Thursday, December 15

Peraduan Gambar : Kempen Tak Nak Merokok

Pernah merokok? Best tak rasa?

Sejak umur 12 tahun aku dah mula merokok. Injak sekolah menengah tabiat merokok menjadi-jadi. Tambah teruk stay dekat hostel. Pengaruh cukup tinggi. Sampailah masuk universiti sehingga sekarang bekerja, masih juga merokok.

Setiap hari aku berusaha untuk kurangkan. Dari 2 kotak ke 1 kotak sehari. Kemudian bertahan sekotak untuk 3 hari. Sampailah sekotak untuk seminggu. Ya! Dari dulu aku memang sedaya upaya nak berhenti. Tapi tak semudah di sangka. Sama seperti si perempuan yang gila shopping dan si nerd yang obses dengan computer game. Hanya perokok yang tau rasanya.

Cakap pasal rokok, memang aku akan berhenti satu hari nanti. Sebabnya, umum semua dah tau keburukan dari kebaikannya. Semesti juga aku tak nak orang lain turut sama merokok. 

Bagaimana cara kamu nak menggalakkan orang lain supaya tidak merokok? Dan  kamu pada masa yang sama turut menyokong kempen anti-merokok yang di jalankan serta dapat tunjuk lagi kreativiti kamu? 


Katakan Tak Nak! 

Ya. Peraduan Katakan Tak Nak untuk rokok dari Kementerian Kesihatan merupakan peluang terbaik kamu tunjukkan bakat. Pada masa sama menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat. Kempen yang turut dapat sokongan daripada komuniti iklan, Nuffnang ini amat menarik. Dan untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan sudah tentulah ada ganjarannya. 


Berminat nak join? Apa yang kamu perlu lakukan ialah

1. Ambil gambar tentang Kempen Tak Nak! tanpa tunjukkan sebarang unsur rokok atau kotak rokok
2. Post dekat blog kamu
4. Submit dekat form ini
5. Profit


Jika penyertaan kamu terpilih, kebarangkalian untuk dapat 'duit free' terhidang menanti. Berapa banyak yang akan kamu dapat?

Hadiah utama tunai RM 1,000
Kedua tunai RM 700
Ketiga tunai RM 500
Keempat tunai RM 300
Kelima tunai RM 150
Vaucer saguhati bernilai RM 50


Untuk linkkan penyertaan, kamu boleh submit dekat facebook page Tak Nak! Merokok. Klik 'like' dan ikut arahan seterusnya.

Di bawah ialah gambar penyertaan aku. 'Stop Smoking: Save Your Life'. Art yang aku bentuk sendiri dari paper clip dan kertas berbentuk gambar hati yang sebahagiannya mulai rosak. Mesejnya jika kamu berhenti merokok sekarang, masih ada peluang dan harapan untuk gaya hidup sihat di masa depan.


Ini gambar original. Pakai kamera handphone je. Kena tunggu bajet 2012 baru boleh angkat DSLR
Selepas simple editing. Macam inilah hasilnya


 
Jika kamu suka gambar ini dan ingin terus menyokong, bolehlah like di facebook page tak nak merokok. Always keep support!



P/s: Tak Nak! Smoking

Tuesday, December 13

Rantai Burung Hantu Haram : Join Freemason Dapat Free

Freemasonkah kamu?

Sam berjalan-jalan dekat taman rekreasi. Dekat dengan rumahnya. Beberapa ketika dia terlihat pergaduhan yang sedang berlaku di padang bola sepak. Tumbuk terajang, sumpah seranah semua kedengaran. Dengan perasaan ingin tahu dia terus ke sana.

"Apa yang sedang berlaku?" tanya Sam kepada salah seorang penyokong di tepi padang.
Seorang penyokong menjawab "Biasalah perlawanan antara Masons dengan The Knights of Columbus. Jaringan kontroversi masa tambahan"
"Berapa jaringan sudah?" tanya Sam lagi.
Seorang lelaki dari pihak Masons pula terus mencelah "Erm...entahlah. Tak tahu. Ini rahsia".


Sam kecewa dengan jawapan yang di beri. Dia termenung di tepi taman. Memerhati pemandangan petang. Selang beberapa jam, dia berlalu pergi. Berjalan pulang ke rumah.

Cuaca mulai gelap. Sampai di suatu persimpangan ternampak beberapa orang sedang sibuk dekat kedai. Muka semuanya agak rungsing. Mungkin ada masalah yang tak dapat di selesaikan. Sangka Sam. 

"Berapa ramai kita perlu untuk tukar mentol lampu terbakar ini?" sayu-sayu kedengaran suara mereka berbincang dari jauh. Sam terus mendekati mereka. Oh! Rupa-rupanya mereka inilah penyokong yang di padang tadi. Benak Sam. Suasana ketika itu agak riuh. Semua tak dapat bagi kata putus.

Beberapa minit kemudian Sam bersuara. Tapi dengan nada memerli. "Setelah dengar masalah kamu semua, apa yang dapat di simpulkan, kamu memerlukan 20 orang sebenarnya untuk membaiki lampu ini".

3 orang untuk buat aduan bahawa lampu ini sememangnya bermasalah
2 orang untuk sebarkan berita ini kepada komuniti lain, Temple Board dan juga pihak Master of The Lodge
3 orang untuk belajar dan buat kajian pasal lampu di Lodge
2 orang untuk periksa jenis lampu yang di gunakan oleh The Knight of Columbus
3 orang untuk terus mendesak menyelesaikan perkara ini
5 orang untuk plan cari dana untuk tukar lampu baru
2 orang untuk memberi pandapat bahawa ini bukan cara kamu baikinya sebelum ini 

Dengar saja jawapan dari Sam, semua Masons tercengang seketika. Sam dengan riak terus meninggalkan mereka terpinga-pinga.


Kamu pernah dengar cerita seperti di atas? Mestilah tak kan! Sebabnya, cerita itu hak cipta terpelihara samposmen. Baru sekarang dapat kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk di sebarkan. Haish. Cerita macam ini pon susah nak di publish. Ada kontroversi sebelum ini. Agenda freemason katanya. Setelah di tapis baru sesuai sikit versinya. Ok. Serius tak kelakar!

Cakap pasal freemason ramai rasanya yang dah tau apa sebenarnya benda alah ni. Sebelum ini pon aku ada cerita serba sikit. Apa itu teori konspirasi freemason dan iluminiti dan entri copy paste pasal isu pemberian salam. Semakin hari semakin galak pula aku tengok. Macam tak kena di buat. Semua masalah mesti di kaitkan dengan freemason, iluminiti dan segala macam sebanistas. Itu tak termasuk lagi rumour pelik seperti nak jimat minyak punya pasai dan bilamana Islamnya si Paris Hilton. Kelakar je bila fikir balik.

Sebelum kita teruskan, nak tanya satu soalan lagi. Pernah kamu khatam tengok video The Arrivals? Alah video pasal segala macam konspirasi dan kemunculan dajjal al-masih. Tak cukup, mengenai pendedahan segala gerakan iluminitas yang terselindung di sebabkan puak freemason dan yahudi laknatullah.

Eh ada lagi, tak lupa segala macam simbol seharian yang semestinya bukan kebetulan ianya berlaku. Agenda sebenar tersembunyi di sebaliknya. Kalau belum nontonnya ada baik search internet atau youtube je. Pastikan khatam 51 episod kesemuanya. Versi english ada dan sekarang yang dah di translate ke bahasa malaysia pon available.

Kenapa aku suruh tengok dulu video The Arrivals? Jawapan mudah, kalau cerita pasal gerakan freemason pasti video The Arrivals jadi rujukan dan modal nasihat segala macam. "Bai kamu tak tengok the arrival ke?. Sekarang ini nak tau orang Islam di kawal oleh Yahudi. Kamu murtad sebab guna simbol tu". Lebih kurang yang selalu kita dengar.

Sebenarnya aku taklah menidak dan percaya apa yang di videokan. Sebab itu hanya pendapat mereka. Dah nama pon teori tak semesti benda tu betul ke tak. Tapi yang memelikkan ramai pula yang beriya-iya suruh percaya. Kalau tak, kita di salahkan sebab tak sependapat.

Berbalik kepada isu freemason, pendapat aku mudah. Sila rujuk balik cerita Sam seperti di awal entri. Benda mudah jangan peningkan kepala kamu yah. Kalau lampu rosak beli je mentol baru tukarkan. Bukan apa, takut uban cepat tumbuh kat rambut tu. Nanti tak kacak nak guna produk Yahudi jugak. Produk Islam kat Malaysia ni pon dah banyak yang kena scam. 

Kalau nak pening-peningkan jugak otak tu, baik belajar pasal Math ke. Kalkulus, trigonometri, fungsi terbitan, eng. math. Banyak lagi tak khatam. Tak pon belajar pasal design. Paling tidak boleh create something yang Islamic sikit nanti.    

Oh! Rupa-rupanya ramai lagi yang masih blur-blur sotong. Takpe, mari kita ambik contoh mudah sikit. Ini isu goreng pisang panas punya. Laris di pasaran facebook, twitter tak pon di blog-blog. Semudah ABC just klik share berita pasalnya tersebar meluas. 

Isu apakah? Ia mengenai rantai burung hantu yang haram di pakai. Tak cukup dengan itu freemason kena tempelak sekali. Sadis! Orang Masons merupakan makhluk paling jahat di muka bumi ini. Orang Masons jugaklah yang banyak menyesatkan umat Islam. Kesian kan mereka. Umat Islam jugak semuanya baik-baik belaka. Tapi baik sangatkah?



Apa semua ni ?? pernah dengar nama ini? FREEMASON ? pernah ? kalau nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL , mereka join angkatan DAJAL AL-MASSIH ni sebab nak HARTA , KAYA , NAMA , dan jangan terkejut kebanyakannya semua orang2 ternama negara kita , nama nama mereka cukup besar serta yang amat sedih sekali mereka ini antara nya orang Islam - SUMBER


Di Malaysia saja majoriti pengamal tegar MLM kaum apakah. Yang melahirkah anak haram siapakah. Yang berpecah sebab politik? Yang rogol anak sendiri? Yang suka tahyul? Yang banyak habis masa dekat kedai kopi? Yang itu...yang ini...

Berbalik pasal rantai burung hantu haram di pakai, isunya cukup mudah. Agama haramkan pakai atau pamerkan sesuatu menyerupai binatang. Setel! Apa kena mengenanya dengan freemason ke tidak? Pasti imaginasi dan buruk sangka kamu kuat sangat. Tak baik oh!




P/s : Jom join freemason, boleh dapat free kot. Kalau nak beli rantai burung hantu ni, kat pasaran lebih kurang 20 ringgit jugak.

Friday, December 9

Miguel Endara : Seni 3.2 Juta Titik Dari Dakwat Pen

Memang terbaik. Miguel Endara melukis gambar ayahnya hasil 3.2 juta titik dengan hanya menggunakan dakwat pen. 




P/s : Seni memang indah

Kena Tipu : Belajar Cara Elak Kena Sembelih Dekat Lebuhraya

Pernah kena tipu? 

Kalau yang bermotosikal, kereta, van tak pun lori sekalipun mesti kamu pernah di tipu. Sekali pon cukup. Kalau tak pernah kamu memang pakar habis. Contact aku kasi tips sikit boleh?

Tipu! Tipu bagaimana? Maksud aku bila beli barang kena tipu. Semasa servis kereta, tukar sparepart dan beli barang-barang keperluan untuk kereta. Kalau nak ikutkan kena tipu ini dah boleh di kira sebagai kes basi. Semua orang dah tau. Dan kebanyakkan ramai jugaklah yang ambil mudah. Sampailah satu tahap bila kena batang hidung sendiri baru gelabah nak tuding jari sana sini. Salah orang itu, salah orang ini. Semua tak kena.

Mungkin kalau kamu berada di bandar, di jalan biasa dan kawasan yang familiar, kamu mungkin tahu nak rujuk ke mana bila katakan kereta kamu rosak. Tapi bagaimana kalau berada di lebuhraya?

Sekarang lebuhraya banyak di gunakan. Sebab mudah memendekkan jarak perjalanan, jimat masa, dan senang untuk berurusan. Perjalanan semakin selesa. Sama ada dari segi keadaan jalanraya atau kemudahan untuk beristirehat.


Berbalik kepada kes kena tipu. Katakan kamu berada di lebuhraya tiba-tiba kenderaan kamu rosak. So, apa respon kamu? Dari pengalaman, situasi yang selalu berlaku ramai akan

1. Panik (di sebabkan oksigen tak sampai ke otak dalam kadar yang secukupnya. Mungkin di sebabkan tekanan bergegas nak masuk ke tempat kerja, tak dapat menyambut pengantin atau dating yang kemungkinan terpaksa di batalkan)

2. Blur-blur sotong (bila dah panik maka otak tak dapat berfikir dengan rasional. Mulalah berjalan kehulu-kehilir, pegang itu tak kena, pegang ini tak kena. Tambah pula bagi yang berkahwin, anak asyik merengek dan menangis dalam kereta. Itu tak termasuk si isteri yang dok membebel. Rasa nak lempang je sorang-sorang)

3. Termenung (nak repair tak tau, nak check tak tau juga apa masalahnya, call member tak berangkat, nak mintak bantuan dari servis lebuhraya tak ada nombor, akhir sekali termenung pikirkan nasib. Kalau ada hamba Allah yang lalu lalang berhenti bersyukur sangat)



Jadi, apa sebenarnya yang perlu di lakukan?

1. Tahukah kamu, setiap lebuhraya mempunyai nombor kecemasannya tersendiri. Sama ada yang bebas tol (toll free) atau berbayar mengikut standard kadar biasa syarikat telekomunikasi.

2. Tahukah kamu, kalau bagi makcik pakcik, nenek kebayan, tok wan, tok yang, tok mudim atau tok apa sekalipun yang mana study tak pernah lulus dan fail dalam bab membaca, kemudahan untuk meminta bantuan tetap masih mudah. Setiap 2km lebuhraya ada di sediakan Telefon Kecemasan (Emergency Telephone). 

ET yang berwarna oren ini dapat di lihat di tepi pembahagi jalan. Kamu hanya perlu pergi ke sana dan menarik tuil yang di sediakan. Tak perlu mendail atau menghafal. Tunggu beberapa saat operator lebuhraya akan menjawab. 

3. Tahukah kamu, untuk meminta bantuan amat mudah tapi untuk memberi lokasi di manakah kamu selalunya proses tersebut menjadi susah. Ini kerana sama ada kamu memang seorang yang bodoh sombong bila meminta bantuan atau kamu sendiri bersikap seperti raja. Tak suka memberi kerjasama.

4. Tahukah kamu, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) merupakan lebuhraya terpanjang di Malaysia iaitu hampir 1000 km dan kebanyakkan lebuhraya yang ada di Malaysia paling cikai pon panjangnya 10 km. 

5. Tahukah kamu, setiap 100 meter lebuhraya ada di sediakan penanda kilometer (kilometres marker) di tengah jalan atau di tepi. Bagi lebuhraya, warna nombornya hijau atau kuning dan papan kilometer segi empat tersebut berwarna putih atau hijau. Jika lain dari warna tersebut kamu mungkin berada di federal road atau jalan biasa yang mana bantuan untuk tiba sememangnya mustahil.

6. Tahukah kamu, bila meminta bantuan lebuhraya, soalan pertama yang selalu di tanya oleh operator ialah "Di manakah encik/cik/tuan/puan/datuk/datin berada?" Soalannya mudah. Jadi sila jawab dengan mudah. Jangan menyusahkan diri kamu. 

7. Tahukah kamu, untuk menjawab dengan mudah soalan yang operator tanya, pertama kamu mesti buka hati kamu, kedua keluar dari kenderaan dan berdiri di luar pembahagi jalan. Ketiga jangan duduk melayan jiwang di dalam kereta. Kerana, kebiasaannya ia akan mengundang kecelekaan. Banyak kes berlaku kenderaan lain melanggar kenderaan yang berhenti di bahu jalan sama ada bersebab atau tidak.

8. Tahukah kamu, untuk menjawab secara mudah dan untuk bantuan cepat sampai, kamu perlu memberi kerjasama. Kamu hanya perlu memberi nombor kilometer di tepi jalan kepada operator bertugas. Seterusnya memberi butir ringkas diri kamu sahaja. 

Bila di tanya, kamu tak perlu bersusah-susah memberi landmark atau sebagainya yang kamu lihat di sekeliling. Sebagai contoh di tepi kamu ada kura-kura, pokok ceri sebatang, ada bangunan pink, berdepan kompleks itu atau ini dan sebagainya. Mungkin itu dapat memudahkan penghantaran bantuan tetapi kalau tiada nombor kilometer yang di beri, proses tersebut tetap menjadi sukar. 

Operator bertugas kebanyakkan blur-blur sotong juga seperti manusia lain. Yang mereka tahu hanya kilometer. Sila rujuk no.4 balik.

9. Tahukah kamu, setiap lebuhraya perkhidmatan servisnya ialah percuma. Perkhidmatan tersebut juga terbatas untuk kes minor. Tak perlu bayaran sesen pon. Bila kamu kehabisan minyak, bantuan pembelian minyak akan di lakukan oleh Peronda Lebuhraya yang bertugas. Mengikut keadaan. Seharusnya jugalah kemudian perlu bayar balik untuk harga petrol. Takkan dah tolong belikan, minyak nak free sekali kot. Teruklah macam ini. Kalau bateri lemah pula mereka akan 'jumper'kan dan jika tayar pancit mereka akan tolong tukarkan dengan tayar gantian. 

Tapi jka gearbox pecah, alternator rosak dan  enjin yang sudah barai, itu bukan di kira servis lagi untuk baikpulih. Kalau kamu nak servis jugak, sila suruh bengkel-bengkel lain di luar tutup kesemuanya. Sebab kereta yang dah layak masuk lombong, masuk je lebuhraya boleh setel masalah.

10. Tahukah kamu, bagi kereta kerosakan major kamu boleh minta untuk di tundakan secara percuma. Tapi hanya ke kawasan selamat sahaja. Sama ada kawasan rehat atau toll plaza yang terdekat. Selebihnya kamu perlu berurusan dengan agen insurans kamu atau menggunakan mekanik sendiri. 

11. Tahukah kamu, Peronda Lebuhraya semuanya beruniform dan akan menggunakan kenderaan syarikat masing-masing. Jika kamu sangsi kamu boleh telefon pusat khidmat pelanggan untuk pengesahan balik. Selainnya yang datang, itu bukanlah bantuan yang di maksudkan dan kamu mempunyai hak untuk menolak atau mengambil perkhidmatan yang di tawarkan. Semestinya risiko yang datang adalah tanggungjawab kamu sendiri.

12. Tahukah kamu, bantuan yang di minta akan tetap sampai dalam respon masa yang di tetapkan atau tidak. Cuma lambat atau cepat sahaja. Selalunya kelewatan mungkin di sebabkan banyak kereta lain rosak atau di sebabkan kemalangan yang terpaksa di utamakan untuk di setel.

13. Tahukah kamu, pampasan boleh di minta jika kereta kamu rosak di sebabkan kecuaian di sebabkan keadaan jalan, objek yang kamu langgar di dalam lebuhraya dan segala aspek yang di kira kecuaian oleh pengendali lebuhraya.

14. Tahukah kamu, banyak lagi sebenarnya yang kamu tak tahu. hehe. Ok cukup sampai sini dulu.


Jadi, kenapa aku bagitau segala macam info di atas? Apa kena mengenanya dengan kes kena tipu dan sebagainya?

Untuk makluman, jika di luar kamu mempunyai banyak pilihan jika kereta kamu rosak. Kalau bengkel ini mahal kamu boleh demand untuk cari bengkel lain. Tapi keadaan berubah bila kamu berada di lebuhraya. Kamu akan berhadapan dengan sindrom yang awal-awal aku cakap tadi. Panik, blur seterusnya termenung. Ini kerana kamu tak tau nak rujuk kepada sesiapa. Tambah pula jika memandu secara berseorangan. 

Oleh sebab itulah, kamu kena tahu sikit sebanyak fakta-fakta sebegini bila menggunakan lebuhraya. Semua untuk mengurangkan risiko kamu di tipu. Tipu tetap kena tipu tapi at least untuk mengurangkan. 

Ramai yang bila kena tipu akan menyalahkan pengurusan lebuhraya atau mekanik dari luar yang datang. Hakikat sebenar diri sendiri yang bermasalah. Pilihan kepada kamu. Sebagai contoh mekanik luar 'menyembelih' kamu dengan mengenakan caj bayaran yang terlalu tinggi untuk baiki kerosakan. Nak tak nak itu yang terpaksa kamu bayar. Mungkin kalau kamu bersabar sedikit dengan menunggu bantuan dari pengurusan lebuhraya perkara ini tak berlaku.






So, bagaimana nak mengelakkan kamu dari menjadi mangsa penipuan? Dari pengalaman, ini yang aku mampu nasihatkan.

1. Bila ingin mulakan perjalanan pastikan periksa keadaan kereta kamu. Kalau sebelum nak naik lebuhraya minyak kereta kasi penuh. Kalau tak nak, baik naik bas saja. Tayar spare periksa anginnya. Statistik kebanyakkan kereta bermasalah di lebuhraya di sebabkan hanya dua perkara ini. Minyak habis dan tayar pecah. 

2. Bila kereta rosak bukan di sebabkan perkara di atas apa yang penting bertenang. Kereta dah rosak tetap rosak. So, kamu yang masih sihat cari tempat selamat untuk berteduh. Jangan sesekali berada dalam kereta. Kalau boleh elakkan. Jika terpaksa nak buat macam mana. Berada dalam keadaan gelap di dalam kereta risikonya sangatlah tinggi. Keadaan lebuhraya tak sama dengan jalan luar. Kereta kebanyakkan macam pelesit dan pemandu-pemandu lain kebanyakkan seorang yang letih akibat tak cukup rehat atau jarak perjalanan yang jauh. 

3. Bila diri kamu dah selamat, dari situ mula mencari bantuan. Telefon sedara mara atau bantuan dari lebuhraya. Tunggu sehingga bantuan tiba dan berbincang dengan pegawai yang datang dan cerita masalah sebenar.  Kalau boleh biarlah berbudi bahasa. Tahulah kamu sedang berada dalam sindrom panik, blur-blur sotong dan termenung, tapi bila minta bantuan biarlah berbahasa sikit. 

Kalau kamu tak berbahasa risiko kamu untuk di tipu dengan mekanik luar sangat besar. Peronda lebuhraya juga manusia yang berperasaan, so tak mustahil mereka akan tinggalkan kamu tercengang tanpa bantuan sampai entahlah mekanik dari mana yang sampai kepada kamu. Dari situ kamu akan kena 'sembelih'.

4.  Bila nak gunakan khidmat mekanik luar juga, sekarang semua ada telefon canggih-canggih. Kalau boleh tangkaplah gambar keadaan kereta kamu yang bermasalah sebelum ke bengkel sebanyak mungkin. Bukan apa, untuk menggurangkan penukaran komponen atau part yang tak sepatutnya berlaku. 

5. Bila kereta siap di baiki dan di kenakan caj yang mahal, gunalah kuasa kamu sebagai pengguna. Buat laporan kepada pihak sepatutnya. Salurkan maklumat kepada saluran yang betul bukannya memaki hamun sana-sini. Ada rezeki mungkin boleh dapat balik lebihan caj yang di kenakan. Kalau cerita buruk-buruk pasal pengurusan lebuhraya atau mekanik terbabit. Apa guna. Dapat penat dan puas sekejap je. Lastly, habok pon tarak. 

6. Bila rasa tak percaya kepada pengurusan lebuhraya atau mekanik yang datang, sebaiknya panggillah insurans kereta kamu. Kerana kamu yang bayar setiap tahun dan kamu sendiri yang memilih menggunakan insurans terbabit. Maka sudah tentu kepercayaan kamu terhadap insurans tebabit tinggi. Kalau tak, takkan kamu pakai insurans itu kan? Buatlah pilihan terbaik. Guna insurans atau kena sembelih dengan mekanik luar.





P/s : Penipuan ada kat mana-mana. Tapi bagaimana kamu mengelak untuk terus di tipu adalah lebih baik. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...