kepada semua pekerja-pekerja berdedikasi. Kepada peminat EPL, Chelsea menang lawan Tottetham Spurs 2-0 :)

3 surat:

Hafzan Sarah said... [Reply]

waiting for your next entry..
kalo rasa menarik dan tertarik..nak beli jugak =)

antudegil said... [Reply]

howa! aku bercadang nak ke PWTC hari ni. Kalau tak esok. erk.. ada lagi ke esok?

p/s: BTW, congrats dah ade 500 follower dude. memang cara. aku sedikit terbabas. tu tak berupdate. kau dah nampak kemajuan. dayum!

! Sam Posmen ! said... [Reply]

Hafzan Sarah : tq. always support me, ok :)

antudegil : pegi esok pon boleh. tapi pegi tolong kemaskan semua kasi bersih la. haha

sibuk nampak sampai bersawang blog, dude. nway tq. tapi aku lebih prefer for readers not followers.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...