Monday, March 21

Kelantan : Apakah Masalahnya?

Amaran! Artikel ini mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Sebelum baca baik buka hati, buka minda kamu ke dimensi lain. Jangan terkongkong oleh pemikiran kamu.

Tidak ada seorang yang di lahirkan sempurna. Tetapi kesempurnaan, kemungkinan dapat di capai daripada pengalaman.

Kelantanese? Apakah yang kamu faham? Kamu ada member yang berasal dari Kelantan? Atau kamu sendiri orang Kelantan?

Baiklah. Ini merupakan pengalaman aku. Saja hendak berkongsi. Tidak ada sebarang rekaan cerita. Dan apa yang aku perkatakan adalah hasil pemerhatian dari semasa ke semasa.

Aku memang respect dengan orang Kelantan. Dimana saja mesti akan terjumpa. Di  samping masakan makanan yang sedap, awek-awek yang cun,  kebanyakkannya cerdik pandai. Pasti kamu juga ketahui sedikit sebanyak budayanya. 

Salah satunya semangat persaudaraan yang di tunjukkan memang sangat akrab. Memang itulah yang perlu di praktikkan. Tetapi di manakah silapnya?

Double standard. Manusia dari dulu memang hidup berpuak-puak. So, tak kisahlah kalau ada orang masih mengamalkannya. Kemana tidak tumpah kuah kalau bukan ke nasi atau perut kamu.

Situasi: Aku pergi makan dengan group K, seronok layan borak tertiba ‘hello abe, lamo tak jumpo, mu buat gapo loni...bla…bla…’ Akhirnya aku di biarkan macam orang dungu. Patutkah! Time susah cari aku, jumpa group kamu, aku di singkirkan. Ok fine!

Kekadang aku terfikir dan tidak faham kenapa perlu di double standardkan sebegini. Kalau jumpa member dari negeri lain ok je. Tidak pernah pula Islam mengajar kita untuk double standard akan sesuatu. Silaturrahim perlu di jalinkan tak kira bangsa, puak ataupun agama.

Selfish. Ya tidak salah. Setiap orang mesti mempunyai pendirian kendiri yang tinggi. Dari ingatan aku, subjek kemahiran hidup form 3, ia mendefinisikan seseorang akan lebih berkeyakinan jika ada pendirian diri yang tinggi.

Situasi: Sam kau tolong fotostat note itu untuk aku sekali ok. ‘Weh sam! Aku pon nok jugok. Nanti kawe bayo k.’ Selepas beberapa jam.

Pakcik apsal ada dua salinan je, bukan ke saya suruh buat 3 copy tadi? ‘Oh! Tadi ada kawan kamu yang sorang itu dah ambil. Tapi dia bayar untuk 1 salinan saja. LOL!

Kotelo! Agak lucah. Ops sorry. Maksud aku pakej bagi pengotor dan stailo. Sesuatu benda yang kotor mestilah perlu di basuh. Selepas di basuh di gilap barulah nampak stailo. Betul tak? Setuju?

Situasi: Sesiapa yang pernah roommate atau housemate dengan segelintir orang seperti ini mesti faham. ‘Mu buat apa Sam, aku nak kuar jap.’ Ok. Kamu nak pergi mana? Stailo siot. Ni berapa kilo pakai perfume hah?Dah naik tengik aku baunya.

Hakikat sebaliknya baju dalam loker berbulan tak basuh. Pinggan bawah katil berkulat di buatnya. Spender glisterin bersepah atas meja. Bila keluar mesti mau stailo. Kenapakah? Wewitt! Jika mahu di hormati biarlah bersih dari dalam hati dan pandangan luarannya. Kenapa perlu berpura-pura untuk menjaga kepentingan untuk sebelah pihak saja.

Superhero. Hidup mestilah saling bertolak ansur. Apa yang tidak betul di tegur secara baik. Kalau salah mesti ada sebabnya. Dan sebab itu ada penyelesaiannya.

Situasi: Yahoo! Beberapa bulan lalu, Kelantan menang Piala Sumbangsih owh. Mengalahkan Selangor. Tahniah! Sadisnya cuba kamu tengok penyokongnya. Tak ubah seperti budak-budak baru dapat lollipop. Kesian.

Hey, come on guys! You wanna people’s respect you, you must respect them first. Tapi ini tidak, sikit-sikit nak gaduh. Kamu nak show off tapi tidak kena tempat. Janganlah fikirkan kepala angin kamu saja, orang lain di biar ketepi. Bukankah tidak adil begitu. Jika kemana saja pasti ada masalah yang di timbulkan. Kenapa ye?Sesama kaum sendiri pula tu.

Ok, cukup sampai sini. Tidak boleh lebih-lebih. Kalau sesiapa tidak puas hati silalah mengomen atau membedal balik. Yang salah di tegur. Mungkin sebenarnya, aku sedang menulis dalam keadaan emosi terganggu masa ini.

Aku mengarang bukan untuk mencari gaduh, bukan mencari musuh dan bukan untuk mencari salah sesiapa. Cuma sebagai renungan di manakah silapnya. Inilah hakikatnya. Rambut sama hitam, serumpun satu bangsa, sama agama, cuma parti politik je yang lain. Tetapi…kenapakah?

P/s :Penulis hanya mengambil Kelantanese sebagai contoh. Tidak ada sebarang sifat dengki atau iri hati. Dari segi perspektifnya kepada semua orang.

8 surat:

kaku lator said... [Reply]

betul dah tuuu

bukankosong said... [Reply]

saya owg Kelantan, tp insyAllah sy tidak begitu. Actually bukan suma cam tu, segelitir je..tp tetiba pah baca entry nih rasa mcm owg Kelantan owg negara lain lak... :P

Sam Posmen said... [Reply]

bukan isu kelantan ke tak yang di highlightkan. bagus la kalau faham entri ini.

tapi masalahnya perpecahan yang berlaku sekarang. apakah sebabnya?

Hakim LoLx said... [Reply]

hehe..entri menarik pasal org kelantan.Ambo pun org Kelantan dan tak dinafikan ada yg perangai macam tu..

Zulfikar Hazri said... [Reply]

semua point di atas tepat.. aku bukan berpuak2 negeri.. tapi aku selalu terkena point no 1.... majoriti sapa ade kawan kelantan akan kena mcm nih...

tabik.. sebab speak out!!!

Sam Posmen said... [Reply]

@Hakim Lolx: kamu orang kelantan kan? nak tanya sikit kalau di sekolah silibus yang di ajar sama ke dengan negeri lain? I wonder! :)

@Zulfikar Hazri: selalu dengar pasal program realiti je. bosan la. sekali sekala kena cerita pasal realiti kehidupan pula.

bact said... [Reply]

yang ini gua setuju sangat..
situasi double standrd tu gua dah biasa kena..

chilaka betull buat macam gua tak da je.. dah la cakap loghat kelantan...
mmg gua tak paham la..

motoraku said... [Reply]

entry agak menarik. dan memang banyak cenderong ke arah yang benar. tapi selalunya benda betol orang marah. macam filem Budak Kelantan 90% pengarah dia kata betol kisahnya. dan aku pernah duduk serumah dengan diorang nih. masak dah perangai mereka. orang negeri lain pun ada jugak macam tu, tapi kurang diperkata kerana agak 'rare' berlaku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...