Tuesday, October 18

Kes Kelar Bayi : Budak Perempuan Tak Salah

Bayi kat tong sampah. Bayi kat tepi sungai. Bayi berkecai jatuh di lempar dari flat. Bayi di kelar sampai mati. Bayi di pam dekat tandas. Bayi di bunuh kejam. Bayi terbungkus dalam beg plastik. Bayi di temui tak bernyawa. Bayi oh bayi!

Setiap hari dengar cerita pasal ni. Jalan cerita yang lebih kurang sama. Cuma tajuk berubah sikit. Gadis bawah umur buat projek dengan laki. Dua-dua puas servis tip top pasangan masing-masing. Dua tiga minggu tak pon dua tiga bulan si perempuan tak sedap hati. Buat ujian kehamilan, result positif. Insaf sekejap. 

Bagi yang mampu pergi klinik gugurkan kandungan. Kalau yang tahap cikai ambik keputusan tunggu sampai bayi di lahirkan. Semestinya kebanyakkan pihak lelaki tak akan bertanggungjawab. Sebab dia hanya nak seks dan bukannya anak. Dah setel buat projek lantaklah nak jadi apa kat perempuan tu. Yang penting dah puas. Percaya atau tak? So akhirnya, bila tau lelaki tak leh terima, si perempuan frust menonggeng. Ambik keputusan singkat, buang, bunuh atau terus bela bayi di lahirkan. 

Kebanyakkan tak sanggup nak terima anak haram yang di lahirkan. Hakikatnya hampir semua orang tak nak anak yang di lahir tanpa di undang kan? Tanpa plan dan cukup sedia nak jadi ibu atau bapa. Kalau ada yang sanggup, mungkin dalam nisbah yang sangat kecil sekali. 

Pasangan yang buat projek bagi aku tak ada salah apapun, walaupun hakikat sebenar sebaliknya. Kenapa? Kerana mereka gersang dan sangap tak terhingga. Secara lahiriah mereka buat perkara betul. Dah tak tahan nafsu sangat, maka cari pasangan yang sama minat, set masa, buat projek untuk lepaskan nafsu masing-masing. Woohoo! Setel masalah. Puas. Cuma dalam aspek agama perkara ini tak di terima dan di larang.

Statistik kes buang bayi setiap tahun terus meningkat. Hampir 3/4 majoriti kaum Melayu. Dan bila cakap pasal Melayu di Malaysia, semestinya seseorang itu beragama Islam. 

Masa aku kecik, aku suka mandi sungai. Pergi pagi balik tengahari. Bila petang ponteng sekolah agama, pastu sambung lagi mandi sungai sampai ke Maghrib. Balik rumah dengan mata merah sebab berendam dalam air lama sangat. Bila mak tanya pergi mana, muka di tunduk menghadap lantai. Tak berani nak bagitau perkara sebenar. Diam membisu dengan mulut tertutup rapat. Akhirnya rotan tak pon tali pinggang hinggap kat kaki dan kat belakang badan. Kena dua tiga das menangis terus masuk bilik. 

Bila malam mak panggil aku balik. Baring depan dia dengan tak berbaju. So, terdedah la kat belakang badan dengan kesan berbirat-birat. Mak aku capai minyak gamat kat sebelah di lurutnya belakang aku perlahan-lahan. Di usap sampai dia puashati dengan lembut, tapi sambil mulut jugak membebel-bebel. Aku cuma pekakkan telinga. Sekali sekala air mata menitik. Bukan sebab terharu, tapi bilamana minyak yang di sapu terkena tempat luka yang masih muda. Damn it! Kekadang aku menjerit kerana rasa pedih yang teramat. 

Walaupun sakit keesokan hari tetap buat perkara sama. Mandi sungai, pergi main dari pagi sampai ke petang, balik rumah, dan makan rotan lagilah jawabnya. Itu tak termasuk jiran-jiran yang kaki report kat mak aku. Kalau ada, double triple bersalut cheese la rotan tu. Seperti budak-budak lain, benda macam tu dah jadi kewajipan. Tu zaman aku sekolah rendah dulu-dulu. So, bandingkan dengan budak-budak zaman sekarang?

Bila cakap pasal agama semua orang boleh cakap. Itu tak baik, ini tak baik, itu tak betul, itu salah takpon yang kamu buat itu tak kena. Kesimpulan mudah, semua orang boleh sebut. Itu tak termasuk hadis-hadis yang entah dari mana di korek dan di googlenya. Yang mana satu harem pon tak tau makna sebenar. 

Katakanlah kalau tertiba kamu di tanya seseorang soalan basic. Apakah keseluruhan makna surah Al-fatihah? Aku percaya majoriti akan tergaru-garu kepala. Blur sekejap. Kalau nak ikut agama, pahamkan sesuatu perkara lebih baik dari melakukan semua perkara yang kamu sendiri tak tau apa yang sedang di lakukan. Maksud mudah. Jangan belajar separuh jalan. Entah mana pangkal, entah mana hujung, main ikut sedap hati je buat. 

Berbalik kepada tajuk, kenapa kita mesti salahkan pasangan yang berzina? Mesti maki sepah di terima mereka terus menerus. Ok pause sekejap. Baca dan fahamkan keratan paper kat bawah ni. Mengenai bayi yang di toreh perutnya sampai terburai isi perut.






Tengah tip top kes ni. Semua sudah maklum cerita pasal apa kan. Apa kamu faham perkataan yang aku gariskan? Setahu aku kalau dekat asrama, warden asrama seorang yang alert dengan situasi pelajar. Dan paling kurang pon 2 orang satu bilik. Kalau macam dekat sekolah at least 8 orang satu dorm. Ermm...

Kalau ikut logik sains pribumi pon, seorang ibu yang mengandung kalau nak cukup haul dan tempoh matang untuk melahirkan bayi at least 8 bulan di perlukan. Dari peringkat tersebut, perut orang yang mengandung akan mengembang dari masa ke masa. Maksudnya akan membesar seiring perkembangan umur bayi tersebut. Tempoh 8 bulan sesuatu yang agak lama bagi aku. Dan setiap perubahan akan dapat di lihat jika kamu seorang yang normal. 

Itulah masalah sekarang. Bila orang tu buat kesalahan nampaknya tak ingat. Tapi sebaliknya siapa yang peduli  sebelum kejadian itu berlaku. Di mana semasa budak perempuan tersebut sedang atau sebelum mengandung? Kemanakah dia pergi atau siapa member dia? Kamu buat hal kamu, aku dengan hal aku. Done!

Yang orang tau, bila akhirnya nampak sebujur mayat bayi di buang atau di bunuh dengan kejam kat tepi-tepi jalan kat bilik. Pastu heboh sana-sini, jaja dengan berita-berita memburukkan lagi keadaan. Entah apa masalah sebenar pasangan terbabit ye. Nak salah perempuan tu? Salah laki yang membuntingkan? 

Ok teruskan salah-menyalah sehingga kamu puas. Dan akhirnya kamu akan jumpa jawapannya. Siapa sebenar yang bertanggungjawab? Back to basic!

Aku kesian dengan bayi yang di buang, tapi lagi kesian dengan pasangan laki atau perempuan mengandung tak cukup umur, yang lakukan pembunuhan ke atas bayi yang di lahirkan. Bertambah kesian bila tengok keadaan orang di sekeliling sekarang dan termasuk jugalah aku.





P/s : Aku cakap pasal moraliti bukan pasal agama. Kalau nak jadi ulamak silakan. Sebab bagi aku agama akan datang dengan sendirinya setelah moraliti kamu perfect. heh! 


9 surat:

Gagak Itam said... [Reply]

aku ltk most of the blame on parents/guardians. they fail to instill sense of responsibility in kids under their watch.

so bile bdk2 yg xde sifat tanggungjawab dlm diri berhadapan dgn situasi gini, ape depa wat? all hell break loose lah akhirnye..

MiaJie said... [Reply]

Mmm..Susah jugak nak cakap hal mcm2 neh..kita xleh nak berlagak baik n judge bila bnda jd mcm neh..Allah akan uji kita dengan benda yang kita slalu gah2kan xkan buat la..hati2..

Sudin Shaari said... [Reply]

warden tu bagus la. haha. pandai kau read between the line.

! Sam Posmen ! said... [Reply]

@Gagak Itam yup. setuju. tapi aku tak lah salahkan parents hundred percent. sebab certain time diri sendiri kena rasional sikit. bukan pasal umur muda or tua, tapi kalau dah kategori blur blur sotong ni, they need guidance from others. heh!


@MiaJie sorry tak faham sangat apa maksud kamu. tapi apa yang boleh di katakan masalahnya bukan nak berlagak baik/alim/warak whatsoever dan bukan to judge someone, tapi bila cakap tentang morality, dah nama pon morality maksudnya semua orang/masyarakat bertanggungjawab secara keseluruhannya tentang sesuatu perkara.


@Sudin Shaari kamu imaginasi terlebih sangat ni. maksud aku lain ok. haha.

teratai said... [Reply]

Cakap mmg boleh,tp apa cara utk mbendungnya drpd terus berlaku??Siapa yg boleh melaksanakan tanggungjawab ini...

farah izwani said... [Reply]

so kite kena slahkan lelaki ke maknanya ni?

yusuflaili said... [Reply]

Salam;
Kejadian tu berlaku ditempat akulah tu..tak sangka aku kes sebergini berlaku disebuah sekolah luar bandar nun jauh dihutan.

Zulfikar Hazri said... [Reply]

aku dari dulu pelik, mcm mana kawan2, cikgu mak bapak semua tak boleh perasan kalau anak mengandung luar nikah? tak nampak ke perut?

kawan adik aku dulu ngandung luar nikah... perut tak nampak, tau2 beranak, buang kat surau, nasib baik org kampung selamatkan budak tu. skrg budak tu selamat, dah besar bagi org jaga...

akhirnya baru tau. mak bapak dia tau, tapi pretend mcm tak tau anak dia ngandung...

p/s kalau aku nangis sebab tersentuh mak aku urut, bukan sebab sakit.

FIFIEY LYCHEE MARATION said... [Reply]

kesian kan? baby tu suci lagi..
takde salah apa2..
kenapa ibu yg melahirkan tu sangat kejam???-,-
ye kita mungkin tak berada di kondisi mereka, tapi naluri sebagai seorang perempuan sepantasnya tidak sepatutnya untuk melakukan perbuatan keji mcmtu:(( sedih bila baca di paper banyak kes2 menggerunkan skrgni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...