Wednesday, September 7

Aston Kusters : Dunia Yakuza Sebenar

Selepas kutipan box-office KL Gangster pertama, sekuel KL Gengster 2 akan di teruskan lagi oleh pengarahnya, Syamsul Yusof. Kemungkinan flashback masa lalu dengan lebih aksi dari 'ayahanda' dan 'abang long' di tontonkan. Itu semua hanya dalam filem.

Kembali kepada realiti, pernah dengar Yakuza? Gengster yang terkenal dekat Jepun di anggotai oleh Bakuto dan Tekiya. Majoriti ahli asalnya kaki judi dan merempat di jalanan. Yakuza juga top dengan black money scam. Mengedar dadah, pengedaran wang haram, dalang aktiviti pelacuran dan peras ugut. Kamu ingin hidup sebagai seorang gangster? 

Anton Kusters, merupakan seorang jurugambar profesional dan juga pemilik syarikat design yang berpusat di Belgium. Salah sebuah projek terbesar beliau ialah 893 Yakuza. Di mana kisah perjalanan beliau selama 2 tahun close up dengan kehidupan seharian Yakuza. Penceritaan bagaimana hidup seorang Yakuza di dalam dunia yang berbeza dari orang normal serta segala macam konflik yang berlaku sekeliling. 

Selama berbulan-bulan persediaan di buat dan rundingan bersama-sama saudaranya, Malik, beliau telah menjadi satu-satunya orang Barat yang di beri kepercayaan untuk menyelami dunia 'kegelapan' Yakuza. Hasilnya, semua telah di bukukan di dalam Odo Yakuza Tokyo. Di bawah antara gambar dari karya beliau.


Geng Yakuza yang terkenal di Jepun
Malam terakhir, Kusters di bawa Yakuza ke kelab malam


Kusters berjaya meyakinkan bos Yakuza untuk tangkap gambar ahli mereka
 Hanya beberapa orang berpeluang melihat tatoo Yakuza
 Harga sebuah kemaafan. Seorang Yakuza memotong jarinya
 Proses mencacah tatoo di badan
 Perempuan tak terkecuali untuk mempunyai tatoo
 Pertemuan mereka di bilik mandi yang mana tiada sesiapa membawa senjata
 Antara kem latihan rahsia Yakuza


P/s : Yakuza bertapak berabad lamanya di Jepun. Sekarang dunia seperti Yakuza juga berada di mana sahaja.

Sumber : antonkusters


4 surat:

yusuflaili(Goku) said... [Reply]

Salam;
memang payah nak jadi gangster ni..walaupun nampak mewah dan berkuasa tapi hidup tak pernah tenteram..

Kaio said... [Reply]

pergh ganster sial!

http://www.kaio.my

irwanmiswan said... [Reply]

yakuza.......pengaruh...kuasa...kekayaan.......

Chegu said... [Reply]

giler a bro...mane dapat ni, menarikk giler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...