Wednesday, June 29

Tandas : Perlukah Untuk Bersih?

Perlakuan kita setiap hari ialah realiti kehidupan seharian sebenar kita. Di mana segala yang berlaku dan bertindak, tidak kita sedari. Hari ini tengok jalan sesak dengan kenderaan. Esok sama juga. Ada yang naik bas. Naik komuter. Ada yang berjalan kaki untuk melintas traffic light. Lusa pula kelihatan ada yang rungsing. Ada yang seronok mendengar iPod.

Jika di lihat aktiviti seharian kita sama saja. Pakaian yang design sama. Bergerak melalui jalan yang sama. Rutin harian yang hampir sama. Kemalangan berlaku di kawasan yang sama. Krisis rumah tangga pon tak banyak bezanya. Masalah kewangan juga seakan sama. Semuanya sama. Sampai time berak nak keluarkan tahi juga di tandas yang sama. 

Tandas? Oh! Tidak. Bayangkan dalam situasi yang klimak, kita termasuk pula tandas yang terdapat mangkuk tandas tersumbat di sebelahnya. Apakah perasaan kamu? Nak tak nak terpaksa memendam bau. Dengan najis bersepah. Tahi-tahi yang fresh masih berbau menusuk hidung. Erkk...Melainkanlah kamu sempat untuk ke KLCC dan bayar dua ringgit untuk mendapat keselesaan sementara.

Waktu itu baru kita sedar betapa pentingnya kebersihan tandas. Kenapa ia kotor tanpa maintainance. Kenapa tiada yang membersihkan. Kenapa tak ada seorang cleaner langsung kelihatan. Dari situ saat-saat kamu mengherdik cleaner kerana tidak bersihkan sebaik mungkin, dan saat memandang hina orang yang bekerja mencuci tandas muncul terngiyang dekat kepala. Itulah hakikat terjadi.

Tandas tidak pernah menipu

Jika di rumah kita flush, kita lap, kita basmi sebaik mungkin keadaan tandas. Kalau boleh semua nak kelihatan perfect. Rimas tengok tandas kotor. Puas hati bila ia bersih. 

Waktu sembelit kita tak perlu risau sangat. Hati tenang saja meneran sehabis mungkin untuk mengeluarkan tahi. 'Blurp! blurp! Ah! Baru lega rasanya. Hati bersuara'. Dari situ sikap jujur kita terserlah. Tidak berpura-pura menjadi orang lain lagi. 

Tandas banyak mengajar kita dan fungsinya sangat penting. Setiap kubikal, setiap urinal, setiap mangkuk perlu di bersihkan setiap hari. Tiada apa yang mengecewakan melainkan kita tidak flush tandas selepas di gunakan. Samalah dengan perspeksi negatif kita. Kita perlu flush, cuci dan hindarkan kuman dari pemikiran sebaik mungkin.

Bersih 

Bercakap pasal bersih, sekarang ini kecoh dengan Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung 9 Julai 2011 ini di sekitar Kuala Lumpur. Perhimpunan bertujuan untuk membersihkan korupsi yang sering berlaku semasa pilihanraya. Tetapi banyak juga tentangan di terima. Politik seperti biasa semakin celaka mengambil tempat.

Kepentingan

Jadi, tandas amat penting dalam kehidupan. Kebersihan pula ialah perkara paling utama. Jika tandas tak ada, tidak ada yang mencucinya, tidak ada penyelenggaraan, tiada bezanya kita seperti tahi-tahi yang di buang seterusnya di abaikan. Di mana semua yang orang tidak suka. Ya. Tahi! 

Kelakuan kamu menentukan kamu boleh terbang atau hancur. Jadi next time gunalah tandas sebaik mungkin. Beringat untuk bersihkan, flush dan bebaskan pemikiran kamu sebaik mungkin. *Musik please! 'Gunakanlah tandas kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai...' Aih! Macam silap je lirik? Ok. What so ever.



P/s : Aiseh! Konsert Sweet Charity di batalkan pula tunda ke tarikh 1 Oktober. Melepas nak berhibur 9 Julai 2011 ni. Huhu~

Saturday, June 25

Final Maharaja Lawak 2011 : Evolusi Juara Kumpulan Sepah

Dua tiga hari ni pasti kecoh dengan berita mengenai Maharaja Lawak. Sana Maharaja Lawak. Sini Maharaja Lawak. Buka paper Maharaja lawak. Status facebook semua mood Maharaja Lawak. Tengok YouTube video Maharaja Lawak di 'suggest'nya. Bila Google pencarian terhangat Maharaja Lawak. Buka blog semua update pasal Maharaja Lawak juga. Pergi kedai kopi pon juga Maharaja Lawak. Ahh!

Balik-balik berita sama yang di ceritakan.

'Sepah menang final Maharaja Lawak. Yahoo'
'Apsal Jozan tak menang Maharaja Lawak?'
'Pecah perut di buatnya tengok final Maharaja Lawak'
'Juara Maharaja Lawak dapat RM 350, 000. Wow! Banyaknya'

Seperti yang sedia umum Juara Final Maharaja Lawak 2011 menjadi milik kumpulan Sepah. Kedua Jozan. Ketiga Nabil manakala kumpulan Jambu tempat terakhir.

Jika nak tengok final Maharaja Lawak klik sini. Kalau nak tengok video penuh Maharaja Lawak tengok sini. Kalau nak saksikan Kumpulan Sepah Juara Final Maharaja Lawak klik sini. Dan sini. Eh sini pon ada. Jap! jap! sini lagi. Sini pon boleh. Sini daa...Aiseh! Banyaknya sini. haha

Ok. Sorry. Serius sikit, tak payah gaduh-gaduh. Dekat rumah ada internet kan? Broadband ada? So klik GuaTv.  Kalau yang nak pelbagai versi klik Youtube. Setel.

Tak boleh tengok ke? Oh! I see. Internet lembap gilababi kan? Meh sini nak terang secara ringkas apakah yang telah berlaku dalam Maharaja Lawak. Bagaimanakah kejayaan Kumpulan Sepah sehingga di nobatkan Juara dalam final Maharaja Lawak 2011

Setiap sesuatu ada permulaan dan pengakhiran. Dalam Maharaja Lawak pon begitu. So, I called it as Sam Darwin Evolution Theory's. See the picture below.

Itulah yang telah berlaku dan memberi kejayaan kepada Kumpulan Sepah. Mengadaptasikan budaya seharian ke dalam lawak jenaka. Tapi bagaimanakah cabaran peserta-peserta sebelum memasuki final Maharaja Lawak dan seterusnya di nobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak 2011?

Mengikut Sam Darwin teori semuanya telah di rancang. Manusia di jadikan sebaik mungkin. Di mana kehidupan di muka bumi ini bermula dari zero sehinggalah mempelajari setiap apa yang berlaku. Sesiapa yang bijak menggunakan dan memonopoli sesuatu dialah yang berkuasa. Yang lain hanya akan tetap seperti sedia ada.

Keputusannya, projek ini telah di lancarkan dan menemui kejayaannya. Ini antara contoh paper work pada episod final Maharaja Lawak 2011. Carta aliran menerangkan serba sedikit.




























Sudah faham? Terima kasih. Evolusi akan terus tetap berlaku. Seperti teori Sam Darwin yang menggunakan teknologi sains sepenuhnya dalam menteliti keadaan yang berlaku semasa. Sam Darwin or not?



P/s : Best kan Maharaja Lawak? Terbaik. Ops! 

Friday, June 24

Postoranzaa : Keganjilan Di Kedai Makan

                                              " Hey U,

Please slow down ur voice.
So annoying in public.
I'm not interested with your bloody crap topic.

                                                               Regards,
                                                                                     I      "                         

Hey u,


Merujuk petikan di atas yang telah menyebabkan mental aku terganggu buat seketika

1. Sesudah layan Super 8 dekat KLCC, aku bergegas memandu ke rumah. Jam menunjuk pukul 6 petang. Jalan penuh dengan kenderaan. Mungkin di sebabkan waktu ni orang ramai bersesak balik dari bekerja. Persekitaran cuaca sekitar Jalan Tun Razak juga kelihatan mendung. Biasalah keadaan selepas hujan. Jalanraya masih lembap.

2. Seperti biasa, sekitar setengah jam perjalanan di perlukan jika dari KL ke PJ. Tambah lagi dengan kenderaan yang penuh di jalan waktu petang macam ni. Pasti akan lebih lama masa diperlukan. Dengan sabar, akhirnya sampai juga di sekitar Bandar Sunway. Sudah dekat dengan area rumah aku.

3. Perut terasa lapar. Dari pagi hanya air kosong jadi santapan. Singgah ke kedai makan berdekatan. ''Abe...abee...ambik order jap! Erm...bagi nasi putih, ikan kembung masak tiga rasa dengan air Nescafe O Ais ok. Eh! Sekejap. Tambah telur dadar satu ye".

4. "My mummy selalu marah I. Semuanya tak kena...bla...bla...blaa...You rasa patut ke macam tu? Mummy i kan...Erm...Entahla. Kalau kat ofis pon sama. Geram rasanya dengan bos I. I buat semua tak kena. I...blaa...blaa...you. You...I...bla...blaaa...I rimaslah. I...you". Kedengaran dengan kuatnya sepasang couple di meja sebelah berbual. Di sulami pula bahasa London. Suara perempuan yang chubby dengan tak anggunnya lantang berbunyi riuh sekali. Di sebelah lelaki, hanya mengiyakan semuanya.

5. Selesai sudah menjamah makanan. Semuanya dalam keadaan terpaksa dan tidak selesa. Perut yang lapar tadi terus hilang selera di buatnya. Suara-suara yang sepatutnya tidak perlu di dengari semakin lama semakin jelik rasanya terngiyang. Ahh...!

6. Abe (waiter), kira! Semua sekali berapa? "RM 10.50". Ada kertas kosong tak? Boleh pinjam pen sekali? "Err...Ada.ada" Aku keluarkan RM 50 sebagai bayaran makanan. Sementara menunggu duit baki, aku menulis sesuatu di kertas. Aku lipatkan kertas sebesar tapak tangan tu menjadi sekecil mungkin. Pertama kali dalam sejarah seumur hidup perasaan aku meronta suruh lakukan. Dan rasanya mungkin inilah cara terbaik. Terbaik dari mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati pihak lain. Oh!

7. Kelihatan abe berjalan dengan duit baki di tangan. Seterusnya melangkah ke arah aku. "Ok ni duit baki. Terima kasih. Datang lagi, ye". Eh! Tunggu jap. Boleh tolong bagi kertas ni kat orang sebelah tak? "Yang mana ni" Orang sebelah ni lah. Yang perempuan chubby tu. Aku berbisik.

8. Dari jauh couple tu menjeling ke arah aku. Dengan selamba aku abaikan seperti tiada apa berlaku. Terus sambar kunci di atas meja dan berjalan masuk kereta. Enjin di hidupkan. Memandu balik ke rumah. Letih rasanya...


Regards,
I


P/s : I pay for dishes not for your fucking mouth. 

Thursday, June 23

Wordless Funny : Only In Malaysia

This is freaking funny! Oh. My name is not funny :) hahaaahaaaaaahaaaaaaaaaaa.



P/s : Better just stay sit down and do not say anything. Speechless

Sumber : OnlyInMalaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...