Tuesday, May 24

Pelopor Islam Moden : Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Fetwa Sam Posmen versi ke 10:4 ayat pertama. 'Kamu bodoh, nescaya orang lain tetap terikut dengan pendirian kebodohannya' 

Sekarang tengah hangat isu mengenai seorang yang mengaku Islam. Berbangga dengan gelaran hajah serta nama yang Islamik. Di mana mengutuk, mencaci serta menghina Tuhan yang satu iaitu Allah SWT. Tidak puas Nabi terakhir Muhammad SAW yang merupakan pemimpin teragung turut menerima tempelaknya (kesannya). 

Gambar-gambar di edit supaya mencerminkan keburukan Islam serta kepimpinannya. Tujuannya hanya satu untuk menyampaikan dakyah terpesong.

Keagamaan

Dalam agama apa sekalipun tujuan utama semuanya sama iaitu mengajak ke arah kebaikan. Tiada agama yang mengajak umatnya untuk membuat kehancuran dan bermusuhan. Manusia sendiri yang memilih jalan kehidupan masing-masing. 

Di dalam Islam orang yang menyekutukan Allah SWT apalah lagi menghina hukumnya boleh di kategorikan sebagai munafik dan lagi teruk di gelar murtad. Maka taubat sebenar-benarnya adalah jalan terbaik ke pangkal jalan.

Perlembagaan

Dalam perlembagaan Malaysia memang membenarkan kebebasan beragama. Semuanya termaktub dalam perkara 11, di mana semua orang berhak mengamalkan dan menganuti agama masing-masing. Perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk menyekat dan mengawal apa-apa perkembangan doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. 

Kerajaan boleh menahan orang Islam yang menyimpang daripada ajaran asas Ahli Sunnah Waljamaah dan wajib menjalani pemulihan. Umumnya orang Islam tidak boleh keluar dari agama Islam untuk menganut agama lain secara sah tetapi penganut agama lain boleh menganut Islam. Itu yang terfaktab.

Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588)

Dalam sesuatu kod kandungan yang di sediakan oleh forum kandungan atau Suruhanjaya perlu di masukkan contoh bagi menangani kandungan jelik atau sumbang. Di mana antaranya sekatan terhadap pemberian yang kandungan yang tidak sesuai, gambaran budaya Malaysia dan identiti kebangsaan. 

Penghinaan Agama Islam

Dari sejarah moden sendiri isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Di mana saja perkara ini berlaku. Sebelum ini wujud isu penerbitan Bible berbahasa Melayu. Hakikatnya ia telah wujud sejak tahun 2005 lagi di mana Perdana Menteri mewujudkan satu dasar mengkehendaki kitab Bible berbahasa Melayu di cetak  dengan perkataan 'Bukan untuk Orang Islam' di kulit hadapannya dan hanya di edar di gereja dan kedai buku Kristian.

Pada bulan April 2009, wujud kandungan video menunjukkan seorang lelaki sujud menyembah sekeping ayat Al-Quran dan mempersendakan ayat Al-Quran. Akhirnya, JAIS sendiri membuat laporan ke atas video Youtube terbabit yang bersifat menghina Islam.

Isu Hindraf, Paderi Melayu, penukaran agama secara paksa 3 orang anak yang berlaku pada April 2009 di Ipoh, Perak, kes Lina Joy yang murtad, Dasar Kerajaan A.S membincangkan kebebasan beragama dengan Kerajaan Malaysia. Di mana sebagai sebahagian dasar menggalakkan hak asasi manusia secara menyeluruh semuanya bukan isu yang baru. Perkara lapuk.

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Penghinaan yang membuatkan aku terkaku sebentar. Apakah yang berlaku sebenarnya. Bagi aku semuanya hanya untuk menarik perhatian semata-mata. Jika dia benar-benar seorang Islam memang terbukti telah murtad dan khalimah shahadah dan taubat nasuha perlu di segerakan. Kalau bukan maka celakalah.

Di Malaysia Melayu ialah beragama Islam. Dan terbukti memang Melayu sangat sensitif bila mendengar isu seperti ini. Sesiapa saja pasti akan marah nak mengutuk tindakan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara malaun ini. Bukan untuk mempromosi dan mempopularkanhya tetapi fikirlah sendiri. 

Berbalik kepada fetwa Sam Posmen di atas 'Kamu bodoh, nescaya orang lain tetap terikut dengan pendirian kebodohannya'itulah hakikat yang patut di telan dan di terima orang ramai. 

Memang terang lagi bersuluh Si Makcik ini telah murtad. Ya murtad jika beragama Islam di mana bukan saja melalui hati tapi terang-terangan mengutuk dan mengkeji Tuhan yang Maha Esa iaitu Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. 

Persoalannya, jika kita mengaku seorang Islam sejati perlukah kita sekali mengikut rentaknya? Kalau perlu maka samalah kamu dengan fetwa Sam Posmen tu. Tiada bezanya kamu dengan Si Makcik malaun. Belajar dari seorang yang bodoh untuk membebalkan diri. Akhirnya, hanya pengasas kebodohan yang berjaya mencapai cita-citanya. Yang lain kecundang dengan mainan sendiri. 

Rasionalisme

Dunia semakin berkembang sejajar dengan teknologi seperti Makcik malaun menggunakan photoshop. Negara ada undang-undang. Sebagai rakyat kita di sediakan saluran yang betul dalam menilai dan menghukum seseorang. 

Apa guna melayan dan bercakap dengan orang yang terbukti tidak sesekali atau kemungkinan akan mendengar dan menerima apa yang di pertuturkan. Gunakan teknologi dalam membuat aduan ke pihak berwajib. Bukannya terus menerus counterback her bloody crap. 

Jika ada jalan yang lebih bagus teruskan. Tapi aku yakin kamu pon bukannya berani mana untuk berhadapan dengan situasi ini secara berhadapan. Sedangkan awek kena ragut pon masih boleh tercegat kecut perut hanya tengok saja dan bukannaya menolong inikan pula menghadapi musuh Islam dengan iman setipis mungkin.

Accept difference

Setentunya Makcik malaun ini membuat sesuatu yang terpesong. Terbukti dia dengan dunianya. Kita yang majoriti mengaku Islam adakah terdapat perbezaan dengannya? Cermin diri sendiri. Cukupkah dengan apa yang kita pakai seharian, cukupkah dengan segala yang iman yang kita miliki, cukupkah atau belum...mmm



P/s :  Jika Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara seorang Islam berdoalah kamu supaya Allah tunjukkan hidayah kepadanya.

*Tiada gambar di terbitkan kerana ianya berhubungkait dengan sensitiviti dan akidah seseorang  

7 surat:

Muhamad Luqman Hakim Mahmud said... [Reply]

..die ni..kurang siuman kot..!

Hansyirah Takezur said... [Reply]

sedih melihat Islam dihina sebegitu rupa. ungkapan babi dan dewa, sangat keterlaluan.
nauzubillah..

... said... [Reply]

as salam..
hmm..dah rujuk kat member yang bekerja dengan syarikat telekomunikasi.

ID pengguna berdaftar talian internet bagi blog tu, bukan orang Islam sebab tiada unsur Islam pada nama.. namanya bukan juga orang cina, india, melayu..

apa yang dapat disimpulkan, gelaran nama pada blog, perwatakan semua tu, hanya palsu. nak mengapi dan menyesatkan.

ada juga desas desus mengatakan, pemilik blog tu, seorang muslim yang belajar secara mendalam ilmu agama. tapi dia cuba mencari jawapan yang tak sepatutnya seorang hamba-Nya mencari..

dan balasan-Nya,dia jadi begitu.
kalau itu kehendak-Nya keatas hidup dia, jangan khuatir..balasan sedia menanti. kita buat tak tahu jer..

=)

Nisa' said... [Reply]

Never heard of this person before.

Green Apple said... [Reply]

hanya insan yg anti ISLAM yg tergamak melakukan sedemikian....

Black Winter said... [Reply]

x penah pulak dgr pasal ni. thanx 4 da info. ini yg tahu. yg x tahu mesti byk ag. astagfirullah...

Aerol Hafiezi said... [Reply]

aku lgsung tak pernah nk buat entry untuk mkcik meroyan ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...