Ramai tidak berpuashati bilamana siaran secara langsung perlawanan bolasepak Malaysia dan Pakistan di batalkan. Pembatalan kelayakan Olimpik ini di sebabkan masalah teknikal. Kemungkinan masalah yang terjadi dalam proses transmission signal. Ada juga spesifikulasi menyatakan akibat kesan pengeboman yang berlaku dekat Pakistan sekarang.
Walaupun begitu, perlawanan tetap berlangsung dengan keputusan Malaysia seri tanpa jaringan dengan Pakistan. Tapi dari segi aggregat, menang 2-0. Sikit sebanyak ia menggembirakan penyokong Malaysia.
Sejarah
Malaysia pernah layak pada tahun 1972 di Olimpik Munich. Di mana mengalahkan Jepun, Filipina, Taiwan, Korea Selatan dan USA. Kali terakhir Malaysia layak pada Olimpik Moscow tahun 1980 tapi tidak menyertainya kerana memboikot Perang Soviet yang berlaku di Afghanistan pada masa itu.
Malaysia, jika dari sejarah memang sebuah pasukan bolasepak yang agak hebat. Dari konsep bolasepak moden pula banyak kekurangan dapat di lihat. Pembangunan, pengurusan, mutu permainan dan masalah kewangan menjadi penghalang untuk maju ke depan. Ini tidak termasuk lagi, konsistennya akan setiap perlawanan yang di sertai dan masalah disiplin pemain.
Semoga semuanya dapat di atasi supaya kemajuan bolasepak Malaysia dapat bergerak ke depan. Olimpik merupakan platfom terbaik ke arah ini.
Bagi pengkritik tegar sama ada dari sudut positif atau negatif, teruskan kritikan kamu. Secara tidak langsung ia menyumbang pembangunan bola sepak Malaysia.
P/s : Masih perlawanan di peringkat Asian. Jauh lagi perjalanan.
Tweet
0 surat:
Post a Comment