Wednesday, March 23

Kerjaya : BN Youth Job Fair 2011

Hari ini keputusan SPM di keluarkan. Ada yang menangis tanda gembira tak kurang kerana kecewa. Tahniah di ucapkan kepada yang berjaya capai keputusan cemerlang. Dan bagi yang kurang baik keputusannya jangan mudah kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan bermakna hidup kamu musnah.

Lepas ini kebanyakkan akan membawa haluan masing-masing. Ada yang akan menyambung pelajaran atau membina kerjaya. Teringat pula masa zaman lepasan SPM dulu. Di mana masih tercengang-cengang hendak buat apa selepas ini. Apa yang perlu di lakukan. Hanya ingat untuk main dan berseronok saja ketika itu. Kebanyakkan keputusan tak dapat di putuskan.

Bagi yang layak untuk sambung belajar teruskan niat kamu. Teruskan apa kemahuan kamu. Bagi yang ingin membina kerjaya mungkin kamu boleh pergi ke karnival BN Youth Job Fair yang akan berlangsung minggu ini.




Apakah BN Youth Job Fair?

BN Youth Job Fair ialah suatu karnival yang di anjurkan oleh pemuda Barisan Nasional. Motifnya untuk memberi peluang kepada orang ramai, graduan atau pekerja professional untuk mengembangkan kerjaya. Senang cerita untuk mewujudkan peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan pengangguran.

Kebanyakkan di tujukan untuk fresh graduate dari universiti. Rasanya tidak salah juga jika untuk lepasan SPM turut serta. Untuk mencari pengalaman baru dan sebagai pendorong semangat untuk maju ke depan.


Lupakan sebentar perihal politik. Tidak kisahlah siapa yang menganjurkan. Atau agenda apa yang ingin di pertontonkan. Cuba lihat dari perspektif berbeza. Mungkin ini masanya untuk kamu membina kerjaya bagi fresh graduate. Bagi orang ramai mungkin masanya untuk mendapat pelbagaii nformasi baru akan dunia pekerjaan.

Bagaimanakah?

Jika kamu berminat boleh pergi ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 25 hingga 27 Mac 2011.
Sila daftar dulu resume kamu dalam laman web BN Youth Job Fair

Jika tak berkesempatan di sana juga di sediakan kemudahan PC untuk proses pendaftaran.
Tidak perlu risau untuk fotostat resume kamu banyak-banyak. Seperti kebanyakkan job fair sekarang semuanya menggunakan sistem elektronik. Di mana selepas kamu daftar secara online ‘bar code’ akan di berikan sebagai rujukan atau penggunaan semasa ‘live interview’.

Jika mahukan maklumat lanjut dan terperinci kamu boleh pergi ke laman web BN Youth Job Fair.
Kepada pencari pekerjaan semoga berjaya. Kepada yang lain marilah kita beramai-ramai ke sana. Mendapatkan informasi terkini realiti dunia pekerjaan sebenar. Sesuatu yang jarang akan dapat di pelajari di sekolah atau di universiti.

2 surat:

♕ Mr.IX ♂ said... [Reply]

kat TTC k.trgnu ada gak open interview 26-27 mac ni..bawah jobsmalaysia....

belogkiter said... [Reply]

good info... politik tu tolak ketepi.yang penting masa depan kerjaya anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...