Friday, July 1

Realiti : Manusia Dan Sistem Dalam Kehidupan

Setiap hari cacian dan makian merupakan perkara asas yang selalu aku terima. Seperti kebiasaan kebanyakkan datang dari makhluk yang bernama manusia. Ya. Lebih tepat merupakan khalifah di dunia. Semakin berkembang teknologi semakin manusia hilang pertimbangan. Setuju atau tak?  

Fasa Pertama

Seorang Datuk memandu kereta menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan yang merupakan lebuhraya terpanjang di Malaysia dan keseluruhan di Asia Tenggara. Sampai di Km 283 berhampiran Nilai, minyak kereta habis. Membuat panggilan kepada pusat kawalan trafik dan meminta bantuan. Bantuan di hantar. 

Sejam kemudian Peronda Lebuhraya datang dengan membeli minyak RM 10. Bantuan lewat tiba di sebabkan membantu orang lain yang turut mengalami kerosakan kenderaan di tengah jalanraya atau kemalangan yang berlaku tanpa di duga semasa perjalanan. Juga di sebabkan kesesakan trafik yang berlaku. Apabila sampai kata-kata kesat di berikan kepada Peronda Lebuhraya.

Fasa Kedua

Datuk tersebut meneruskan pemanduan dengan perasaan marah meluap. Beberapa minit kemudian berita kemalangan di terima. Rupanya Datuk tersebut tersepit di dalam kereta yang di pandu. Keadaan agak parah tapi masih sedar. Bantuan di panggil. 

Panggilan 999 di buat. 'Ya. 999 boleh saya bantu? Nama encik siapa? Boleh saya dapat nombor IC encik? Boleh saya tau kemalangan di mana? Di kilometer berapa? Dari mana ke mana? Dekat dengan kawasan apa? Berapa orang yang cedera? Lelaki atau perempuan? Umur berapa? Ada kecederaan tak? Di mana kecederaan? Adakah mangsa masih sedar? Siapa ada di sana? Bagaimana boleh berlaku? Kemalangan melibatkan apa?' 

Ok. Sekejap! Boleh tolong sambungkan ke hospital ini...Hospital blaa...blaa...'Encik kita ikut prosedur saya sambungkan ke centre hospital dulu. Sila tunggu sebentar'. Beberapa minit kemudian ambulan sampai. Datuk tersebut di sahkan meninggal.

Fasa Ketiga

'Rabu : 20 Jun 2011 kemalangan yang berlaku semalam melibatkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk...'. 'Punca nahas masih di siasat ekoran kejadian yang melibatkan seorang Datuk...'. 'Datuk tersebut ialah seorang yang di kehendaki SPRM akibat rasuah telah meninggalkan 2 orang balu...'.'Polis sedang menyiasat punca kemalangan...'

Orang atasan berkaitan agensi berkaitan sibuk ke hulu ke hilir. Semua menonjolkan diri berbeza seperti kebiasaan. Yang tak nampak dan susah untuk berjumpa sebelum ini, semua boleh di lihat mundar-mandir.

Mesyuarat di adakan untuk menyiasat punca utama kejadian. Semua gelisah untuk menjawab dan memberi alasan kepada media. Akhirnya beberapa minggu kemudian post mortem di terima. Punca utama kematian di sebabkan kelewatan bantuan yang di berikan. 

Realiti

Jika kamu bekerja dan berada di mana sekalipun inilah yang berlaku. Dan ini merupakan apa yang pernah aku alami. Perbezaan dan jurang ketara dapat di lihat antara individu kepada individu yang lain. Martabat di pandang berbanding nilai diri seseorang.

Fasa Pertama - Kebenaran

Kepentingan diri menjadi perkara utama dalam sesuatu perkara. Ramai yang mementingkan diri sendiri dalam membuat keputusan. Walaupun kebenaran terserlah kepada pihak yang lain, bukannya kita.

Contohnya, seperti dalam situasi Datuk tersebut. Beliau merupakan seorang yang berpengaruh, orang terhormat, orang yang di kenali tetapi menggunakan segala yang di miliki untuk menyalahi orang lain.

Dalam kes ini kereta hanya kehabisan minyak. Bukankah aspek teknikal dan penyelenggaran kereta merupakan tanggungjawab sendiri? Sebelum memulakan perjalanan pastikan segalanya lengkap. Hartawan tapi minyak tak boleh isi, apa kes? Takkan faktor kenaikan harga minyak menjadi penyebab?

Beliau perlu menerima dengan hati terbuka walaupun bantuan di terima agak lewat. Bersyukur. Kerana mudahnya masih ada yang sedia membantu dalam keadaan terdesak. Siapa lagi yang boleh di harapkan bila berada di lebuhraya? Tentulah peronda lebuhraya. Sepatutnya ucapan terima kasih di beri bukan sebaliknya. Di situ pangkat dan darjat tiada beza.

Fasa Kedua - Pentadbiran

Dalam urusan harian sekarang kita terikut dengan konsep, prosedur itu dan ini sehingga ada ketika menyusahkan. Manusia hidup seperti robot. Sistem mengawal segala pergerakan. Sepatutnya manusia yang lebih berkuasa dari robot.

Dapat di lihat terlampau banyak undang-undang di wujudkan. Tetapi perlaksanaan kebersanannya adalah amat kurang sekali. Undang-undang adakalanya membuat manusia lebih memberontak dan tidak berdisiplin. Kepentingan pentadbiran untuk mencapai target prestasi, membuatkan kita terlupa nilai insan seorang manusia.

Prosedur di buat untuk menyenangkan tetapi yang berlaku sebaliknya. Birokrasi menghalang untuk terus mendapatkan sesuatu dalam proses yang singkat.

Banyak kes yang di terima adalah di sebabkan kekangan peraturan. Banyak langkah di perlukan dalam memproses sesuatu maklumat. Akhirnya produktiviti tiada banyak beza, cuma masa di ambil menjadi lebih lama. Percaya?

Contoh mudah cuba kamu membuat panggilan kepada talian kecemasan 999. Pasti kamu akan di soal seperti seorang pesalah. Akhirnya orang yang sepatut hidup, mati akibat kelewatan bantuan. Orang yang sakit jantung, kaku di kerusi pemandu. Orang yang pengsan terus tak sedarkan diri di tandas. Salah siapa?

Fasa Ketiga - Justifikasi

Salah menyalah akan terus mengambil tempat. Setelah segala pelbagai proses akhirnya jawapan mudah dan senang, orang bawahan di persalahkan. Nak tak nak terpaksa menerima.

Jurang martabat cukup jelas kelihatan. Jika kamu mempunyai segala pengaruh pasti perkara yang salah boleh di perbetulkan dan sebaliknya berlaku. Tiada apa yang mustahil dalam menyimpan hakikat kebenaran. Akhirnya keadilan hanya menjadi tanda tanya. Ramai yang menjadi boneka akibat ketidakjujuran sistem yang berlaku.

Sepatutnya hebat bagaimana sekalipun seseorang, tiada bezanya dengan yang lain. Hubungan sesama manusia tidak mengenal sesiapa. Dalam dunia sekarang material menjadi segalanya. Sebab itu tidak hairan ia boleh berlaku.


P/s : Kemajuan banyak membawa perubahan. Sama ada perlu atau tidak bergantung kepada diri sendiri.

0 surat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...