Wednesday, March 9

Filem : Kenapa Aku Suka Seram Berbanding Hantu

Kalau perasan filem-filem seram semakin di gilai di Malaysia. Babak-babak dan aksi kejutan yang membuatkan adrenalin meningkat memang menarik. Kenapa orang sanggup bayar untuk tengok? Apa yang best dengan filem jenis ini?

Selalunya orang tengok di sebabkan untuk menjiwai perasaan negatif yang wujud dan berasa lega jika berjaya mengakhiri cerita tersebut. Kedua, bukannya takut, tetapi ramai gembira dengan jalan cerita movie macam ini.

Aku suka tengok filem seram tapi bukan filem hantu. Bagi aku ini merupakan dua istilah yang berbeza. Apa beza seram dan hantu? Seram lebih bersifat abstrak. Maksudnya genre yang di terapkan lebih meluas dan bermain dengan perasaan. Penekanan dalam jalan cerita lebih serius.

Cerita seram seperti Boogieman dan Texas Chainsaw Massacre, membuatkan kita tertanya-tanya adakah ada orang yang akan terus survive akhirnya. Penghayatan kita lebih tertumpu dengan apa yang terjadi dan kejutan yang bakal muncul. Bagi aku itulah istilah seram sebenarnya.

Filem hantu lebih bersifat abnormal. Di mana lebih bermain dengan jiwa dan kepercayaan akan sesuatu. Bagi penggemar aktiviti paranormal ia memang sesuai. Selalunya kita boleh mengagak jalan ceritanya. Sebab mudahnya, ia lebih dekat dengan gaya kehidupan seharian kita. Kadang-kadang kepercayaan karut dan berlebihan menjadikannya kelakar. 

1. Filem seram membuatkan kita berfikir apakah penyelesaian terakhir ceritanya, tetapi filem hantu memperbodohkan kita dengan kepercayaan di kesudahannya.

2. Filem seram membuatkan perasaan kita takut, tetapi filem hantu membuatkan pemikiran kita takut.

Apa-apapun hidup kenalah happy. Kalau seram memanjang rimas juga. So, kekadang layan la filem hantu. Jangan kerap nanti takut jadi hantu jadian la pula.

* Baru lepas layan Khurafat. Sebelum ini pernah baca status facebook 'Best Malay film 2010'. As usual for me, nothing special.

P/s : Barcelona 3 - 1 Arsenal. Terbaiklah!

0 surat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...