Saturday, September 17

Sejarah : Perbandingan Berleter Moden

Masa kecik zaman sekolah sejarah merupakan subjek yang paling menggembirakan bilamana terasa mengantuk. Dengar sejarah dengarlah dengkuran. Dengar sejarah dengarlah jugak duster tertempek kat muka seseorang. Dush! Muka penuh dengar kapur tulis. Putih melepak sehari takyah pakai bedak. 

Itu zaman aku. Cikgu ajar dekat depan, budak-budak lain hanya angguk kepala. Faham ke tak just terima. Sebelum exam, prepared to remember eveything. Masuk dewan ambik exam hanya re-write balik apa yang di hafal. Senang dan amat mudah proses pembelajaran berlaku. 

Sebab itu jugalah walaupun subjek sejarah merupakan subjek majoriti yang failed dalam pembelajaran dan bukan semasa exam, ia juga sangat di bencikan tapi kenapa ramai yang boleh skor? Tak terkecuali termasuklah aku. Dapat gred B beb SPM. Pandai kan?

Tapi sekarang, sejarah tetap juga di ajar seperti biasa. Cikgu ajar kat depan pasti ada yang air liur meleleh di belakang kelas. Bila nak exam proses menghafal tetap berlaku. Di rumah sibuk buka buku. Take short note dan gunakan tenaga sehabis mungkin untuk mengingat. Kalau boleh sepadat dan sekecil mungkin. Kalau tak keberatan boleh buat sebagai 'toyol' bila terdesak time exam. 

Cuma yang membezakan sekarang, bagaimana proses pembelajaran di sebaliknya yang berlaku bukan hanya di sekolah. Murid-murid tak semesti bersumberkan apa yang di ajar oleh cikgu atau semata-mata silibus buku teks yang sedia ada. Tapi rujukan lain yang senang di rujuk dengan mudah. Just google semua boleh dapat. Dan semakin hari, semakin banyak jugalah segala fakta yang sebelum ini di ajar kesahihannya di ragui misalannya.    


Apa point sebenarnya?

Hidup kita semakin hari semakin maju. Teknologi semakin hari semakin pesat membangun. Maknanya semakin ramai jugalah bijak pandai yang ada. Dulu ialah dulu. Sekarang ialah masa depan. Kalau nak di bandingkan pastilah amat besar jurang perbezaan. Dari segi ekonomi, sosiologi, teknologi, budaya, lifestyle mahupun politik pentadbiran amatlah berbeza sekali. 

Dulu 50 sen boleh je hidup kalau pergi sekolah. Dapat breakfast, lunch dan yang lebihan simpan dalam tabung buluh buatan tangan aku sendiri. Bila cukup haul ajak member main game kat cyber cafe. Dulu kalau tak dengar cakap tali pinggang bapak aku hinggap kat belakang badan, tapak kaki takpon bontot. Sebab itu juga rasanya sampai sekarang bontot aku tetap mantap. Mungkin kerana getaran yang terhasil semasa di tali pinggang di libas libas. 

Sekarang dengan 50 sen apa yang boleh di beli? Air kosong kat maple? Nasi putih? Karipap sebesar ibu jari? Secara rawaknya tak ada apa yang boleh di beli dengan nilai sebesar itu. Budak-budak sekarang kalau nakal orang lain di persalahkan. Kalau kamu buat jahat kamulah yang benar. Tak ada yang salah. Sebab yang salah tetap benar dan benar semestinya benar. 

So?

Jika bekerja, dulu seniority is most important tapi sekarang kalau tak ada kelulusan pergi mampos seniority kamu. Kalau change nak di naikkan pangkat atau offer jawatan lebih baik amatlah tipis. Kalau ya mungkin ambil masa yang lama. Itu hakikat. Itu yang di katakan the power of certificate than your knowledge. Kamu bekerja semata-mata untuk duit dan teruskan kehidupan, keihklasan dah tak ada nilai lagi. Buat kerja apa yang telah di bayar dan di tetapkan. 

Dulu tak semacam sekarang, dulu hidup tak seperti sekarang, dulu orang muda dan orang tua tak sefahaman seperti orang tua dan orang muda sekarang, dulu family tak sama seperti family yang sedia ada sekarang, dulu, dulu, dulu, dulu, dulu...


Itulah apa yang akan berlaku dan kata-kata yang di keluarkan serta di dengar semasa kamu kena leter. Baik your parents, member, majikan dan orang sekeliling. Segala macam ungkitan dan perbandingan berdesing kat telinga. In reality? 

Kamu hidup di dunia moden. Seharusnya terima segala perbezaan, kekurangan atau kepincangan yang berlaku di sekeliling kamu. Tak payahlah membandingkan sesuatu yang lepas yang tak akan sesekali datang kembali. Mungkin jika ada mesin masa boleh di pertimbangkan semula. 

Sila sesuaikan dengan keadaan semasa. Kalau nak hidup dalam dunia sekarang terima seadanya. Kalau tak lebih baik korek lubang...erm...buat tanam strawberi. 



P/s : Cubalah hidup dalam asimilasi modenisasi sekarang yang tak seindah mana ini. Cuba! Nak tak nak kena terima. Sampai bila asyik nak buat perbandingan?

3 surat:

Bulan said... [Reply]

tahniah

serizawa's said... [Reply]

tersangat sangat la setuju...

Mustika Hayati said... [Reply]

nice blog. maybe we can follow each other if you want?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...