Friday, March 4

Siapa Fail : BlogSerius vs AminoWorld

Aku masih baru berjinak dalam dunia blogging. Sebelum ni selalu google je kalau nak sesuatu info. Baru sekarang aku terasa betapa seronok ada blog sendiri. Banyak ilmu dapat di kongsi dengan blogger lain. Sambil bertukar-tukar pendapat dan mencari kenalan baru.

Dalam sibuk kita blogging, seperti dunia nyata, dunia maya tak terkecuali menerima kutukan, pujian, usik-mengusik, bertekak, bergaduh sesama sendiri takpon mengumpat di sana-sini. Yang berbezanya dari segi penyampaian di mana dalam bentuk penulisan. 

Pernahkan dengar orang lebih takut dengan mata pena yang tumpul dari mata pedang yang berkilat? Aku memang bersetuju sekali. Jika di lihat dari sejarah dengan penulisanlah sesuatu bangsa dapat berdiri teguh atau jatuh tumbang. Dengan penalah manusia menjadi lemah, lalai, mundur ataupun maju ke depan. 

Penulisan dapat mempengaruhi cara orang untuk berfikir dan bertindak. Bersetujukah? Kenapa jika kita belajar memerlukan buku atau kertas untuk menulis. Padahal jika mengikut logiknya tak perlu buku pon boleh belajar. 

Sebabnya manusia di kurniakan akal. Oleh itu kita dapat berfikir dan mengingati dalam proses pembelajaran. Tetapi sejauh manakah kebersanannya? Tahap pemikiran manusia terbatas. Adakah kamu masih ingat lagi apa yang terjadi lima, sepuluh tahun yang lalu?

Jika di sebut ketika waktu subuh sekian-sekian tarikh, apakah yang kamu lakukan. Selepas itu apa yang kamu buat. Waktu bilakah kamu pergi berak, kamu pergi makan, kamu masuk tidur. Sudah tentulah tidak! So, cara menangani dengan penulisanlah. Sebab itu dari mata penalah ramai orang yang takut. Terutamanya ahli politik. 

Manusia di lahirkan untuk belajar. Sebab itulah kita memerlukan guru dan tidak selalu bergantung kepada sesuatu sumber saja dalam proses pembelajaran. Lebih banyak rujukan yang ada, semakin rasional cara kita berfikir dalam membuat keputusan. Tidakkah begitu? 

Kekadang aku hairan sebab ramai yang terpengaruh dan fanatiknya terhadap sesuatu sampai ketikanya otak di biarkan beku tanpa beroperasi. Dan salah satunya penangan melalui penulisan. Tidak kisahlah dari penulisan di atas paper ataupun media elektronik. Asalkan ada hitam putihnya pasti banyak mempengaruhi.

Aduh! Melalut jauh dah ni. Sebenarnya isu utama aku ialah mengenai blogger otai yang wujud sekarang. Dalam dunia maya ni tentu kamu fanatik terhadap seseorang blogger. Tipulah kalau kamu tak kenal walau seorang pon. Sekarang tengah top si Ben Ashari, RedMummy dan ramai lagi jika nak di sebutkan.

Sempena entri kali ini aku nak fokuskan kepada dua blog yang di kategorikan popular iaitu Obefiend dan Ameno World. Siapakah mereka ni? Jangan tanya bebanyak ok. Aku pon tak kenal sangat siapakah gerangannya. Tetapi aku kenal akan penulisan mereka. 

Untuk makluman Obefiend terjemahannya lebih bersifat ringkas dalam menghuraikan sesuatu manakala kalau Ameno ni lebih details. Kebanyakkan penulisannya lebih bersifat reverse-psyho. Kalau bagi newbie tentu akan pening-pening lalat dan biol sikit kalau baca entri dia. haha. Kesamaannya, dua-dua lebih menumpukan segala konflik, konfrontasi dan situasi semasa yang berlaku di Malaysia secara amnya dan khususnya masyarakat Melayu.

Apakah masalahnya? 

Tidak ada masalah pon. Cuma aku tertarik bilamana dua orang yang boleh di anggap berpengaruh troll sesama sendiri. Senang cerita sering salah menyalahi. Faham tak apa aku nak sampaikan? Penat ni menaip panjang-panjang. 

Selalu biasa kita tengok newbie-newbie macam aku ni bergaduh sesama sendiri dan saling kutuk-mengutuk. So, feeling dah kurang rasanya. Bila tengok otai, terkesima aku sebentar. 

Walaupun isu ni sudah agak lama tapi apa yang aku ingin fokuskan ialah kita di lahirkan sebagai manusia adakalanya kita di atas dan kadangkala kita kecundang. Tidak semua yang sempurna. Beringatlah akan tindakan yang kita lakukan dan bertanggungjawablah terhadap sesuatu perkara. 

Dalam proses pembelajaran kita janganlah hanya berkiblatkan sesuatu sumber saja. Ini kerana kekadang aku tengok pengkritik, pengikut atau pengomen tegar sesuatu blog sering mempertahankan benda atau topik yang boleh di anggap tidak betul. Secara ringkasnya tidak wajar di ikuti. Adakah ini bermakna apabila kita suka akan seseorang bermakna segala yang di perkatakan betul?

Dalam membuat keputusan berfikirlah dengan rasional. Jika yang salah katakan salah jangan ibarat mengeringkan baju di dalam hujan. haha. Dah macam Karam Singh Wallawey la pula. 

Aku tidak memihak kepada sesiapa. Yang betul kita ikuti. Yang salah jangan bawa ke mati. Di bawah ni merupakan isu yang aku maksudkan. Kamu boleh baca sendiri lebih details. Pandai-pandailah menilai ye. Postoranzaa...








  

6 surat:

antudegil said... [Reply]

weee! kecah dah dua blog ni. dah baca entri terbaru dari ameno world pasal imam muda? kalau blom bacala dulu. kalau dah, aku memang LULZ sebab troll yang tak berapa kelaka dan menjadi disitu. lagi bertambah pening adala.

Sam Posmen said... [Reply]

pasal imam muda tu dah baca. tadi aku asyik melayan pasal haramkan tudung kat malaysia. memang biol gak aku nak memahamkan. haha

Cikgu Den said... [Reply]

telajak perahu boleh undur
telajak tulis boleh padam
telajak kata..............?

Tambah Duit Tabung Dengan Heartbeat

Sam Posmen said... [Reply]

...sedut dan telan balik. erk?

Ameno World said... [Reply]

Cuba citer tang mana yg tak faham tue.. ?

btw ko dah salah info.

1. obefiend mmg otai dia dah lama berblog.

2. aku pula baru je 7/8 bulan.

Sam Posmen said... [Reply]

otai tak semestinya dah lama. burger otai rasanya tak la lama mana. haha

maksud aku, otai tu bila kamu tulis sesuatu pengaruhnya agak kuat. boleh mencetuskan ketidakseimbangan.

terima kasih la menjenguk ke sini ye. cayalah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...