Tuesday, April 19

Agama : Aku Tidak Suka Menulis Mengenainya

Sejak akhir-akhir ini sibuk dengan urusan dunia. Banyak kerja nak di siapkan. Tekanan datang dalam pelbagai bentuk. Sibuk dengan study, dengan final exam yang mendatang, dengan kerja seharian, 'surat' sudah bertimbun tak di hantar malah lagi sibuk nak menyusukan anak. Ops! bab anak belum lagi. Eh, masih bujang ok.

Kembali kepada topik asal, kenapa aku jarang menulis entri yang bercorak keagamaan. Maksudnya menulis menggunakan hadis-hadis atau ayat-ayat Al-Quran dalam berhujah. Aku bukannya buta agama dan tidak pula hebat dalam soal agama. Masih banyak yang belum di pelajari. Cukuplah sekadar mengetahui dan dapat membezakan akan sesuatu perkara itu.

Kita hidup sebagai seorang manusia menyebarkan ilmu itu memang perkara yang di tuntut. Masalahnya ajaran itu jika kita pon masih belum mahir dan menguasainya sendiri takkan hendak mengajar orang lain pula?

Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. Alangkah nikmat dan lagi bagus kalau pergi tangkap ketam-ketam yang tengah berjalan itu buat sup. Lagi best. Perut pon kenyang.

Semakin menjadi trend bilamana berhujah semestinya ada ayat-ayat Al-Quran. Kalau memberi kritikan mesti ada hadis-hadis di selitkan. Memang bagus niat kamu. Teruskan juga usaha kamu.

Setiap orang atau sesiapa saja boleh tulis tentang ajaran agama Islam. Setiap orang ada hak dalam menyampaikan sesuatu. Bahkan orang dari agama lain pon sibuk mengkaji dan menulis perihal Islam.

Persoalannya adakah kamu pasti apa yang di tulis itu betul atau salah? Apa yang di 'copy paste' itu bersumberkan yang betul.

Sekarang ini banyak hadis-hadis palsu yang di sebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Cuba google kalau tak percaya. Dapatkah kamu membezakan yang mana palsu dan yang mana sahih? Yang mana betul, yang mana salah?

Jadi janganlah menulis jika ilmu belum penuh di dada. Memang tujuan sebenar kamu baik. Tapi berbaloikah jika apa yang di tulis itu salah? Di mana boleh membuatkan kamu sendiri malah orang lain yang tanpa usul periksa turut serta sesat bersama.


P/s : Berdiam diri itu adakala amat baik. Dari bercakap, menulis atau menyebarkan sesuatu yang dapat di ragui kesahihannya.

Kredit gambar : google

11 surat:

decrewz said... [Reply]

Nak belajar kena berkorban, nak anak kena kawin dulu..ha3. Aku ingat anak mana daa tadi..

Zulfikar Hazri said... [Reply]

skrg banyak hadis dan alquran bersumber israiliyat... dan budak2 tak dapat bezakan mana satu israiliyat...kalau kita nak ajar.. diorg barah kita pulak...

ARC™ said... [Reply]

setuju gila bro. main copy paste je. dia ingat dia tahu ayat yang ade unsur ketidakpastian tu dia pandailah kot

alien said... [Reply]

setuju..

toyolkiut said... [Reply]

benar, cukup la kita tau yg mana benar, mana salah.. x payah la kita nak ulas2 hadis2 ni kerana ilmu kita ni ciput je..
yg tulis mencarut2 pun bukan ia x tahu, saja nk cari dosa.. nk tegur pun x guna..

Miss Eiza said... [Reply]

btul tu abg sam..kadang2 baca ayat copy paste berbentuk hadis yang tak tau kesahihan dia,kita plak jadi keliru :)

! Sam Posmen ! said... [Reply]

decrewz: mentang-mentang la baru kawin. syok ek :)

Zulfikar Hazri : israiliyat tu apa? orang israel yang buat ke?

ARC™ : kalau copy paste dan selidik balik tak salah. masalahnya bila copy terima semuanya bulat-bulat. kalau betul tak apa la. kalau salah. ermm...

alien : aih. alien pon pandai fikir. manusia je semakin pincang.

toyolkiut : sebab itulah bila menuntut ilmu biarlah berguru. jangan memandai ulas sendiri.

Miss Eiza : aih jangan la panggil abg. muda lagi nih. hehe. apa-apapun biar keliru mencari kebenaran, jangan keliru mengikut keadaan.

budak kampung said... [Reply]

huhu same la cam aku...tak pandai la nak menulis bab2 agama ni. yang wajib pon kekadang tertinggal ni kan pulak nak nasehatkan orang...huhuhuhu

anyway lagu marry you-bruno mars.....tak besh siot hahahaah

hanjila said... [Reply]

ya, saya setuju...

Zulgeologist said... [Reply]

x berapa setuju.sampaikanlah apa yang kita tahu tu walaupun sikit.:-)

O Randa Blěg said... [Reply]

Ye lah.. takut penyampaian kita tak tepat. Maklumla, agama bukan hal main-main.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...