Saturday, March 12

Tsunami : Gempa Bumi Di Jepun

Dunia sekarang di kejutkan dengan Gempa Bumi yang berlaku di Jepun yang mengakibatkan tercetusnya Tsunami. Rekod terbesar di catatkan dengan Gempa Bumi bermagnitud-8.9 berlaku di Utara Jepun lewat tengahari semalam.

Gelombang ombak besar berhampiran Bandar Sendai ini turut membawa kontena, kereta, rumah-rumah dan menyebabkan pertembungan di jalan dan melalui ladang-ladang yang meluas. Banyak kemusnahan berlaku.

1. Gempa bumi ini 160 kali lebih kuat berbanding yang berlaku dekat Christchurh bulan lepas.
2. Jepun menyumbang 20 peratus gempa bumi berskala-6 ke atas di dunia.
3. Setiap 5 minit gegaran akan berlaku di Jepun, dan setiap tahun meningkat ke 2000 gegaran dapat di rasai oleh orang ramai.

Kereta dan kapal terbang yang di sapu oleh gelombang Tsunami antara debris di Lapangan Terbang Sendai.,utara-timur Jepun pada 11 Mac 2011
Rumah dan kereta yang di bawa arus Tsunami ke luara pantai di Bandar Kesennuma pada 11 Mac 2011. Gempa bumi yang terbesar melanda merupakan rekod sejak beratus tahun dahulu
Makcik-makcik menunggu di tepi jalan selepas gegaran di Tokyo. Magnitud-8.9 terbesar mengakibatkan ramai tercedera
Rumah yang di bawa arus tsunami terbakar kesan dari gempa bumi yang berlaku di bandar Natori
Kenderaan yang jatuh akibat gegaran gempa bumi dari parking di Yakubi, selatan Fukushima.
Rumah-rumah yang di sapu oleh banjir Tsunami di sebabkan gempa bumi di bandar Natori
Kenderaan-kenderaan yang bertaburan akibat banjir Tsunami. Kemusnahan yang amat buruk sekali
Api di pusat penghasilan minyak di Chiba, timur Tokyo. Kebakaran berlaku kesan daripada impak kapal-kapal yang menghentam pelantar minyak


















Maklumat update terkini : gempa bumi di Jepunptwc.weather
Sumber : www.abc.net.au

6 surat:

Anonymous said... [Reply]

nauzubillah....dunia akhir zaman...mcm2 bencana berlaku...sudah kah kita semua bersedia dengan bekalan akhirat kita...moga2 ada keinsafan drp kita semua hamba yg kerdil di bumi Allah...

muCux said... [Reply]

takottt nye tgk
dah mcm cite 2012
sesama la berdoa ye :)

RABUN said... [Reply]

sian jepun...

Cik Aien said... [Reply]

Subhanallah..
Moga ini memberi peringatan buat kite semua..
Insyaallah

! Sam Posmen ! said... [Reply]

yup. simpati sangat. semoga semua tabah menghadapi

hans said... [Reply]

kesian gila dkt diorang
skrg nuclear pula
malang bertimpa2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...