Sunday, July 17

Fishing Entry : Antara Pendapat, Informasi atau ???

Pernah dengar pasal fishing? Kalau dulu-dulu jika tanya kamu hobi apa? ''fishing, kumpul setem, baca novel''. Tapi sekarang kalau tanya apa hobi kamu? ''merendek, main play station, social network online''. Jadi masa membezakan dan mempengaruhi persekitaran kita. 

Mudahnya sekarang kalau hobi fishing (memancing) ikan kat paya atau parit tentulah akan terbukti kamu seorang yang kolot. Haha. Totally kolot. Tak ikut perkembangan. Betul tak? Cuba tanya budak-budak sekarang kalau tak percaya. So bagaimana nak memodenkan istilah 'fishing' yang merupakan sesuatu yang old skool ini? Warisan hobi yang evergreen

Dalam dunia sekarang, dunia internet tanpa batasan, segala maklumat boleh peroleh dengan mudah. Social network seperti facebook, twitter, tumblr mahupun blogger semakin menjadi pilihan. Tapi sedarkah kamu di sebalik hobi yang di canang sebagai minat, minat dan minat yang merupakan hobi alaf baru, hobi fishing tetap di praktikkan?


















Apa yang kamu faham dengan gambar di atas? Hanya gambar printscreen dari search engine, Google. Kalau kamu perasan dan faham dua gambar tersebut hampir sama tetapi sebenarnya mempunyai istilah yang berlainan. Inilah yang aku sebutkan tadi hobi di alaf baru. Atau dalam industri manufactering boleh di istilahkan sebagai penjenamaan semula. Rebranding. 

Pendapat, Informasi atau ???

Pendapat adalah suatu sumber idea dari seseorang dalam membincangkan sesuatu perkara walaupun sesuatu tersebut adalah betul atau tak ia di sebut sebagai pendapat. Selalunya melalui pengalaman, pembacaan, rujukan, pertanyaan atau perbualan dari seorang ke seorang lain. Informasi pula di mana suatu keputusan yang telah, sedang atau akan berlaku mengenai sesuatu perkara. Kebanyakkan lebih berbentuk fakta.

Blogger

Dalam dunia internet, blogger memainkan peranan penting dalam 'menghidupkan' nadi dunia internet itu sendiri. Ia merupakan penyumbang utama dalam memberi maklumat. Blogger di sini termasuklah website atau segala jenis sumber maklumat berbentuk elektronik (soft copy).

Berbalik kepada tajuk itulah dua situasi yang berbeza. Jika di perhatikan kedua-dua gambar bersifat informasi dan pendapat. Di mana perkara yang belum berlaku. Cuma yang membezakan adakah isi kandungannya boleh di definisi sebagai Pendapat, Informasi atau ??? Apakah maksud '???'. Ok mudahnya membawa maksud 'sampah'. Itulah persoalan sebenarnya antara Pendapat, Informasi atau Sampah?

Pernah kamu di kecewakan bila mana ingin mencari sesuatu maklumat, yang di beri sesuatu site hanya bersifat lepas batuk di tangga, tak lengkap serta adakala isi tergantung. Membuang masa dan terasa seperti tertipu. Pernah kan? Inilah pula yang di sebut 'Fishing Entry'.

Fishing Entry

Entri di mana yang bersifat untuk menarik perhatian orang ramai untuk melawat sesuatu site/blog dalam masa yang sama berkepentingan kepada sebelah pihak saja. Senang kata dalam dunia blogger banyak terjadi. Entri atau sesuatu topik di buat bukan untuk memberi maklumat tetapi untuk kepentingan diri sendiri. Ya iklan. Ya SEO. Ya strategi. Ya planning. Ya for me, totally mother fucka for those of you!!!

Tidak salah untuk beriklan penuh satu page, tidak salah untuk atur strategi dalam berblog tetapi biar kena caranya. Cuba beri maklumat berguna kepada orang ramai dulu. Sebolehnya biar lengkap. Bertanggungjawab sedikit dalam menyebarkan sesuatu. Bukannya semata-mata mencari keuntungan. Tambah pula jika sesuatu yang bersifat fakta. Sila bagi info betul-betul. 

Kalau ambil maklumat dari orang lain sila bagi kredit kepada sumber asal. Belajar mengenai copyright. Hakcipta. Jangan jadi sampah. Ya sampah. Yang tak memberi kepentingan kepada orang lain langsung. Aku tak sempurna mana dan tak sebagus di harapkan. Cuma terkilan tengok info-info yang di cari di mana kesudahannya kecewa dan menyakitkan hati sendiri. Indah tajuk dari isinya. Ape kejadahnya yoep!

Jangan kerana SEO kamu menjadi bodoh, jangan kerana iklan kamu jadi bengap, jangan kerana mengejar strategi kamu jadi bahlol yang mana turut meninggalkan kesan serta menyebarkan kepada orang lain. Because of your site, doesn't mean you can do anything!



P/s : Zaman purba atau zaman moden hobi fishing lagi old skool?

5 surat:

azrijohan said... [Reply]

fuhhh,best bro hujah
sekarng ni memang banyak dah jadi...

kesian orang orang luar yg betul2 memerlukan info dan maklumat tu...

Umedia Network said... [Reply]

Wah!!! Nice info Sam Posmen. LIKE THIS BLOG SO MUCH!!! huhu. :)

Acik said... [Reply]

kita paham fishing kat sungai jer ... heheee

Jai said... [Reply]

Ada masanya bila terlalu gilakan traffik, tarikh dah tak penting.. Itu yang kebanyakannya blh nampak dalam trend permainan SEO sekarang.. Booking 1st.. Mungkin itulah aku boleh cakap kot.. Mungkin dia ingat dgn booking 1st, ranking 1st juga jalam SERP, tapi itulah kesilapan yang jrg blogger tahu. Untuk ddk dlm 1st serp google, bayk yang dilihat..

H1 h2 h3, keyword density, meta tag, alt tag, nofollow link, semuanya mainkan pernanan untuk tersenarai dalam 1st serp google. Tapi ramai yang abaikan sebab kata tak cantik. Biar x cantik janji org faham.. Tapi yang paling penting biar google paham baru boleh robot buat kerja...ha3...

Fishing info aku x reti, fishing ikan aku retilah..ha3

Adzriel @ Liza AB said... [Reply]

tak reti nak fikir semua tu. tulis apa yg terlintas di minda je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...