Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

Thursday, May 17

P.O.S - Perspektif : Bagus Sangatkah Mereka?

Perspektif

"Ada dua orang sahabat karib. Mereka masih belajar. Tapi dalam kos berlainan. Sorang ambil akaun dan sorang lagi engineering. Pada cuti semester, mereka pergi berkhemah di hutan. 

Tiba je di hutan yang tak jauh dari perkampungan orang asli, segala persediaan di siapkan. Sorang dirikan khemah, sorang lagi buat unggun api. Sorang siapkan makanan, sorang lagi tolong-tolong apa yang patut. Begitulah seterusnya.

Malam menjelma. Dua sahabat kepenatan. Mereka pun masuk tidur di temani bunyian unggas dan cengkerik. Sedang nyenyak tidur tiba-tiba..."

Budak Eng. : Bangun! bangun! Tengok. Apa yang kamu nampak?
Budak Akaun : Hah! Aku nampak bintang.
Budak Eng. : Bintang?
Budak Akaun : Ha'a. Banyak bintang malam ni. Tak terkira. Patut cerah semacam je.
Budak Eng. : Oh!
Budak Akaun : Apsal? Kamu nampak apa?
Budak Eng. : Beb, khemah kita dah hilang.


Apa yang kamu dapat dari cerita di atas? Siapa yang bodoh dan siapakah yang pandai? Siapakah yang mungkin betul? 

Sebenarnya kedua-dua mereka adalah betul. Cuma cara jawapan dan pemikiran mereka saja berbeza. Perspektif pasal sesuatu perkara tak sama.

Bagi si budak akaun, jawapan berdasarkan apa yang dia faham dan lihat. Mungkin pengaruh dari apa yang dia belajar di tempat pengajian menjadi faktor. Di mana lebih ke arah mengira nombor. 

Sama juga seperti  si budak engineering. Untuk selesai sesuatu masalah kena ada perincian dan imaginasi. Tak boleh straight to the point terus dapat jawapan. So, jawapan mereka tentulah berbeza kerana pemahaman mereka juga lain. 

Dalam bab politik pun sama. Si Parti A akan memenangkan apa yang di kata, manakala si Parti B akan mempertahankan pendapat mereka. Itu tak termasuk lagi si Parti B, Parti C dan semacam lagi. 

Padahal kesemuanya mungkin betul. Tapi bergantung kepada sesuatu keadaan. Kerana pemahaman setiap orang lain-lain. Cuma apa yang di perlukan ialah mencari pendapat dan cara paling relevan untuk masalah tersebut. 

Sebagai contoh, apakah pendapat kamu. Adakah perlu perhimpunan Bersih? Adakah wajar 'tarian punggung' askar pencen sebagai protes? Adakah boleh mempergunakan student IPTA untuk agenda parti tertentu? 

Dalam dunia hiburan, sebagai contoh isu artis Fasha Sandha yang hangat sekarang. Di beritakan sedang hamil. Baru beberapa minggu sudah lekat kandungan. Akhirnya peminat, haters dan orang ramai memberi pendapat. Ada yang suka, ada yang mencemuh, ada yang keluarkan fitnah dan segala macam lagi. 

Kalau ikut logik siapakah yang salah? Jawapannya takde siapa yang salah. Fasha Sandha betul bagi pihak dia dan orang lain pun ada benar dari pendapatnya. 

Sepatutnya kenyataan Fasha Sandha di terima pakai. Kerana dia empunya badan. Dia yang tahu hal sebenar. Tapi mungkin tidak. Kerana dia telah mencetuskan persoalan dan tanda tanya kepada orang ramai. Bukankah lebih baik diam saja. Kemudian cari tarikh yang sesuai untuk umumkan. Betulkah?

Dalam bab agama pun begitu. Sekarang ramai sangat yang guna hadis dalam berhujah. Terbaru seperti kes Edwards Martin Jesus yang meroyan nak bunuh diri. Bagi yang tak tau mungkin boleh cuba google cerita ini. Sebenarnya sebelum ni pun banyak berlaku kes seperti ini. 

Cuma kekadang kita terlalu mengelabah. Benda yang tak tau dari mana asal usul, adakah benar, adakah sahih berita tersebut, pastu senang-senang jatuh hukum. Apakah betul pendapat mereka iaitu orang yang mencemuh dan mengguna segala hadis, yang menyatakan itu ini betul dan tak betullah kepada si Edwards Martin Jesus? 

Mungkin bagus jika untuk menegur. Tapi bagaimana perspektif orang agama lain kepada agama Islam umumya cara peneguran tersebut? Fikirkan balik.

Semuanya berkaitan pendapat. Setiap orang ada cara pemikiran dan pengaruh tersendiri. Sama ada melalui pembacaaan, pemahaman, penglihatan takpun pengalamannya. Semuanya betul. Tak salah. Tapi mungkin kurang sesuai di gunakan untuk sesuatu keadaan. 

Dari situ pendapat dan pemikiran orang lain perlu di guna pakai. Kamu perlu untuk beralah. Dan ianya bukan bermakna kamu yang salah.

Misalannya, bagi kes dua sahabat berkhemah di atas, jawapan si budak engineering perlu di gunapakai. Kerana waktu itu mereka sedang berkhemah. Dah nama pun berkhemah, khemah perlu untuk berteduh. Sama ada dari hujan atau kesejukan malam. Manakala bintang tak ada kena mengena pun. Bukankah soal khemah perlu di persoalkan bukannya bintang?



P/s : Konflik perbezaan perspektif adalah lumrah. Tanpanya tak best rasanya dunia ini. Peace yawww!



Wednesday, June 29

Tandas : Perlukah Untuk Bersih?

Perlakuan kita setiap hari ialah realiti kehidupan seharian sebenar kita. Di mana segala yang berlaku dan bertindak, tidak kita sedari. Hari ini tengok jalan sesak dengan kenderaan. Esok sama juga. Ada yang naik bas. Naik komuter. Ada yang berjalan kaki untuk melintas traffic light. Lusa pula kelihatan ada yang rungsing. Ada yang seronok mendengar iPod.

Jika di lihat aktiviti seharian kita sama saja. Pakaian yang design sama. Bergerak melalui jalan yang sama. Rutin harian yang hampir sama. Kemalangan berlaku di kawasan yang sama. Krisis rumah tangga pon tak banyak bezanya. Masalah kewangan juga seakan sama. Semuanya sama. Sampai time berak nak keluarkan tahi juga di tandas yang sama. 

Tandas? Oh! Tidak. Bayangkan dalam situasi yang klimak, kita termasuk pula tandas yang terdapat mangkuk tandas tersumbat di sebelahnya. Apakah perasaan kamu? Nak tak nak terpaksa memendam bau. Dengan najis bersepah. Tahi-tahi yang fresh masih berbau menusuk hidung. Erkk...Melainkanlah kamu sempat untuk ke KLCC dan bayar dua ringgit untuk mendapat keselesaan sementara.

Waktu itu baru kita sedar betapa pentingnya kebersihan tandas. Kenapa ia kotor tanpa maintainance. Kenapa tiada yang membersihkan. Kenapa tak ada seorang cleaner langsung kelihatan. Dari situ saat-saat kamu mengherdik cleaner kerana tidak bersihkan sebaik mungkin, dan saat memandang hina orang yang bekerja mencuci tandas muncul terngiyang dekat kepala. Itulah hakikat terjadi.

Tandas tidak pernah menipu

Jika di rumah kita flush, kita lap, kita basmi sebaik mungkin keadaan tandas. Kalau boleh semua nak kelihatan perfect. Rimas tengok tandas kotor. Puas hati bila ia bersih. 

Waktu sembelit kita tak perlu risau sangat. Hati tenang saja meneran sehabis mungkin untuk mengeluarkan tahi. 'Blurp! blurp! Ah! Baru lega rasanya. Hati bersuara'. Dari situ sikap jujur kita terserlah. Tidak berpura-pura menjadi orang lain lagi. 

Tandas banyak mengajar kita dan fungsinya sangat penting. Setiap kubikal, setiap urinal, setiap mangkuk perlu di bersihkan setiap hari. Tiada apa yang mengecewakan melainkan kita tidak flush tandas selepas di gunakan. Samalah dengan perspeksi negatif kita. Kita perlu flush, cuci dan hindarkan kuman dari pemikiran sebaik mungkin.

Bersih 

Bercakap pasal bersih, sekarang ini kecoh dengan Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung 9 Julai 2011 ini di sekitar Kuala Lumpur. Perhimpunan bertujuan untuk membersihkan korupsi yang sering berlaku semasa pilihanraya. Tetapi banyak juga tentangan di terima. Politik seperti biasa semakin celaka mengambil tempat.

Kepentingan

Jadi, tandas amat penting dalam kehidupan. Kebersihan pula ialah perkara paling utama. Jika tandas tak ada, tidak ada yang mencucinya, tidak ada penyelenggaraan, tiada bezanya kita seperti tahi-tahi yang di buang seterusnya di abaikan. Di mana semua yang orang tidak suka. Ya. Tahi! 

Kelakuan kamu menentukan kamu boleh terbang atau hancur. Jadi next time gunalah tandas sebaik mungkin. Beringat untuk bersihkan, flush dan bebaskan pemikiran kamu sebaik mungkin. *Musik please! 'Gunakanlah tandas kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai...' Aih! Macam silap je lirik? Ok. What so ever.



P/s : Aiseh! Konsert Sweet Charity di batalkan pula tunda ke tarikh 1 Oktober. Melepas nak berhibur 9 Julai 2011 ni. Huhu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...