Friday, March 11

Download Free Software : Berhati-hati

Illegal software atau software haram atau cetak rompak memang bersepah di internet sekarang ini. Jika kamu membeli sesuatu barang elektronik kalau tidak berhati-hati akan tertipu. Pengurusan kedai yang tidak bertanggungjawab selalu menggunakan software jenis ini untuk mengaut keuntungan lebih.

Selalu setiap software yang genuine (original) akan ada hak ciptanya sendiri. Dalam dunia internet kebanyakkan software-software dapat di download dengan free secara mudahnya. Di mana software yang genuine akan di ubah serba sedikit pengaturcaraannya daripada format yang asal. 

Persoalannya sebagai pengguna adakah kita pernah peduli menggunakan yang cetak rompak? Kalau tak masakan Malaysia di kategori sebagai pengguna cetak rompak yang top di dunia.

Tentu ramai yang akan bersetuju pedulilah dengan cetak rompak atau apa-apapun, yang penting dapat run software tersebut seterusnya menggunakan application yang di ingini. Dapat siapkan kerja sampai habis, pedulilah dengan software yang cetak rompak. Download yang cetak rompak lagi senang, modal pon tak perlu di keluarkan.



Apakah yang kamu faham dengan ayat dalam gambar?

Selalu sangat tengok kan. Sudah naik boring. Tapi hanya segelintir saja yang peduli. Sebelum ini secara jujurnya aku pon tidak peduli sangat. Just statement. Orang dah banyak download software free dan guna barang cetak rompak ok saja. Tak ada apa yang nak di takutkan. Kenapa aku tidak? So, I follow you...

Pagi tadi aku plugin dan on laptop. Sementara menunggu loading dengan sempurna aku pon pergi dapur mendidihkan air. Minum milo panas pagi-pagi baru ni, baru best. 'Minum milo badan sihat dan cergas'. Macam tu la trademarknya ingat-ingat lupa jap.

Milo sudah siap, roti gardenia ada separuh lagi kat atas meja. Sambil roti putih tu aku ambil dan gulung-gulungkan, seterusnya di cicah masuk dalam mug air milo panas. Akibat perut yang sangat lapar, nikmat bilamana menguyah roti itu amat mengasyikkan. Sedapnya tak tergambar.

Sambung balik

Ok. Laptop sudah loading dengan sempurna. Muncul paparan icon celcom broadband di screen. Dengan jari telunjuk aku yang lentik di sasarkan ke butang 'connect'. Selesai sudah. Tertiba tak sempat lagi nak buka google chrome muncul pula paparan berwarna merah. Apa tu? Oh! Shit.

Virus, malware apa pula yang masuk ni. Tension betul aku. Aiseh! Ini bukan virus! Dengan curiousity membaca tajuk yang terpampang, terkejut! Tak pernah pula nampak page seperti ini. 'You have committed network crime!'


Apa kejadahnya aku buat ni? Sampai perkataan 'crime' tu ada. Wadehel. Sejak aku guna laptop dan kenal erti internet tak pernah nampak pon benda alah ini. Bagi yang pernah sila abaikan apa yang aku tulis. Secara jujur ini merupakan pengalaman pertama aku.

Selepas di fahamkan, aku telah di sabitkan kesalahan kerana menonton web porno dan download software, movies dan muzik yang tidak di lesenkan. Apa yang di jumpai dalam laptop aku akan di jadikan bahan bukti di mahkamah. Wow! lebih 19 jenis fail yang di detect tu. Dahsyat kan? Porno? Oh! Tidak.

Aku baca lagi, tengok pula hukuman yang akan di kenakan. Air muka aku berubah sekejap. Damn! This is fucked serious issue. International beb!! Tak pasal-pasal Interpol ambush rumah aku nanti. Tak mungkin.

Ramai yang tak ambil peduli. Untuk makluman jenayah siber merupakan jenayah yang serius. Bukan perkara main-main. Faham?

Sambung balik

Aku masih tak berpuas hati. Mungkinkah ini hanya spam? Aku disconnect internet terus shutdown dan reset balik laptop. Akhinya aku terpaksa mengalah. This is real! Aku di beri tempoh 24 jam untuk membuat panggilan. Nombor telefon di beri untuk mendapat kod supaya proses uninstall software yang di download dapat di teruskan.

Sejak dari pagi aku membuat panggilan. Line asyik sibuk. Akhinya aku dapat dengar suara operator. 
Happy sekejap. Oh shit! Bahasa Mandarin yang di gunakan. Aku tak faham! Call lagi. Tetap benda yang sama. Network busy! busy! Please wait! Ok, fine!

Dah la awaiting call maksimum 3 minit. Aku pula pakai prepaid. Mampus nak bayar. Di beritahu USD 0.7 mungkin rate untuk seminit kalau tak silap. Tak pasti rate international. Kena 20, 30 kali try. Kira sendiri kalau call network asyik busy. Itu pon di cas juga. Ouh~


Akhirnya selepas top-up beberapa kali dan tidak berputus-asa panggilan aku di jawab. Aku di beri kod yang di maksudkan. Masukkan kod tekan butang 'next' paparan windows kembali muncul. Lega rasanya. Alhamdulillah. Sistem laptop aku tidak terganggu setakat ini. File semua masih ada. Aku beringat sekejap.

Kepada sesiapa yang suka mendownload. Awas! Berjaga-jagalah ye. Mungkin sebelum ini aku suka benda free dan adakah hari ini merupakan peringatan untuk aku? Kepada kamu yang nak download pastikan bersumber dari mana. Kekadang main tekan download saja.

Pastu resultnya jadi macam aku. Kutuk la bebanyak aku tak kisah. Sebabnya pasal internet ini aku memang fail sikit. Apa-apapun, pandai buat pandai cover. Original atau cetak rompak? Ermm...

P/s: Adakah IP address aku sudah tidak suci lagi? Oh! Tidak

6 surat:

LINDA ALEEQA said... [Reply]

ishh....ish,...takut jugak yer...cite benar melainkan benar ke ni...hehe!lain x hati2 k...perinagatan utk diri sendiri gak..

! Sam Posmen ! said... [Reply]

semestinya benar. 1st experience. hehe

anamizu said... [Reply]

perhhh "You have committed network crime!" <--mak aih dahsat!

puanbee said... [Reply]

uii takut nasib lah tk suka sgt download2 ni

Cik Pulau said... [Reply]

<--suka mendownload..
terasa takut tuk mendownload lagi..huhuhu..

Anonymous said... [Reply]

Hanyalah Scam. Rajin2lah mengGoogle ye..
http://deletemalware.blogspot.com/2011/03/remove-you-have-committed-network-crime.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...